Pages

Thursday, 26 June 2014

PENYANYI WANITA IKAT & PUKUL SUAMI HINGGA MATI !!!


Punca penyanyi wanita Nouri Ramli bunuh suami sendiri. Memang sangat mengejutkan apabila menerima berita artis yang sanggup membuat suami sendiri terkorban. 

Nouri dikatakan membelasah suaminya dalam keadaan kaki dan tangan terikat hingga mati gara-gara tidak mahu mangsa bertemu dengan anak perempuan mereka berusia setahun.


Ampang: “Saya rindukan anak-anak.” Itulah kata-kata terakhir Mohd Khairul Azmi Jaafar, 39, kepada rakan baiknya sebelum dia ditemui mati disyaki selepas bergelut dengan isterinya yang juga seorang penyanyi popular lewat 1990-an di sebuah kondominium di Ampang Utama, di sini, kelmarin.
Hasil bedah siasat, mangsa mati akibat serangan jantung berikutan pergelutan dan kekasaran.

Mangsa sebelum itu mengajak rakan berkenaan ke rumah penyanyi terbabit untuk berjumpa anak perempuan mereka berusia setahun.


Difahamkan, sebaik tiba di rumah itu jam 5 petang, berlaku pertengkaran dan pergelutan antara mangsa dan isterinya sebelum dia pengsan dalam sebuah bilik dengan keadaan kedua-dua tangan dan kaki terikat dan disahkan mati.

Isteri mangsa berusia 39 tahun dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya itu dengan bantuan dua anak saudara angkara tidak puas hati pertengkaran bermotifkan perebutan anak.

No comments:

Post a Comment