Pages

Wednesday, 23 January 2013

TOLAK MAJLIS SYURA ULAMA, AZMIN ANGKUH, BIADAB !!!


Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan polisi Pakatan Rakyat (PR) berhubung dengan isu kalimah Allah yang pernah disepakati pada 4 Januari 2010 masih kekal sampai sekarang walaupun Majlis Syura PAS pada 8 Januari 2013 memutuskan sebaliknya.

Isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. Baru-baru ini, Presiden Pas mengesahkan kedudukan Pas dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia adalah sama seperti pada tahun 2010.
Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya

Saya yakin sebahagian rakyat Malaysia khususnya di kalangan masyarakat Melayu Islam agak tersentak mengikuti ulasan Timbalan Presiden PKR YB Azmin Ali mengenai keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang sama sekali tidak membenarkan kalimah Allah diterjemah dalam apa bahasa pun termasuk digunakan di dalam Bible berbahasa Melayu.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Azmin menggambarkan keangkuhan dan kebiadaban pemimpin PKR itu sebagai seorang Muslim dan sebagai seorang Melayu. Tidak terfikir di kepala kita ada pimpinan Muslim yang latar belakang keluarga begitu hampir kepada Islam mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai biadab seperti yang dipaparkan dalam media kelmarin.
Inti kenyataan beliau boleh disimpulkan seperti berikut :
1.Menyanggah keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS yang merupakan badan tertinggi dalam struktur parti PAS berhubung dengan dasar-dasar parti;
2.Secara sombong dan bongkak memperakukan keputusan yang dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu ini. Gambaran yang diberi seolah-olah Majlis Presiden menduduki tempat yang supreme yang tidak boleh digugat oleh mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat termasuk PAS. Supremacy ini seharusnya dipertahankan walaupun keputusan tersebut menyalahi peraturan agama Islam yang suci. Kesucian itu termasuklah soal aqidah yang bagi orang PAS merupakan segala-galanya;
3.Kejahilan Azmin tentang kronologi peristiwa yang berlaku dalamana mesyuarat Majlis Presiden membuat keputusan mengenai kalimah Allah mendahului keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama. Dalam sistem parti PAS perkara-perkara pokok mengenai Islam semestinya mendapat pengesahan Majlis Syura Ulama. Dalam kes ini apa yang berlaku adalah sebaliknya;
4.Azmin gagal memahami perasaan, citarasa, hatikecil dan komitmen ahli dan penyokong PAS yang sentiasa memperjuangkan kesucian agama Islam dan biasanya akur dan patuh kepada keputusan-keputusan golongan ulama termasuk Dewan Ulama dan pastinya Majlis Syura Ulama PAS;
5. Kenyataan Azmin tidak mungkin dapat meredakan keadaan. Ahli dan penyokong PAS yang sudah ditarbiah sedemikian rupa tidak mudah tunduk kepada mana-mana keputusan yang membelakangkan prinsip Islam. Mereka tidak akan tunduk kepada mana-mana individu pimpinan yang diberi kata pemutus di dalam Majlis Presiden kecuali pimpinan PAS, yang terdiri daripada mereka yang bukan Islam dan kalaupun Muslim amalan Islam mereka diragukan.
Saya ingin menarik perhatian semua pihak supaya merenungkan perkara-perkara berikut :
1.Apakah kedudukan keputusan dan resolusi Majlis Syura Ulama PAS yang telah sebulat suara menolak kalimah Allah untuk diguna pakai dalam Bible berversi Melayu?
2.Pada masa yang sama bagaimana pula status keputusan yang dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang membolehkan kalimah Allah digunakan?
3.Sehingga ini pimpinan PKR dan DAP kecuali Azmin belum memberi sebarang ulasan sedangkan kenyataan bersama Majlis Presiden Pakatan dikeluarkan oleh ketiga-tiga pimpinan utama. Dato Seri Anwar Ibrahim mewakili PKR, Lim Kit Siang mewakili DAP dan Dato Seri Hadi Awang mewakili PAS.
4.Di kalangan saf pimpinan PAS sendiri diluar daripada Majlis Syura Ulama belum muncul lagi ulasan terhadap status kedua-dua keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura PAS dan Majlis Presiden Pakatan.
5.Adakah pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat terus menidakkan kewujudan undang-undang, enakmen dan fatwa yang telah dikeluarkan? Jika keadaan ini berterusan seperti apa yang ada sekarang bermakna PAS dan Pakatan Rayat secara sewenang-wenangnya mencabul keluhuran undang-undang dan peraturan yang ada.
Gambaran yang ada di hadapan kita sekarang ialah pimpinan PAS bebas membuat keputusan mewakili parti dalam hal-hal yang menyentuh dasar dengan membelakangkan Majlis Syura Ulama. Tidakkah ini akan mewujudkan precedent yang tidak sihat yang akan menggugat keutuhan parti itu. Majlis Syura Ulama barangkali perlu melihat semula perkara ini supaya amalan mengenepikan Majlis Syura tidak menjadi sesuatu yang boleh dilindungi dan dipertahankan.
Oleh kerana isu ini besar dan mempunyai implikasi yang mendalam terhadap aqidah umat maka wajib bagi semua pihak, PAS dan Pakatan Rakyat membuat penyelesaian yang muktamad terhadap isu yang masih tergantung-gantung ini.
Apakah Pakatan Rakyat mampu ke Putrajaya dengan isu-isu besar yang belum selesai termasuk isu yang dibincangkan ini?
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI Kuala Lumpur
18 Januari 2013
Ini pendirian Azmin Ali berkenaan penggunaan Kalimah Allah oleh non muslim. Dia bertindak menyelar keputusan Majlis Syura PAS dan seakan mahu mengheret Nik Aziz supaya bersetuju dengan pendiriannya.


No comments:

Post a Comment