ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Tuesday, 19 February 2013

APA SALAH TOK PA SEHINGGA DIPERLAKUKAN SEDEMIKIAN RUPA ???

SEDIH WEIII AMBO TENGOK TOK PA DIPERLAKUKAN SEBEGINI DI KELANTAN!!!








Monday, 18 February 2013

HIMPUNAN PERDANA "ANOK-ANOK KELATE" DI PERANTAUAN 2013.


Semalam 17 Februari 2013, bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil ribuan anak-anak Kelantan di perantauan telah dipertemukan dalam Himpunan Perdana "Anok-Anok Kelate Di Perantauan 2013", perhimpunan sillaturahim sesama rakyat Kelantan di perantauan yang terbesar dan pertama kali diadakan di negara ini.

Jumlah kehadiran di himpunan ini dianggarkan melebihi 15,000 orang dengan sebahagian besarnya berpakaian merah sesuai dengan semangat Gelombang Merah yang kini semakin menyemarak di hati sanubari majoriti rakyat Kelantan.

Program himpunan yang turut mendapat kerjasamaKementerian Belia & Sukan ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sekitar jam 5 petang.

Sebelum perasmian, hadirin di bawa menghayati video lagu “Bo La Wei” yang bermaksud “cukup-cukuplah tu” ataupun boleh juga difahami sebagai “sudah cukup-cukup sudah, cukup di sini sahaja” yang merujuk secara langsung kepada pemerintahan PAS di Kelantan.


Gambar-Gambar Sekitar Himpunan Perdana 

"Anok-Anok Kelate Di Perantauan 2013".



















SUMPAH "BAIAH" PUNCA USTAZ NASHA TIDAK KELUAR PAS !!!


Semenjak isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang melibatkan kerjasama politik antara UMNO dengan PAS pasca PRU 12 2008 dulu menemui jalan buntu, sejak itulah bekas Timbalan presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa telah dikambing hitamkan oleh rakan-rakan kepimpinan parti itu.

Ahli Parlimen PAS Bachok, Kelantan itu tidak hanya dicemuh tetapi turut dituduh sebagai agen UMNO, malah Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sudah beberapa kali menghambur kata-kata kesat menghambat Nasharudin keluar dari parti.

Walhal disebalik timbulnya ura-ura mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO datangnya dari kebenaran Majlis Syura Ulama PAS yang dipengerusikan sendiri oleh Nik Aziz pada April 2008, yang mana bekas Timbalan Presiden Pas itu telah diberi mandat sebagai perantara ke arah menjalin hubungan dengan UMNO. 

Tapi disebabkan ugutan dan gertakan dari DAP serta PKR ditambah pula dengan lamunan indah yang diwar-warkan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akhirnya PAS menarik handbrake lantas tak pasal-pasal Ustaz Nasharudin pula yang menerima padahnya.

Bila mana timbulnya polemik isu hudud dan kalimah Allah s.w.t ditambah lagi dengan ketegasan Ustaz Nasharudin mempertahankan kebenaran, akhirnya sekali lagi Ustaz Nasharudin menjadi bahan momokan dipersenda dan diperlekehkan oleh rakan seperjuangan. 

Malah selepas Ustaz Nasharudin dipecat keanggotaannya dalam Majlis Syura, tanpa bertangguh Nik Aziz membuat kenyataan bahawa keahlian bekas Timbalan Presiden PAS itu secara automatiknya turut gugur sebagai ahli parti.

Namun demikian, kenyataan gelojoh Mursyidul Am PAS itu bagaimanapun dinafikan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang telah menjelaskan keahlian Ustaz Nasharudin dalam PAS masih kekal dan tidak terjejas dengan tindakan pemecatan sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Disebalik itu semua, bekas Timbalan Presiden PAS itu terus kekal dalam PAS. Tindakannya itu tidak sedikit menyebabkan khalayak umum tertanya-tanya sendirian, kenapa dan mengapa Ustaz Nasharudin terus bertahan dalam PAS sekalipun maruahnya dihina dan diherdik sedemikian rupa?

Jawapan kepada persoalan itu, tidak lain dan tidak bukan adalah kerana wujudnya sumpah baiah talak tiga yang mana setiap wakil rakyat PAS wajib mematuhinya. Jika gagal berbuat demikian misalnya dengan bertindak keluar dari PAS, bermakna ikatan suami isteri terputus dunia dan akhirat.

Polisi zalim sebegini yang meletakkan hubungan suami isteri bagi menjamin kesetiaan wakil rakyat PAS kepada parti bukanlah perkara baru dan ia sememangnya wujud serta diakui sendiri oleh pemimpin PAS sendiri.

Kesucian hubungan suami isteri yang sepatutnya disanjung tinggi bukannya satu persoalan besar pada pandangan PAS hatta sekalipun perceraian adalah benda halal yang paling dibenci oleh Allah s.w.t, namun bagi PAS selagi ia bermanfaat untuk politik kepartian duniawi selagi itulah PAS sanggup memperalatkannya.

Justeru itu, selepas menelaah senario ini terjawablah persoalan kenapa & mengapa Ustaz Nasharudin terus kekal bersama PAS dan tidak bertindak keluar dari parti walaupun parti itu secara keseluruhannya telah jauh dari landasan asal perjuangannya.


Sunday, 17 February 2013

UMNO TIDAK TIPU PAS !!!


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada penipuan yang dilakukan oleh Umno berhubung dakwaan bahawa PAS telah ditipu oleh Umno semasa parti itu berada dalam Barisan Nasional (BN).
Bekas perdana menteri itu berkata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama Umno dalam usaha untuk menyatupadukan orang Melayu.
“Katanya PAS telah ditipu oleh Umno semasa PAS berada dalam BN. Bagaimana Umno menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang,” katanya dalam entri terbaharu dalam blog beliau di www.chedet.cc Rabu. http://chedet.cc/?p=914 )
Katanya perpecahan dalam PAS bukan kerana Umno dan kekalahan parti itu pada pilihan raya negeri Kelantan pada Mac 1978 menyebabkan ia keluar daripada BN.
“Perpecahan dalam PAS bukan kerana Umno tetapi kerana Datuk Mohd Nasir (Menteri Besar Kelantan ketika itu) mencabar kepimpinan Datuk Asri Muda (Presiden PAS ketika itu). Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar dari BN. Tidak ada penipuan oleh Umno,” katanya.
Dr Mahathir memberitahu bahawa beliau adalah menteri dalam kabinet Tun Hussein Onn ketika PAS keluar dari BN, begitu juga berada dalam kabinet Tun Abdul Razak Hussein bersama Datuk Asri Muda dan Hassan Adli (Timbalan Yang Dipertua Agung PAS ketika itu) semasa PAS menyertai BN.
“Datuk Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna beliau bertanggungjawab terhadap FELDA."
“Selepas beberapa bulan PAS menyertai BN, anggota Umno Johor mengadu kepada Tun Razak bahawa Datuk Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu,” katanya.
Katanya secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat Umno dan selepas Asri bertanggungjawab ke atas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak Umno.
“Pada waktu itu timbul sengketa antara Asri sebagai ketua PAS dengan Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk menggantikan Asri. Mohd Nasir mendakwa beliau telah mengesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Asri semasa menjadi Menteri Besar Kelantan,” katanya – Bernama

BETUL KE NI ??? ADA SESIAPA BOLEH BAGI JAWAPAN ???


Benarkah Tanah Milik PKNS (Up-Town Damansara) Sudah Dijual...???

 

Lepas satu-satu aset anak syarikat kerajaan negeri selangor (PKNS) di jual sejak kerajaan selangor di ambil alih oleh pakatan haram, terbaru, tapak perniagaan yang di kenali sebagai up-town damansara di kota damansara di laporkan sudah dijual kepada sebuah syarikat kroni...

Untuk pengetahuan korang semua, tanah uptown damansara adalah tanah milik pkns, di sebabkan kota damansara terletak di bawah pentadbiran majlis bandaraya petaling jaya (MBPJ), maka di beri kebenaran kepada MBPJ untuk mengurus dan mengutip sewa di kawasan itu.

Selama ini peniaga yang menyewa gerai di situ di kenakan bayaran sewa sebanyak RM 200 dan dibayar kepada MBPJ, tetapi sejak dari awal tahun lepas, MBPJ tidak lagi mengutip sewa di situ, sebuah syarikat bernama 'Ilmu Panduan Hidup' di tugaskan untuk mengutip sewa gerai, malah syarikat itu menaikan harga sewa dari RM 200 ke RM 500 untuk satu gerai...

Ada berberapa persoalan disini...
  1. siapa yang mengarahkan syarikat 'Ilmu Panduan Hidup' mengutip sewa gerai di uptown damansara...???
  2. siapa pula yang mengarahkan syarikat itu menaikan harga sewa gerai...???
  3. Apa kaitan dr nasir (adun kota damansara) dengan syarikat Ilmu Panduan Hidup...???
Ada sesiapa boleh jawab...???

Saturday, 16 February 2013

GEMPAR!!! KEMANA PERGINYA DUIT ROYALTI LOMBONG EMAS DI KELANTAN ???


Rupanya selama ini di negeri Kelantan ada lombong emas yang di usahakan oleh syarikat swasta !!! Agaknya berapa ramai rakyat Kelantan yang tahu hal ini dan berapa ramai cai PAS tahu kewujudan lombong emas yang beroperasi dan tahu adanya royalti yang dibayar ??? 

Dok sibuk dengan royalti yang tak wujud dan bukannya hak rasmi negeri... Hoiiii, ini hasil bumi Kelantan, RM juta-juta setahun !!!

Kalau setahun Kerajaan Kelantan terima antara RM 5juta hingga RM 10 juta  maka lebih dari cukup setakat nak bina beberapa buah Masjid atau nak "upgrade" Masjid lama. Takkan 22 tahun memerintah hanya 1 1/2 masjid saja yang mampu puok PASig ni buat ???

Kemana pergi duit royalti ni  yang diperolehi untuk tahun lepas ???

Yang paling mengejutkan... menurut sumber kenapa syarikat perlombongan itu 100% milik bangsa cina ??? kalau salah maklumat dari sumber maka Kerajaan nik aziz kena perjelaskan status syarikat ini !!!

Kalau ditengok pada nama "bos" syarikat lombong emas tu seolah mereka bukan dari cina Malaysia...adehhh ada cerita apa yang rakyat tak tahu ni ???

Betul ke kiraan royalti tu...
Siapa Adun Pas yang jadi proksi ???
Siapa kroni ???

HIIMPUNAN TUKAR KELANTAN 2013 ( #HTK2013 )

GELOMBANG... MERAH !!!
GELOMBANG... MERAH !!!
GELOMBANG... MERAH !!!

Program yang diadakan di sekitar Bangunan UMNO Negeri Kelantan ini bermula dari pukul 3.00 petang 15/02/2013. Program yang dirasmikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed itu dihadiri kira-kira 10,000 orang. Datuk Seri Mustapa Mohamed juga turut melepaskan skuad kembara TUKAR sempena himpunan tersebut.

Antara pemimpin-pemimpin yang hadir adalah Datuk Seri Mustapa Mohamed, Dato' Dr. Awang Adek, Datuk Dali, Datuk Hanafi Mamat dan ramai lagi. Himpunan juga turut disertai beberapa NGO seperti TUKAR, Minda Orang Muda dan lain-lain. Kumpulan-kumpulan strategik seperti Ustaz Muda, Ummati, Minda Pondok dan lain-lain turut menyertai himpunan tersebut. 

Selain itu, himpunan juga disertai lebih 4 kumpulan konvoi yang melibatkan hampir 1000 buah motosikal dan 100 buah kereta. Lebih 400 orang pemandu teksi dan kereta sewa turut bersama bagi menyatakan sokongan terhadap BN Kelantan. 


Himpunan Tukar Kerajaan Kelantan 2013 bertujuan mengajak rakyat Kelantan berhijrah dari kepimpinan PAS yang terlalu banyak menganiayai rakyat sehingga sanggup menggadai TANAH RAKYAT kepada bangsa lain.

TUKAR ITU HIJRAH !!!
TANAH ITU MARUAH !!!

INSYAALLAH...
ALLAH BERSAMA UMNO (A.B.U)


Gambar Himpunan Tukar Kelantan 2013.






















Friday, 15 February 2013

LAWAK GILA BEB !!! BACA JANGAN TAK BACA.


SANTAI: TAKKAN 24 JAM NAK POLITIK AJA.... KISAH BURUNG KETUA KAMPUNG


Hobi ketua kampung adalah memelihara
burung ..


Pada suatu hari kesemua burung peliharaannya hilang...
Oleh kerana itu ketua kampung tersangat marah , 
Dia mengumpulkan penduduk kampung ...
Hampir 200 penduduk datang ke balai raya .

Ketua kampung : Siapa ada Burung ?
Semua lelaki yang hadir terus berdiri ...
Ketua kampung sedar yang cara dia bertanya salah ...

Ketua kampung : Bukan burung itu maksud saya .. Siapa pernah nampak burung ?
Semua wanita berdiri ... 
Ketua kampung bertambah marah ...

Ketua Kampung : Maksud saya , siapa pernah nampak burung yang bukan miliknya?
Setengah wanita berdiri ... 
Ketua kampung semakin gugup ...

Ketua kampung : maaf skali lagi .. Maksud saya adalah , siapa pernah tengok burung saya ?
5 orang wanita berdiri ...

Ketua kampung segera lari lintang pukang kerana dikejar
oleh isterinya ...

Morale of this story : Sebagai seorang ketua atau pemimpin kita hendaklah sentiasa peka dalam menyampaikan sesuatu mesej atau maklumat tepat kepada orang bawahan kita.

Thursday, 14 February 2013

HOK MANO SO RUMOH NIK AZIZ WEHHH ???

Hok mano so rumah Nik Aziz ??? Hok rumah kayu depe ko atau hok rumah batu belake tu ???

Sering didengar rumah kayu berwarna hijau yang terletak di Pulai Melaka adalah rumah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ‘produk’ yang sering dijaja untuk membuktikan Menteri Besar Kelantan hidup dalam keadaan yang zuhud.

Namun blogger Gelombang Kick turut padang untuk meninjau sendiri rumah Nik Aziz itu. Mula-mula pergi di rumah kayu berwarna hijau. Selepas bertemu dengan penduduk setempat, blogger itu bertanyakan kesahihan rumah Menteri Besar Kelantan.
Penduduk setempat pun tunjuk ke arah bangunan misteri di belakang rumah kayu berwarna hijau itu.
Mana satu rumah Nik Aziz, rumah kayu atau bangunan misteri di belakang rumah kayu atau kedua-duanya sekali ???

HOT!!! HARAM UNDI PAS PADA PRU 13 !!!

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.
Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang PAS adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.
Sehubungan itu, kesemua NGO berkenaan yang diwakili pemimpin masing-masing berjanji akan menyediakan satu dokumen lengkap berhubung pengisytiharan tersebut untuk diberikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar dapat dibincangkan dan menyelesaikan kekeliruan yang ditimbulkan oleh PAS selama ini.
Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah yang juga Penasihat Minda Pondok berkata, kegagalan PAS mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik para pemimpin PAS seolah-olah jahil agama.
“Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam, dalam pilihan raya umum kita mahu Perdana Menteri dan timbalannya orang Islam maka di sinilah kita berjihad, kita jangan undi PAS."
“Saya bercakap mempertahankan kalimah Allah, saya rujuk empat kitab mazhab, kitab tafsir, kitab fekah dan banyak lagi rujukan. Boleh dikatakan menyeluruh kitab saya rujuk tetapi mereka tuduh saya jahil."
“Kesemua kitab ini menyebut bahawa kalimah Allah tidak boleh disekutukan, tidak boleh digunakan selain untuk agama Islam dan untuk mendaulatkan Islam. Ia adalah kalimah suci jadi kenapa kata saya jahil,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Abdullah, PAS juga perlu ditolak kerana menyatakan sokongan padu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyokong hasrat DAP meskipun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.
“Orang seperti Anwar ini kami orang pondok tidak boleh terima kerana terlalu nyata kepada kami satu daripada itu (perjuangan Anwar) adalah membenarkan kalimah Allah (digunakan oleh bukan Islam),” katanya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, kerjasama PAS dalam pakatan pembangkang yang kononnya atas nama tahaluf siyasi sebenarnya pada nama semata-mata, sebaliknya apa yang berlaku adalah Pas hanya kuda tunggangan DAP.
“Tahaluf siyasi PAS adalah haram maka wajib kita menolak mereka atas beberapa fakta antaranya PAS bukan parti dominan dalam pakatan dan kerajasama itu dibuat dengan parti DAP yang kita tahu menolak penubuhan kerajaan Islam."
“Sebelum bertahaluf siyasi, perjuangan PAS adalah menubuhkan negara Islam, ingin melaksanakan hudud, persaudaraan sesama Islam tetapi selepas itu matlamat mereka berubah iaitu mahu kerajaan berkebajikan, hudud bukan lagi agenda utama dan mendoakan kemusnahan sesama Islam."
“Tahaluf siyasi yang sebenar telah jelas kita lihat dalam Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO adalah ‘imam’ manakala MIC dan MCA adalah ‘makmum’ yang akan bersama-sama berjuang atas arahan imam,” tegasnya.
Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang pula berkata, permintaan DAP supaya kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam sama seperti yang berlaku di Indonesia apabila ramai masyarakat Islam negara itu menyokong pemikiran sekular.
Beliau memberikan contoh sebuah video yang dimasukkan ke dalam laman Youtube bertajuk ‘Bible dalam bahasa Arab’ yang dirakam di Institut Teologi Kalimatullah di Jakarta tentang bagaimana seorang pelajar Kristian membaca Bible dalam bahasa Arab di sebuah gereja.
“Gerakan ini sebenarnya sudah bermula berpuluh tahun dulu dan perkara sama kini cuba dibawa masuk ke Malaysia secara senyap-senyap tanpa kita sedari."
“Gerakan ini berjaya di Indonesia yang rakyatnya kira-kira 300 juta orang, jadi bayangkanlah jika kita membiarkan mereka bergerak di Malaysia pasti lebih mudah kerana rakyat kita cuma kira-kira 28 juta,” tambahnya – Utusan