Pages

Sunday, 26 January 2014

AWAS !!! BUKU "A GOD WHO HATES" PROVOKASI & PENGHINAAN MELAMPAU TERHADAP ISLAM !!!

HinaIslam01

GERAKAN provokasi ke atas umat Islam dan agama Islam itu sendiri kini dilihat diadakan secara besar-besaran di seluruh dunia dari pelbagai arah dan bidang.
Bukan sahaja dari segi dasar dan tapak keislaman seseorang tetapi juga melalui penghasilan buku-buku dengan penjelasan yang kabur dengan tujuan mengalihkan perhatian umat Islam daripada makna asal agama suci yang diturunkan oleh Allah melalui RAsulnya, baginda Nabi Muhammad S.A.W
Seorang pengguna Facebook hari ini memuatnaik gambar sebuah buku tulisan seorang wanita beragama Islam yang didakwa sudah menyedari apakah sebenarnya yang terkandung di dalam agama Islam itu.
BukuHinaIslam03

Buku bertajuk “A God Who Hates” itu ditulis oleh Wafa Sultan yang dilabelkan sebagai wanita berani dalam menyuarakan apa kebenaran dalam Islam tetapi sebaliknya dari pemerhatian penulis, dia hanyalah seorang lagi manusia yang dipilih untuk terus mempelbagaikan provokasi kepada Islam dan umatnya di seluruh dunia.
Sebuah petikan di dalam buku itu, menerangkan maksud ayat di dalam Surah Al-Fatihah yang didakwa melabelkan orang Kristian dan Yahudi sebagai golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.
Menurut penulisnya, oleh sebab itu Wafa membuat kesimpulan bahawa Allah menanam sifat membenci sesama agama bermula dari solat lagi kerana ia perlu dilakukan sebanyak lima waktu sehari, dan itu dianggap sebagai latihan membenci penganut agama lain.
BukuHinaIslam01

Daripada keseluruhan ayat Al-Quran, Wafa hanya mengambil bahagian itu sahaja untuk menjelaskan tentang keseluruhan Islam.
Wafa tidak pula meletakkan maksud dari Surah Al-An’amm ayat ke 108 yang bermaksud :-
Dan janganlah kamu caci benda yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan,”
Dalam ayat di atas, jelas Allah melarang kita dari mencaci orang yang bukan Islam.
Jika diteliti latar belakang Wafa, dia dilahirkan pada 14 Jun 1958 di Baniyas, Syria. Berpendidikan seorang doktor perubatan yang juga seorang pakar psikologi dan dia merupakan seorang penulis di Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, tidak diketahui berkenaan kewujudan buku ini di dalam negara dan dengan jelas penjualan buku ini di Malaysia perlu dipantau dengan serius dan jika ia bakal menjejaskan akidah umat Islam, ia perlu disekat terus. 
-newshub

No comments:

Post a Comment