ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Friday, 2 May 2014

JANGAN BELI PRODUK KESIHATAN DALAM TALIAN - KEMENTERIAN KESIHATAN

kkm


KUALA LUMPUR – Jangan mudah terpedaya membeli ubat atau produk kecantikan melalui Internet, tanpa pengesahan pendaftarannya, kerana ia mungkin produk yang memudaratkan kesihatan.

Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail berkata walaupun penjualan ubat melalui Internet kini semakin popular, namun pengguna perlu sedar kementerian tidak pernah mengesahkan sesuatu produk yang diiklankan atau dijual melalui Internet itu selamat untuk digunakan.

Jangan terlalu cepat percaya dengan testimoni keterlaluan tanpa mengenal pasti produk terlebih dahulu yang menyebabkan pengguna tertipu atau lebih malang menjadi mangsa produk yang tidak mendapat kelulusan, katanya.

meditag

“Pastikan produk-produk ini berdaftar dengan KKM iatu mempunyai nombor pendaftaran dan label keselamatan hologram Meditag.

“Bagi produk makanan atau minuman tambahan, periksa label kandungannya terlebih dahulu, sebelum membeli manakala bagi produk kosmetik, semak status notifikasi sebelum membuat pembelian,” katanya kepada Bernama di sini.

Mazlan berkata produk berdaftar akan diberi satu nombor pendaftaran khusus seperti MAL20001564T, yang perlu dilekatkan bersama label keselamatan hologram Meditag, pada bungkusannya.

Bagi produk kosmetik pula, perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) KKM sebelum dipasarkan dan contoh nombor notifikasi ialah NOT120602463K.

“Oleh yang demikian jika membeli secara ‘online’ sukar untuk memastikan status pendaftaran ini, sebaiknya (elok) beli di luar dengan mendapatkan maklumat yang tepat mengenainya daripada ahli farmasi atau daripada pegawai perubatan klinik atau premis farmasi,” katanya.

Sementara itu, Mazlan berkata sepanjang tahun lalu sebanyak 33,704 produk tidak berdaftar dengan KKM dirampas, dengan nilai rampasan sebanyak RM43,220,070.

Katanya produk-produk ini dirampas melalui aktiviti penguatkuasaan seperti serbuan dan pemeriksaan ke atas premis dan saringan di pintu masuk negara.

Hologram-Meditag-versi-ketiga

“Sepanjang tahun yang sama juga sejumlah 1,061 ubat dan suplemen kesihatan telah didaftarkan manakala sejumlah 69,925 notifikasi diluluskan ke atas produk komestik,” kata Mazlan.

Bagi menjamin keselamatan pengguna, KKM menjalankan prosedur yang ketat sebelum mendaftarkan sesuatu produk.

Katanya semua produk farmaseutikal perlu berdaftar dengan PBKD bagi menjamin kualiti, keselamatan dan keberkesannya.

“Kami akan membuat pemeriksaan ke atas premis dan proses pengilangannya untuk memastikan mereka mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP), selepas itu penilaian data akan dilakukan oleh PBKD untuk meluluskan permohonan tersebut atau tidak,”

“Selepas itu satu nombor pendaftaran akan dilekatkan bersama label keselamatan hologram Meditag pada bungkusannya, manakala bagi kosmetik akan diberikan notifikasi sebelum dipasarkan,” kata Mazlan.

Dalam usaha memberi kesedaran kepada pengguna pula, beliau berkata pihaknya mengadakan dialog bersama para peniaga secara berkala termasuk kempen-kempen di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara.

“Ini sebagai langkah proaktif bagi memberi pendidikan dan maklumat kepada orang awam dalam memilih produk berdaftar dan bernotifikasi daripada KKM serta membantu mereka mengelak terbeli produk palsu atau yang tidak mendapat kelulusan,” katanya. 
Bernama

KLIA2 BEROPERASI SECARA RASMI





SEPANG: Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) memulakan operasinya secara rasmi dengan pendaratan pertama pesawat Malindo Air OD1027 dari Kota Kinabalu kira-kira pukul 12.10 tengah malam Khamis.

Sementara itu penerbangan Cebu Pacific 5J502 ke Manila, Filipina menjadi pesawat pertama yang dijadual berlepas dari KLIA2 pada pukul 3.15 pagi Jumaat.

Seramai 147 penumpang akan berlepas dengan penerbangan Cebu Pacific Airways.

Peristiwa bersejarah pembukaan mercu tanda baru negara itu turut disaksikan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi; Pengerusi Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB), Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; Pengarah Urusan MAHB, Tan Sri Bashir Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.


Pesawat Malindo Air OD1027 dari Kota Kinabalu disembur dengan air sebagai simbolik ketibaan di KLIA2.
Ab Aziz berkata pendaratan pertama pesawat Malindo Air itu membuktikan keselamatan KLIA2 berada pada tahap yang terbaik.

"Kita telah buktikan bahawa lapangan terbang ini selamat untuk mendarat," katanya di sini.

Terdahulu ketika pesawat Malindo dari Kota Kinabalu yang membawa 110 penumpang itu disembur dengan air sebagai simbolik ketibaannya.

Bermula 2 Mei, selain Malindo Air tiga lagi syarikat penerbangan yang memulakan operasi masing-masing di KLIA2 ialah Cebu Pacific Airways, Lion Air dan Tiger Air.

Selain itu syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dijadual beroperasi di KLIA2 bermula 9 Mei ini.

Terminal KLIA2, yang mempunyai kapasiti mengendalikan 45 juta penumpang setahun, akan menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Sementara itu MAHB dalam kenyataan berkata, pada peringkat permulaan operasi, sejumlah 7,000 penumpang akan menggunakan KLIA2 setiap hari dan jumlah itu akan mencecah sehingga 50,000 penumpang selepas 9 Mei ini.
MStar

6 WANITA YANG TIDAK BOLEH DIJADIKAN ISTERI !!!


ADA begitu banyak wanita di dunia ini. Rasululullah SAW sudah memberikan arahan kepada kita bagaimana harus memilih wanita yang boleh didekati dan dijadikan pendamping.

Namun, selain itu, ternyata ada juga wanita dengan kriteria yang tak boleh didekati dan bahkan dijadikan isteri. Siapa saja mereka?

Berikut ini adalah kriteria wanita yang harus dijauhi oleh pria, dan jangan jadikan sebagai istrinya:

1. Wanita “Ananah” : wanita yang banyak mengeluh. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak suka dan tidak berpuas hati.

2. Wanita “Mannanah” : wanita yang suka meniadakan usaha dan jasa suami, akan tetapi sebaliknya menepuk dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita “Hannanah” : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain (bekas suaminya dahulu)yang dikawininya sebelum sekarang, atau kepada anak dari suaminya yang lain, dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita “Haddaqah” : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya, selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita seperti ini membuat pusing kepala lelaki. Dia ingin apa saja dia mau. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk.

5. Wanita “Barraqah” : ada 2 makna:
a. Pertama : wanita seperti ini suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditujukkan kepada dunia. Suka melawan. Uangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita seperti ini juga sangat suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengungguli dirinya.

b. Kedua: dia marah ketika makan, dan tidak mau makan kecuali dipisah dengan yang lain dan disendirikan bagiannya.

6. Wanita “Syaddaqah” : Wanita yang banyak bicara tentang perkara yang sia-sia dan lagi membisingkan sekitarnya.
[Sumber dari Ihya Ulumuddin – Imam Al Ghazali]



Thursday, 1 May 2014

(AUDIO): KENYATAAN DS HISHAMMUDDIN DAN RAKAMAN PERCAKAPAN JURUTERBANG !!!


Berikut kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tentang kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di sini hari ini.

1. Pengeluaran maklumat berkaitan MH370

“Minggu lepas, Perdana Menteri telah melantik satu pasukan dalaman terdiri daripada pakar untuk meneliti semua maklumat yang diperolehi Kerajaan Malaysia berkaitan MH370, bertujuan untuk mengeluarkan sebanyak maklumat yang mungkin kepada orang awam.

Perdana Menteri telah menetapkan, sebagai prinsip garis panduan, peraturannya bahawa selagi pengeluaran sebarang maklumat tertentu tidak menjejaskan penyiasatan atau operasi pencarian, demi kepentingan keterbukaan dan ketelusan, maklumat patut diumumkan.

Pasukan dalaman telah merumuskan penelitiannya. Hasilnya, berikut dikeluarkan maklumat berkaitan MH370:

a. Rakaman audio perbualan antara kokpit MH370 dengan kawalan trafik udara Kuala Lumpur

b. Laporan awal berkaitan MH370, bertarikh 9 April.

c. Dokumen tambahan, yang memberikan maklumat lanjut berhubung tindakan-tindakan yang telah diambil antara jam 01:38 dan 06:14 pada Sabtu 8 Mac.

d. Peta menunjukkan laluan penerbangan MH370.

e. Senarai kargo MH370.

f. Pelan tempat duduk MH370.

2. Pengesanan pihak tentera berkaitan MH370

Seperti dinyatakan sebelum ini, radar tentera Malaysia ada mengesan sebuah pesawat yang berpatah balik, dari arah barat, merentasi Semenanjung Malaysia pada pagi 8 Mac.

Pesawat itu dikategorikan sebagai tidak membahayakan oleh operator radar dan dengan itu tiada tindakan diambil pada ketika itu.

Rakaman data radar itu disemak semula pada kira-kira jam 08:30 8 Mac. Maklumat itu telah dihantar ke bilik operasi Tentera Udara pada kira-kira jam 09:00.

Susulan perbincangan lanjut setelah dirujuk kepada pegawai tertinggi, pihak tentera memaklumkannya kepada Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada kira-kira jam 10:30 tentang kemungkinan pesawat itu berpatah balik.

Menteri kemudian memaklumkannya kepada Perdana Menteri, yang segera mengarahkan supaya operasi mencari dan menyelamat dijalankan di Selat Melaka, berserta operasi di Laut China Selatan yang bermula lebih awal pada hari sama.

Pada masa sama, KD Mahameru, kapal pemusnah periuk api dan KD Laksamana Muhamad Amin, Kapal Corvette Tentera Laut Diraja Malaysia sudahpun berada di Selat Melaka bagi menjalankan tugas rondaan.

Kedua-dua kapal segera ditugaskan untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat. Sebuah pesawat tentera kemudian dihantar untuk menyertai kedua-dua kapal di Selat Melaka pada jam 10:54 untuk mencari MH370.
– BERNAMA

ANTI GST: VIDEO UNIT AMAL PAS DAN SAMM BERGADUH DI DATARAN MERDEKA !!!

SAMM-Himpunan-Bantah-GST
KUALA LUMPUR – Satu pergaduhan telah tercetus di antara Unit Amal dan penyokong SAMM & ANARKI di kawasan Dataran Merdeka apabila Unit Amal menghalang kumpulan ini mendekati pentas.
Penyokong Anarki dan SAMM telah merungut apabila ahli politik asyik berucap.
Akibatnya seorang penyokong Anarki telah ditumbuk oleh Unit Amal dibahagian kening dan berdarah.
Ketegangan telah tercetus selama 5 minit dan menyebabkan Pemimpin Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH), Maria Chin Abdullah campurtangan bagi meredakan keadaan.
983658_10152147054469998_738612695371856110_n
Tindakan Unit Amal ini mendapat kritikan sehingga mereka mendakwa ‘belum dapat kuasa dah berlagak’, ‘kalah polis’ dan ‘dataran adalah untuk rakyat’ - rakyatnews.my

MISTERI !!! TANGAN SIAPA YANG PEGANG BAYI TU ???

Cuba perhatikan betul-betul gambar di bawah ni, apa yang peliknya dari gambar lain?
Tangan siapa yang mencelah, mengapit bayi dalam gambar ini?
Takkan tangan mak ayah budak ni pulak kan, sebab warna kulit memang nampak berbeza sungguh.
Tak tahulah kalau ini merupakan hasil editan siapa-siapa yang terlebih rajin.
Tapi kalau gambar ni memang betul-betul ‘real’ mahu meremang bulu roma tengok! 
MYNEWSHUB.MY

ANTI GST: PESERTA PERHIMPUNAN BAWA BAYI & KANAK-KANAK !!!

KUALA LUMPUR – Segelintir peserta perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (CBP) di sini membawa anak ke perhimpunan itu tanpa menghiraukan keselamatan anak mereka atas alasan tiada orang yang menjaga di rumah.
Tindakan itu jelas melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 yang melarang kanak-kanak dibawa menyertai perhimpunan, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh pada Rabu.
Tinjauan Bernama di sekitar Masjid Negara mendapati peserta yang rata-ratanya berpakaian merah, tidak menghiraukan kesihatan anak-anak mereka yang terpaksa berpanas di kawasan lapang berdekatan Masjid Negara.
Seorang peserta perhimpunan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Osman berkata dia terpaksa membawa dua anaknya ke perhimpunan berkenaan.
“Hari ini cuti umum kerana Hari Pekerja, siapa hendak jaga anak saya. Saya kena bawa mereka bersama isteri saya,” katanya ketika ditemui Bernama, di pusat beli-belah di Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini.
Seorang lagi peserta perhimpunan itu yang enggan dikenali berkata dia membawa tiga anak perempuannya untuk turut sama dengannya membantah CBP.
“Selain tiada orang hendak jaga, saya mahu anak-anak saya ikut kerana mereka pun tidak bersekolah hari ini,” katanya.
Sementara itu, di lokasi sama, tinjauan turut mendapati beberapa peniaga menjual senjata tajam, iaitu pisau rambo, dan menggunakan pembesar suara untuk berinteraksi dengan peserta perhimpunan.
Di KLCC, ada pihak yang membawa sistem pembesar suara dengan meletakkannya di atas kenderaan pacuan empat roda sambil melaungkan slogan membantah CBP.
Beberapa pemimpin kanan pembangkang turut hadir bersama kumpulan peserta perhimpunan antaranya Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Zulkifli Mamat.
Setakat 1.30 tengah hari ini, puluhan peserta mula bergerak ke kawasan Dataran Merdeka dari lima lokasi berkumpul di sekitar ibu negara dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan dataran itu. 
BERNAMA

PESERTA HIMPUNAN #TOLAKGST TETAP LANGGAR AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 !!!


KUALA LUMPUR – Peserta perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (CBP) mula berkumpul di lima lokasi di ibu negara dengan segelintir mereka dilihat melanggar syarat dalam Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Sekalipun polis telah berkompromi dengan membenarkan perhimpunan itu diadakan secara aman dan perlu mematuhi APA 2012, tinjauan Bernama mendapati ada segelintir daripada mereka membawa kanak-kanak dan kain rentang dan perbuatan itu jelas melanggar syarat-syarat dalam APA 2012.

Mereka yang terbabit dilihat mula berkumpul sejak 9.30 pagi di sekitar pusat beli belah Sogo, Masjid Negara, KLCC, Kampung Baru dan Dataran Maybank.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh dalam sidang medianya semalam memberi peringatan tegas kepada peserta perhimpunan dan pihak penganjur agar mematuhi syarat APA 2012 demi keselamatan umum setelah mereka dibenarkan untuk berhimpun secara aman Khamis.

“Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan membawa kanak-kanak, pembesar suara, kain rentang dan senjata ketika perhimpunan sedang berlangsung,” katanya.

Antara kain rentang yang dibawa mereka tertera perkataan “GST Cukai yang melampau satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia”, “Tak nak GST” dan “TPPA makes Malaysia colony of USA” (TPPA menjadikan Malaysia tanah jajahan Amerika).

Tinjauan Bernama juga mendapati keadaan lalu lintas di sekitar ibu negara masih terkawal.

Setakat 11 pagi ini, jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur berkata tiada penutupan jalan dilakukan di ibu negara.

Turut kelihatan beberapa anggota polis mengadakan rondaan di kawasan-kawasan strategik di ibu negara dan kawalan ketat oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di lokasi perhimpunan iaitu di Dataran Merdeka. 
BERNAMA

TUAN IBRAHIM TUAN MAN MEMALUKAN PAS DAN UMAT ISLAM !!!

Kuala Lumpur, 30 April. Kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendesak Parti Komponen MCA keluar dari Barisan Nasional dilihat sebagai satu kenyataaan yang amat memalukan PAS. Beliau berkata demikian selepas Umno secara jelas menyatakan persetujuan dan mahu bekerjasama dengan PAS ke arah perlaksanaan hukum Islam itu.

"Kalau MCA tidak bersetuju dengan Umno, mungkin MCA bertindak keluar daripada BN. "Sekarang ini kita tengok macam mana respons dia," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut semalam.

Terbaru, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan satu jawatankuasa teknikal hudud peringkat kebangsaan dibentuk sebelum PAS membentang usul pelaksanaan hukum hudud di Perlimen nanti. Muhyiddin berkata ini penting bagi membolehkan isu berkenaan dibincang terlebih dahulu dengan membabitkan banyak pihak yang pakar mengenainya.

Namun begitu,  tindakkan Tuan Ibrahim yang mahu MCA keluar daripada Barisan Nasional kerana tidak setuju dengan perlaksanaan hukum hudud dijalankan oleh PAS di Kelantan dilihat sebagai satu kenyataan yang memalukan PAS itu sendiri kerana rakan sekutu PAS iaitu DAP menentang perlaksanaan hukum hudud sekeras-kerasnya.

Terdahulu, beberapa pemimpin-pemimpin DAP menentang sekeras-kerasnya perlaksanaan hukum hudud yang di bawa oleh rakan sekutunya sendiri iaitu PAS. DAP sendiri pernah memberi peringatan keras bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pakatan pembangkang. Malah Ketua Publisiti DAP, Tony Pua, secara terang-terangan berkata, DAP selaku parti kedua terbesar dalam pakatan dengan 38 ahli Parlimen tidak akan menyokong rang undang-undang yang mahu dikemukakan Pas.

Oleh yang demikian, Tuan Ibrahim dilihat kurang cerdik serta memalukan umat Islam seluruh negara kerana sengaja mendesak parti komponen MCA keluar daripada Barisan Nasional sedangkan PAS sendiri masih bersekutu dengan parti-parti yang secara terang-terangan menyatakan akan menentang hudud habis-habisan jika PAS mahu melaksanakanya iaitu DAP dan PKR. 
UtaraNews.com

WANITA MATI DITIKAM KENALAN LELAKI, CINTA DITOLAK


PETALING JAYA: Seorang tukang jahit wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian perut dipercayai dibunuh kenalan lelakinya di rumah wanita itu di Sungei Way, di sini Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 1 tengah hari yang menjumpai mangsa, 43, berasal dari Sabah.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa seorang janda anak satu itu dipercayai mati ditikam suspek dengan menggunakan sebilah gunting," katanya.

Susulan kejadian itu, polis yang memburu suspek hasil maklumat daripada temu bual dengan beberapa saksi kejadian dan juga rakan mangsa, telah membawa kepada penemuan mayat suspek di sebuah flet di Kelana Jaya, di sini, 4 petang Rabu.

Menurut polis, suspek, 44, juga berasal dari Sabah itu dipercayai membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 flet berkenaan.

"Sebaik polis tiba di lokasi kejadian (rumah suspek), mayatnya ditemui di bumbung stor flet itu.

"Suspek merupakan seorang ketua pengawal keselamatan,dipercayai hilang pertimbangan sehingga menikam wanita itu (mangsa) akibat cintanya ditolak," katanya.

Katanya, kematian lelaki itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
MStar