Pages

Sunday, 26 January 2014

BALASAN PEROMPAK !!!



IPOH – Cubaan tiga penjenayah menyamun seorang lelaki dalam sebuah kereta membawa padah apabila salah seorang daripada mereka berjaya diberkas orang ramai dalam satu kejadian di Simpang Pulai di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa berusia 33 tahun sedang menunggu dua rakannya di hadapan sebuah kedai di Bandar Pengkalan Indah di sini, dihampiri tiga lelaki yang menaiki dua motosikal.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, ketika menghampiri mangsa, salah seorang suspek mengacu parang panjang dan cuba menarik rantai emas yang dipakai mangsa.

“Mangsa bertindak berani memegang parang dengan kedua-dua tangan bagi mengelak suspek menetak dia dan berlaku pergelutan malah, mangsa berjaya memaut leher suspek dengan kuat.

“Panik dengan keadaan itu, dua rakan suspek telah memukul kepala mangsa dengan menggunakan topi keledar supaya mangsa dapat melepaskan suspek,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dua rakan suspek berjaya melarikan diri setelah melihat beberapa orang awam termasuk dua rakan mangsa membantu memberkas suspek berkenaan.

“Rakan mangsa bersama anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) telah menangkap suspek dan berlaku pergelutan dan suspek diserahkan kepada polis yang tiba di tempat kejadian bersama parang yang digunakan.

“Bagaimanapun, rakan suspek berjaya melarikan dua telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM300 milik mangsa,” katanya.

Chang Keong berkata,  suspek berusia 24 tahun yang berjaya ditahan adalah bekas anggota polis bantuan yang telah dibuang kerja.
“Kita turut merampas sebilah parang panjang dan sekeping kad kuasa polis tambahan. Mangsa yang cedera di tapak tangan dan kaki mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun sebelum membuat laporan,” katanya.
SH

No comments:

Post a Comment