ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Saturday, 2 August 2014

MAYAT LELAKI DIKERAT DUA DALAM PLASTIK HITAM DITEMUI

Mayat lelaki dikerat dua

KULAIJAYA – Pekerja PLUS Bhd yang melakukan rondaan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai dikerat beberapa bahagian badan sebelum dibungkus secara berasingan dalam dua plastik hitam.

Mayat tersebut ditemui di parit berhampiran Kilometer 24.3 Lebuhraya PLUS arah selatan, dekat Kulaijaya.

Menyedari bau busuk dari bungkusan plastik itu, pekerja tersebut membuka salah satu plastik dan terlihat beberapa bahagian badan dan kepala yang dikerat.

Mangsa dipercayai telah dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.

Difahamkan mangsa berusia dalam lingkungan 30 dan 40 tahun. Terdapat kesan tikaman dibahagian belakang badan dan leher mangsa.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Ruslan Khalid berkata anggotanya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu dari PLUS pada tengah hari Jumaat.

“Kami masih belum mengenal pasti mangsa.

“Kami percaya mangsa dibunuh antara satu hingga dua hari lalu,” katanya.

Beliau berkata, mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.

“Kami telah menubuhkan satu pasukan khas bagi mengesan suspek dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Ruslan turut menyeru kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta melaporkannya di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. 
mStar

SUDAH TIBA MASANYA KERAJAAN TAPIS INTERNET


KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya untuk kerajaan menapis Internet, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam catatan terbarunya dalam blog beliau hari ini, http://chedet.cc, bekas Perdana Menteri berkata: "Tidak mengetahui kuasa Internet, saya telah berjanji bahawa kami (bercakap sebagai perdana menteri Malaysia ketika itu) tidak akan menapisnya.

"Tetapi pada masa ini, saya telah menukar fikiran saya...kerana pemain-pemain, termasuk mereka yang mengawal server, telah melakukan tapisan mereka sendiri tentang apa yang boleh disiarkan dalam media alternatif ini.

"Saya sendiri merasai bahana tapisan itu," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau pertama kali menggunakan platform antarabangsa itu untuk menghoskan blog beliau. Apabila ratusan ribu mengunjungi blog itu, tiba-tiba platform itu menolak menjadi hos laman blog beliau.

"Saya telah menukar platform tetapi sekali lagi ia disekat. Saya kini telah menukar server dan platform sebanyak tiga kali. Namun masih ada cubaan untuk menyekat blog saya," katanya. 

Dr Mahathir berkata internet telah memainkan peranan penting dalam menjejaskan moral awam.

Friday, 1 August 2014

MH17 : BEBERAPA JASAD RAKYAT MALAYSIA DIKENAL PASTI

AMSTERDAM – Pasukan Siasatan Antarabangsa telah mengenal pasti beberapa mayat daripada 43 rakyat Malaysia dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, dan pengesahan pengenalan lanjut diperlukan dalam tempoh dua minggu lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mendapat maklumat itu semasa lawatannya ke sebuah fasiliti tentera di Hilversum, Khamis di mana 226 keranda sesetengahnya mengandungi mayat mangsa dan bahagian anggota, sedang menjalani proses forensik dan pengecaman mangsa bencana (DVI).

Katanya selepas proses dua minggu, kerajaan akan tahu bila mayat rakyat Malaysia akan dihantar balik ke tanah air.

“Bila (mayat) dibawa balik kita akan adakan hari berkabung.

“Butirannya akan dimaklumkan bila sampai masanya,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini Jumaat sebelum berlepas ke Kuala Lumpur selepas lawatan dua hari ke Netherlands dengan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Penerbangan MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai.

Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal – dipercayai ditembak jatuh tetapi sehingga hari tiada pihak yang mendakwa bertanggungjawab atas perbuatan kejam itu.

Sejumlah 195 warga Belanda menaiki penerbangan itu.

Najib berkata setakat ini, sejumlah 126 keranda telah diperiksa dan menjalani proses DVI.

Beliau berkata proses itu adalah rumit dan unik yang memerlukan tiga peringkat pemeriksaan iaitu Ante-mortem, post mortem dan penyelarasan.

Najib berkata proses pemeriksaan itu adalah mengikut standard antarabangsa dan kaedah itu melampaui keraguan munasabah.

Semasa proses itu, Najib berkata pasukan antarabangsa perlu mengambil sampel DNA, gigi dan cap jari mayat atau mana-mana satu kaedah jika ia membabitkan bahagian anggota manusia.

Selain daripada proses DVI, Malaysia dan pasukan antarabangsa memberi fokus untuk memasuki lokasi nahas di Torez, Ukraine untuk mencari sisa-sisa mayat dan untuk mengambil serpihan pesawat untuk siasatan.

Beliau berkata disebabkan konflik itu telah bertambah buruk sehingga menjadi perang di antara kerajaan Ukraine dan kumpulan pemisah yang dikenali sebagai Republik Rakyat Donestk, adalah penting untuk memastikan laluan yang selamat bagi pasukan siasatan antarabangsa.

Katanya pasukan antarabangsa diketuai oleh Netherlands telah menemui serpihan pesawat terbabit yang bertaburan di kawasan dalam lingkungan 9km.

“Pasukan itu perlu membina semula serpihan pesawat itu dalam usaha untuk mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku,” katanya sambil menyatakan bahawa Malaysia telah menghantar 68 pegawai polis ke Ukraine, diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Berhubung perkembangan dua kotak hitam MH17, Najib berkata siasatan awal oleh badan bebas di Britain itu akan didedahkan kepada umum ‘dalam masa tidak lama lagi’.

Beliau berkata laporan itu akan dikemukakan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) sebelum ia didedahkan kepada umum.

“Saya telah diberi taklimat oleh mereka namun ia tidak sesuai bagi saya untuk mengumumkannya. Biar badan bebas berkenaan mengumumkan dapatan itu,” katanya.

Semasa ditanya tentang bagaimana beliau dapat menghadapi dua tragedi membabitkan MH17 dan MH370, yang hilang di selatan Lautan Hindi pada 8 Mac, Najib berkata doanya kepada Allah dan sokongan kuat keluarga membantu beliau melalui krisis itu.

“Pada akhirnya anda hanya dapat melakukan yang terbaik dan mendapatkan restu daripada Yang Maha Berkuasa dan sokongan daripada keluarga saya,” katanya.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi, di barat Perth, Australia, berikutan satu analisis data satelit yang tidak pernah dilakukan sebelum ini oleh pakar-pakar dari United Kingdom.

Operasi mencari masih diteruskan namun tiada kesan daripada sisa-sisa pesawat dapat ditemui setakat ini.

Najib juga melahirkan penghargaan beliau terhadap 12 anggota pasukan yang telah berunding dengan pemimpin kumpulan pemisah Alexander Borodai, yang akhirnya membawa kepada kejayaan Malaysia menjumpai mayat dan kotak hitam MH17.

“Keputusan itu dibuat dalam perkiraan yang teliti, saya mahu mengatasi krisis geopolitik memandangkan tanpa menerima mayat dan kotak-kotak hitam dalam tempoh yang lama, kita akan berdepan risiko yang amat besar.

“Dan anggota keluarga (terbabit) akan berdepan dengan lebih banyak tekanan emosi,” katanya sambil menyatakan bahawa hasrat beliau berdasarkan atas sebab perikemanusiaan berhubung tragedi MH17. – BERNAMA

SEGITIGA BERMUDA JADI BUALAN (MESTI BACA)


Foto
SEGITIGA Bermuda dalam peta dunia.
Genap 145 hari kehilangan MH370, namun kepulangan pesawat itu masih dinanti keluarga penumpang, saudara, rakan, sahabat serta rakyat Malaysia amnya.

Walaupun diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa pesawat malang terbabit berakhir di Lautan Hindi penghujung Mac lalu, teori yang timbul selepas itu sedikit sebanyak meniup semangat kepada waris yang menanti.

Dalam pedih akibat kehilangan orang tersayang, luka waris terubat tatkala Najib menegaskan bahawa Malaysia kekal komited mencari pesawat berkenaan.

Mesej ingatan sempena hari ke-100 kehilangan MH370 itu disuarakan Najib menerusi akaun Twitter peribadinya.

Malah, kerajaan turut mengumumkan bahawa Malaysia sudah membelanjakan RM27.6 juta setakat ini dalam fasa pertama pencarian.

Ia turut dibantu beberapa negara termasuk Australia, China, negara ASEAN serta Amerika Syarikat.

Mengingati semula tarikh 8 Mac 2014, pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 227 penumpang dan 12 kru itu dilaporkan hilang ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

MH370 meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 tengah malam sebelum gagal dikesan menara kawalan mulai jam 1.23 pagi.

Gerakan mencari kemudian dimulakan di kawasan Laut China Selatan sebelum beralih ke selatan Lautan Hindi. Namun hasilnya tetap menghampakan.

Kini, selepas hampir lima bulan mencari dan berharap, pasti ramai antara kita yang menjadi sayu setiap kali memandang ke arah laut.

Andai dulu panorama indah laut menjadi saksi pasangan bercinta, namun hari ini banyak hati bertaut luka kerana mengenangkan kehilangan MH370.

Begitupun tiada siapa yang dapat menolak hakikat bahawa laut memang indah dari kejauhan, tapi boleh jadi menakutkan sekiranya kita berdepan ombak tinggi bergulung atau bertembung dengan pusaran besar di tengah hamparannya.

Ayuh kita lihat misteri dan fenomena aneh di enam laut berikut:

1. Segitiga Bermuda
Lokasi yang mendapat jolokan Segitiga Syaitan ini kerap menjadi topik perbualan dan sering dikaitkan dengan misteri kehilangan kapal terbang di laut.

Terletak di barat laut Lautan Atlantik, kawasan ini dikatakan mencecah jutaan persegi, melingkungi Kepulauan Bermuda, Puerto Rico dan Fort Lauderdale.

Nama Segitiga Bermuda mula popular ketika satu pasukan tempur yang terdiri daripada lima pengebom torpedo Angkatan Laut hilang pada 5 Disember 1945.

Hingga kini jasad 14 kru pesawat dan bangkai kapalnya tidak ditemui.

Malah, beberapa laporan turut menyebut, lebih 50 kapal dan pesawat dilaporkan hilang di wilayah berkenaan.

Begitupun, pada 1980-an, Segitiga Bermuda mula hilang rekod misterinya kerana tidak lagi ‘melahap’ apapun yang melintas di atasnya.

Namun demikian, sejumlah teori hadir mengungkap misteri kawasan itu dari segi pseudosains, paranormal hinggalah kepada penemuan UFO.

Bagaimanapun, tidak ada satu pun teori yang menjelaskan, mengapa Segitiga Bermuda berhenti melahap kapal dan pesawat.

2. Laut Sargasso
Ramai yang menyamakan Laut Sargasso dengan Segitiga Bermuda.

Padahal perairan ini terletak di tenggara Segitiga Bermuda iaitu di Samudera Atlantik.

Ada beberapa keunikan di wilayah ini termasuk samudera bergerak mengikut arah jarum jam dan banyak rumpai laut Sargassum di dalamnya.

Selain itu, laut ini turut memiliki pusaran raksasa dengan aturannya sendiri. Suhu di dalam pusaran jauh lebih tinggi daripada bahagian luarnya.

Richard Sylvester dari University of Western Australia berpendapat, pusaran raksasa Sargasso bersifat emparan yang kemudiannya menciptakan pusaran kecil.

Pusaran kecil ini menimbulkan siklon mini di udara yang cukup kuat untuk mencelakakan sebuah pesawat kecil.

3. Laut Syaitan (Devil’s Sea)
Ini adalah wilayah di pasifik, sekitar Pulau Miyake iaitu kira-kira 100 kilometer dari selatan Tokyo.

Mendapat jolokan The Dragon’s Triangle, ‘saudara’ kepada Segitiga Bermuda ini tidak boleh ditemui di peta mana pun, namun pelaut memilih untuk menghindarinya.

Badai di kawasan itu dikatakan boleh muncul secara tiba-tiba dan menghilang sekelip mata.

Ikan paus, lumba-lumba, bahkan burung tidak hidup di wilayah terbabit.

Sembilan kapal hilang dalam tempoh lima tahun iaitu sekitar 1950-an. Antara yang menjadi buah mulut adalah kehilangan kapal penyelidikan Jepun, Kaiyo Maru No 5.

Laut Syaitan berada di kawasan seismik yang sangat aktif. Lantai laut bergerak secara malar dan berterusan manakala pulau volkanik muncul dan menghilang secara biasa.

Wilayah ini juga diketahui aktif dengan aktiviti siklonnya.

4. Tanjung Harapan
Dikenali juga sebagai Tanjung Badai, kawasan ini mempunyai sejarah menenggelamkan kapal besar dalam kurun waktu ratusan tahun.

Sebahagian besar kapal hancur kerana cuaca buruk dan dipukul ombak bergulung.

Golongan ilmuwan menyebutnya sebagai gelombang soliter yang tingginya boleh mencapai sehingga 30 meter.

Gelombang raksasa itu turut menghasilkan rongga besar yang boleh menelan apa saja objek di atasnya.


Bahagian Timur Samudera Hindia dan Teluk Persia
Daerah ini dikenali dengan fenomena yang sangat mengagumkan dan misteri berikutan wujud lingkaran cahaya raksasa yang berputar-putar di permukaan air.

Anggota laut Jerman, Kurt Kahle percaya, fenomena itu adalah akibat daripada gempa bawah laut yang menimbulkan pendaran plankton, sekali gus mewujudkan gerakan seperti putaran roda.

Bagaimanapun, hipotesis itu menerima banyak kritikan kerana gagal menjelaskan transformasi lingkaran cahaya secara logik.

Tambahan pula, sains moden tidak mampu menjelaskan bentuk lingkaran sempurna objek berkenaan.

5. Pusaran air (maelstrom)
Meskipun tidak sehebat pusaran air di Laut Sargasso, namun pelaut sedar kehadiran fenomena menakjubkan itu.

Pusaran air terbabit terjadi dua kali sehari di bahagian barat laut Laut Norwegia dan perkataan ‘maelstrom’ itu sendiri dipopularkan oleh Edgar Alan Poe.

Maelstrom adalah air yang berputar kuat dan besar. Permukaan air daripada pusaran lebih rendah puluhan meter dari permukaan air laut.

Kekuatannya mencecah puluhan kali ganda berbanding arus biasa. Apa yang anehnya, pusaran ini berubah arah berlawanan setiap tiga hingga empat bulan.

Keadaan ini boleh terjadi di mana pun termasuk Segitiga Bermuda. Diyakini, pusaran berputar berlawanan arah jarum jam di belahan bumi utara dan mengikut jarum jam di bahagian bumi selatan.

6. Dean’s Blue Hole
Lubang laut paling dalam di dunia ini turut dikenali sebagai lubang biru dan berada dekat kota Clarence di Long Island, Bahamas.

Sebahagian besar lubang biru dan lubang tanah mencapai kedalaman maksimum 110 meter, namun Dean’s Blue Hole mencecah lebih dari 200 meter.

Lubang laut ini mempunyai diameter antara 25 hingga 35 meter. Selepas penyelam turun pada kedalaman 20 meter, lubang akan semakin melebar jauh ke dalam gua dengan diameter mencapai 100 meter.

Walaupun kedengaran menakutkan, Dean’s Blue Hole tetap menjadi lokasi popular untuk iklan menyelam dan snorkeling.

Pada 2012, piala dunia selam bebas menjadi milik William Trubridge dari New Zealand. Beliau terjun ke Dean’s Blue Hole dan menyelam hingga kedalaman 121 meter tanpa menggunakan sebarang bantuan oksigen sama sekali.
myMetro

DAP SOKONG PENUH WAN AZIZAH JADI MB SELANGOR


GEORGE TOWN: Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menyuarakan sokongan penuh parti itu terhadap cadangan meletakkan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor akan datang.
Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata parti yang menganggotai Pakatan Rakyat akan bermesyuarat pada 10 Ogos dan antara agenda utamanya ialah membincangkan sama ada wanita boleh menjadi Menteri Besar.
Katanya, menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, cadangan PKR itu ditolak pihak tertentu dengan alasan Dr Wan Azizah adalah wanita.
"Dalam mesyuarat Pakatan itu nanti, kami perlu atasi halangan pertama dengan meminta semua pemimpin daripada PKR, DAP dan PAS menyatakan bahawa mereka tidak membantah wanita menyandang jawatan Menteri Besar.
"Kami perlu buat pendirian itu untuk membuktikan kami bersifat inklusif dan menyokong kepelbagaian," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Lim mempersoalkan sama ada terdapat peruntukan dalam Perlembagaan bahawa wanita tidak boleh menjadi Menteri Besar.
Laporan sebelum ini menyebut pemimpin PKR, PAS dan DAP - parti yang menganggotai Pakatan Rakyat - menyuarakan pelbagai pendapat tentang cadangan PKR menggantikan Menteri Besar Selangor sekarang (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dengan Dr Wan Azizah.
Sambil menafikan PAS sedang dalam proses untuk meninggalkan Pakatan Rakyat akibat perbalahan berkaitan jawatan itu, Lim menggesa semua pemimpin pakatan itu supaya tidak kehilangan arah berikutan cadangan PKR untuk mencalonkan Dr Wan Azizah mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor.
Bulan lepas, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan mengisytiharkan secara terbuka beliau menyokong Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor, walaupun Anwar mengumumkan bahawa Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat bersetuju dengan cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dengan Dr Wan Azizah.

AMAH MAUT DALAM KEJADIAN SAMUN DI KAMPUNG ATTAP


KUALA LUMPUR – Seorang amah wanita warga Filipina ditemui mati di sebuah bilik stor di pangsapuri Jalan Choo Cheng Khay, Kampung Attap di sini, malam tadi.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Rany, 35, dipercayai dibunuh dalam kejadian samun sebelum mayatnya ditemui majikannya setelah pulang daripada makan malam di luar pada kira-kira jam 9 malam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata mayat mangsa yang masih lengkap berpakaian ditemui dengan dua kesan kecederaan di kepala dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul dan keras.

Bagaimanapun, emak kepada tuan rumah yang menghidap strok berusia 75 tahun itu tidak dicederakan oleh suspek, katanya kepada pemberita di sini awal pagi ini.

“Wanita itu hanya boleh mendengar tetapi tidak boleh bercakap serta tidak diapa-apakan oleh suspek ketika menyamun rumah tersebut,” katanya.

Menurut Zainuddin amah berkenaan telah berkhidmat dengan keluarga majikannya selama setahun 10 bulan dan ditugaskan untuk menjaga warga emas itu yang lumpuh itu.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada kira-kira 10.30 malam, apabila pintu dan jeriji rumah tersebut tidak dikunci.

“Polis tidak menemui sebarang senjata yang digunakan oleh suspek untuk memukul mangsa kecuali seterika berhampiran mayat mangsa…siasat masih dijalankan,” katanya.

Menurutnya, motif pembunuhan dipercayai samun dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. – BERNAMA

{UPDATE} FOTO NGERI : 6 LELAKI MELAYU DITETAK DI KLANG SELANGOR !!!

Enam lelaki melayu telah di tetak oleh seorang lelaki yang di percayai berbangsa India dengan kejam nya menyebabkan kecederaan parah.

Kejadian dipercayai berlaku di Pandamaran Klang, mangsa di tetak bertubi-tubi yang menyebabkan ada di antara mereka putus pergelangan tangan dan luka yang parah di badan dan tangan.

Punca sebenar kejadian masih di siasat oleh pihak berwajib kesemua mereka yang cedera parah di hantar ke Hospital untuk menerima rawatan.
Credit : AAKJ - LIHAT GAMBAR

{UPDATE}
PETALING JAYA: Enam pelanggan sebuah siber kafe cedera parah selepas ditetak sekumpulan 10 lelaki di Taman Bayu Perdana Klang dekat sini awal pagi Khamis.

Dalam kejadian pada pukul 4.50 pagi itu, seramai 10 pelanggan terdiri daripada lelaki warga tempatan dan seorang pekerja premis berada di dalam siber kafe berkenaan sebelum diserang.

Sumber polis memberitahu, seramai 10 suspek memasuki premis berkenaan dalam keadaan menutup muka menggunakan kain dan bersenjatakan parang panjang serta kayu.

Menurutnya, suspek telah menyerang enam daripada pelanggan sehingga mengalami kecederaan serius pada anggota badan.

“Terdapat mangsa hampir putus tangan akibat ditetak. Selebihnya mengalami kecederaan serius akibat ditetak lebih daripada sekali oleh kumpulan suspek.

“Suspek yang melarikan diri dengan dua buah kenderaan bagaimanapun tidak merampas barangan berharga dari premis dan mangsa,” katanya.

Tambahnya, siasatan awal mendapati, suspek yang merupakan warga tempatan berusia lingkungan 27 tahun.

Kesemua mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk mendapat rawatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ Abdul Rahim b. Jaafar dalam sidang media pagi tadi menafikan sekeras-kerasnya penyebaran maklumat tersebut dan ia dilihat cuba menimbulkan kegusaran dikalangan masyarakat.

Walau bagaimanapun satu laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap penyebaran maklumat tersebut.


Polis cari dalang sebar berita palsu tujuh kanak-kanak ditetak

SHAH ALAM: Polis Selangor sedang mencari dalang yang menyebar berita di media sosial bahawa tujuh kanak-kanak cedera akibat ditetak sekumpulan lelaki di Pandamaran, Klang. 

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata berita itu adalah palsu dan pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu kerana menganggap ia boleh menjejaskan keharmonian awam. 

"Pihak polis telah meneliti maklumat ini dan kes tersebut didapati tidak berlaku malah ia adalah palsu. Tindakan menyebar maklumat palsu boleh dianggap usaha jahat pihak tertentu kerana ia mampu menimbulkan kesusahan kepada orang lain. 

"Kita akan cari dalang yang sebarkan info sebegini untuk dikenakan tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Pengguna media sosial hari ini digemparkan dengan penyebaran beberapa keping gambar kanak-kanak yang didakwa cedera parah akibat ditetak sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kafe siber. 

Dalam kes lain, Abdul Rahim berkata pihak polis menemui semula 12 gelung tembaga bernilai RM1.7 juta milik sebuah syarikat yang dilaporkan hilang pagi tadi. 

Beliau berkata tembaga itu ditemui dalam sebuah lori di kawasan Sunway Kayangan di sini. 

"Siasatan mendapati dua lori dilarikan suspek namun sebuah ditinggalkan berikutan keadaan lori yang mungkin bermasalah. 

"Pemeriksaan lanjut mendapati pengawal keselamatan di kawasan itu telah diikat sebelum suspek melarikan diri," katanya. Beliau berkata lima suspek disyaki melakukan kes berkenaan. - BERNAMA 












GAZA : GENCATAN SENJATA 3 HARI BERMULA PAGI INI



GAZA: Israel dan pejuang Islam Palestin di Semenanjung Gaza bersetuju terhadap gencatan senjata kemanusiaan tiga hari bermula pagi Jumaat dan perunding dari kedua-dua pihak akan berlepas ke Kaherah untuk membincangkan penyelesaian jangka panjang. 

Kenyataan bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon berkata, gencatan senjata selama 72 jam itu yang dicapai selepas lebih tiga minggu pertempuran ditetapkan bermula pada jam 8 pagi (0500 GMT). 

Pegawai dari Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pihaknya menerima cadangan AS/PBB. 

Jurucakap Hamas pula berkata, pejuang Islam yang menguasai Gaza memberitahu semua puak Palestin akan mematuhi gencatan berkenaan. 

"Kami gesa semua pihak supaya menghentikan tindakan mereka sehingga gencatan senjata kemanusiaan ini bermula dan patuh kepada janji mereka sepanjang tempoh gencatan itu.

"Gencatan senjata berkenaan akan memberi kelegaan kepada orang awam yang tidak berdosa daripada terbabit dalam keganasan," kata Kerry dan Ban. 

GAMBAR-GAMBAR KAPAL LAUT YANG MENAKJUBKAN MAMPU UNTUK TENGGELAM DAN TIMBUL

Heavy-lift ship adalah sebuah kapal yang direka untuk menggerakkan beban yang sangat besar yang tidak boleh dikendalikan oleh kapal-kapal biasa. 

Kapal sepatutnya terapung di atas air. Betul? Tidak bagi yang satu ini. Ia menghabiskan semua masa di bawah air dengan sengaja. Melakukan kerja yang kita tidak dapat dijangkakan. Menakjubkan. 

Ini adalah Blue Marlin, Sebuah kapal separuh submerging mampu mengangkat kapal lain keluar dari air dan mengangkut ia. 











KERANA SEEKOR LALAT !!!

lalat

Dari Tariq ibn Shihab:
“Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: “Seorang lelaki telah masuk syurga kerana seekor lalat dan seorang lelaki lain masuk neraka kerana seekor lalat”..Sahabat bertanya “ Bagaimana boleh berlaku ya Rasulallah : Baginda saw bersabda : Dua orang lelaki telah melalui perkampungan satu kaum yg memiliki berhala.
Setiap orang yang melalui berhala tidak akan dibenarkan lalu kecuali jika melakukan korban untuk berhala berkenaan..Dua orang tadi ditahan lalu dikatakan kepada mereka berkorbanlah…
Berkata seorang dari mereka kami tidak memiliki sesuatu untuk dikorbankan.Lalu berkata penjaga berhala “berkorbanlah walaupun seekor lalat”..Lalu lelaki ini mengorbankan seekor lalat dan dia pun dibenarkan lalu…Lelaki yang seorang lagi berkata “aku tidak akan mengorbankan sesuatu selain kepada Allah..lalu mereka memancung kepalanya maka masuklah dia ke dalam syurga.”
(HR Imam Ahmad)