ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Sunday, 3 August 2014

MH17 : HANYA 62 MAYAT BERADA DALAM KEADAAN BAIK - KHALID


PETALING JAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu hanya 62 mayat ditemui dalam keadaan baik di lokasi kemalangan MH17.

Beliau percaya, mayat mangsa-mangsa yang masih belum ditemui kemungkinan besar bertaburan di tempat insiden itu.

Khalid berharap penduduk tempatan boleh membantu mengenal pasti kawasan yang kemungkinan boleh menemui mayat-mayat tersebut.

Tambahnya, beliau mempunyai keyakinan terhadap keupayaan pasukan penyiasat di semua kawasan dan masih belum pasti bila siasatan itu akan selesai.

"Setiap negara mempunyai undang-undang dan sistem sendiri. Kami tidak mempunyai pilihan. Kita perlu menghormati undang-undang dan sistem setiap negara yang terlibat dalam ini, " jelas Khalid di laman Facebook PDRM dalam temu bual dengan saluran berita. 

Khalid juga meluah perasaan kecewa kerana pasukan penyiasat tidak boleh memasukkan lokasi kemalangan sebaik sahaja mereka tiba di Ukraine. 

Beliau mengakui bahawa ada kemungkinan lokasi itu diganggu  kerana ia telah dibiarkan terlalu lama selepas tragedi itu. 

Khalid bersama-sama dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan Keiv pada 30 Julai untuk menyerahkan dokumen bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
mStar

MAYAT PERUT TERBURAI DITEMUI


NIBONG TEBAL - Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan perut terburai di kawasan tanah lapang berhampiran dengan pencawang elektrik di Tasik Chempedak, Simpang Ampat di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira kira jam 7.43 pagi itu, mangsa yang dipercayai warga asing ditemui terbaring dalam keadaan kedua tangannya diikat dengan menggunakan wayar.

Menurut sumber, mangsa yang berpakaian seluar pendek dan baju kemeja-t putih dipercayai mati akibat ditikam menggunakan senjata tajam.

“Mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an mengalami kecederaan di bahagian perut, betis kanan dan pipi kiri,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan awal polis di tempat kejadian menemui kesan tompokan darah atas jalan sekitar 20 meter daripada tempat mayat ditemui.

Katanya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang ditemui pada mangsa.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pualau Pinang, Senior Asisten Mazlan Kesah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya mayat mangsa telah di hantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

“Polis tidak menemui objek mahupun senjata pembunuhan di sekitar kawasan kejadian. Siasatan masih di teruskan bagi mengetahui motif sebenar kejadian.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
SH

TIGA BERADIK RUGI RM340,000 DITIPU BROKER TANAH WANITA


Alor Gajah: Tiga beradik kerugian RM340,000 selepas ditipu seorang broker tanah wanita dalam urusan jual beli tanah di sekitar Lendu, di sini, sejak September tahun lalu sehingga Februari lalu.

Salah seorang mangsa, Asisten Superintendan Jamaluddin Abu Hassan, 49, yang bertugas di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur membuat laporan polis di Balai Polis Alor Gajah, semalam, selepas wanita itu memberikan cek tendang berjumlah RM350,000 kononnya untuk memulangkan semula wang yang sudah dibayar kepadanya selepas tanah yang dijual sebenarnya dijual kepada orang lain. 

Menurutnya, wanita yang berusia 34 tahun itu pada mulanya menawarkan untuk menjual 1.21 hektar (tiga ekar) daripada 2.42 hektar tanah (enam ekar) yang ditanam dengan pokok getah milik ibu saudaranya kerana terdesak memerlukan wang pada harga RM80,000 sehektar. 

Bagaimanapun, katanya, dia mahu membeli keseluruhan 2.42 hektar tanah itu untuk dirinya dan dua adiknya iaitu Mohd Norizam, 44, dan Siti Norazmah, 31.

“Sebagai permulaan, urusan pembelian tiga ekar tanah (1.21 hektar) untuk saya, wanita terbabit meminta saya mendepositkan wang berjumlah RM240,000 ke dalam satu akaun bank atas nama Noorazlina Ismail dan bayaran itu saya jelaskan pada 30 September tahun lalu,” katanya yang ditemui di Balai Polis Alor Gajah, semalam.
HMetro

TUDUHAN MEDIA ISRAEL TERHADAP MALAYSIA TIDAK BERASA - HAMAS



KUALA LUMPUR: Hamas menafi sekeras-kerasnya laporan media Israel bahawa anggotanya mendapat latihan mengenai cara melakukan serangan melalui payung terjun di Malaysia.

Katanya tuduhan tidak berasas itu direka perisik Israel untuk menjejaskan perpaduan dan sokongan masyarakat antarabangsa yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestin yang sedang menghadapi jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai oleh regim Zionis.

"Israel mencipta tuduhan itu sebagai cubaan untuk mengalih perhatian daripada penyembelihan dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan tenteranya terhadap orang awam, kanak-kanak, wanita dan golongan tua di Palestin," kata Hamas melalui kenyataan yang tersiar dalam laman sesawang rasminya httP://bit.ly/1sekj3.

Kenyataan dalam bahasa Arab itu diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM).

Ketika mengulas laporan berita itu semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia tidak pernah menjalin sebarang kerjasama ketenteraan dengan Hamas atau pihak lain di Palestin.

Dalam kenyataan pada Jumaat, beliau berkata Malaysia dan Palestin hanya menjalin hubungan dan kerjasama dalam bidang diplomatik, perdagangan dan kebudayaan.

"Malaysia juga memberi sokongan besar kepada rakyat Palestin dari segi moral dan melalui bantuan kemanusiaan. Rakyat Malaysia memberi sokongan padu berikutan hubungan yang terjalin sejak sekian lama antara pemimpin Malaysia dan Palestin.

"Inilah yang mungkin menyebabkan Israel tidak berpuas hati," katanya.

Akhbar dalam talian The Jerusalem Post baru-baru ini memetik seorang anggota Hamas yang ditahan sebagai berkata Malaysia menjadi tempat latihan bagi anggota pasukan itu untuk melakukan penyeludupan dan serangan dari sempadan dengan menggunakan payung terjun.

Laporan itu juga memetik tahanan yang didakwa sebagai anggota Hamas itu memberitahu Agensi Keselamatan Israel (Shin Bet) bahawa mereka juga mengikuti latihan tentang cara menculik anggota tentera sebagai persiapan untuk menentang Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di Gaza.

mStar

Saturday, 2 August 2014

GAMBAR-GAMBAR KEMALANGAN PELIK YANG SUKAR DIJANGKA






















PELAJAR UNITEN LEMAS DI TELUK CEMPEDAK


KUANTAN - Seorang pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) kampus Muadzam Shah lemas ketika berkelah di Pantai Teluk Cempedak di sini sementara rakannya dilaporkan cedera petang tadi.

V. Saravanan, 18, dari Cheras, Selangor ditemui lemas oleh pengawal pantai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Anuar Hassan berkata mayat mangsa dilapor ditemui pada pukul 2.30 petang berhampiran lokasi mangsa dilaporkan tenggelam.

Mayat mangsa di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk dibedah siasat. Rakannya yang cedera akibat terkena batu, D. Dinesh, 18, dirawat di hospital yang sama.

Anggota JPAM yang menemui mayat mangsa, Mustaqim Ariff berkata beliau dan rakannya Mohd Amin Morad sebelum itu telah memberi amaran kepada mangsa supaya tidak mandi di situ kerana ia berbahaya dan curam.

"Bagaimanapun kedua-duanya terus mandi sehingga seorang daripadanya menjerit meminta tolong kerana rakannya telah lemas dan akhirnya hilang di bawa arus.    

"Orang ramai yang melihat kejadian tersebut memaklumkan kepada kami dan kami bergegas turun ke laut untuk menyelamatkan mangsa. Mangsa disahkan meninggal dunia selepas ditemui 10 minit kemudian," katanya. - Bernama

LEHER DIACU GOLOK SEBELUM BARANG KEMAS DILARIKAN



BESUT: Seorang warga emas disamun barang kemas bernilai kira-kira RM30,000 di rumahnya di Kampung Gelam Mas, Kampung Raja di sini semalam.

Karimah Mohd Noor, 61, kehilangan dua utas gelang permata berlian, sebentuk cincin berlian dan emas serta sepasang subang emas kepada tiga orang penyamun.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noorzainy Mohd Noor berkata kejadian berlaku kira-kira 5.40 petang apabila mangsa didatangani tiga individu termasuk dua wanita yang berpura-pura mahu menyewa sebuah bilik.

"Dua daripada suspek kemudiannya dibawa melihat bilik yang mahu disewakan sementara seorang suspek menunggu di luar rumah.

"Ketika mangsa leka menunjukkan bilik tersebut, tiba-tiba seorang suspek mengeluarkan sebilah golok dan mengacu di tengkuknya dan mengarahkan mangsa menanggalkan barang kemas yang dipakainya," katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata kesemua suspek kemudiannya melarikan diri dengan sebuah kereta.

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang petani berumur 27 tahun cedera akibat dilibas dengan parang oleh seorang suspek di Kampung Padang Bual, Hulu Besut awal pagi tadi.

Ketika itu mangsa sedang bermain karom dengan rakan-rakannya di sebuah kedai runcit kira-kira pukul 1 pagi.

Noorzainy berkata mangsa telah menegur suspek yang sebelum itu telah dilihat mengangggu beberapa penduduk kampung, tetapi suspek terus mengeluarkan parang dan melibas mangsa.

FAEKAH SINDIR GUANG ENG SOKONG WANITA JADI MB



PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin dengan nada sinis menyindir kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyokong seorang wanita dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Dalam Twitternya pada Sabtu, Faekah berkata, Pulau Pinang harus terlebih dahulu memulakan langkah tersebut.

“Ya mula dengan P.Pinang. Go for it Betty!”," tulisnya di Twitter dituju khas kepada isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng.

Tweet tersebut kelihatan jelas menyindir Betty yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana yang tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan tidak memegang apa-apa jawatan politik.

Tweet itu juga mencerminkan sokongan Faekah terhadap Khalid kerana beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI).

Pada Jumaat, Guan Eng menggesa semua pemimpin dari pelbagai parti menyokong wanita dilantik sebagai menteri besar.

Hubungan Pakatan Rakyat kini tegang berhubung isu kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Terdahulu, kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat bersetuju dengan cadangan kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor digantikan oleh Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Namun,  Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara terbuka menolak cadangan untuk melantik Dr Wan Azizah bagi menggantikan Khalid.
mStar

MACAM-MACAM : GADIS SUKA TIDUR DENGAN SUAMI ORANG !!!


Setiap gadis muda atau wanita dewasa mengimpikan untuk mempunyai hubungan percintaan yang romantis dengan lelaki pujaan masing-masing yang mampu memberikan kebahagian dan kasih sayang yang cukup. 

Malah, setiap ciri-ciri lelaki yang ingin dijadikan sebagai pasangan hidup juga sentiasa diletakkan sebagai rencah utama dalam mengukur lengkapnya satu-satu hubungan percintaan itu.Ramai gadis dan wanita di luar sana lebih gemar memilih lelaki bujang sebagai pasangan hidup mereka.

Berbeza bagi wanita yang berasal dari Utara London, Dee Jones, 33, dia hanya berminat untuk mempunyai ‘hubungan’ dengan lelaki yang berstatus
suami orang atau yang sudah berkahwin!

Sejak tiga bulan lalu, wanita yang bergelar akauntan itu langsung tidak menyesal mempunyai gaya hidup sebagai seorang ‘playgirl’ sebaliknya, gembira kerana hidupnya dipenuhi dengan kemewahan yang diberikan oleh pasangan sementaranya.

Tujuan Dee mencari pasangan yang berstatuskan suami orang adalah kerana ingin membantu lelaki-lelaki yang mempunyai masalah hubungan sama ada secara zahir atau batin dengan isteri mereka.

Bagi Dee, isteri-isteri bagi setiap lelaki yang pernah mejadi pasangan dirinya patut berterima kasih kepadanya kerana telah membantu mereka dalam menyelesaikan masalah rumah tangga.

“Tiada apa-apa yang salah dengan apa yang saya lakukan. Saya hanya membantu setiap lelaki yang mempunyai masalah dengan isteri mereka dan apabila mereka selesai bertemu saya, mereka akan bahagia dan tenang pulang ke rumah untuk berjumpa dengan isteri mereka sendiri. Jadi, saya memberikan emosi yang baru setelah berasa bosan dengan
isteri sendiri,” kata Dee seperti dalam Daily Chilli.

Dee seboleh mungkin akan mencuba mempunyai beberapa hubungan dengan beberapa suami orang dan akan bergilir-gilir berjumpa dengan pasangan-pasangannya’ sehinggalah kepada memberikan hubungan seks.

Setiap kali berjumpa atau bertemu janji, pasangan Dee akan membawanya ke restoran mahal, membeli-belah di pusat membeli-belah yang mahal atau menghadiahkan wanita itu beberapa barang yang mahal.

Selepas selesai dengan tugasnya, Dee akan terus memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut tanpa sebarang komunikasi melalu telefon, emel atau temujanji lagi dan mencuba mencari pasangan yang lain.

Bagi wanita itu, dia lebih menggemari hubungan seperti ini kerana lebih mencabar dari hubungan yang kosong dengan lelaki yang masih bujang.

“Saya hanya inginkan kegembiraan dan rasa seronok,” katanya.

Bagaimanapun, sepanjang beberapa hubungan yang Dee jalinkan, kebanyakan hubungannya langsung tidak melibatkan perasaan kasih dan sayang dan perasaan menolong sahaja yang diwujudkan dalam hatinya.

BUDAK 18 BULAN TERPERANGKAP LEBIH 1 JAM DALAM KERETA !!!

Bayi 18 bulan terkunci sejam dalam kereta


JERTIH - Seorang ibu berdepan saat cemas apabila anak perempuan berusia setahun setengah terperangkap kira-kira satu setengah jam di dalam kereta di depan sebuah pasar raya di Seberang Jertih, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Marisa Mohd Hashim terperangkap di dalam kereta seorang diri, setelah dikatakan tertekan kunci kereta hingga menyebabkan semua pintu terkunci.

Ibu mangsa yang merupakan doktor di sebuah klinik kesihatan kerajaan, Dr Zaleha Mohd Zahid berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang mengeluarkan barangan dibeli di pasar raya tersebut untuk diisi di dalam kereta.

Katanya, anak perempuannya ketika itu berada di kerusi hadapan sebelum secara tiba-tiba pintu tertutup lalu terkunci.

“Dipercayai anak saya yang memegang kunci kereta tersalah tekan butang, lalu pintu terkunci dari dalam ketika saya berada di luar kereta. Saya cuba membuka pintu itu dari luar, tetapi gagal menyebabkan saya terpaksa menghubungi bomba,” katanya.

Bomba yang bergegas ke tempat kejadian berusaha membuka pintu kereta secara manual, tetapi tidak berjaya sebelum terpaksa mencungkil cermin kecil bahagian sisi sebelah pemandu dan memecahkan cermin untuk membuka pintu bagi menyelamatkan mangsa.

Kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan kira-kira 11.30 pagi dan diserahkan kepada ibunya yang berada di tempat kejadian.

Doktor wanita itu yang pada awalnya agak cemas, gembira dan bersyukur kerana anaknya berjaya dikeluarkan dengan bantuan bomba tanpa berlaku kejadian tidak diingini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pasukan bomba yang bertungkus-lumus berusaha untuk mengeluarkan anak saya yang terperangkap,” katanya.
SH