Pages

Sunday, 16 December 2012

HOT !!! KEWIBAWAAN "OSTADAH" ABBY DI PERSOAL ???



SEDIH betul tengok aksi Abby yang semakin lama semakin terdesak untuk mencari undi kepada PAS. Selepas puas beraksi di pentas ceramah dan mengutip dana PRU, amalan pahala Abby tak pernah putus di sana, di laman twitter miliknya setiap masa ada sahaja status yang menjengkelkan.

Langit yang cerah tak akan sampai ke malam. Rupanya ada juga peminat Abby yang semakin meluat dengan perangai Abby. Peminat Abby ni cakap dalam facebook miliknya yang tak pernah melihat Abby belajar agama dimana-mana tetapi begitu galak menggunakan hadis di pentas ceramah.


Banyak persoalan yang ditimbulkan oleh individu ini. Dimana Abby belajar agama? Siapa tok gurunya? Jenis pembelajaran agama mana dipelajari? Itu semua menjadi tanda tanya kepada peminat Abby yang turut telah berhijrah seperti Abby namun tidak berani mengungkap hadis yang telah dipelajari oleh 7 orang guru agama.

Dari mana Abby belajar semua ini? Adakah fahaman Abby tentang agama benar?

No comments:

Post a Comment