Pages

Thursday, 26 June 2014

ROMBAKAN KABINET : JANGAN BERHUJAH IKUT EMOSI


Keputusan yang dibuat oleh Najib Razak dengan melantik pemimpin-pemimpin dari parti komponen seperti MCA dan Gerakan sememangnya tepat, pada hemat penulis.

Bukan sekadar retorik, permuafakatan Barisan Nasional dalam perkongsian kuasa dizahirkan dengan perlantikan ini, sungguhpun ia mendapat komentar-komentar negatif dari orang-orang Melayu, yang menyifatkan kedua-dua parti komponen ini tidak berhak untuk diangkat ke barisan Kabinet.

Alasannya adalah prestasi parti komponen itu pada PRU yang lepas. Andai ini hujah kita, bagaimana perlu kita justifikasi kepada diri sendiri tentang sumbangan besar kedua-dua parti komponen tersebut pada PRU 1999 yang membawa kepada kemenangan BN tatkala gelora reformasi melanda jalanraya-jalanraya seluruh negara yang menyaksikan penurunan undi Melayu kepada BN?

Seni politik adalah tentang permainan nombor, dan hakikat masakini menyaksikan tidak boleh tidak, mana-mana pihak untuk menyisihkan sesuatu kaum, dalam keinginan memenangi hati pengundi sewaktu pilihanraya, selain memenuhi aspirasi berbilang kaum di bumi tercinta ini. Apatah lagi dalam permuafakatan Barisan Nasional, yang terbukti membawa kemajuan dan menjaga keharmonian rakyat.

Sebelum emosi menentukan hujah, adalah bijaksana untuk anda melihat taburan pengundi, terutamanya di Lembah Klang. Selangor, sebagai contoh, tidak mungkin akan dimenangi oleh mana-mana parti politik sekiranya bertindak untuk meminggirkan satu-satu kaum. Apatah lagi, jika melibatkan kaum Melayu atau Cina. Oleh yang demikian, usul membawa hudud oleh UMNO Selangor jelas tidak popular dalam sudut berpolitik kerana jelas masyarakat Tiong Hua belum bersedia untuk menerima hudud melainkan orang Melayu (yang majoritinya Islam) bersatu. Politic is a game of number. Itu asas dan dasar penulis berpendapat sedemikan.

Bagi penulis, perlantikan ke Kabinet ini adalah adil dan rasional. Ramai pemerhati politik melihat keadaan “tidak layak” pemimpin Cina atas kapasiti keputusan PRU yang lepas. Namun, Najib Razak terus bersifat “gentleman” atas permuafakan BN, yang memilih untuk terus mengekalkan tradisi menghormati teras Barisan Nasional. Andai wujud desakan dari masyarakat Cina agar pemimpin mereka diberi jawatan-jawatan menteri utama seperti Menteri Pelajaran, mereka harus membuktikan bahawa sokongan masyarakat Tiong Hua kepada parti-parti kembali seperti dulu.

Keputusan yang dibuat oleh Najib Razak jelas membuktikan bahawa Barisan Nasional tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum sekalipun, kerana semangat setiakawan bersedia untuk susah dan senang bersama.

Najib Razak sendiri bersedia untuk dikritik oleh orang-orang Melayu atas keputusan tersebut. Malah, sebelum ini kepercayaan Najib Razak pernah dikhianati oleh Waythamoorthy. Najib Razak masih belum berputus asa untuk meneruskan semangat Barisan Nasional. Maka, amat perlu untuk mereka yang dilantik bekerja kuat untuk menjayakan aspirasi kerajaan, disamping meraih semula sokongan terhadap parti masing-masing.

Dalam masyarakat berbilang kaum dan taburan penduduk terkini di Malaysia, keadaan sebelum ini di mana MCA enggan menjawat sebarang jawatan di dalam Kabinet adalah “tidak sihat” kepada senario politik negara. Dengan perlantikan ini, status “tidak sihat” ini berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Petikan MyKMU.Net

No comments:

Post a Comment