Pages

Wednesday, 18 June 2014

TARIKH PERBICARAAN PM @najibrazak SAMAN MALAYSIAKINI !!!


Malaysiakini akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa Datuk Seri Najib benar-benar  menyaman mereka. Kes ini telah sampai ke Mahkamah. Hari ini peguam kedua-dua belah pihak telah mendaftar untuk mendapatkan tarikh perbicaraan.

Menurut Wan Azmir Wan Majid yang mewakili pihak peguam UMNO, walaupun pihak Malaysiakini meminta masa sebulan untuk menyediakan pembelaan namun pihak kerajaan tetap memberikan masa 14 hari mengikut peraturan Mahkamah Tinggi. Kesimpulannya tarikh 1 Julai Malaysiakini akan berhubung dengan pihak mahkamah. Manakala 15 Julai mereka akan serahkan file pembelaan. Dan 24 Julai pula kes ini akan diuruskan.

Beberapa hari yang lepas notis tuntutan saman terhadap portal berita, Malaysiakini telah diberikan. Saman berdasarkan penerbitan artikel berunsur fitnah yang bertajuk ‘A Case Of The PM Reaping What He Sows dan How Much Will Najib Spend To Keep Terengganu’.

Notis tuntutan saman itu dihantar ke pejabat operasi Malaysiakini di Bangsar Utama oleh Penguambela dan Penguamcara Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, yang mewakili UMNO. 

Saman dikeluarkan dengan asas bahawa “MKINI DOTCOM Sdn Bhd melalui portal beritanya, Malaysiakini secara sedar telah mengumpul dan memilih komen-komen yang berunsur fitnah dan hasutan yang jelas menunjukkan niat jahat terhadap anak guam kami dan telah diterbitkan di laman web itu bertarikh 14 Mei 2014 barubaru ini.

Notis tuntutan itu antara lain meminta Malaysiakini membuat permohonan maaf, penarikan balik artikel, menyediakan akujanji bertulis tidak akan mengeluarkan lagi sebarang kenyataan terhadap UMNO dan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak, menyediakan aku janji akan lebih berhati-hati untuk menerbitkan semula komen pengguna secara amnya serta membayar ganti rugi serta kos perbelanjaan dalam perkara ini.

Mereka juga memberi peluang kepada Malaysiakini untuk menyelesaikan kes diluar mahkamah. Namun sekiranya segala tuntutan yang dibuat tidak dipenuhi oleh portal berita Malaysiakini dalam tempoh masa 48 jam maka prosiding mahkamah bagi permohonan memfailkan injunksi bagi menghalang sebarang penerbitan lanjut berhubung isu berkenaan terhadap Malaysiakini akan diteruskan. Hakikatnya Malaysiakini telah memilih untuk ke Mahkamah dalam isu ini.
sumber

No comments:

Post a Comment