ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Saturday, 6 February 2016

FAMILY FIRST : PERKONGSIAN YANG BAGUS DAN BERKESAN

FAMILY FIRST
Sharing yg sgt bagus & berkesan kepadaku secara peribadi....

Suatu hari saya terlanggar dengan seseorang yang tidak saya kenal. “Oh, maafkan saya,” reaksi spontan saya. Dia juga berkata, “maafkan saya juga.” Orang itu dan saya bertegur sangat sopan. Kami pun berpisah dan mengucapkan salam.

Namun cerita jadi lain apabila sampai di rumah. Pada hari itu juga, ketika saya sedang menelefon salah satu rakan sekerja terbaik saya, dengan bahasa sangat lembut dan santun untuk meraih/melobi simpati rakan saya itu, tiba2 anak lelaki saya berdiri diam2 di belakang saya. Ketika saya hendak berpusing,
hampir saja membuatnya jatuh. "Pergi!!! Main sana, ganggu saja!!!" teriak saya dengan marah. Ia pun pergi dengan hati hancur dan merajuk.

Ketika saya berbaring di tempat tidur malam itu, dengan halus Malaikat berbisik. "Tuhan menyuruh Aku mencabut nyawamu dan mengambil hidupmu sekarang. Namun sebelumnya, Tuhan izinkan kau melihat lorong waktu sesudah kematianmu. Sewaktu kamu berurusan dengan orang yang tidak kau kenal, etika kesopanan kamu gunakan. Akan tetapi dengan anak sendiri, engkau perlakukan kasar, akan ku perlihatkan engkau setelah kematianmu hari ini, bagaimana keadaan majikanmu, kawan rapatmu, sahabat dunia mayamu serta keadaan keluargamu".

Lalu aku pun melihat, hari itu saat jenazahku masih diletakkan di ruang keluarga, hanya satu orang sahabat dunia mayaku yg datang, selebihnya hanya mendoakan di dalam group, bahkan ada juga  yang tdk memberi komen apa apa pun atas kepergianku dan ada juga yang hanya menulis, 'Al-Fatihah' ada yg 'RIP'. 

Kawan sekerja ku dtg, Sekejap melihat jenazahku, lalu mereka asyik mengambil gambar dan bercerita. Bahkan ada yg asyik membicarakan aibku sambil tersenyum2. Bos yg aku hormati, hanya datang sebentar melihat jenazahku dalam beberapa minit lalu pulang dan kawan2 rapatku, tidak ada satupun dari mereka yang aku lihat.

Lalu ku lihat anak-anakku menangis di pangkuan isteriku, yang kecil berusaha menggapai jenazahku meminta aku bangun, namun isteriku menghalangnya. Isteriku pengsan berkali-kali, aku tidak pernah melihat dia sebingung demikian. Lalu aku teringat betapa sering aku acuh tak acuh dengan panggilannya yg mengajakku berbual, aku selalu sibuk dengan hp ku, dengan kawan2 dan teman2 dunia mayaku. Lalu aku lihat anak2ku sering ku herdik &  ku bentak mereka saat aku sedang asyik dengan hpku, di saat mereka minta perhatian dariku.  Oh Tuhan....Maafkan aku.

Lalu aku melihat 7 hari selepas kematianku. Teman2 sudah melupakanku, sampai detik ini aku tidak lagi mendengar doa mereka untukku. Pihak office menggantiku dgn staf lain, teman2 dunia mayaku masih sibuk dengan perbualan di group, tanpa ada yang berbicara tentangku ataupun bersedih terhadap ketiadaanku di group mereka.

Namun, aku melihat isteriku masih pucat dan menangis, air matanya selalu menitis saat anak2ku bertanya di mana papa mereka? Aku melihat dia begitu longlai dan pucat, ke mana semangatmu isteriku? Oh Tuhan maafkan aku....

Hari ke 40 sejak aku tiada, teman2 FB ku lenyap secara drastik, semua sudah memutuskan hubungan denganku, seolah tidak ingin lagi melihat kenanganku semasa hidup. Bosku dan teman2 sekerja, tdk ada satu pun yang mengunjungi kuburku atau pun sekadar mengirimkan doa. Lalu kulihat keluargaku, isteriku sudah boleh tersenyum, tapi tatapannya masih kosong, anak2 kecilku masih asyik bertanya bila papa pulang. Anakku yang paling kecil adalah yang paling kusayang, masih selalu menungguku dijendela, menantikan kepulanganku.

Lalu 15 tahun berlalu,
kulihat isteriku menyiapkan makanan untuk anak2ku, sudah mulai kelihatan kedutan tua dan lelah di wajahnya. Dia tidak pernah lupa mengingatkan anak2 bahwa hari ini hari Jumaat, jangan lupa solat.

Lalu aku membaca tulisan di atas secebis kertas milik anak perempuanku malam semlm, dia menulis.... "Seandainya aku masih punya papa, pasti tidak akan ada laki2 yang berani tidak sopan denganku dan
aku tidak melihat mama sakit mencari nafkah seorang diri buat kami. Oh Tuhan.... Kenapa Kau ambil papaku, aku perlu papaku Ya Allah.." kertas itu basah karena titisan airmatanya..
Ya Allah maafkanlah aku....

Sampai bertahun2 anak2 dan isteriku pun masih terus mendoakanku agar aku sentiasa berbahagia di akhirat sana.

Kemudian, aku terbangun..... Oh Tuhan syukur... Ternyata aku cuma bermimpi....

Perlahan lahan aku pergi ke kamar anakku dan berlutut dekat tempat tidurnya. Aku masih lihat airmata di sudut matanya, kasihan, terlalu keras aku mengherdik mereka... "Anakku, papa sangat menyesal karena telah berlaku kasar padamu. “Anakku, aku mencintaimu... aku benar-benar mencintaimu, maafkan aku anakku”. Ku peluk anakku, ku cium pipi dan keningnya. Lalu kulihat isteriku yang sedang tertidur, isteriku yang sapaannya sering ku tak hirau ajakannya untuk  berbicara. Sering kali aku sengaja berpura2 tidak mendengarnya, bahkan pesan2 darinya sering aku anggap tak bermakna, maafkan aku isteriku, maafkan aku.

Air mataku tak dapat ku bendung lagi. Apakah kita menyedari bahwa jika kita mati esok pagi, jabatan di mana kita bekerja akan mudah mencari pengganti kita.  Teman2 akan melupakan kita sebagai cerita yang sudah berakhir, malah ada rakan2 kita yg masih menceritakan kelemahan yang tidak sengaja kita lakukan. Teman2 dunia maya pun tak pernah membicara  lagi, seolah2 aku tidak pernah wujud dalam group mereka.

Lalu aku rebahkan diri di samping isteriku, hpku masih terus bergetar, berpuluh2 notifikasi masuk menyapaku, menggelitik untuk aku buka, tapi tidak.. tidak.. Aku matikan hpku dan aku pejamkan mata. Maaf....Bukan kalian yang akan membawaku ke syurga, bukan kalian yang akan menolongku dari api neraka, tapi keluargaku....
Keluarga yang jika kita tinggalkan akan merasakan kehilangan selama sisa hidup mereka.

FAMILY FIRST..

Wednesday, 3 February 2016

MUKHRIZ UMUM LETAK JAWATAN, AHMAD BASHAH MB KEDAH BAHARU


ALOR SETAR - Krisis Menteri Besar Kedah dilihat hampir ke penghujungnya apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan beliau akan berundur dari jawatan tersebut.

Pengunduran ini dibuat secara rasmi menerusi satu sidang media sebentar tadi.

Mukhriz mengumumkan pengunduran tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.

"Saya dimaklumkan saya hilang sokongan majoriti oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam," katanya dalam sidang media di Wisma Darul Aman di sini.

Beliau juga turut mengumumkan akan letak jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Mukhriz berkata, beliau akan tetap setia kepada Umno walaupun kini tidak mempunyai sebarang jawatan.

Difahamkan, Mukhriz terpaksa berbuat demikian selepas Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati bahawa Adun Ayer Hitam itu telah hilang kepercayaan daripada majoriti Adun negeri itu.

Istiadat angkat sumpah Menteri Besar akan diadakan pada Khamis ini.

Kemelut krisis kepimpinan UMNO Kedah berakhir hari ini apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar (MB) berkuat kuasa serta merta di Alor Setar sebentar tadi.
Beliau juga mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah sebagai MB Kedah yang baharu.


KERAJAAN AKAN UBAHSUAI BAJET JIKA HARGA MINYAK BAWAH RM US$25 SETONG



KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin akan melakukan pengubahsuaian semula bajet 2016 sekiranya harga minyak mentah dunia turun di bawah paras US$25 setong.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan tidak boleh 'menipu diri sendiri' dan harus sentiasa realistik dalam menentukan perbelanjaan negara. 

Beliau berkata demikian dalam rancangan Dialog Khas Pengubahsuaian Bajet 2016 yang disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, Selasa malam.

Pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengambil andaian paras minyak mentah dunia sekitar US$30-US$35 setong. 

Bagaimanapun Husni berkata kemungkinan untuk harga minyak dunia jatuh terlalu rendah adalah amat mustahil kerana negara-negara pengeluar utama minyak mentah dunia tidak akan membiarkan keadaan ini yang boleh menjejaskan ekonomi mereka. 

"Untuk harga minyak dunia jatuh sehingga US$5 setong (contohnya) adalah mustahil kerana sebagai (negara) pengeluar minyak, mereka pasti mahu menjaga kewangan negara mereka. 

"Sekiranya mereka membiarkan harga minyak terus jatuh, ia akan mengakibatkan kesan-kesan negatif kepada ekonomi mereka. 

Saya percaya mereka akan mengambiltindakan (untuk menaikkan semula harga minyak)," katanya. 

Mengenai semakan semula unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahun ini kepada 4.0-4.5 peratus, Husni berkata, ia adalah realistik berdasarkan kepada keadaan ekonomi semasa dan harga minyak mentah dunia. 

Selain itu ia juga hampir sama dengan unjuran yang dibuat oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 4.4 peratus, katanya. 

"Apabila kita melihat daripada dua konteks tersebut (unjuran kerajaan danIMF), bermakna logik kepada pertumbuhan 4.0-4.5 peratus itu masih ada. 

"Jika kita lihat (pada tahun-tahun sebelumnya), IMF membuat unjuran (KDNK) negara kita lebih rendah berbanding unjuran kita, namun kita berjaya mencapai unjuran yang kita tetapkan, bermakna kepakaran kita membuat unjuran itu adalah tinggi," katanya.
-Bernama

MUKHRIZ MAHATHIR HILANG SOKONGAN MAJORITI : BERSETUJU LETAK JAWATAN ESOK !!!


Alor Setar – Datuk Seri Mukhriz Mahathir akhirnya akur untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar setelah hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (Adun).

Menurut sumber SuaraTV yang rapat dengan pejabat Barisan Nasional (BN) Kedah, anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati dengan kenyataan semua Adun yang ditemui.

“Petang tadi ahli-ahli Jemaah (Pemangku Sultan Kedah) berpuas hati dengan kenyataan semua Adun yang dipanggil mengadap.

“Majoriti yang ditemui mengakui hilang kepercayaan dengan kepimpinan Mukhriz dan menegaskan kenyataan tersebut dibuat secara sukarela tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak” katanya yang enggan mendedahkan identiti kepada SuaraTV sebentar tadi.

Sumber tersebut turut menjelaskan Mukhriz telah memanggil semua para pegawainya untuk menjelaskan mengenai perkara tersebut.

“Ketika ini Mukhriz sedang mengadakan satu mesyuarat tertutup bersama para pegawainya di kediaman rasmi menteri besar di Sri Mentaloon untuk memaklumkan mengenai perkara tersebut.

“Saya juga difahamkan Mukhriz akan mengadakan satu sidang media khas esok bagi mengumumkan mengenai perletakkan jawatannya esok pada jam 10.00 pagi” ujarnya lagi.

Sementara salah seorang pegawai kepada Mukhriz enggan mengulas lanjut namun tidak menafikan laporan tersebut.

“Kami tak nafikan namun buat masa ini enggan memberikan sebarang komen.

“Apa yang saya boleh katakan, kami sekarang dalam perjalanan menuju ke rumah Datuk Seri (Mukhriz) untuk memberikan sokongan moral terhadap beliau” katanya lagi.

Tuesday, 2 February 2016

PROTON NAIK HARGA : RAKYAT 1 MALAYSIA KENA FAHAM !!!


SHAH ALAM - Penganalisis ekonomi menyifatkan rakyat negara ini perlu memahami keputusan kenaikan harga bagi semua kereta Proton seperti yang diumumkan semalam.

Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata, kenaikan itu boleh dijangka susulan peningkatan kos pengeluaran dari semasa ke semasa.

"Proton perlu berfungsi sebagai sebuah syarikat dan kita sebagai rakyat Malaysia kenalah faham bahawa sudah sampai masa Proton menjadi dewasa dan bersaing dalam pasaran terbuka. Mereka harus dilihat sebagai 'operasi perniagaan yang sudah matang'.

"Jika maksimum kenaikan hanyalah sekitar RM2,000, saya rasa itu bukan kenaikan yang signifikan walaupun berlaku kenaikan. Jika kita mahukan kualiti, kita kena bayarlah untuk kualiti itu," katanya kepada Sinar Online.

Semalam Proton mengumumkan kenaikan harga semua kereta keluarannya, berkuat kuasa 15  Februari 2016 yang akan menyaksikan kenaikan sebanyak RM312 kepada maksimum RM2,021 bergantung kepada varian model.


Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, Proton juga perlu melihat kembali struktur kos secara keseluruhan dan memotong mana-mana yang wajar.

"Sekiranya ada peluang untuk memotong kos, saya rasa itu perlu dilakukan oleh Proton termasuklah juga bilangan pekerja.

"Sekiranya ada bilangan pekerja yang terlalu tingig dan tidak digunakan secara produktif, maka Proton perlu buat keputusan untuk mengurangkan kosnya," katanya.

Dalam memastikan kemampuan kereta nasional itu bersaing dengan pengeluar lain, Proton perlu memastikan sasaran pasarannya dan memastikan strategi harga yang digunakan adalah sesuai dengan sasaran pasarannya itu.

"Jika sasarannya golongan yang berpendapatan pertengahan, kenaikan itu hendaklah mengikut kemampuan golongan ini," katanya.
SH

MESYUARAT EXCO KEDAH PADA SELASA DITANGGUH !!!



ALOR SETAR: Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah yang sepatut diadakan pada Selasa, telah ditangguhkan.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Mohd Fisol Jaafar tetapi beliau tidak mengulas lanjut atau menyatakan sebab mesyuarat itu ditangguhkan.

"Ditangguh," katanya ketika dihubungi menerusi Whatsapp Selasa malam.

Rabu lepas, mesyuarat Exco kerajaan negeri hanya dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan tiga Exco iaitu Datuk Aminuddin Omar, Datuk Suraya Yaacob dan Datuk Norsabrina Mohd Noor.

Ketidakhadiran enam lagi Exco dipercayai ada kaitan dengan krisis politik di negeri ini yang membabitkan kedudukan Mukhriz.

Difahamkan, mesyuarat Exco memerlukan kehadiran sekurang-kurangnya empat orang Exco bagi mengesahkan perkara yang dibincangkan.

Baru-baru ini, para pemimpin Umno Kedah yang diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besardan pengerusi badan perhubungan Umno negeri.

-Bernama

20 TAHUN PETRONAS SATUKAN RAKYAT MALAYSIA MELALUI IKLAN !!!


"APA salahnya kasut saya buatan Gombak?," ujar seorang pemuda yang merasakan kekurangan dirinya kerana memakai kasut buatan Gombak.

"Tak salah... kasut buatan Gombakkan bagus", jawab seorang wanita  sambil menunjukkan kasut yang dipakainya juga adalah buatan Gombak.

Mengingati dialog daripada iklan sempena hari kemerdekaan yang cukup menarik dan bermakna sekitar tahun 1998 itu, tidak dapat lari daripada membayangkan imej syarikat Petroliam Nasional Berhad atau Petronas.

Ia merupakan antara iklan televisyen terawal syarikat petroleum negara itu yang masih melekat dalam ingatan kita.

Iklan yang bertajuk Hero Tempatan (Local Hero) itu diterbitkan ketika negara bergelut dengan krisis kewangan. Ia membawa masej agar kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dimiliki dan beralih kepada produk tempatan.

Petronas memulakan iklan televisyen yang berjiwa Malaysia dengan menerapkan nilai-nilai murni yang cukup sinonim dengan masyarakat sejak tahun 1996.

Kini, setelah 20 tahun, syarikat petroleum negara itu tidak pernah gagal menghidangkan sesuatu yang sangat dekat dengan kita hingga kemunculannya sentiasa dinantikan terutama ketika sambutan hari kemerdekaan dan sambutan perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina mahupun Deepavali.

Monday, 1 February 2016

PEMIMPIN KANAN PAS ENGGANG LAYAN GESAAN HUSAM


Kedua-dua pemimpin kanan PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Takiyuddin Hassan enggan melayan gesaan ADUN Salor, Datuk Husam Musa yang menggesa mereka meletakkan jawatan berikutan kegagalan membentangkan usul hudud di parlimen sehingga kini.

Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS berkata, langkah membawa usul tersebut di parlimen bukanlah isu sebaliknya tanggungjawab.

"Kita akan bawa usul ke parlimen, gagal (atau) tidak gagal selepas itu, bukan tanggungjawab.

"Saya juga boleh tanya dia (Husam) balik, dia juga pernah gagal membabitkan beberapa perkara, kenapa tidak letak jawatan?," katanya yang dipetik dari Sinar Harian. 
Husam ketika menjadi panel sebuah forum malam kelmarin meminta Timbalan Menteri Besar Kelantan itu dan Takiyuddin untuk bertanggungjawab di atas kegagalan parti itu membawa usul pindaan akta berkenaan. 

Bekas Naib Presiden PAS itu juga berkata, kedua-duanya perlu meletak jawatan sekiranya gagal memberikan penjelasan di atas kegagalan tersebut.

Mohd Amar merupakan Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, manakala Takiyuddin pula merupakan Ketua Sekretariat Tetap Hudud Negeri.

Sementara itu Takiyuddin sebagai mengulas perkara itu berkata, beliau tidak bertanggungjawab menjelaskan perkara yang diamanahkan kepadanya itu kepada Husam.

"Pihak kami tiada tanggungjawab memberi penjelasan kepada Husam. Bagi saya, tanggungjawab saya melakukan kerja yang diamanahkan. Saya tidak bertanggungjawab kepada dia," katanya dipetik akhbar tersebut.

Malah katanya, Husam juga tidak tahu banyak perkara dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan dan banyak perkara tidak perlu diberitahu kepadanya.

Semalam, seorang lagi Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad turut menempelak Husam dan menyifatkan kenyataan pemimpin itu sebagai tiada asas.

Ujar Idris, PAS sudah melakukan prosedur untuk membentangkan Rang Undang-undang Persendirian (RUU) bagi meminda Akta 355 demi membolehkan hudud dilaksanakan di negeri yang diperintah parti berkenaan, cuma belum berkesempatan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.
AD-01/02/2016

KAKU SUJUD MENGHADAP KIBLAT


Gua Musang: “Mungkin arwah teringat dia belum solat Zuhur ketika itu atau mungkin juga dia menanggung kesakitan di kepalanya.
“Apapun saya reda dengan pemergiannya dan berdoa dia dalam keadaan baik ketika nyawanya diambil,” kata Che Zaharah Awang Kecil, 65.
Suaminya, Arifin Che Long, 74, maut dalam kemalangan langgar lari di Kilometer 30, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat simpang Rancangan Tanah FELDA Chiku Satu, di sini, kelmarin.
Kemalangan berlaku jam 12.30 tengah hari ketika Arifin menunggang motosikal seorang diri untuk pulang ke rumah di Chiku Satu dan dipercayai dirempuh kenderaan dari arah belakang sebelum terpelanting dalam semak di bahu jalan.
Difahamkan, sejurus kejadian, warga emas itu sempat merangkak keluar dari semak dan melutut di bahu jalan dalam keadaan berlumuran darah.
Bagaimanapun, beberapa minit selepas itu, dia ditemui orang ramai tidak bernyawa dalam keadaan sujud dan menghadap kiblat.
Che Zaharah berkata, arwah suaminya dalam perjalanan pulang ke rumah dari kebun sawitnya yang terletak di Jalan FELDA Perasu, tiga kilometer dari kediaman mereka.
“Sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, suami ke kebun melihat tanaman dan pulang ke rumah sebelum jam 1 tengah hari untuk solat di surau berdekatan rumah.
“Itu rutin harian dilakukan sejak dulu lagi dan kami sekeluarga turut serta solat berjemaah di surau. Kadangkala jika imam tiada, suami ganti menjadi imam.
“Sebab itu apabila dimaklumkan arwah dalam keadaan sujud ketika ditemui, saya anggap dia teringat dia perlu solat Zuhur,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Anak sulung arwah, Farizi Arifin, 42, berkata, arwah bapanya berkeadaan biasa ketika keluar rumah pada jam 10 pagi untuk ke kebun sawit.
Katanya, Arifin juga tidak mempunyai penyakit kronik sama ada darah tinggi, kencing manis mahupun jantung.
“Kami sekeluarga pasrah dengan kejadian ini dan berharap individu melanggar ayah dikesan dan dikenakan tindakan segera,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang, di sini, untuk dibedah siasat.
Beliau berkata, pihaknya masih mengesan kenderaan yang dipercayai melanggar mangsa dan berharap orang ramai yang melihat kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah di talian 09-9121222.
HMetro

@PDRMsia TERENGGANU BURU 14 SUSPEK KES JENAYAH (12 GAMBAR)


Kuala Terengganu – YDH ACP Wan Abd Aziz bin Wan Hamzah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM Kontinjen Terengganu telah mengadakan sidang media, pada 31 Januari 2016 (Ahad) bertempat dibilik mesyuarat JSJ IPK Terengganu. Hadir sama SUPT Chan Kuang Yu, Timbalan KJSJ, dan  ASP Mohamed Kamil bin Abdul Jalil, Pegawai Turus D7 Kontinjen Terengganu. 

 Sidang media ini diadakan ekoran kes-kes berkaitan dengan ugutan jenayah dan menyebabkan kecederaan khususnya kes tetak semakin menjadi-jadi. Kes disiasat dibawah Seksyen 324, 326 dan 506 Kanun Keseksaan.  Bagi bulan Januari 2016 ini sahaja sebanyak 9 kes telah dilaporkan. Kebanyakan kes berpunca daripada rasa dendam dan tidak puas hati di dalam masalah hutang terutama melibatkan kegiatan pengedaran dadah.

Polis Kontinjen Terengganu ingin memohon kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis sehingga tertangkapnya suspek yang dikehendaki ini. Seramai 14 orang suspek yang dikehendaki dan dipercayai boleh menyelesaikan kes-kes jenayah kekerasan yang masih dalam siasatan polis dari tahun 2013 hingga Januari 2016.  Suspek-suspek tersebut berumur dalam lingkungan 20 an hingga 40 an. Maklumat boleh disampaikan terus kepada ASP Mohamed Kamil  melalui talian telefon 017-5191964. Orang ramai tidak perlu bimbang untuk menyalurkan maklumat berkaitan kerana pihak polis memberi  jaminan bahawa identiti pemberi maklumat  akan dirahsiakan demi keselamatan mereka.