Pages

Thursday, 24 January 2013

MAJLIS SYURA PAS PERLU KAJI SEMULA HUBUNGAN PAS-DAP !!!



Sebagaimana yang kita maklum, Pengerusi DAP, Karpal Singh telah memanggil media baru-baru ini bagi menyuarakan “arahan” terbarunya kepada PAS untuk menarik balik keputusan melarang penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible versi bahasa Melayu untuk edaran Semenanjung. 

Bagi Karpal, keputusan PAS itu tidak senada dengan kehendak dan keputusan “Majlis Syura” Pakatan Haram yang turut disokong oleh Pak Syiekh Anwar Ibrahim “Al-Liwati” dan “Khalifah” Lim Guan Eng “Abdul PASpispus”!!!

Jadi, dia menggesa agar PAS bermesyuarat kembali dan membuat keputusan yang tidak bertentangan fatwa “Majlis Syura” Pakatan Haram itu atau PAS akan dilihat sebagai “liabiliti” gabungan pembangkang itu pada PRU ke-13 nanti.

Itulah bezanya hubungan DAP dengan PAS. Sebuah hubungan “terlarang” yang “dihalalkan” bagi maksud merebut kuasa politik yang berbentuk duniawi dengan terang-terangan bercanggah dengan kalamullah.

Mungkin disebabkan itulah maka timbul istilah “kafir harbi” dan “kafir zimmi” yang kononnya dikatakan tidak wujud di dalam Islam oleh para ulama PAS.

Dulu, PAS mengkafirkan jutaan umat Islam yang menyokong UMNO kerana bersekutu dengan MCA, MIC, Gerakan, PPP dan banyak lagi parti yang majoritinya disertai oleh golongan bukan muslim.

Setidak-tidaknya, parti-parti komponen BN itu begitu menghormati dan memahami kedudukan Islam serta kepentingannya di negara ini. Mereka rela hati bekerjasama tanpa mempersoal keistimewaan dan dasar kepentingan Islam di negara ini.

Namun kini, PAS pula bersekutu dengan sebuah parti yang begitu terkenal dengan sifatnya yang menentang dasar perlembagaan, mencabar keistimewaan Islam dan masyarakat bumiputera di negara ini. Kalaulah DAP boleh dengar kata dan menurut dasar PAS, tak mengapalah juga. Tapi terbaliklah pula! PAS pula yang terpaksa mendengar, menurut perintah dan kehendak DAP bagi mengekalkan hubungan “tahaluf siyasi” mereka.

Dalam ertikata lain, PAS hanyalah “Pak Turut” yang menjadi “buah catur” kepada DAP dan PKR dalam sebarang dasar Pakatan Haram. Lihat dan semaklah buku jingga. Jangan terkejut jika tiada langsung diperkatakan tentang kepentingan dan kedaulatan Islam di dalamnya.

Saya tertanya-tanya, apa yang PAS dapat dalam persahabatannya dengan “syaitan-syaitan” itu selepas 5 tahun, sejak tahun 2008? Kuasa??? Kuasa apa yang mereka dapat??? Dasar PAS dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Haram??? Langsung tak ada..!!!

Persoalannya, tak malukah pak-pak lebai dan mak-mak aji itu menyokong DAP dan Anwar Ibrahim yang terkenal dengan salah laku moralnya itu? Golongan yang mencabar Islam dan tidak berakhlak itu yang mereka sokong? Di mana maruah puak-puak PAS itu???

Hanya kerana gilakan kuasa politik, PAS sanggup menggadai kepentingan Islam. Dan tidak hairanlah jika mereka sanggup juga mengadai maruah parti mereka demi memenuhi nafsu ingin berkuasa mereka itu. Saya tertunggu-tunggu, beranikah PAS menurut kehendak Karpal dalam isu kalimah “Allah” ini? Jika PAS menurut kehendak DAP, maka saya yakin bahawa PAS akan kehilangan Datuk Dr. Harun Din, Ustaz Harun Taib dan sebilangan besar ulama di dalam parti itu.

Atau, apakah Karpal setuju untuk  membenarkan PAS mengekalkan keputusan parti itu sekaligus melambangkan pepecahan dasar gabungan Pakatan Haram yang jelas tidak sekata, berbeza dasar dan tidak sebulu dalam banyak perkara? 

Persoalan utama untuk PAS, bila Majlis Syura nak kaji semula hubungan PAS dengan DAP??? Nak tunggu Islam dan kepentingannya diranapkan DAP dulu dan kemudian baru nak kaji? Rasanya sudah terlambat…

No comments:

Post a Comment