ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Tuesday, 26 March 2013

VIDEO PANAS DAN MENYAYAT HATI YANG MESTI DITONTON SEMUA! !!


Edisi khas, video yang menceritakan imbasan dari babak awal krisis pencerobohan Lahad Datu, pengorbanan pasukan keselamatan, kedukaan dan kesedihan, semangat perwira dan suka duka pasukan keselamatan di sepanjang Operasi Op Daulat dilancarkan. 

Hayatilah.



SELAMAT HARI POLIS KE 206.


Monday, 25 March 2013

SEKADAR IMBASAN TRAGEDI #LAHAD DATU.


PAHIT GETIR 20 HARI OP DAULAT


2 Terkorban 3 Cedera  diserang di Kg Tanduo
musuh angkat bendera putih
Sambutan Jenazah Wira Negara di Pergerakan Udara Subang

Anggota PGA Miri Sarawak yang dihantar ke Lahad Datu

Pemimpin No 1 Lawat OP Daulat

Pemimpin no 2 Turut bersama di Op Daulat

Cikgu yang menghina Pasukan Keselamatan termasuk yang sudah terkorban

Rayuan Salah Seorang Bapa Wira Negara yang terkorban

Tragedi Kampung Simunul

Antara Anggota Tentera yang maut

Tan Sri Khalid Abu Bakar Menyambung Tugas Tan Sri Ismail Omar di Lahad Datu

8 Pengganas Warga Asing didakwa atas tuduhan melancarkan Perang Keatas Yang Dipertuan Agong

Pengganas Sulu yang berjaya di Tangkap Hidup-Hidup

Pengganas Sulu Wanita yang ditangkap( Ditembak bertubi-tubi tetapi masih hidup)

Datu Amir Baha, Menteri Pertahanan Kesultanan Sulu?


SUMBER DI PETIK DARI KERIS PUTERA.

GEMPAR! STRATEGI TERAKHIR ANWAR UNTUK PRU13 TERBONGKAR!

Menggemparkan! Pendedahan YB Zulkifli Noordin, bekas peguam Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung strategi dan tindakan yang sedang dan akan dirancang oleh Anwar Ibrahim dan orang-orang kanannya menjelang PRU ke 13.

Di antara pendedahan Zulkifli Noordin ialah :

1. Berlaku tembakan untuk menarik simpati rakyat kepada pembangkang.

2. Anwar akan menunjukkan jam Omega yang sebelum ini didakwa hilang semasa aksi akrobatik dengan China Doll. Tetapi jam itu jam baru.

3. Anwar akan bersumpah tetapi tidak boleh pakai.

4. Wakil-wakil rakyat bekas Pakatan pembangkang akan dipujuk dengan habuan untuk masuk kembali pembangkang dan mengeluarkan kenyataan mereka dibeli oleh DS Najib Razak.

5. Azmin akan berlakon di depan ibunya.

6. Mereka yang terlibat dalam kes Al-Tantuya dibayar untuk pusing cerita dan mengaku kononnya Najib Razak terlibat.

7. Bekas pegawai DS Rosmah Mansor dipujuk dan dibayar untuk memburuk-burukkan nama isteri Perdana Menteri itu.

Ikuti video di bawah tentang pendedahan terbaru ini :

video pendedahan Zulkifli Noordin

Dalam masa yang sama, pakatan pembangkang sudah pasti akan buntu fikiran jika ada di antara pendedahan Zulkifli Noordin itu termasuk dalam senarai'must do' mereka untuk memancing undi rakyat di saat-saat akhir pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Apa tidaknya. Jika mereka teruskan juga, ianya sudah basi, dijangkakan, tidak mengejutkan lagi dan memperlihatkan ketidakmampuan think tank pakatan pembangkang untuk memikirkan strategi lain.

Dan bagaimana pula dengan pendedahan Mohd Fareez, Setiausaha Politik YB Zuraida Kamaruddin yang mendedahkan sikap cemburu Wan Azizah dek hubungan rapat beliau dengan Anwar Ibrahim.

Fareez juga merupakan pegawai Diplomasi Sulit (Antarabangsa) untuk Anwar Ibrahim.

Sila baca surat di bawah :


Sunday, 24 March 2013

UPDATE #LAHAD DATU @240313

MENTERI PERTAHANAN KIRAM DITANGKAP.
Tahniah dan syabas kepada anggota keselamatan kita baik PDRM mahupun ATM atas kejayaan mereka menangkap hidup-hidup perancang utama pengganas Sulu di Semporna dan Lahad Datu pada pagi ini. 

Tertangkapnya Datuk Amir Baha@Datuk Bahang yang dianggap seorang Jeneral Perang dan Menteri Pertahanan Sulu kononnya, akan memudahkan lagi kerja-kerja pembersihan yang dilakukan bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara ini.

Inilah wajah pengganas yang mahu berunding dengan pihak Malaysia tempohari dan menjanjikan tidak akan berlaku keganasan, berbincang cara baik dan berjanji akan meletakkan senjata mereka. Namun rupa-rupanya mulut manis mereka menyebabkan nyawa anggota keselamatan kita melayang.



"MILITARY KOMANDER" KIRAM III DITANGKAP BERSAMA ISTERI.
Pasukan keselamatan berjaya melumpuhkan pergerakan militan Sulu susulan penangkapan pemerintah tentera yang memimpin pencerobohan di Lahad Datu di Semporna awal hari Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an itu ditangkap bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada 1.30 pagi hasil maklumat orang ramai. 
Beliau berkata selain itu, pasukan keselamatan turut menahan seorang rakyat tempatan yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini.

Tanpa menjelaskan butiran lanjut mengenai lelaki tempatan berusia awal 40-an itu, Khalid berkata suspek ditangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam Jumaat. 
'Local coordinator' itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan.

"Dengan penahanan 'military commander' atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Sabtu.


Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan.


Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-19 hari ini tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi.


Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang. 
Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu.

Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.


"Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka," katanya.


Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk.


Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya.


Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan. - BERNAMA

PAS KELANTAN AKUI PERLU MASA UNTUK TUNAI JANJI ???

Pihak-pihak berkuasa di Kelantan yang ditadbir oleh PAS telah mengakui bahawa walaupun telah memegang tampuk pentadbiran negeri Kelantan selama 22 tahun, mereka masih perlukan lebih banyak masa untuk menunaikan janji-janji yang telah dibuat kepada rakyat sebelum PRU12 yang lepas.
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan mendakwa bahawa manifesto bukanlah sesuatu yang boleh dilaksanakan dalam tempoh satu penggal.
“Dalam sesebuah manifesto, ada perkara yang boleh dilaksanakan dengan cepat, dan ada pula yang akan mengambil masa yang lama,” ujar beliau.
“Atas sebab inilah kami meminta pengundi-pengundi memberikan kami peluang melanjutkan pentadbiran kami memandangkan ada janji-janji kami yang perlukan masa yang panjang untuk ditunaikan.”
Pentadbiran PAS di Kelantan sejak tahun 1990 telah dikecam hebat kebelakangan ini kerana pembangunan Kelantan yang perlahan jika dibandingkan negeri-negeri lain, dalam kedua-dua aspek ekonomi dan juga sosial.
Menyentuh tentang manifesto PAS untuk pilihanraya umum yang akan datang, Amar mendakwa mereka akan tunggu dan lihat apa yang ditawarkan oleh Barisan Nasional sebelum mengeluarkan manifesto mereka.
Sementara itu pula, BN kini sedang menunjukkan keyakinan baru di Kelantan.
Pada bulan lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sudah tiba masanya untuk Barisan Nasional merampas semula Kelantan agar negeri itu tidak ketinggalan dalam program transformasi yang sedang dikecapi di seluruh negara.
“Sekiranya anda ingin keluar dari kegelapan ini, eloklah berikan peluang kepada BN. Sekiranya anda rasakan BN gagal, tukar semula selepas lima tahun, kuasa terletak pada tangan rakyat,” kata Muhyuddin.
“Berilah peluang kepada Perdana Menteri yang memohon mandat baru, dan nilaikan cara-cara kami, sudah pasti akan ada perubahan dalam masa lima tahun. Sekiranya tiada perubahan, anda ada hak untuk menukarkan kami. Kami mahu buktikan apa yang kami mampu lakukan untuk rakyat.”
Pengundi-pengundi di Kelantan semakin bertambah bosan dengan pentadbiran PAS yang lama dan tidak efektif serta wujud juga kebimbangan dalam kalangan orang bukan Islam tentang agenda agama yang semakin menyelinap masuk ke dalam pentadbiran negeri – ini berkemungkinan akan mengurangkan sokongan bukan Islam terhadap Pakatan Rakyat.

TERKINI : KERAJAAN FILIPINA DAKWA ADA BUKTI MENGAITKAN PEMBANGKANG


Malaysia akan menggunakan saluran diplomatik untuk mendapatkan maklumat daripada kerajaan Filipina berhubung dakwaan terdapat tokoh pembangkang di negara itu membiayai keluarga Jamalul Kiram III untuk menceroboh Lahad Datu, bulan lepas.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau ada membaca kenyataan Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin yang menyatakan kerajaan Filipina telah menemui beberapa bukti berhubung insiden itu.

"Saya ada membaca kenyataan Setiausaha Pertahanan Filipina yang menjelaskan kemungkinan besar ada bukti mengaitkan peristiwa Lahad Datu adalah angkara pihak pembangkang di sana.

"Kita harap mereka akan beri maklumat yang lebih terperinci menerusi saluran diplomatik iaitu menerusi Kementerian Luar supaya kita dapat tahu keadaan sebenar," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Helo Komoditi di Kompleks Sukan Pagoh di Muar hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Voltaire semasa pertemuannya bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Putrajaya, Khamis lepas.

Menurut Muhyiddin, sekiranya terbukti perkara itu benar, beliau berharap kerajaan Filipina akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang di negara itu.

"Namun yang penting kita juga hendak tahu jika ia ada hubung kait dengan orang di sini (Malaysia)... itu saya tidak pasti. Tetapi jika kita sudah ada laporan itu, kita akan tahu kedudukan sebenar.

"Ini kerana kita tahu kumpulan yang menceroboh itu bukan ada keupayaan tetapi apabila mereka datang ke Malaysia, dia guna senjata moden," katanya.

Katanya, hal itu sekali gus membuktikan ada pihak yang membiayai dan mendalangi pencerobohan kumpulan dari selatan Filipina itu.

Muhyiddin yang juga anggota Parlimen Pagoh berkata, jika benar terdapat pihak di negara ini yang turut sama mendalangi kejadian pencerobohan itu, kerajaan akan bertindak tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainudin dan anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang Datuk Tahir Taat.- Bernama

Saturday, 23 March 2013

MANISFESTO BOLEH UBAH BUKTI PR TIDAK TELUS !!!


KALAU DAH MANIFESTO PUN BOLEH DIUBAH, BOLEHKAH PAKATAN PEMBANGKANG MENUNAIKAN JANJI ???

Kenyataan pemimpin pembangkang yang mengaku kesilapan dalam manifesto terbaru Pakatan Pembangkang berhubung isu royalti minyak membuktikan bahawa manifesto yang diuar-uarkan itu dibuat secara tergesa-gesa, tidak cermat dan hanya menjadi bahan lawak rakyat sahaja.


Malah ia memperlihatkan bahawa pakar penipu kesayangan PKR diketuai Rafizi tidak serius di dalam merangka program untukkebaikan rakyat, sebaliknya tergesa-gesa mengeluarkan manifesto tersebut semata-mata untuk bersaing dengan program dan janji-janji kerajaan.

Macam mana mereka mahu mentadbir negara, jika manifesto pun dibuat dalam keadaan yang tergesa-gesa sehingga berlakunya kesilapan yang amat ketara.

Yang lucu sekali , kepimpinan mereka pula menyalahkan pencetak dengan alasan pencetak lupa mahu memasukkan isu royalti tersebut sebelum dicetak.

Apakah mereka tidak memeriksa kandungan manifesto itu sebelum dicetak??? Ini memperlihatkan sikap kepimpinan Pakatan yang tidak cermat serta teliti dalam memberi janji kepada rakyat.

Inilah sikap Pakatan Pembangkang yang cuba memperalatkan rakyat demi kepentingan kuasa politik mereka dengan menabur pelbagai janji-janji manis sebelum pilihanraya. Apabila berkuasa, mereka lupa janji-janji mereka itu, bahkan menidakkan pula janji-janji mereka kepada rakyat.

Tapi perlu di ingat !!!
MANISFESTO BUKAN SATU PERJANJIAN BAGI PAKATAN PEMBANGKANG!!!


HOT!!! TIAN CHUA TERUSKAN USAHA MENGHASUT RAKYAT ISU #LAHAD DATU.


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua seolah-olah mencabar institusi mahkamah, pihak berkuasa dan rakyat Malaysia yang semakin memuncak kemarahan kepada beliau apabila terus-terusan menyifatkan insiden pencerobohan kumpulan pengganas di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Terbaru, tohmahan secara terbuka Tian Chua dibuatnya ketika beliau berucap pada ceramah manifesto pakatan pembangkang Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi.

Ia hanya seminggu selepas prosiding pendakwaan terhadap Tian Chua bermula pada 14 Mac lalu apabila beliau dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung dakwaannya sebelum ini bahawa pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO.

Tian Chua didakwa membuat kenyataan kepada portal lidah rasmi PKR, Keadilan Daily pada 1 Mac lalu bahawa insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara UMNO.

Pada masa sama, Tian Chua tidak mempedulikan perasaan rakyat Malaysia yang mana sejak 1 hingga 20 Mac lalu, 1,361 laporan polis telah dibuat terhadapnya. Ia ekoran kenyataannya itu yang ternyata mengguris hati banyak pihak terutama keluarga perwira negara yang terkorban dalam Operasi Daulat memerangi kumpulan pengganas Kiram.

Dalam ucapan terbarunya malam tadi, Tian Chua mendakwa insiden pencerobohan di Sabah itu sebagai konspirasi UMNO dan BN untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah.

Ahli Parlimen Batu itu mendakwa, insiden pencerobohan yang dicetuskan oleh kumpulan pengganas Kiram itu digunakan oleh UMNO dan BN bertujuan mengalih perhatian masyarakat daripada isu pemberian kad pengenalan kepada orang asing di Sabah.

"Nampaknya, kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) gunakan kes ini untuk menakut-nakutkan rakyat dan mengalih pandangan orang awam daripada isu pokok iaitu satu tajuk yang sangat hangat (iaitu) Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Sabah iaitu projek IC (kad pengenalan) kepada orang asing secara banyak. Itu saya sifatkan sebagai konspirasi.

"Atas sebab itu saya tetap menyatakan adalah konspirasi UMNO untuk mencemarkan pihak pembangkang bukan sahaja dalam kes Lahad Datu tetapi setiap kes dari awal lagi. Kita lihat tiap kali pilihan raya mesti ada konspirasi untuk mencemar dan menjatuhkan imej pakatan pembangkang," katanya.

Malah, dalam ceramahnya kali ini, Ahli Parlimen Batu itu menambah tohmahan liar apabila mengaitkan tragedi Memali pada 1985 sebagai salah satu daripada konspirasi UMNO.

Seterusnya beliau mendakwa tidak pernah menghina anggota keselamatan sama ada polis atau tentera.

"Pada zaman reformasi berapa kali saya dihentam, dipukul, dibelasah oleh polis. Berapa kali saya ditahan. Pernah ke saya balas kekerasan itu. Pernah ke kita lakukan keganasan terhadap polis. Pernahkah kita baling batu kepada pihak polis.

"Ini adalah kerana kita menghormati peranan mereka (polis). Kita memahami mereka hanya menjalankan tugas apabila diarah," ujarnya. - UTUSAN ONLINE

UPDATE #LAHAD DATU @220313

SEORANG LAGI PENGGANAS KIRAM BERJAYA DI TEMBAK.
Pasukan keselamatan menembak mati seorang pengganas Kiram dan menahan seorang wanita berusia lewat 40-an dalam satu pertempuran di Kampung Tanjung Batu, di sini semalam.

Perkara itu disahkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Felda Sahabat 16, di sini hari ini. - UTUSAN

SEORANG LAGI PENGGANAS KIRAM BERJAYA DITANGKAP.
Dalam operasi di kampung Tanjung Batu tadi seorang pengganas Kiram III berjaya ditangkap hidup-hidup. Alhamdulillah dalam operasi itu juga pasukan keselamatan kita tiada yang cedera.

TERTUDUH MENGAKU DI MAHKAMAH BELIAU DIUPAH
TAWAU 21 Mac - Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.

Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah. Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya.

Sejurus kenyataan Hooland diterjemah, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa menjelaskan kepada tertuduh bahawa dia tidak perlu berkata demikian dan segala pengakuan akan dibuat selepas diwakili peguam pada 12 April nanti.

Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. Dua tertuduh itu bersama empat yang lain turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas manakala dua lagi didakwa cuba melindungi pengganas. 

Selepas selesai pertuduhan dibaca, Lapan tertuduh yang ditutup bahagian kepala dibawa menaiki lori polis kira-kira 10.10 pagi.

Ini merupakan kali kedua tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agung dikenakan di negara ini selepas insiden kumpulan pemberontak Al Maunah di Bukit Jenalik Sauk, Perak pada tahun 2000. - BERNAMA


MAYAT PENGGANAS DIPENUHI TATU AL-QURAN
Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan yang berunsur syirik.


Antara benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat pengganas ialah tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan kebal dan takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan keselamatan.

Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas yang mati ditembak memakai tangkal dan mempunyai tatu ayat al-Quran di badan.

"Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka," katanya.

Beliau berkata ada satu mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai kesan peluru namun kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka dalaman akibat bunyi dan letupan mortar.

"Peliknya pengamal ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat dalam tempoh sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika dibiarkan lebih dari dua atau tiga hari," katanya.

Pengganas yang didakwa menggunakan ilmu batin untuk kebal turut memakai tangkal dan kad meramal hari, iaitu ilmu Kutika yang dipelajari daripada buku Tajul Muluk dan perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Itu mungkin kepercayaan mereka," katanya selepas ditemui pemberita di markas operasi Felda Sahabat 16 - BERNAMA

SEORANG PENCEROBOH DITEMBAK MATI, WANITA DITAHAN DALAM OP DAULAT.
Lahad Datu, 21 Mac - Pasukan keselamatan menembak mati seorang pengganas ketika operasi penggeledahan di Kampung Tanjung Batu pada kira-kira 1.30 tengah hari semalam, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut 63 orang. Seorang militan wanita berusia lewat 40-an serta tidak bersenjata turut ditahan dalam operasi itu.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kejadian itu susulan daripada pertempuran yang tercetus pada 11.30 pagi yang menyebabkan seorang anggota tentera cedera di jari kiri akibat terkena serpihan peluru.

"Susulan itu, pasukan keselamatan terus menjejaki musuh dan berlaku pertempuran di mana pasukan kita telah membunuh seorang daripada mereka serta menahan seorang wanita.

"Anggota tentera yang tercedera dibawa ke hospital berdekatan dan selepas pembedahan, keadaannya stabil," katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Berhubung statistik terkini pencerobohan, Khalid berkata 30 mayat militan berjaya dikeluarkan dan selesai dibedah siasat, namun sehingga kini tiada pihak tampil menuntut mayat-mayat itu.

Jumlah tangkapan di bawah SOSMA kekal 108 orang, manakala 268 individu ditahan mengikut lain-lain akta setakat ini, katanya. - BERNAMA


KAMPUNG TANDUO BERJAYA DIAMBIL KEMBALI
Anggota tentera akan mendiami Kampung Tanduo sebagai jaminan bahawa kampung yang menjadi lokasi pendaratan penceroboh militan itu bebas daripada ancaman pengganas, kata Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi memastikan penduduk yang mendiami 12 rumah di kampung itu kembali yakin dan bersedia untuk menjalani rutin harian mereka.

"Sebagai permulaan penempatan itu akan dilakukan dalam tempoh seminggu atau dua minggu dan tempoh itu sedia dipanjangkan bergantung kepada keadaan semasa.

"Ini bagi memastikan penduduk tidak berasa takut untuk menyambung semula rutin harian mereka selepas insiden pencerobohan itu," katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Felda Sahabat di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kebimbangan sesetengah pihak kemungkinan "ada sesuatu yang disembunyikan dan belum diselesaikan" di kawasan itu selepas pasukan keselamatan enggan membenarkan penduduk kampung terbabit pulang ke rumah walaupun Kampung Tanduo diisytihar bersih dan bebas daripada ancaman kumpulan pengganas sejak 11 Mac lepas.

Sambil menafikan andaian itu, Zulkifeli berkata, tindakan itu dibuat kerana tentera dan polis terlalu komited dalam memastikan keselamatan penduduk benar-benar terjamin sebelum mereka dibenar pulang.

Beliau berkata, sebagai bukti kesungguhan pasukannya, beliau akan memastikan nelayan yang turun ke laut juga akan dikawal dan diringi pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia sepanjang tempoh itu.

Katanya, apa yang diharapkan adalah penduduk sama-sama menyalurkan maklumat bagi membolehkan pasukan keselamatan bertindak sekiranya terdapat individu atau berlaku insiden mencurigakan di kawasan mereka.

Pada sidang akhbar sebelum itu, Zulkifeli menjelaskan, penduduk Kampung Tanduo akan dibenar pulang selepas berakhirnya penilaian yang dilakukan Majlis Keselamatan Negara, Majlis Daerah Lahad Datu dan Ibu Pejabat Polis Lahad Datu di kampung itu yang akan bermula selewat-lewatnya esok.

Katanya, kelewatan membenarkan penduduk pulang ke rumah ialah bagi memastikan kewasan kampung itu yang di kelilingi paya, hutan dan semak samun, benar-benar selamat daripada ancaman selepas ia menjadi sasaran utama militan selain berlaku banyak pertempuran di situ sebelum ini.

Friday, 22 March 2013

JOM KITA TENGOK VIDEO PANAS NI !!!


Habislah Anwar...!! JOM Tonton Video Ini... Papa Gomo Dah Siarkan Video Anwar Liwat Mahasiswa Di HILTON KL Sentral....

Panaaasss....!

Blogger Papa Gomo meneruskan cabarannya, memberikan pukulan TKO buat Peliwat Nombor Satu Malaysia, sebentar di Blog Papagomo sudah tersiar video klip Anwar Sodomy Mahasiswa....

Saksikan dibawah ini;


 
Credit to MIK