Pages

Monday, 2 June 2014

CERMIN GELAP : JPJ AKAN LAKSANA KEPUTUSAN BENGKEL !!!


KEMAMAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan apa sahaja keputusan sebuah bengkel mengenai hala tuju dan polisi baharu berhubung penggunaan cermin gelap di negara ini.

Menegaskan demikian, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, JPJ hanyalah agensi pelaksana yang akan menguatkuasakan apa sahaja keputusan dibuat Kementerian Pengangkutan.

"Bengkel yang akan bermula (di Shah Alam) esok selama dua hari akan membuat penilaian yang wajar berhubung perkara itu (cermin gelap) merangkumi pelbagai aspek termasuk keselamatan, jenayah, dan kesihatan.

"Jika keputusannya semua orang tidak dibenarkan guna cermin gelap, kita akan kuatkuasakan peraturan itu dan jika keputusan kata semua orang dibenarkan guna cermin gelap, kita juga akan kuatkuasakannya," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan banjir kepada 23 anggota JPJ cawangan Kemaman yang terlibat dalam bencana itu pada awal  Disember tahun lalu.

Ditanya mengenai penyebaran gambar sebuah kenderaan yang kini tersebar luas di media sosial, kononnya milik beliau yang turut menggunakan cermin gelap, Ismail berkata kenderaan itu milik seorang pegawai lain.

"Gambar itu pun tidak tepat sebenarnya, kerana ia tidaklah terlalu gelap seperti yang tersebar kerana ia masih mengikut spesifikasi...30 peratus gelap di cermin depan dan 50 peratus gelap di cermin belakang (sisi).

"Mungkin disebabkan cahaya, jadi kenderaan itu kelihatan cerminnya seperti terlalu gelap, namun bagi saya ia bukanlah isu besar. "Penggunaan cermin gelap kepada agensi penguat kuasa adalah dibenarkan atas faktor keselamatan petugas," katanya. 
Bernama

No comments:

Post a Comment