Pages

Saturday, 15 June 2013

APA DAH JADI ??? BLOGGER PRO PEMBANGKANG SENDIRI HINA ANAK TGNA !!!

Diatas merupakan print screen dari salah seorang Penyokong Tegar Pakatan Pembangkang. Jelas, sememangnya beliau ada niat hendak menghina anak TGNA.

Jika tidak, siapa pula yang beliau maksudkan sebagai Pemuda PAS yang Syok Warak meminta orang redha dengan keputusan Pilihan Raya ???

Sebelum ini, hanya Nik Abduh sahaja yang keluarkan kenyataan dan meminta agar seluruh ahli PAS menerima ketentuan Allah S.W.T setelah tewas dalam PRU yang lalu.

http://hambaliabdullah.blogspot.com/2013/05/selepas-mb-kelantan-kini-dewan-ulama.html

Rasanya tak ada lagi ahli Pemuda PAS yang lain keluarkan kenyataan demikian. Lain la kalau ahli Pemuda PAS ni seorang manusia 'ghaib' dan tak nampak dek orang.

Mungkin bagi MSO, dia lupa bahawa Menteri Besar Kelantan sendiri pernah keluarkan kenyataan yang hampir serupa dengan apa yang diluahkan oleh anak Nik Abduh.
KOTA BHARU 19 Mei - Kerajaan Pas Kelantan menolak sebarang konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan melalui cara kekerasan. 
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menegaskan, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini. 
Jelas Ahmad, pendirian beliau itu selari dengan kepimpinan Pas Pusat yang sejak dahulu menegaskan bahawa parti itu sentiasa memilih jalan demokrasi untuk menukar kerajaan kepada kerajaan yang didakwa lebih baik. 
"Justeru, saya juga tentunya tidak bersetuju dengan jalan kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan dan juga memohon agar proses pilihan raya dihormati," katanya dalam Facebook beliau hari ini. 
Nah! Sekarang jelas bahawa pendirian Menteri Besar Kelantan tu sendiri berubah - ubah mengikut keadaan. Nampak sangat la yang dia pun tak konsisten.

Apa yang dapat kita simpulkan, kenyataan serta pendirian Menteri Besar Kelantan ini hanya sebab dia tak nak dimalukan oleh Husam Musa dihadapan orang ramai.

Dia tak nak tunjuk yang dia kononnya memboikot Himpunan tersebut. Nanti takut dia pun akan hilang sokongan dari rakyat dan jadi bahan kecaman.

Dalam Politik, bab nak tikam belakang sesama sendiri ni memang dah jadi satu kebiasaan. Jadi, tak hairan lah kalau MB Kelantan tu sekadar nak jaga air muka dia saja. Bukannya dia betul - betul setuju nak buat Himpunan tersebut!!!

No comments:

Post a Comment