Pages

Saturday, 9 August 2014

@pdrm AMBIL TINDAKAN TERHADAP 2 PEGAWAI KANAN BERGADUH DI BALAI


Baru-baru ini video memaparkan pergaduhan antara dua pegawai kanan polis telah tersebar meluas di laman-laman sosial dan disiarkan media siber.
Rakaman ini bukan sahaja mencalar integriti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) malah mencetus kenyataan berbaur perkauman apabila dua pegawai kanan terlibat berbeza agama dan bangsa.
Meski pun boleh dianggap kes terpencil, PDRM nampaknya memandang serius kejadian ini apabila segera mengambil tindakan dan mengeluarkan satu kenyataan akhbar menerusi laman Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ).
Menurut kenyataan media tersebut, kedua-dua pegawai terlibat kini sedang disiasat di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.
Selain itu PDRM turut mewujudkan jabatan baru iaitu Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard khas bagi memantapkan kewibawaan anggotanya dan memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Tahniah diucapkan kepada PDRM atas tindakan segera ini.
12

3

No comments:

Post a Comment