ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Thursday, 3 July 2014

9 GAMBAR KERETA PERISAI ATM TERBALIK, DUA ANGGOTA TENTERA MAUT


IPOH: Dua anggota tentera terbunuh dan dua lagi cedera parah selepas kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM ) yang dinaiki mereka terbalik di KM232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dekat Kuala Kangsar, kira-kira 40km dari sini.

Jurucakap polis berkata pemandu itu dipercayai hilang kawalan terhadap kereta tersebut yang melanggar pembahagi jalan dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang Khamis.

Kereta perisai itu terbalik dan menyebabkan empat anggota tentera di dalamnya terperangkap.

Ketua Balai Bomba Kuala Kangsar Ismail Darus berkata, mereka berjaya menyelamatkan pemandunya, Leftenan Korporal Freaddy Barbalas, dan Koperal Sharifuddin Abdullah.

"Kedua-duanya telah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan," katanya.

Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Sarjan Bayong, yang meninggal dunia di tempat kejadian, dan Korperal Che Mohd Patanah Che Ismail, yang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
MStar
AL FATIHAH UNTUK ANGGOTA TENTERA YANG MENINGGAL DUNIA. 
SEMOGA ALLAH TEMPATKAN ROH MEREKA BERSAMA GOLONGAN YANG BERIMAN.











KAEDAH SOLAT TERAWIH BERSENDIRIAN


Soalan; saya ada dua soalan;1) Bagaimana nak buat solat terawihh bersendirian?
2) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat terawih itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan;
1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam.

Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa.

Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain.

Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya.

Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus.

Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.
Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

MENAKJUBKAN : GADIS 17 TAHUN TERSELAMAT WALAUPUN TERJATUH DARI BANGUNAN DAN CERUCUK BESI MENEMBUSI BADAN


Patna (India) – Seorang gadis berusia 17 tahun terselamat dari maut meskipun anggota tubuhnya telah tertusuk oleh besi cerucuk pembinaan setelah dia terjatuh dari atas bumbung bangunan yang masih dalam pembinaan.

Sebanyak 3 batang besi telah menembusi badannya dan akibatnya mangsa cedera teruk. Namun begitu mangsa tidak berasa cemas kerana terselamat walaupun terpaksa menahan sakit selama hampir 12 jam kerana cerucuk besi itu menembusi perut dan pahanya.

Kemalangan itu berlaku selepas mangsa jatuh pada tiang simen ketika hendak tidur.  Mangsa dikenali sebagai Lovely, seorang gadis berasal dari kampung Basantpur di daerah Saran.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku ketika ramai tetamu datang ke rumahnya kerana menghadiri satu majlis perkahwinan. Anggota keluarganya memotong batang besi berkenaan dan membawa mangsa ke Hospital Ruban di Patna.

Besi tersebut berjaya dikeluarkan dari badan mangsa setelah pembedahan selama lima jam dilakukan oleh Pakar bedah. Lovey kini dilapor stabil keadaannya.

Mengulas mengenai hal tersebut, Dr KN Sinsha berkata “Kami berjaya menyelamatkannya kerana dia menunjukkan keberaniannya dan tidak sedikitpun cemas. Ia sangat menakjubkan,”.

Menurut doktor berkenaan, sebelum diselamatkan, mangsa dalam keadaan serius. “Dia selamat kerana keberaniannya. Ramai pesakit lain akan panik,” tambahnya.
-Agensi

ANAK PENIAGA SEDIH GAMBAR IBU DIFITNAH JUAL KUIH 'MENCARUT' TERSEBAR

Kami pasti, ada antara anda telah menerima Whatsapp gambar di atas.
Atas niat untuk bergurau agaknya kuih pukis yang dijual makcik ini di sebuah bazar Ramadan di Muar telah dibuang huruf S sekaligus menjadikan nama kuih ini satu carutan.
Apabila dah tersebar di merata tempat terutama menerusi aplikasi mesej Whatsapp, anak makcik ini berasa kurang senang lalu bertindak mewakili keluarganya membuat pembetulan nama sebenar kuih yang telah diserongkan.
kuihpukis
Dia juga menyatakan perasaan terkilannya dengan tindakan ini apatah lagi gambar yang disebar turut memaparkan wajah ibunya.
PhotoGrid_1404303160826
Betul juga kata dia, kalau hal ini berlaku pada ibu bapa kita bagaimana perasaannya?
Jadi selepas ini diharap hentikanlah tindakan menyebarkan gambar di atas sekalipun atas niat mahu bergurau.
Kepada sesiapa yang dah terlanjur berbuat demikian, anda bolehlah meminta maaf kepada makcik ini di Bazar Ramadan Sg Abong, Muar kalau mahu.
1380721_736970686318407_336985948_n
Sambil tu bolehlah juga rasai sendiri keenakan kuih pukis ini.. 
#mynewshub

LELAKI CEKIK MATI SUAMI KEKASIH SELEPAS HUBUNGANNYA DENGAN ISTERI MANGSA TERBONGKAR !!!


Sabak Bernam – Seorang lelaki sanggup membunuh suami kenalan wanitanya semata-mata selepas hubungannya dengan isteri mangsa terbongkar.
Malah, mayat mangsa yang dibunuh dengan cara dicekik itu dibuang ke dalam parit cetek di Jalan Haji Omar, Kampung Banting, di sini 23 Jun lalu.
Mayat mangsa ditemui anaknya sendiri yang kebetulan melalui jalan berkenaan untuk ke kedai, jam 8.30 pagi keesokan harinya.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 44 tahun keluar dari rumahnya kira-kira jam 9 malam dipercayai untuk berjumpa suspek yang menjalin hubungan sulit dengan isterinya.
Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai juruelektrik menaiki kereta suspek yang berusia 41 tahun dan dipandu seorang lelaki lain ke satu lokasi yang tidak diketahui. 
myMetro Online

PASARAYA TERBIAR JADI KOLAM TERNAK IKAN

PASARAYA ini punyai dahulunya berketinggian 11 tingkat tetapi pada tahun 1997, tujuh tingkat atas bangunan ini terpaksa dirobohkan atas sebab undang-undang.
Pada tahun 1999 pula, berlaku kebakaran yang mengakibatkan kematian. Sejak dari itu, bangunan itu dibiarkan begitu sahaja tanpa bumbung.
Hujan yang turun menyebabkan air bertakung lalu tingkat bawah menjadi kolam mengakibatkan banyak nyamuk membiak di kawasan itu dan menyebabkan ketidakselesaan pada penduduk sekitar.
Bagi mengatasi masalah berkenaan, penduduk sekitar meletak beberapa ekor ikan dalam kolam itu untuk mengawal pembiakan nyamuk. Hasilnya? Berkesan!
kolam1
kolam2
kolam3

kolam5
kolam4
Sejak dari itu, ikan-ikan mula membiak. Namun kisah kolam ini hanya diketahui oleh penduduk kawasan itu sahaja. Entah bagaimana ia boleh tersebar di Facebook.
Semenjak perkhabaran mengenai kolam itu tersebar di laman sosial, ramai orang luar datang dan hal ini sampai ke pengetahuan pihak berkuasa tempatan.
Pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup kawasan terbabit atas faktor keselamatan.
http://wowberita.org

POLIS NAFI SINDIKET ROMPAK, BUNUH WANITA DI KL

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan khabar angin kononnya terdapat sindiket yang merompak dan membunuh beberapa wanita di sekitar ibu kota.
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Datin Asmawati Ahmad berkata khabar-khabar angin yang tersebar melalui media sosial seperti WhatsApp dan Facebook itu adalah tidak benar.
“Hebahan mengenai insiden yang melibatkan beberapa wanita dirompak dan ditikam sehingga mendatangkan kematian di Puduraya, Bukit Bintang dan KLCC oleh satu sindiket adalah tidak benar.
Maklumat palsu ini pernah disebarkan pada Julai 2012 dan kini ia kembali dihebahkan bertujuan untuk menimbulkan ketakutan dikalangan orang ramai. Hasil siasatan mendapati, polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan insiden itu di sekitar ibu kota,” tegasnya.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai khabar angin yang disebarkan melalui sumber yang tidak sahih.
- Bernama

JANGAN BELI MAKANAN DI BAZAR RAMADHAN KOTOR


KUALA LUMPUR, – Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli makanan di bazar Ramadan yang didapati tidak bersih.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai juga diisaran supaya tidak membeli makanan di bazar Ramadan yang kualitinya diragui.

“Orang ramai dinasihatkan agar menggunakan kuasa pembeli yang ada pada mereka dengan membeli makanan di premis yang bersih.

“Sekiranya pengguna ragu-ragu dengan status keselamatan sesuatu makanan yang dijual di bazar Ramadan, pengguna boleh memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham berkata, aduan mengenai perkara itu boleh juga dibuat amelalui laman web http://fsq.moh.gov.my/v3 atau laman Facebook rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di alamat www.facebook.com/bkkmhq.

Justeru, beliau memberi peringatan kepada peniaga bazar Ramadan supaya memastikan premis dan makanan yang dijual mereka sentiasa bersih dan selamat.

Tegasnya, peniaga yang tidak mematuhi keperluan Akta Makanan 1983 akan dikenakan tindakan perundangan termasuk penutupan premis dan kompaun.

Beliau bagaimanapun memaklumkan, Kementerian Kesihatan telah menjalankan aktiviti pemantauan ke atas sumber bahan mentah yang diigunakan peniaga bazar Ramadan dan tempat penyediaan makanan mereka.

Katanya, Kementerian Kesihatan terus menjalankan aktiviti pemantauan di bazar Ramadan yang beroperasi di seluruh negara untuk memastikan peniaga terlibat mematuhi peraturan ditetapkan.

“Antara aspek keselamatan makanan yang ditekankan semasa pemeriksaan adalah memastikan semua pengendali makanan telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan latihan pengendali makanan serta mendapat suntikan pelalian anti tifoid; kebersihan pengendali makanan; amalan pengendalian makanan dan aspek kebersihan gerai.

“Kementerian Kesihatan juga giat menjalankan beberapa aktiviti promosi berkenaan keselamatan dan kebersihan makanan bag mendidik pengguna untuk sentiasa peka mengenai aspek kebersihan dan keselamatan makanan semasa membeli dan memilih makanan di bazar Ramadan untuk mengelakkan keracunan makanan,” katanya.

Wednesday, 2 July 2014

PENSYARAH DIKEHENDAKI POLIS 'HILANG' EMPAT MINGGU - UM


KUALA LUMPUR: Pensyarah yang menjadi buruan polis kerana didakwa terlibat dengan aktiviti militan telah ponteng kerja dan tidak dapat dihubungi selama empat minggu.
Universiti Malaya dalam satu kenyataan berkata, pensyarah, Dr Mahmud Ahmad, 36, tidak hadir dan tidak dapat dihubungi selama empat minggu, serta telah berjanji untuk memberi 'kerjasama' kepada pihak polis.

Polis Malaysia pada Rabu berkata mereka sedang mencari seorang pensyarah universiti dan empat yang lain yang didakwa terbabit dalam aktiviti keganasan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Militan Negara Iraq dan Jajahannya (Isil) dan Abu Sayyaf.

Polis berkata lima lelaki yang dikehendaki itu dipercayai berada di selatan Filipina, termasuk seorang pensyarah pengajian Islam dan seorang pemilik kedai alat tulis di Universiti Malaya.

Tiga daripada lelaki itu disyaki terlibat dalam merekrut dan menghantar militan untuk kumpulan Isil, yang telah merampas bahagian-bahagian di Iraq dan Syria, kata polis dalam satu kenyataan.

Dua lagi dipercayai telah menjadi sebahagian daripada sebuah kumpulan pelampau di timur Malaysia dan kini telah menyertai kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina, kata polis.

Polis Malaysia telah menahan lebih daripada 10 orang dalam beberapa bulan kebelakangan ini yang disyaki terbabit dalam kegiatan militan Islam dan bercadang untuk menghantar pejuang untuk berperang Syria.

Sekurang-kurangnya salah seorang daripada mereka disyaki telah menerima latihan ketenteraan di sebuah kem yang dikendalikan oleh kumpulan yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda di Filipina tetapi berjaya menyelinap kembali ke Malaysia.
MStar

NASIHAT BUAT MEREKA YANG BERGELAR ISTERI


1. Jangan membiarkan suami anda memandang dalam keadaan anda tidak menggembirakannya. Wanita yang paling baik adalah wanita yang selalu membuat suaminya bahagia.

2. Hendaklah senyum itu senantiasa menghiasi bibirmu setiap anda dipandang oleh sang suami.

3. Perbanyaklah mencari keredhaan suami dengan mentaatinya, sejauh mana ketaatan anda kepada suami, sejauh itu pulalah dia merasakan cintamu kepadanya dan dia akan segera menuju keredhaanmu.

4. Pilihlah waktu ynag tepat untuk meluruskan kesalahan suami.

5. Jadilah anda orang yang lapang dada, janganlah sekali-kali menyebut-nyebut kekurangan suami anda kepada orang lain.

6. Perbaikilah kesalahan suami dengan segala kemampuan dan kecintaan yang anda miliki, janganlah berusaha melukai perasaannya.

7. Janganlah memuji-muji laki-laki lain dihadapan suami kecuali sifat diniyah yang ada pada laki-laki tersebut.

8. Jangan engkau benarkan ucapan negatif dari orang lain tentang suamimu.

9. Upayakan untuk tampil di depan suamimu dengan perbuatan yang disenanginya dan ucapan yang disenanginya pula.

10. Berilah pengertian kepada suami anda agar dia menghormatimu dan saling menghormati dalam semua urusan.

11. Anda harus selalu merasa senang berkunjung kepada kedua orang tuanya.

12. Janganlah anda menampakkan kejemuan padanya, jika terjadi kekurangan materi Ingatlah bahwa apa yang ia berikan kepadamu sudah lebih dari cukup.

13. Biasakanlah anda tertawa bila ia tertawa, menangis dan bersedih jika ia bersedih. Karena bersatunya perasaan akan melahirkan perasaan cinta kasih.

14. Diam dan perhatikanlah jika ia berbicara.

15. Janganlah banyak mengingatkan bahwa anda pernah meminta sesuatu kepadanya. Bahkan jangan diingatkan kecuali jika anda tahu bahwa ia mudah untuk diingatkan.

16. Janganlah anda mengulangi kesalahan yang tidak disenangi oleh suami anda dan ia tidak suka melihatnya.

17. Jangan lupa bila anda melihat suami anda shalat sunnah di rumah, hendaknya anda berdiri dan ikut shalat dibelakangnya. Jika ia membaca, hendaknya anda duduk mendengarkannya.

18. Jangan berlebih-lebihan berbicara tentang angan-angan pribadi di depan suami, tetapi mintalah selalu agar ia menyebutkan keinginan pribadinya di depanmu.

19. Janganlah mendahulukan pendapatmu dari pendapatnya pada setiap masalah, baik yang kecil maupun yang besar. Hendaklah cintamu kepadanya mendorong anda mendahulukan pendapatnya.

20. Janganlah anda mengerjakan shaum sunnah kecuali dengan izinnya, dan jangan keluar rumah kecuali dengan sepengetahuannya.

21. Jagalah rahasia yang disampaikan kepadamu dan janganlah menyebarkannya sekalipun kepada kedua orang tuanya.

22. Hati-hati jangan sampai menyebut-nyebut bahwa anda lebih tinggi derajatnya dari derajat suami. Hal itu akan mengundang kebencian kepadamu.

23. Jika salah satu dari orang tuanya sakit atau kerabatnya, maka anda punya kewajiban untuk menjenguk bersamanya.

24. Sesuaikanlah peralatan rumah tangga anda dengan barang-barang yang disenangi suami anda.

25. Jangan sampai anda meninggalkan rumah meskipun sedang bertengkar dengannya.

26. Katakanlah kejemuan dan kebosananmu ketika ia sudah meninggalkan rumah.

27. Terimalah udzurnya ketika ia membatalkan janjinya untuk keluar bersamamu, karena mungkin ia terpaksa memenuhi panggilan orang yang datang kepadanya.

28. Hindari sifat cemburu, sesungguhnya cemburu adalah senjata penghancur.

29. Janganlah mengabaikan pemimpinmu (suami) dengan alasan bahwa ia telah menjadi suamimu.

30. Janganlah anda berbicara dengan sang suami, seakan-akan anda suci dan dia berdosa.

31. Jagalah perasaannya, jangan gembira ketika dia sedang sedih dan jangan menangis ketika dia gembira.

32. Perbanyaklah menyebut-nyebut keutamaan suami di hadapannya.

33. Perlihatkan kepada suamimu bahwa anda turut merasakan apa yng dirasakan sang suami tatkala ia tidak berhasil mencapai maksud dan tujuannya.

34. Perbaharuilah (tekad suami) ketika terjadi kegagalan.

35. Jauhilah sifat dusta karena hal itu akan menyakitkannya.

36. Ingatkanlah selalu pada suamimu bahwa anda tidak tahu (bagaimana nasib anda) seandainya anda tidak dipersunting olehnya.

37. Ucapkanlah rasa syukur dan terima kasih pada waktu ia memberikan sesuatu kepadamu.