Pages

Sunday, 16 December 2012

MELAYU TERUS DIBODOHKAN!! BANGSA KELAS KETIGA DI BUMI SENDIRI!!

KEPUTUSAN undian CEC DAP semalam menunjukkan yang parti demokratik rakyat ini sebenarnya adalah satu parti yang terus akan meminggirkan kaum Melayu di dalamnya. Seramai 6 calon Melayu yang bertanding mendapat undian paling corot.

Bukan kerana tidak layak, tetapi undian bangsa memainkan peranan penting. Hampir 80% ahli DAP adalah bukan Melayu dan tidak mungkin undi setiap perwakilan akan diberikan kepada bangsa Melayu. Itu memang sudah dapat diagak lama.

Majlis Tertinggi DAP terus dikuasai oleh kaum Cina yang bersikap rasis dan terselit juga 3 orang dari kaum India yang dijadikan kambing hitam untuk menutup rasis bangsa.

Bermula dari dalam parti sendiri Melayu DAP telah dipinggirkan, ini kan pula hendak membentuk sebuah kerajaan campuran yang majoriti ahli partinya adalah bukan Melayu. Di mana suara bangsa Melayu?

Malah DAP juga turut menuntut untuk diberikan lebih kerusi dalam PRU akan datang iaitu 3 kerusi tambahan Parlimen dan 10 kerusi tambahan DUN. Kerusi dari parti manakah yang akan dikurangkan?

Fikirkan sendiri jika benar DAP berkuasa dan konon hendak membela nasib kaum Melayu sedangkan dalam pemilihan sendiri kuasa bangsa memainkan peranan penting dalam memilih pemimpin. Fikirkan.

Keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP 2012 adalah seperti berikut:

1.   LIM KIT SIANG  -1607
2.   LIM GUAN ENG -1576
3.   KARPAL SINGH - 1411
4.   CHONG CHIENG JEN- 1211
5.   LOKE SIEW FOOK (ANTHONY) -1202
6.   WU HIM VEN (VINCENT) - 1202
7.   TAN KOK WAI -1199
8.   GOBIND SINGH DEO - 1197
9.   PUA KIAM WEE (TONY)- 1162
10. TENG CHANG KHIM- 1152
11. FONG KUI LUN- 1137
12. NGA KOR MING -1075
13. CHONG ENG- 1006
14. CHOW KON YEOW- 986
15. LIEW CHIN TONG- 984
16. M. KULA- 984
17. BOO CHENG HAU- 958
18. KOK SUH SIM (TERESA) -925
19. TEO NIE CHING -903
20. NGEH KOO HAM - 824

Ternyata sekali, tiada seorang calon Melayu diterima untuk menjadi Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP. Hanya satu kaum India yang menang iaitu M Kula dan dua beranak SIkh iaitu Karpal dan Gobind yang menang.

Sungguh mencerminkan sekali masyarakat majmuk Malaysia yang nampaknya didominasi oleh kaum Cina. Jelas bahawa Melayu kaum "minoriti" di malaysia.

Dengan kemenangan sekumpulan nama-nama tertentu, jelas sekali DAP dikuasai oleh kumpulan yang kuat kaitan dengan kristian Evangelis dan ke situlah agenda DAP akhirnya akan mengarah.

Lagi terus dipinggirkan golongan Cina Buddhist atau fahaman tradisi dari kuasa dalam DAP. Akan berterusanlah puak yang sering digelar Cina Bukit atau Cina Bagan atau Cina kampong kepada penguasaan golongan Cina English educated, westernised thinking dan berugama Christian atau dipengaruh buadaya Christian.

Kumpulan seperti Fong Po Kuan dan Yit Foong dalam DAP akan dipergunakan sentimen cauvanisma untuk menguatkan kuasa golongan pisang kuning diluar tetapi isi puteh.

Seronoklah PAS dalam konon perjuang Islam. Namun begitu mereka tidak ada masaalah kerana dah ditebalkan jiwa mereak supaya lebih baik beli kedai Cina kafir dari beli kedai penyokong UMNO atau yang tidak bersama PAS.


Apa sudah jadi dengan 2 orang melayu ni? 20 pemimpin tertinggi DAP yang terpilih langsung tidak terpacul nama 2 manusia keturunan Melayu ini.
Hina sangat rasanya bila sudah beria-ia menghina bangsa sendiri dengan memuji sepenuh jiwa KOMUNIS haram DAP tetapi sudahnya tidak terpilih langsung dalam kepimpinan tertinggi KOMUNIS itu.
Mana suara melayu dalam DAP yang kononnya parti berbilang bangsa?

No comments:

Post a Comment