ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Monday, 3 November 2014

10 JENIS NAFSU YANG TERDAPAT DALAM DIRI MANUSIA !!!


Keadaan masalah sosial di kalangan masyarakat di Malaysia semakin menjadi-jadi sehingga ada yang mengatakan seperti lebih teruk dari haiwan yang tidak berakal.

Adakah kita berjiwa atau bernafsu seperti haiwan?

Dalam sastera Arab, nafsu bermaksud “jiwa kehidupan” atau “ghairah dan hasrat duniawi”.
P
Apabila orang mendengar perkataan nafsu, pasti akan ingat perkara yang jahat-jahat sahaja. Sedangkan, nafsu itu adakalanya baik dan adakalanya jahat. Jika dilatih nafsu itu ke arah kebaikan, pasti nafsu itu boleh membawakan kita ke syurga.

Bak kata Imam Al Ghazali, nafsu itu seperti anjing. Jika dilatih dan dijinakkan ia pasti akan menjadi baik.

Nafsu ialah organ rohani manusia yang memiliki pengaruh paling banyak dan paling besar di antara anggota rohani yang lain. Nafsu mengeluarkan arahan kepada anggota jasmani untuk melakukan sesuatu tindakan.

Pembahagian nafsu secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:

– 7 peringkat yang ditempuh oleh diri atau nafsu manusia
– 10 rupa nafsu yang menggambarkan jiwa atau sifat tercela yang ada pada manusia.

Memetik sebuah perkongsian yang digarap semula dari blog ini, kami megajak anda untuk mengenali jenis-jenis nafsu yang kita harus ‘jinakkan’ atau dalam erti kata yang sama perlu dikawal dengan sebaiknya.


Artikel ini akan menghuraikan secara ringkas 10 rupa nafsu (jiwa/sifat tercela) yang ada dalam diri manusia, yang perlu dijinakkan atau dihapuskan/dihindari.

(1) Nafsu kalbiyah
– Sifat anjing
– yang kewujudannya antara lain suka memonopoli

(2) Nafsu himariyah
– Jiwa keldai
– yang pandai memikul namun tidak mengerti sedikit pun apa yang dipikulnya
– dengan kata lain, ia tidak memahami masalah

(3) Nafsu sabu’iyah
– Jiwa serigala
– suka-suka menyakiti atau menganiaya orang lain dengan cara apa pun

(4) Nafsu fa’riyah
– Hati tikus
– sebangsa merosak, atau semacamnya

(5) Nafsu dzatis-suhumi wa hamati wal-hayati wal-aqrabi
-Jiwa binatang penyengat
– berupa sebagai ular dan kala jengking
– senang menyindir-nyindir orang, menyakiti hati orang, dengki, dendam, dan sepertinya

(6) Nafsu khinziriyah
– Sifat babi
– suka kepada yang kotor, busuk, hapak, dan yang menjijikkan

(7) Nafsu thusiyah
– Nafsu merak
– antara lain suka menyombongkan diri, suka beraksi, berlagak, busung dada, dan sebagainya

(8) Nafsu jamaliyah
– Nafsu unta
– tak punya rasa santun, kasih sayang, tidak bermasyarakat, tidak peduli kesusahan orang lain
– yang penting dirinya selamat dan untung

(9) Nafsu dubbiyah
– Jiwa beruang
– biarpun kuat dan gagah, tapi pendek akal dan dungu

(10) Nafsu qirdiyah
– Jiwa beruk
– diberi ia mengejek, tidak diberi ia mencebik
– sinis dan suka melecehkan/memandang ringan

Sunday, 2 November 2014

CURI TELEFON BIMBIT, BUDAK 12 TAHUN HAMPIR TERBUNUH DIPUKUL BAPA !!!


Pukul_Kabel_Brek


Kota Bharu – Seorang bapa hilang pertimbangan apabila sanggup memukul anaknya yang berusia 12 tahun menggunakan kabel brek basikal, mencekik leher dan menendang kaki serta tangan sehingga cedera selepas mendapati anaknya itu mencuri telefon bimbit sepupunya dalam kejadian di Pasir Hor, di sini, Khamis lalu.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa luka dan lebam di belakang badan, kaki serta tangan sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, oleh neneknya untuk dirawat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian bapa mangsa yang berusia 38 tahun membawa anak ke rumah sepupunya untuk menyerahkan kembali telefon bimbit dicuri.
Katanya, sebaik mangsa menyerahkan telefon bimbit itu, bapanya mengambil kabel brek basikal di bawah rumah dan memukul mangsa.
“Mangsa dibawa pulang ke rumahnya sebelum sekali lagi dipukul dengan kabel berkenaan, dicekik leher dan ditendang kaki serta tangan.

[Image: 03hm006aa.transformed.jpg]

POLITIK REMPUH PAGAR BEZAKAN PEMUDA BN DAN PEMUDA PR !!!



Terdapat perbezaan ketara corak politik Pemuda BN dan Pemuda PR, kata Pengerusi Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, perbezaan itu merujuk kepada perjuangan BN yang membawa suara anak muda dalam mendepani cabaran hidup, sementara PR pula membawa corak politik yang memperjuangkan individu.

"Kalau kita seminggu dua ini, Pemuda MCA, PPP ada himpunan. Dalam semua himpunan yang dibangkitkan adalah suara generasi anak muda.

"Sementara pemuda PR, akhir minggu ini, dia tidak cakap pasal pembangunan belia tetapi dia cakap pasal 'one man'.

"PR tidak bawa isu kos sara hidup anak muda, isu perumahan belia... tetapi mereka rempuh pagar pertahankan seorang individu, kumpul di mahkamah pertahankan (Ketua Pembangkang, Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) tetapi dalam BN kita tidak pertahan individu yang kita pertahankan adalah hak genarasi muda, inilah yang membezakan politik mereka dan  politik kita.

"Politik kita berteraskan kepada nilai dan generasi muda," katanya  ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Perhimpunan Agung Pemuda PPP, di Hotel Dnasty di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Khairy menambah, BN akan sentiasa bergerak dalam satu bumbung Pemuda bagi memperjuangkan hak anak muda.

"Kita akan bergerak dalam satu hati dalam memperjuangkan nasib anak-anak muda Malaysia.

"Kita akan bantu mereka, kita akan jadi jurucakap kepada generasi muda," katanya

MAT YO KENA JUAL RM2 ???


KUALA LUMPUR: Gara-gara kalah dengan pasukan Pahang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia malam tadi, pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo di kalangan peminat, dijadikan bahan lawak di media sosial.

Prestasi permainannya yang semakin merosot dan gagal menyerlah ketika pasukan Harimau Selatan itu bertemu dengan pasukan Tok Gajah menjadikan rata-rata peminat pasukan JDT, kecewa.

Akibatnya, Mat Yo ‘dijual’ dengan harga RM2 di laman lelong Mudah.my.

Jualan itu dikongsi di laman media sosial hari ini, namun, ia diturunkan tidak lama selepas itu.
 RakyatNews

PELAJAR TINGKATAN EMPAT HILANG SELEPAS SERTAI MARATHON


HULU TERENGGANU: Seorang pelajar Tingkatan Empat dilaporkan hilang selepas mengambil bahagian dalam perlumbaan maraton di Sekayu, Kuala Berang di sini petang semalam, kata polis.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Hussin Deraman berkata, Ahmad Rafikin Azman, 16, tidak menyelesaikan acara maraton Gunung Gajah Terom dan bapanya Azman Ohtman, 50, membuat laporan polis pada kira-kira 6 petang.

Azman sebelum itu memaklumkan pihak penganjur apabila dia tidak dapat menemui Ahmad Rafikin, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, yang akan diambilnya pada jam 3 petang selepas perlumbaan itu, katanya.

Kesemua 32 peserta yang lain telah tiba ketika itu.

"Selepas menunggu beberapa lama, Azman yang juga Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), membuat laporan polis," kata Hussin.

Difahamkan Ahmad Rafikin tidur di sebuah khemah di lokasi itu pada 31 Okt dan meninggalkan telefon bimbitnya di rumah.

Operasi mencari dilancarkan oleh 42 anggota terdiri daripada anggota daripada pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, Rela serta penduduk kampung setempat.

Sementara itu, urusetia perlumbaan itu, Mohd Rafi Kori berkata Ahmad Rafikin hanya melalui pusat pemeriksaan pertama trek perlumbaan itu tetapi tidak kelihatan sehinggalah ke garisan penamat dalam kategori junior 12 kilometer yang disertainya.

Acara marathon itu disertai 540 peserta pelbagai peringkat umur bermula pada jam 8.15 pagi.

Perlumbaan itu dianjurkan Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu dan diuruskan oleh Persatuan Kembara Negara.
- Bernama

KEKALKAN AKTA HASUTAN




Muhyiddin Yassin. - Foto BernamaKUALA TERENGGANU – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong supaya Akta Hasutan dikekalkan, dalam membendung usaha pihak tertentu yang cuba menghasut terutama membangkitkan perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Negara.

Beliau menegaskan, Umno sebagai parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air, tidak akan sesekali berkompromi dengan pihak terlibat yang sengaja mencetuskan suasana tidak harmoni di negara ini.

“Kita tidak akan berkompromi. Kalau ada pihak yang mencabar apa lagi kalau Islam jadi sebahagian daripada Perlembagaan Negara, sudah jadi sebahagian penting dalam undang-undang. Kalau tidak boleh ungkit, jangan ungkit. Itu hasutan!

“Kalau hasutan mesti ada undang-undang untuk bertindak terhadap mereka yang suka menghasut sehingga boleh menimbulkan porak-peranda dalam negara kita.

“Sebab itu dalam soal ini, secara peribadi saya katakan Akta Hasutan itu mesti kekal,” katanya sambil diiringi tepukan gemuruh ketika menyampaikan ucapan perasmian Konvensyen Umno Terengganu 2014 di Hotel Primula di sini, semalam.

IKAN PARU-PARU MASUK DUBUR


Selain menanggung derita menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ikan paru-paru (sejenis ikan seperti belut) yang tersekat dalam duburnya, seorang lelaki Brazil juga terpaksa menanggung malu apabila jururawat dan kakitangan bilik bedah mentertawakannya ketika pembedahan dijalankan.

Bagaimana ikan berkenaan boleh memasuki dubur lelaki yang tidak dikenali itu, tidak diketahui.

Bagaimanapun, pembedahan untuk mengeluarkannya dirakam oleh kakitangan hospital.

Sebaik berada di dalam, ikan berkenaan enggan keluar, menyebabkan dia perlu menjalani pembedahan di Hospital Universitario di Londrina Brazil, menurut LiveLeak.com, semalam.

Doktor berjaya mengeluarkan ikan sepanjang 30.5 sentimeter itu dengan maruah pesakit berkenaan terjejas.

Video berkenaan mula dimuatnaik dalam BestGore.com Disember lalu tetapi menjadi viral selepas dimuatnaik dalam LiveLeak.com.

Dalam video itu kedengaran suara orang ketawa ketika ikan itu ditarik keluar dari ususnya. Ramai kakitangan dilihat merakam pembedahan berkenaan.

Kejadian seperti itu, walaupun jarang berlaku, ia bukan kes terpencil.

Pada April 2013, seorang lelaki di Guandong, wilayah di tenggara China, mengaku kepada pegawai perubatan dia memasukkan belut ke dalam duburnya selepas menonton filem porno.

Dia terpaksa menderita sepanjang malam sebelum menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ikan itu.

Kejadian sama berlaku di New Zealand pada 2012.

Pada 2010, seorang lelaki China mati selepas rakannya memasukkan belut di dalam duburnya kerana berjenaka. - Agensi

WANITA DISAMUN KETIKA ASYIK BERSEMBANG DI RUMAH



Piah (kanan) menunjukkan kesan luka pada leher Rohani akibat tujahan pisau penyamun, kelmarin.
Piah (kanan) menunjukkan kesan luka pada leher Rohani akibat tujahan pisau penyamun, kelmarin.
BACHOK - Seorang wanita yang asyik bersembang dengan ahli keluarganya kira-kira jam 1.30 petang kelmarin, kerugian hampir RM6,000 apabila rantai lehernya disamun lelaki bersenjatakan pisau Rambo dekat sini.

Rohani Jusoh, 34, berkata, ketika itu suaminya Abdullah Arif, 47, keluar menunaikan solat Jumaat dan hanya dia bersama ibu, Piah Omar, 72, anaknya, Nur Zahra Sofia,3, dan sepupu, Rahimah Mat Hassan,62, berada di rumah itu.

Menurutnya, ketika kejadian mereka sedang asyik bersembang sebelum didatangi sebuah kereta Honda berwarna biru yang berhenti di pekarangan rumahnya.

“Seorang lelaki keluar dari kereta terus melompat menerkam saya dan mengacukan pisau di leher saya. Dia minta saya serahkan rantai leher. Saya panik dan kata ambillah sebelum dia merentap rantai itu.

“Dalam keadaan panik itu ibu dan sepupu turun dari serambi meminta pertolongan dari jiran. Tetapi ketika itu semua lelaki tiada di rumah kerana menunaikan solat Jumaat.

“Melihat ibu menjerit meminta tolong, seorang lagi rakannya keluar membawa parang. Dalam masa tak sampat lima minit tragedi itu berlaku dan mereka terus pergi,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya, selepas suspek berlalu, barulah jiran-jirannya yang datang menjengah dan membawanya ke balai polis untuk membuat laporan.

Rohani berkata, sehingga kini dia masih trauma dengan kejadian itu yang menyebabkan lehernya luka sedikit akibat terkena hujung pisau suspek.

Katanya, dalam keadaan kelam kabut itu dia tidak dapat mengecam suspek dan hanya melihat lelaki itu bertubuh sederhana, memakai topi, berbaju hitam dan seluar jeans.

Menurutnya, selain dua lelaki yang keluar bersenjata itu, ada jiran melihat dua orang lagi di dalam kereta itu termasuk seorang wanita dan anak kecil.

Difahamkan, itu adalah kes pertama berlaku di sekitar kawasan terbabit dan sebelum ini hanya melibatkan kawasan berdekatan pantai.

Manakala, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan. Kerugian dianggarkan bernilai RM6,000.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata.

VIDEO POLIS TRAFIK DILANGGAR PEMANDU CUAI KETIKA BERTUGAS !!!


BILA memandu, kita sering kali diingatkan agar mata sentiasa tertumpu pada jalan raya atau bahasa lainnya, always keep your eyes on the road.
Jika tak, jadilah macam insiden dalam video ini, di mana tak semena-mena anggota polis trafik yang bertugas dilanggar pemandu yang mungkin tidak fokus dengan pemanduannya.
Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Semantan, Kuala Lumpur yang dirakam menggunakan kamera litar tertutup (CCTV).

Jadikan insiden ini sebagai satu pengajaran untuk kita lebih berhati-hati ketika memandu di jalan raya selepas ini !!!

WAJAH COMEL BAYI PEREMPUAN ROZITA CHE WAN - ZAIN SAIDIN


KUALA LUMPUR: Pelakon Rozita Che Wan selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 2.18 petang Sabtu di Hospital Ampang Puteri.

Suaminya, Zain Saidin menerusi Instagram turut merakamkan rasa kesyukuran di atas kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Program hiburan hlive! secara eksklusif mendedahkan wajah bayi comel itu pada Sabtu dan ia turut dikongsi bersama oleh peminat-peminat yang menanti berita baik ini.

Menurut HLive, Zain dan Rozita bakal mengumumkan nama anak mereka minggu hadapan.

Zain dan Rozita telah berkahwin dalam majlis gilang gemilang Disember tahun lepas dan kelahiran anak pasangan ini telah mendapat tajaan Kumpulan Perubatan Johor (KPJ).

wajah anak zain -rozita