Pages

Wednesday, 19 March 2014

MH370: SIMULATOR MUNGKIN BOLEH BERI PETUNJUK !!!

PETALING JAYA: Siasatan polis terhadap kehilangan pesawat MH370 berkemungkinan besar akan memberi tumpuan terhadap Kapten Zaharie Ahmad Shah sama ada beliau telah melakukan pendaratan di lapangan terbang yang terdapat dalam simulator penerbangan di rumahnya.
Seorang pelatih juruterbang yang berpengalaman menerbangkan Boeing 777-200 berkata simulator yang terdapat di rumah Zaharie boleh membantu juruterbang membiasakan dirinya dengan mana-mana lapangan terbang dari bahagian selatan Lautan Hindi sehingga ke bahagian utara di Kazakhstan.

"Tekaan saya pihak polis yang telah memasang semula simulator miliknya cuba untuk melihat jika terdapat laluan penerbangan yang dicatatkan pada simulator sama dengan laluan MH370 yang mungkin telah diterbangkan.

"Polis juga boleh mencari sebarang lapangan terbang yang 'luar biasa' pada simulator yang digunakan untuk melakukan pendaratan, " kata pelatih juruterbang itu.

Beliau mengulas laporan pada Selasa yang memetik sumber mengatakan bahawa polis menemui lima buah lapangan terbang pada simulator milik Kapten Zaharie.

Lapangan terbang tersebut adalah Male di Maldives, pangkalan udara Amerika Syarikat, Diego Garcia, sebuah lapangan terbang di Sri Lanka dan lain-lain di selatan India, yang kesemuanya mempunyai landasan dengan panjang sekurang-kurangnya 1km.

Diego Garcia adalah pulau di Lautan Hindi di mana Tentera Amerika Syarikat mempunyai pangkalan tentera laut dan udara dengan landasan yang mampu menampung pesawat besar.

Walaupun laporan itu belum disahkan tetapi jurulatih juruterbang itu berkata jika benar lima lapangan terbang dilihat pada simulator, "maka ia dilihat tidak baik untuk Kapten Zaharie."

CNN melaporkan pada 13 Mac bahawa Zaharie telah memaparkan bahawa beliau telah membina sebuah simulator penerbangan sendiri pada November 2012 di forum dalam talian Jerman, X- Sim.de .

"Kira-kira sebulan yang lalu saya selesai memasang FSX dan FS9 dengan enam monitor," dalam mesej yang ditandatangani Kapten Zaharie Ahmad Shah BOEING 777 MALAYSIA AIRLINES.

FS9 dan FSX adalah singkatan bagi Microsoft Flight Simulator (Versi 9) dan Simulator Penerbangan X (Version), dua daripada versi penerbangan yang paling baru dan popular di kalangan 'gamers' dan peminat penerbangan.

Versi semasa FSX dipasarkan bukan sahaja sebagai satu permainan tetapi sebagai bantuan latihan berguna untuk juruterbang.
Mstar

No comments:

Post a Comment