JEMPOL - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 30 tahun yang mengalami masalah mental terpaksa dikejarkan ke Hospital Jempol apabila diserang sawan selepas mendakwa dirinya dimarahi oleh sekumpulan penguatkuasa, Selasa lepas.
Abang mangsa, Anuar Yusof, 41, berkata, pada petang Selasa lalu sekitar jam 3.38 petang, sekumpulan penguatkuasa datang ke tempat adiknya bekerja iaitu di sebuah hotel bajet di sini.

Menurutnya, dia yakin pihak penguatkuasa itu datang ke tempat adiknya bekerja kerana tidak berpuas hati dengan adiknya yang mempunyai saman parkir akibat tidak mempamerkan kad parkir.
"Sebelum ini, kereta adik saya pernah disaman kerana tidak mempamerkan kad parkir, namun selepas membuat bayaran minima sebanyak RM50 kerana adik saya merupakan pemegang kad OKU, masalah itu selesai.
"Kemudian, adik saya dinasihati menampal stiker OKU di kereta sebagai jaminan tidak akan disaman lagi.
“Namun, selepas kejadian itu, kereta adik saya disaman lagi dengan alasan dia tidak parkir di lot khas OKU. Sebelum ini, mereka maklumkan tidak akan saman walaupun parkir di mana sahaja asalkan ada stiker OKU,” katanya.
Anuar berkata, ketika penguatkuasa datang, adiknya berseorangan.
"Penguatkuasa bertindak memarahi adik saya dan bercakap kasar. Mereka bertegas mahu melihat bukti adik saya ini seorang OKU berikutan dia tiada kecacatan fizikal.
“Tindakan mereka menjejaskan emosi adik saya. Salah seorang kata adik saya ‘gila’ selepas melihat kad OKU tertera perkataan ‘mental’," katanya.

Menurut Anuar, adiknya baru sahaja berjinak-jinak untuk bekerja dan berdikari.
Anuar berkata, rentetan insiden berkenaan, adiknya mengalami tekanan serius dan trauma sehingga diserang sawan selain tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Jempol kira-kira jam 5.35 petang.
“Kehidupan adik bergantung kepada ubat, perkara ini juga dimaklumkan kepada pihak tersebut. Tindakan mereka yang tidak profesional membuat kecoh di tempat kerja adik saya tidak sepatutnya berlaku.
“Saya bercadang untuk bawa perkara ini ke muka pengadilan (mahkamah) agar ianya tidak akan berlaku lagi kepada OKU lain,” katanya yang turut membuat laporan di Balai Polis Bahau kira-kira jam 3.55 petang, kelmarin.
Sementara itu, Ketua polis daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis yang dibuat abang mangsa.

SH
No comments:
Post a Comment