Pages

Saturday, 14 September 2013

PENIAGA JUALAN LANGSUNG UGUT BUNUH KPN DIREMAN 4 HARI !!!

Seorang peniaga jualan langsung menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras hari ini berhubung kes ugutan bunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata suspek berusia 33 tahun itu menyerah diri kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

"Suspek itu datang seorang diri untuk serah diri, dan kami telah hantar suspek itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangan lanjut," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek yang berasal dari Negeri Sembilan dan menetap di Melaka itu tiada rekod lampau.

Peniaga itu didakwa mengeluarkan komen dalam laman sosial Facebook di bawah nama Murugan Nagaretinam dengan menulis: "can anyone just hire gunman to shoot down this police or igp?" semasa memberi komen dalam laman sosial kawannya mengenai kejayaan polis menembak mati dua lelaki dipercayai anggota kongsi gelap Geng 36.


Berikutan kenyataan itu, satu laporan polis dibuat oleh pihak polis di IPD Dang Wangi di sini semalam.

KUALA LUMPUR: Individu yang terlibat dalam kes ugutan bunuh ke atas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman sosial petang semalam ditahan reman empat hari mulai hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata suspek yang merupakan peniaga jualan langsung itu direman bagi membantu proses siasatan.
"Suspek ditahan reman empat hari sehingga Isnin depan dan kes ini di siasat di bawah Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi.
Kira-kira 9.30 pagi tadi, seorang peniaga jualan langsung menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras berhubung kes ugutan bunuh tersebut.
Dia didakwa mengeluarkan komen dalam Facebook di bawah nama Murugan Nagaretinam dengan menulis: "can anyone just hire gunman to shoot down this police or igp?" semasa memberi komen dalam laman sosial kawannya mengenai kejayaan polis menembak mati dua lelaki dipercayai anggota kongsi gelap Geng 36. - Metro

No comments:

Post a Comment