Pages

Friday, 13 September 2013

POLIS HILANG SENGAT : DEMOKRASI NEGARA TERGUGAT !!!


Permintaan penyokong dan pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang mahukan sebuah negara demokrasi telah menyebabkan demokrasi di negara Malaysia berada dalam keadaan tidak selamat.

Kenyataan tersebut dibuat oleh tokoh wartawan negara, Datuk A. Kadir Jasin ketika berlangsungnya Wacana Sinar bertajuk, ‘Polis Hilang Sengat: Apa Selepas EO?’ petang tadi.

Kata A. Kadir, Malaysia menjadi sebuah negara demokrasi yang tidak selamat kerana terlalu mengikut kata-kata dari negara barat yang sering mengatakan negara ini tidak ada demokrasi.

“Demokrasi kita sudah tidak selamat. Hari ini, kita menjadi sebuah negara yang demokrasi tidak selamat kerana termakan dakyah dari negara Barat, yang mengatakan Malaysia tidak ada demokrasi,” kata A. Kadir dalam sesi pembentangannya.

Mengambil contoh negara Arab yang bergolak kerana terlalu mahu mengamalkan demokrasi, A. Kadir tidak mahu Malaysia mengalami nasib yang sama.

Ini kerana, pengamalan demokrasi yang terlampau akan menimbulkan masalah kepada pentadbiran negara kelak.

“Kalau kita lihat negara Arab sekarang sedang berusaha untuk jadi sebuah negara demokrasi tetapi sukar untuk dilaksanakan,” katanya.

Justeru, untuk tidak mahu membiarkan Malaysia terus berada dalam keadaan tidak selamat, satu undang-undang khas perlu diwujudkan untuk mengawal keamanan sekiranya demokrasi yang bebas dilaksanakan.

Wacana Sinar Harian ini membariskan panel yang terdiri daripada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; bekas Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Tan Sri Zaman Khan dan tokoh wartawan negara, Datuk A Kadir Jasin serta dikendalikan oleh penganalisis jenayah, Datuk Akhbar Satar.


Undang-Undang Sekarang Tiada Taring 

– Musa Hassan

No comments:

Post a Comment