ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Monday, 1 December 2014

DEWAN NEGARA LULUS ENAM RANG UNDANG-UNDANG


Kuala Lumpur – Persidangan Dewan Negara pada Isnin meluluskan enam undang-undang termasuk satu rang undang-undang baharu iaitu Rang Undang-undang Penghasilan Bersih Perjanjian Kewangan 2014.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan semasa membentangkan rang undang-undang itu bagi bacaan kali kedua berkata ia memberi keyakinan kepada institusi kewangan antarabangsa untuk berurusan dengan institusi kewangan domestik melalui pengiktirafan Malaysia sebagai negara yang mempunyai bidang kuasa mesra penghasilan bersih.

“Penggubalan undang-undang ini amatlah penting bagi memberikan jaminan mutlak kepada peserta pasaran kewangan domestik dan antarabangsa sama ada institusi kewangan perbankan, insurans, pengurusan dana atau syarikat awam dan swasta untuk menguatkuasakan mekanisme penghasilan bersih penamat apabila berlaku keingkaran di bawah sesuatu perjanjian.

“Mekanisme ini membolehkan hanya satu pihak perjanjian kewangan sahaja yang perlu membayar suatu amaun bersih tunggal bagi semua transaksi yang telah dibuat di bawah perjanjian itu,” katanya.

Beliau berkata tanpa mekanisme itu, kedua-dua pihak perlu membuat pembayaran penuh bagi setiap transaksi yang dibuat di bawah perjanjian itu.

Persidangan Dewan Negara turut meluluskan pindaan tiga rang undang-undang di bawah seliaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu Rang Undang-undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2014, Rang Undang-undang Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2014 dan Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2014.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pindaan itu dibuat bagi memasukkan peruntukan berhubung pelantikan pendaftar, penolong pendaftar atau pekerja ke dalam Akta SSM.

Langkah itu juga bagi memastikan SSM dapat menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan dan efisyen selaras dengan inisiatif SSM bagi menyelaras dan menyeragamkan semua peruntukan penguatkuasaan untuk semua akta di bawah kawal selianya.

Selain itu, Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2014 dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2014 turut diluluskan.

Persidangan dewan bersambung esok.

PESAWAT RINGAN TERBABAS KETIKA LAKUKAN PENDARAT


KOTA BHARU: Seorang juruterbang pelatih terselamat apabila pesawat ringan digunakan untuk latihan penerbangan terbabas ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di sini, Isnin.
Pengurus LTSIP, Ramzi Ahmad, berkata dalam kejadian pukul 9.15 pagi itu, juruterbang berusia 37 tahun, yang mengendalikan pesawat jenis Pipper 9M-NRS, itu mengalami kecederaan ringan.
"Pesawat itu mengalami kerosakan dan juruterbang berkenaan dilaporkan selamat namun kita akan serahkan kes ini kepada pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk tindakan susulan," katanya kepada pemberita di sini.
Katanya semasa mendarat, pesawat berkenaan dipercayai terbabas ke kawasan rumput di tepi landasan.
Ramzi berkata, operasi penerbangan di lapangan terbang itu diteruskan seperti biasa selepas pesawat ringan itu dialihkan daripada lokasi kejadian kira-kira dua jam selepas kejadian itu.

Photo: #DTrSemasa #DTR

Terhempas ketika latihan
Oleh Mai Amalina

Kota Bharu: Seorang jurutera sebuah syarikat penerbangan berusia 37 tahun cedera selepas pesawat ringan jenis Piper dipandu terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, 9.30 pagi tadi.

Jurutera itu yang juga ahli Kota Bharu Flying Club (KBFC) sedang dalam latihan selama sejam sebelum pesawatnya gagal dikawal ketika mahu mendarat.

Ketua Pilis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, mangsa sudah memiliki lesen L dan latihan itu memfokus kepada latihan penerbangan turun dan naik pesawat.

"Dia memandu pesawat itu secara solo dan latihan sebagai sebahagian daripada prosedur mendapatkan lesen penerbangan persendirian.

"Kejadian dipercayai akibat kesilapannya mengawal pesawat," katanya.

Mangsa yang cedera menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.
~>hmetro

GILA !!! JANDA GERSANG IKLANKAN DIRI SENDIRI PADA KADAR RM300 SEJAM !!!



ibu tunggal ajak main dengan bayaran RM300 sejam. Sebuat Print screen 
yang dihantar mengatakan wanita ini ialah ibu tunggal namun demi mencari
rezeki beliau terpaksa melacurkan diri berikut print sreen yang dikongsikan
oleh pembaca blog ini. 


Admin mohoin maaf kerana bahagian dada dan nombor telefon terpaksa ditutup.

MCA : JANGAN AMBIL HATI UCAPAN MELAMPAU SESETENGAH AHLI UMNO


GEORGE TOWN: Umno berjuang untuk kepentingan semua kaum, jadi rakyat tidak harus kecewa dengan ucapan sesetengah ahli Umno tertentu yang mungkin dianggap melampau, kata Datin Paduka Chew Mei Fun.

Menurut Naib Presiden MCA itu, ucapan penggulungan Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno, Sabtu lalu jelas menunjukkan bahawa beliau komited untuk bekerja demi kebaikan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Katanya, Najib lebih mengetahui bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua.

"Hala tuju beliau dalam mengemudi Barisan Nasional adalah jelas. Walau bagaimanapun dalam parti besar seperti Umno, kadang-kadang mungkin ada ahlinya yang buat kenyataan melampau hingga disalah anggap sebagai pendirian parti itu.

"Orang ramai tidak perlu terlalu terganggu dengan ucapan-ucapan seperti itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di sini, Ahad.

Pada Perhimpunan Agung Umno 2014 baru-baru ini, perwakilan Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang dipetik oleh sebuah portal berita berkata, orang Cina di Pulau Pinang mendapat kekayaan dan kuasa melalui aktiviti maksiat seperti perjudian dan pelacuran.

Kata-kata beliau itu didapati menyinggung perasaan sesetengah pihak.

Mohd Zaidi ketika dihubungi berkata, beliau akan memanggil satu sidang media pada Isnin bagi menjelaskan mengenai isu itu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng menggesa polis untuk menyiasat Mohd Zaidi kerana membuat kenyataan berunsur fitnah jenayah dan hasutan.
mStar

174,143 SYARIKAT DAFTAR GST HINGGA AKHIR NOVEMBER

alt
KUALA LUMPUR 1 Dis - Syarikat yang mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 174,143 hingga pada 30 November, naik 723 daripada hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Bilangan syarikat yang mendaftar GST kini sudah lebih daripada sasaran kerajaan sebanyak 140,000 menjelang hujung tahun ini.

Perniagaan dengan jualan tahunan kurang RM500,000 juga digalakkan mendaftar sebagai persediaan jika hasil mereka melebihi RM500,000 pada masa depan.

Syarikat yang mempunyai pendapatan tahunan lebih RM500,000 diwajibkan mendaftar sebelum tarikh akhir pada 31 Disember ini, menjelang pelaksanaan sistem percukaian baharu itu pada 1 April 2015.

3 ELEMEN PENTING PERKASA AKTA HASUTAN !!!


Kementerian Dalam Negeri menggariskan tiga elemen yang akan diambil kira dalam meminda dan memperkasakan Akta Hasutan 1948 bagi memastikannya terus sesuai diguna pakai pada masa kini dan akan datang.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiga elemen itu berkaitan aspek media sosial berikutan perkembangan teknologi masa kini, sensitiviti keagamaan serta isu Sabah dan Sarawak.
Menurutnya, walaupun terdapat beberapa aspek lain yang perlu dilihat bagi memperkasakan akta tersebut yang akan dibawa ke dalam sidang Dewan Rakyat pada Mac tahun depan, namun tiga elemen tersebut merupakan isu yang perlu diberi perhatian serius demi keselamatan dan keharmonian negara.
“Saya bersama Penasihat Undang-undang kementerian akan mengadakan perbincangan dengan Peguam Negara dan pengamal perundangan untuk melihat beberapa aspek yang harus diperkasakan dan dipinda.
“Dalam 20 hingga 30 tahun akan datang mungkin istilah yang ada pada hari ini tidak sesuai lagi, maka ini perlu dipersesuaikan untuk generasi akan datang,” katanya.
Jelas Ahmad Zahid, semasa Akta Hasutan digubal, media sosial masih belum wujud, malah beberapa medium komunikasi seperti yang ada pada masa kini juga belum wujud.
Selain itu, katanya, terlalu banyak isu keagamaan yang sensitif dibangkitkan pada masa kini bukan hanya oleh orang bukan Islam berkaitan isu pokok kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi juga oleh orang Islam yang memburukkan agama lain.
“Perkara ini tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja, tindakan mesti diambil dengan segera terhadap mana-mana individu yang menyentuh agama lain dengan niat untuk memburukkannya,” tegasnya.
Kata beliau, dalam soal Sabah dan Sarawak, sudah ada tindakan oleh individu atau kumpulan yang mahu membawa keluar negeri tersebut dari Malaysia, oleh itu perkara tersebut juga perlu disentuh di bawah Akta Hasutan.
Menurutnya, apabila pindaan akta tersebut dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong serta diwartakan pada tahun hadapan, maka Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berupaya mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang melanggar kesalahan di bawah akta berkenaan.
Utusan.

SKMM PERKEMAS KEUPAYAAN KESAN PENGHASUT - DS AHMAD SHABERY CHEEK


KEMAMAN 1 Dis - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan memperkemaskan keupayaan bagi menangani dan mengesan individu atau kumpulan yang terbabit dalam cubaan menghasut rakyat, memecahbelahkan keamanan dan mengancam kestabilan sosial yang dinikmati negara, selama ini.
 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara ini dipandang serius kementeriannya setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pengekalan Akta Hasutan 1948 semasa  penyampaikan ucapan dasar Presiden pada perhimunan Agung Umno, Khamis lepas.

"Beberapa langkah untuk mendidik rakyat dan menyebarkan maklumat mengenai akta berkenaan akan dijalankan seperti mana dilakukan ketika menyebarkan informasi berkenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan sebelum ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Berkhatan dan Bertindik di Felda Neram Satu dekat sini semalam.

Beliau menjelaskan, rakyat perlu memahami tentang dasar kerajaan dan perundangan negara agar mereka tidak sewenang-wenangnya membuat provokasi menerusi laman sosial yang boleh menjurus kepada aktiviti menggugat keselamatan negara.
  
"Sebenarnya adalah salah tanggapan dan tohmahan sesetengah pihak yang mengatakan Perdana Menteri tunduk kepada golongan yang dikatakan Melayu ekstrem kanan dalam Umno dan terus membuat perubahan kepada akta tersebut.
  
"Akta ini dikekalkan dan dibuat penambahbaikan adalah untuk mengawal golongan ekstrem di dalam masyarakat seperti ekstrem kaum, ekstrem agama, ekstrem kebebasan bersuara secara mutlak yang bertujuan untuk mempertahankan kestabilan dan keharmonian dalam negara ini," katanya.

Katanya, pengekalan akta itu adalah selari dengan dasar dan wawasan Wasatiyyah dan sekiranya akta ini dihapuskan ramai yang beranggapan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab akan bebas bersuara untuk menghina, mengutuk berkaitan agama serta peribadi orang lain.
  
"Jadi kita mesti tahu bahawa keamanan dan kepentingan awam adalah lebih penting daripada kebebasan melampau mana-mana individu yang berada di dalam negara ini," katanya.
  
Pada majlis itu, sebanyak 100 pelajar berusia antara sembilan dan 12 tahun daripada lima kampung sekitarnya menyertai program berkenaan yang turut dihadiri Anggota Dewan Negara, Senator Datuk Rohani Abdullah.

{UPDATE} MANGSA SAMUN DITOREH MUKA KERANA MELAWAN DARI DIROGOL !!!

rompak pp1
{UPDATE}
PASIR PUTEH - Dua penyamun bertindak ganas menoreh muka dua mangsa kerana cuba melawan mereka dalam kejadian di Kampung Wakaf Berangan, Seri Aman dekat sini, jam 1.40 petang, semalam.

Penyamun bermotosikal itu memasuki rumah mangsa tanpa membuka topi keledar yang mempunyai pelindung muka gelap dan seorang daripadanya menendang pintu bilik air.

Mangsa, gadis berusia 22 tahun yang sedang mandi ditarik keluar ke ruang tamu dan ketika itu suspek menyedari ibu mangsa berusia 58 tahun sedang berehat di ruang dapur.

Suspek mengarahkan gadis itu menanggalkan cincin dipakai ibunya sebelum dia dibawa ke bilik.

Suspek mengambil telefon bimbit iPhone5 milik mangsa dan membuka seluar dipercayai cuba merogolnya tetapi memakai semula seluar apabila rakan memanggilnya keluar.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abd Rozak Muhammad berkata, suspek yang masuk semula ke bilik menumbuk dan menoreh muka mangsa kerana cuba melawannya.

Ketika suspek keluar dari bilik, gadis tersebut mengunci bilik dan menjerit dari tingkap meminta pertolongan.
SH

LAPORAN ASAL :-
Pasir Puteh Kelantan : Kejadian berlaku disebuah rumah batu di Lorong Sentosa, Wakaf Berangan Sri Aman Pasir Puteh kelantan.
Fakta kejadian :
– Pada masa kejadian tersebut terdapat 2 org berada dirumah iaitu mangsa  dan seorang lagi anak mangsa
– Saspek 2 lelaki melayu menaiki motosikal & masuk ke dalam rumah tanpa membuka topi keledar yg mempunyai Visor.
– Seorang saspek telah menendang pintu bilik air yang mana di dalamnya mangsa sedang mandi. Setelah pintu terbuka saspek telah tarik mangsa ke ruang tamu rumah dan mendapati emak Mangsa sedang terbaring di ruang dapur rumah.
-Mangsa telah diminta oleh salah seorang saspek untuk menyerahkan sebentuk cincin yang dipakainya. Mangsa kemudiannya telah dibawa masuk ke dalam salah satu bilik dan saspek telah ambil satu telefon bimbit milik mangsa jenis iPhone 5 .
-Mangsa nampak saspek telah membuka seluar dipercayai mahu rogolnya. Namun saspek pakai semula seluar apabila saspek yang berada diluar bersama dengan ibunya  memanggilnya. Saspek keluar dari bilik dan kemudian masuk semula dan telah tumbuk muka mangsa serat menoreh muka mangsa dengan pisau kerana mangsa melawan.
-Saspek kemudian keluar dari bilik dan seterusnya mangsa terus mengunci bilik dari dalam dan kemudian bertempik ikut tingkap untuk minta bantuan.
-Saspek dipercayai melarikan diri apabila mendengar mangsa bertempik meminta bantuan.
-Pada masa kejadian seorang lagi ahli keluarga turut berada didalam rumah dan bersembunyi di bawah katil ketika saspek tendang pintu bilik. Namun beliau tidak nampak saspek yg masuk dalam rumah. Mangsa  kemudian telah menghubungi talian 999.
– kedua mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Anis bagi menerima rawatan dan akan dirujuk ke HUSM utk rawatan lanjut.
– Mangsa mengalami cedera luka pada bawah mata sebelah kanan dan luka kesan ditoreh pada pipi sebelah kiri.
– Ibu mangsa mengalami cedera luka pada dahi sebelah kanan dan luka pada bibir.
– Barang yang berjaya di samun adalah barang kemas sebentuk cincin, seutas gelang tangan, telefon bimbit iPhone 5S warna putih.
Saspek:
– 2 orang lelaki memakai topi keledar, bentuk badan kurus, kenderaan yang digunakan saspek tidak dilihat.
– saspek bercakap dlm bahasa Melayu dan disyaki berdialek Kelantan.
Kes disiasat di bawah seksyen 394 kanun keseksaan.
Credit : AAKJ

DAP ANTI PAS!!! SEBAB SEBENAR NG SUEE LIM BERTANDING TIMBALAN SPEAKER!!!

 
AZMIN Ali pernah berjanji pada DAP jika rancangan untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim daripada kerusi MB Selangor dan Azmin berjaya menggantikan tempat Khalid, maka DAP telah dijanjikan untuk diberikan 4 kerusi Exco Kerajaan Negeri Selangor kepada DAP atas usaha mereka.
 
Jadi, itulah sebabnya tiba-tiba DAP mencadangkan nama Adun DAP Sekinchan untuk merebut kerusi Timbalan Speaker DUN Selangor daripada Adun PAS Bangi. 
 
Walaupun Azmin telah berjanji untuk memberikan kerusi Timbalan Speaker kepada PAS setelah mengurangkan kerusi Exco, namun kerusi tersebut menarik minat DAP oleh kerana Azmin mungkir janji. 15 Adun DAP, 15 Adun PAS dan 13 Adun PKR. Namun, Exco PKR pula yang lebih banyak daripada parti yang menang kerusi banyak.
 
Apa pun yang pasti, jika benar DAP menghormati Tahaluf Siyasi yang dibentangkan oleh PAS dalam pakatan, pasti DAP akan memberi laluan mudah tanpa pertandingan untuk kerusi Timb Speaker. Sekarang sudah jelas yang DAP memang anti dan benci dengan PAS Selangor.
 
 
DAP Tetap Tuntut Jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor
PETALING JAYA 1 Dis - DAP akan tetap menuntut satu lagi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diwujudkan bagi meletakkan parti itu memegang jawatan tersebut.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, pihak parti akan terus melobi sehingga ianya diluluskan walaupun ianya telahpun dimenangi PAS melalui undi rahsia yang dijalankan di DUN baru-baru ini.

"Kami tidak berniat untuk menghalang timbalan speaker dari PAS yang telah dilantik.

"Kami hanya menuntut bahawa timbalan speaker kedua dilantik seperti sebagaimana di Perak dan Sabah," ujar Pua dalam ucapan Konvensyen DAP Selangor di Pusat Sivik Petaling Jaya di sini semalam.

Beliau menjelaskan, tuntutan DAP Selangor itu tidak keterlaluan jika dibandingkan dengan komitmen parti itu terhadap kerjasama Pakatan Rakyat (PR).

Tegasnya, DAP Selangor terbukti konsisten dalam perjuangan PR walaupun berhadapan dengan beberapa konflik termasuk krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

"DAP merasakan bahawa permintaan kami adalah adil dan tidak keterlaluan .

"DAP meminta agar Menteri Besar, Azmin Ali adil kepada DAP," katanya

Pua turut berkata, pihaknya bersetuju untuk memilih ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim bagi memegang jawatan itu.

"Suee Lim kekal sebagai pilihan parti itu untuk jawatan Timbalan Speaker Tambahan," tegasnya.

Suee Lim yang sebelum ini merupakan calon DAP bagi jawatan Timbalan Speaker telah tewas kepada wakil PAS iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Mohd Shafie Ngah.

DIPENJARA BELI TELEFON DENGAN WANG PALSU


KOTA BHARU - Padah buat seorang bekas jururawat akibat menggunakan wang palsu untuk membeli sebuah telefon pintar, dia dihukum penjara lapan tahun oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam.
 
Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap Nor Aziarina Ismail, 31, selepas tertuduh mengaku salah atas tuduhan itu.
 
Nor Aziarina didakwa menggunakan 16 keping not RM100 palsu berjumlah RM1,600 sebagai tulen dan membeli telefon bimbit jenis iPhone 5 dari Mohamad Nabil Aiman Abd Wahid, 19, di hadapan sebuah stesen minyak di Melor, di sini, pada jam 11.30 malam, 18 November tahun lalu.
 
Pengadu sebelum itu mengiklankan telefon berkenaan di laman sesawang dan dihubungi tertuduh yang menyatakan hasrat ingin membeli telefon berkenaan. Mereka kemudian berjumpa dan pengadu menyerahkan telefon itu serta tertuduh membayar RM1,650, lalu beredar tergesa-gesa.
 
Pengadu masuk ke dalam kereta untuk mengira wang dan mendapati sekeping RM50 diletakkan di atas 16 not RM100 yang mempunyai no siri sama dan disyaki palsu. 
Tertuduh dihubungi, namun tidak berjaya. Pengadu pergi ke bank untuk mendepositkan wang terbabit, tetapi hanya RM50 yang diterima mesin, manakala yang lain sebaliknya.
 
Pada prosiding semalam, tertuduh melalui peguamnya merayu hukumannya diringankan dengan alasan dia penjawat awam dan sudah hampir setahun berada di penjara. 
Tertuduh juga mempunyai dua anak yang masih kecil yang kini berada di bawah jagaan mentuanya.
 
Rayuan pihak pembelaan itu bagaimanapun dibantah Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Azahari yang memohon hukuman berat dengan hujah tertuduh sepatutnya menjaga amanah serta integriti sebagai penjawat awam.
 
Hukuman tersebut diarah berkuatkuasa semalam.
 
Dia sedang menjalani hukuman penjara terhadap dua kesalahan sama.
 
Sebelum ini, suaminya turut dituduh memproses wang palsu dan kes berkenaan masih dalam perbicaraan.
SH