Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikejarkan ke hospital Istanbul Jumaat lalu kini semakin pulih dan kesihatannya bertambah baik.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Abdul Hadi menerusi satu kenyataan ringkas yang dimuat naik di akaun Facebooknya sebentar tadi, kira-kira 9.25 malam waktu tempatan.
"Alhamdulillah saya dapat merasakan kesihatan saya bertambah baik. Saya juga berdoa agar ALLAH SWT memberikan kesihatan ini untuk meneruskan usaha membawa amanah dari ALLAH SWT.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua kalangan yang mendoakan kesihatan, memberikan bantuan dan kata semangat sepanjang saya mengalami masalah kesihatan semasa di Istanbul ini," katanya.
Turut dimuatnaik ialah sekeping gambar beliau yang terlantar di wad sebuah hospital di Istanbul.
Abdul Hadi sebelum ini dikejarkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas.
Beliau dilaporkan berangkat ke Istanbul pada Selasa lepas dan dijadualkan pulang ke tanah air pada 3 atau 4 Jun depan.
No comments:
Post a Comment