ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Thursday, 3 April 2014

GILA PUNYA SUAMI !!! GARA-GARA BARAN ISTERI KUATKAN SUARA TV. PERUT ISTERI SARAT MENGANGDUNG DIPIJAK !!!


AMPANG: Puncanya hanya kerana menguatkan bunyi televisyen, namun habuan diterima begitu azab apabila seorang wanita yang sedang mengandung enam bulan dipijak suami sendiri dalam kejadian di sebuah pangsapuri di sini, Ahad lalu.

Berikutan itu, bayi dalam kandungan wanita terbabit masih belum diketahui tahap kesihatannya dan polis menunggu laporan perubatan akan dikeluarkan hospital dalam tempoh terdekat.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam ketika pasangan berkenaan baru setahun mendirikan rumah tangga berada di rumah sebelum berlaku pertengkaran.

“Ketika kejadian, suami mangsa memintanya memperlahankan suara televisyen dipasang dan mangsa mengikut arahan lelaki terbabit dengan memperlahankannya.

“Bagaimanapun, suaminya memberitahu dia mahu keluar bermain snuker bersama rakannya,” katanya.

Menurutnya, baru saja beberapa langkah suaminya mahu keluar, mangsa kembali meninggikan suara televisyen membuatkan lelaki berkenaan naik angin dan berpatah balik.

“Suami mangsa menghampiri dan dengan nada marah mendakwa mangsa cuba bersikap kurang ajar dan sengaja mencabarnya.

“Bagaimanapun, mangsa memberitahu tidak berniat mahu menyakitkan hati suaminya dan meninggikan suara televisyen kerana menyangkakan suaminya keluar,” katanya.

Sumber terbabit berkata, suaminya yang tidak puas hati jawapan diberikan terus meluru sebelum memukul tangan mangsa dengan kuat sehingga menyebabkan kecederaan.

“Tidak cukup dengan itu, suami mangsa yang panas baran naik angin dan memijak perut mangsa yang mengandung enam bulan.

“Mangsa hanya mampu meraung dan menjerit meminta suaminya berhenti dari memijak perutnya sebelum lelaki berkenaan menghentikan tindakan itu dan meninggalkan mangsa menahan kesakitan,” katanya.

Menurutnya, isteri malang terbabit yang tidak puas hati dengan tindakan suaminya itu membuat laporan kepada pihak berkuasa dan susulan itu, polis menahan suami mangsa yang berusia 20-an untuk membantu siasatan.

“Lelaki berkenaan ditahan di rumahnya kelmarin bagi membantu siasatan kes terbabit dan setakat ini polis menunggu laporan pemeriksaan hospital untuk menentukan keadaan bayi dalam kandungan wanita itu.

“Bagaimanapun, pemeriksaan awal mendapati wanita berkenaan bernasib baik kerana tidak keguguran dan mangsa mendakwa kandungannya sudah ada pergerakan dan mungkin dalam keadaan stabil,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan penahanan lelaki terbabit.

MH370: KENYATAAN PENUH PM @NajibRazak DI PERTH


KUALA LUMPUR – Berikut teks penuh kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam sidang media di Perth, Australia, berhubung misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang:

“Saya ingin memulakan bicara dengan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus berusaha mencari MH370.

“Sepanjang tiga minggu lepas, beratus-ratus orang telah mengharungi perjalanan beribu-ribu kilometer untuk membantu. Mereka telah melakukan pencarian dalam keadaan laut bergelora, berkabus dan suhu amat sejuk.

“Mereka belayar dalam keadaan ribut petir untuk mencari pesawat. Kita terhutang budi kepada setiap seorang daripada mereka.

“Ini merupakan satu usaha yang amat mengagumkan, telah menyatukan negara-negara dari seluruh dunia. Semasa MH370 didapati hilang, berpuluh-puluh negara menjawab seruan bagi bantuan. Komitmen mereka tidak akan dilupakan.

“Tatkala berdepan tragedi ini – bagi negara-negara yang warganegara mereka berada dalam pesawat ini, dan keluarga yang anggota keluarga tersayang mereka hilang — kerjasama ini memberikan kekuatan kepada kita.

“Perbezaan diketepikan, pada saat 26 negara bersatu dengan satu matlamat. Kehilangan MH370 merupakan insiden yang tidak pernah dialami sebelum ini; begitu juga dengan misi pencarian ini.

“Pagi ini saya berjumpa dengan anggota tentera laut dan tentera udara di Pangkalan Udara Pearce. Saya juga berbual dengan komander dari tujuh negara yang berada di sini untuk misi mencari MH370.

“Mereka memberitahu saya tentang kesukaran misi pencarian seperti ini; dari segi jarak, dan cuaca, dan untuk mengekalkan semangat jitu untuk tempoh yang lama.

“Ketika ini, 10 pesawat dan sembilan kapal sedang melakukan pencarian di Lautan Hindi bagi mengesan sebarang petanda berhubung pesawat yang hilang. Kawasan pencarian amat luas, dan keadaannya bukan mudah.

“Tetapi kawasan pencarian baharu yang telah dikecilkan memberikan kita harapan baharu. Dan saya percaya semangat dan keberanian adalah setara dengan tugas itu. Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih atas apa yang mereka sedang lakukan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri (Tony) Abbott kerana menjadi hos kepada kami di sini di Perth; atas persetujuan untuk mengetuai operasi mencari di selatan Lautan Hindi; dan sudi menerima undangan kami untuk Australia turut serta sebagai Wakil Bertauliah dalam penyiasatan ini.

“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan Australia untuk mengggariskan persetujuan komprehensif berhubung pencarian ini.

“Pada waktu sukar ini, Australia terbukti sahabat yang amat bernilai. Pihak berkuasa Australia, seperti banyak negara lain, telah menawarkan bantuan mereka tanpa teragak-agak atau lewat. Saya dengan penuh ikhlas mengucapkan terima kasih kepada Australia bagi semua yang mereka telah lakukan, dan sedang lakukan, untuk mencari pesawat.

“Kami juga amat berterima kasih kepada mereka yang telah membawa bersama-sama pakar mereka untuk merungkai apa yang disebutkan oleh Perdana Menteri Abbott sebagai ‘satu daripada misteri paling luar biasa pada masa kini”.

“Kehilangan MH370 telah menguji azam kolektif kita untuk menyelesaikannya. Berdepan dengan begitu sedikit bukti, menjadikan tugas amat sukar, penyiasat dari Malaysia, AS, UK, China, Australia dan Perancis telah bekerja keras tanpa mengenal penat lelah untuk mendedahkan pergerakan pesawat. Usaha kolektif mereka telah membawa kita ke sini.

“Kami berada di sini hari ini, tetapi ingatan kami berada beribu-ribu kilometer jauhnya. Di bandar raya-bandar raya dan negara-negara di seluruh dunia, tatkala anggota keluarga kepada mereka yang berada dalam pesawat sedang resah menunggu berita. Dan tentang betapa luasnya Lautan Hindi, tempat MH370 sedang menunggu.

“Saya tahu selagi pesawat itu tidak ditemui, banyak keluarga tidak boleh mula berkabung. Saya tidak dapat bayangkan kesedihan yang sedang mereka lalui. Tetapi saya boleh berjanji kepada mereka yang kami tidak akan berputus asa dan mengalah.

“Terima kasih.” – BERNAMA

AMARAN !!! JANGAN JAWAP NOMBOR TELEFON INI.., 03- 2178 8888


ORANG ramai diminta untuk tidak menjawab panggilan daripada nombor 03-2178 8888.

Pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai staf Ambank akan memberitahu bahawa anda mempunyai baki kredit kad yang belum dibayar dan diminta membuat bayaran dengan segera.

MCMC sedang menyiasat kes ini.

Sila laporkan kepada kami di aduanskmm@cmc.gov.my, jika anda menerima panggilan tersebut.

*Apa itu spoofing?
Pemanggil cuba menipu dengan meniru (spoof) nombor telefon sesebuah syarikat yang sebenar.

Mereka mahu mencuri maklumat sensitif seperti nombor akaun bank, kad kredit atau butiran log masuk ke laman perbankan dengan menyamar sebagai staf daripada bank atau syarikat kad kredit anda.

mynewshub

MH370 : KENYATAAN KEMENTERIAN PENGANGKUTAN.


KUALA LUMPUR: Berikut ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan pada Rabu mengenai usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang: 

Sokongan untuk anggota keluarga yang menaiki penerbangan MH370 "Kerajaan Malaysia menyedari pentingnya memberi maklumat yang tepat, terkini dan telah disahkan kepada anggota keluarga mereka yang menaiki pesawat MH370.

Malaysia juga berusaha memastikan kerajaan-kerajaan yang rakyatnya menaiki pesawat MH370 diberikan taklimat sepenuhnya.

Lebih ramai rakyat China menaiki MH370 berbanding negara lain. Malaysia menyedari tangggungjawabnya untuk memberikan Kerajaan China maklumat yang telah disahkan, yang ia boleh gunakan untuk memberi taklimat kepada anggota keluarga rakyat China yang menaiki MH370. Sejak MH370 hilang, Malaysia sentiasa berkomunikasi dengan pihak berkuasa China di pelbagai peringkat kerajaan untuk memastikan maklumat yang tepat dan disalurkan pada masanya. Sejak 8 Mac, Malaysia telah memberikan taklimat yang lengkap dan menyeluruh kepada anggota Kerajaan China seperti berikut:

* Zhang Yesui, Naib Menteri Hal Ehwal Luar China dan Duta Khas Kerajaan China.

* Huang Huikang, Duta China di Malaysia.

* Pegawai-pegawai Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC).

* Pegawai-pegawai Jabatan Penyiasatan Kemalangan Pesawat (AAID).

* Anggota-anggota Tentera Udara China yang mempunyai kepakaran tertentu  radar.

* Malaysia juga menghantar satu delegasi ke Beijing yang diketuai Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Hamzah Zainudin, yang telah menemui rakan sejawatannya di China, Naib-naib Menteri Luar Negeri Zhang Yesui dan Liu Jian Chow.

Taklimat pada Rabu untuk anggota keluarga China. 

"Satu sesi taklimat khas telah diadakan hari ini untuk anggota keluarga rakyat China yang menaiki MH370. Taklimat itu berlangsung dari jam 10 pagi hingga  1 petang di Hotel Bangi di Putrajaya. 

"Sesi taklimat itu dikendalikan oleh Tan Sri Ong Ka Ting, Duta Khas Perdana Menteri ke China.  

"Datuk Azharuddin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, telah memberikan kenyataan, yang dibaca seperti berikut:

"Saya faham anda mempunyai banyak soalan mengenai apa yang berlaku kepada orang kesayangan anda dan penerbangan MH370. Kami berada di sini hari ini untuk memberikan anda sebanyak mungkin maklumat, untuk membantu anda memahami mengapa dan bagaimana pasukan penyiasatan antarabangsa telah membuat kesimpulannya mengenai pergerakan MH370.

"Penyiasatan mengenai MH370 tidak pernah dilakukan sebelum ini. Dengan sedikit petunjuk, para penyiasat dari seluruh dunia telah dipaksa menggunakan kaedah-kaedah baharu untuk mencuba dan memahami apa yang telah berlaku.

"Maklumat yang sedang kami siasat adalah maklumat terbaik yang kami ada. Kami menyusul semua bukti yang telah membawa kami dari Laut China Selatan hinggalah ke Selat Melaka; dari Laut Andaman hinggalah ke koridor Utara dan koridor Selatan; dan akhirnya ke Lautan Hindi.

"Saya mahu memberi jaminan kepada anda bahawa sepanjang operasi ini, kami telah melakukan segala-galanya berdasarkan bidang kuasa kami untuk mengesan MH370. Kami telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Kami gigih berusaha dan menjalinkan kerjasama dengan semua pihak yang boleh membantu - termasuk mereka yang berada di sini, Rabu.

"Kami akan memulakan taklimat teknikal sekarang.

"Taklimat teknikal diberikan oleh Jabatan Penerbangan Awam dan pakar-pakar teknikal China.

"Turut hadir di taklimat ini, untuk membantu menjawab soalan-soalan daripada anggota keluarga ialah:

* Huang Huikang, Duta China di Malaysia;

* Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud; 

* Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Polis DiRaja Malaysia,  Datuk Huzir bin Mohamed; 

* Timbalan  Ketua Setiausaha  III Kementerian Luar Negeri, Datuk Ibrahim Abdullah.

"Sesi taklimat ini telah disiarkan secara langsung kepada anggota keluarga mereka yang menaiki MH370, yang pada masa ini berada di Beijing.

Kehadiran Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Forum Pertahanan AS-ASEAN.

"Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sedang menghadiri Forum Pertahanan AS-ASEAN di Hawaii.

"Pagi ini, Menteri berkenaan mengadakan perbualan telefon dengan Setiausaha Pertahanan Negara British, Phillip Hammond. Semasa panggilan itu, Setiuasaha Pertahanan Hammond telah mengesahkan bahawa British akan menghantar HMS Tireless, sebuah kapal selam nuklear kelas Trafalgar dengan keupayaan sonar, untuk membantu operasi pencarian pelbagai negara bagi MH370. 

Lawatan Perdana Menteri ke Perth.

"Perdana Menteri Najib Razak dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada kira-kira 23:00 waktu tempatan pada Khamis 2 April. 

"Perdana Menteri dijadual melawat pangkalan Tentera Udara Pearce pada pagi Khamis untuk menemui kakitangan yang terlibat dalam operasi pencarian pelbagai negara untuk MH370. Perdana Menteri juga akan diberi taklimat mengenai perkembangan terkini pencarian itu.

"Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Australia Tony Abbot pada pagi Khamis."
MStar

EMPAT SEKELUARGA DIIKAT PEROMPAK !!!

Kereta mangsa yang dilarikan sekumpulan suspek dan ditemui semula di sebuah stesen minyak di Parit Buntar. Gambar kecil: Superitendan Mat Fauzi.
KUALA KURAU - Sebuah keluarga menempuh detik cemas apabila diikat sekumpulan perompak yang memecah masuk rumah mereka selain melarikan sebuah kereta di Parit Haji Ali, Kedua Dua di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superitendan Mat Fauzi Nayan berkata, dalam kejadian jam 4 pagi, rumah mangsa sekeluarga dipecah masuk tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa yang berusia 34 tahun bekerja sebagai penolong pengurus di sebuah kilang tempatan sedang tidur bersama suaminya sebelum dikejutkan dengan bunyi bising di ruang tamu.

“Mangsa dan suaminya yang keluar dari bilik tidur untuk meninjau keadaan ruang tamu rumah, terkejut mendapati tiga lelaki bertopeng menahan ibu dan bapa saudara mangsa.

“Kumpulan suspek mengugut mangsa agar tidak melawan, sebelum mengarahkan mereka mengikat tangan dan kaki antara satu sama lain menggunakan wayar telefon yang dipotong,” katanya ketika ditemui media di sini, semalam.

Mat Fauzi berkata, ketiga-tiga suspek kemudian menggeledah rumah mangsa sebelum melarikan beberapa barangan berharga.

Antara barangan yang dilarikan adalah barangan kemas jam tangan berjenama, telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM2,500 dan kereta jenis Proton Wira milik suami mangsa.

Katanya, bagaimanapun, kereta milik mangsa berjaya ditemui semula di sebuah stesen minyak di Parit Buntar beberapa jam kemudian.  

"Siasatan lanjut terhadap kejadian samun itu masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

“Polis turut meminta kerjasama orang awam menyalurkan maklumat jika mempunyai informasi berkaitan kejadian tersebut untuk membantu siasatan,” katanya.

{LATEST UPDATE} 11 CEDERA , 7 KENDERAAN MUSNAH DALAM KEBAKARAN BESAR DI DATARAN SHELL GUA MUSANG !!!

(LAPORAN AWAL) :

KEBAKARAN besar kedai makan sebelah shell Gua Musang akibat limpahan minyak lori tangki membabitkan 7 kenderaan dan mencederakan 11 orang di Dataran Shell, Persiaran Raya, Gua Musang pada jam 22:16 pm semalam. 

Kebakaran melibatkan deretan kedai makan, 4 buah kereta dan 3 buah motosikal.

{Update}
GUA MUSANG: Sebanyak 11 orang cedera dengan seorang daripadanya dilaporkan kritikal akibat disambar api berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Persiaran Raya di sini, malam tadi. 

Api dipercayai berpunca dari tumpahan minyak petrol dari sebuah lori tangki yang sedang mengisi minyak di situ, kira-kira jam 10.10 malam. 

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitendan Saiful Bahri Abdullah berkata mangsa yang kritikal dikenali sebagai Muhamad Azman Hamat, 18, yang terbakar di seluruh badan.

Mangsa yang berasal dari Kampung Seberang Lembaga, Sungai Terah di sini kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu. 

Sepuluh yang lain dilaporkan melecur dan menerima rawatan di Hospital Gua Musang. 

Mereka dikenali sebagai Nor Azila Amira, 23, Nor Marisah Mihd Yusuf, 20, Nor Asyikin Mohd Salleh, 20, Mihd Shair Hafizi, 24, Mihd Zul Idzhar Akmal, 16, Tengku Ahmad Afqih Tengku Abdullah, 20, Sayang Nor Ilyani, 23, Mohamad Quizuel Hakim Bahri, 20, Siti Zabariah Idris, 53 dan Mohd Ikhwan, 25. 

Saiful Bahri berkata kejadian berlaku ketika para mangsa sedang makan di kawasan Dataran Kesedar Putra yang terletak berhampiran stesen minyak berkenaan.

Beliau berkata empat buah kereta dan tiga motosikal milik peniaga dan pelanggan turut hangus. 

Mengulas lanjut mengenai kabakaran itu, katanya petrol yang tumpah dari lori tangki itu dipercayai mengalir ke deretan gera-gerai makan berkenaan. 

"Api daripada gerai menjual burger kemudiannya dipercayai menyambar petrol yang mengalir itu dan terus merebak hingga membakar gerai yang lain"

"Namun kita masih menjalankan siasatan rapi ke atas kejadian itu," kata Saiful Bahri. 

Sementara itu Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Machang, Che Rusli Che Sulaiman berrkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 10.16 malam dan menggegaskan 10 anggota bersama sebuah jentera. 

Beliau berkata sebaik pihaknya tiba, mereka mendapati berlaku letupan kuat akibat api membakar kereta dan motosikal yang terdapat di situ. 

Api dapat dikawal daripada merebak dalam masa 10 minit. 

Punca kebakaran masih dalam siasatan. 
- BERNAMA





Wednesday, 2 April 2014

REMAJA LELAKI SEMBUNYI DALAM BEG PAKAIAN ELAK DITANGKAP KHALWAT !!!


GEORGETOWN: Tindakan seorang remaja lelaki bersembunyi di dalam sebuah beg pakaian untuk mengelakkan ditangkap khalwat di rumah teman wanitanya di Lengkok Minden 2, Gelugor di sini, petang kelmarin gagal apabila dia dikesan penguatkuasa agama menerusi rambutnya yang terkeluar dari celah zip beg.

Ketua Unit Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Khairul Azman Azizan, berkata pihaknya melakukan pemeriksaan selepas menerima aduan, mendapati pintu utama rumah terbabit tidak berkunci dan di dalamnya terdapat seorang wanita berpakaian baju-T serta seluar pendek ketat.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati tiada sesiapa di bilik wanita terbabit, tetapi terdapat satu beg pakaian mencurigakan berada di penjuru bilik dengan kelihatan rambut terkeluar daripada celah zip.

Selepas membuka beg itu, kami menemui seorang remaja lelaki bersembunyi di dalamnya dan mengarahkannya keluar. Terdapat kesan gigitan cinta pada leher lelaki terbabit dan mengaku ia dilakukan teman wanitanya, katanya sambil menambah remaja itu mengakui berada di rumah itu sejak pagi kelmarin.

Kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan JHEAIPP dan siasatan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat, katanya.

Sementara itu di KULIM, seorang pelajar perempuan tingkatan lima ditahan penguatkuasa Pejabat Agama Islam Kulim Kedah (PADK) di rumah teman lelakinya, Selasa lalu.

Mereka ditahan selepas PADK mendapat maklumat daripada jiran sebelum membuat serbuan di rumah teman lelakinya yang berusia 24 tahun di Taman Lobak pada jam 8.45 pagi.

KEGIATAN TIGA POSMEN TERBONGKAR DENGAN PENEMUAN BERIBU-RIBU SURAT YANG DIBUANG !!!


KUALA LUMPUR : Di sebuah kawasan tersembunyi berhampiran kawasan perumahan mewah di Ukay Heights, Ampang, adalah sebuah gaung hijau dengan tumbuh-tumbuhan subur tetapi dicemari dengan ‘rahsia hitam’.

Tapak itu dikenal pasti telah menjadi tempat lambakan surat oleh posmen yang tidak bertanggungjawab yang menjadikan tempat terpencil itu untuk membuang surat-surat yang tidak dihantar.

Pada Sabtu, dua orang penduduk menjumpai beribu-ribu surat yang tidak dihantar di dalam gaung dan menghubungi ‘The Star’, yang seterusnya dimaklumkan mengenai posmen yang lalu di kawasan itu.

Salah seorang daripada mereka, Ismail W.O berkata beliau sedang memandu melepasi kawasan itu dan melihat tiga orang posmen sedang lepak di tepi jalan di sebelah gaung.

“Saya tertanya-tanya apa yang mereka sedang buat sedangkan tiada kawasan perumahan di sekitar kawasan itu tetapi tidak terus bertanya dan meneruskan perjalanan."

“Kemudian saya teringat bahawa saya tertinggal sesuatu dan berpatah balik. Saya terkejut melihat beg besar yang sebelumnya penuh berisi surat telah kosong. Ia hanya beberapa minit yang lepas,” katanya.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, beliau memaklumkan perkara itu kepada pengerusi persatuan penduduk, William Atyeo yang memanjat kawasan gaung tersebut dan menemui ribuan sampul surat yang bertaburan.

Pemeriksaan secara kasar menunjukkan beberapa surat telah berada di situ sejak beberapa tahun lalu dan lupus akibat hujan.

Surat-surat itu sepatutnya dihantar ke Ampang Jaya, Ukay Heights dan kawasan-kawasan perumahan di sekitarnya.

“Terdapat cek, bil, penyata bank, surat maklum balas dan banyak lagi,” kata Ismail.

Beberapa penduduk telah mengadu mereka tidak menerima surat yang sepatutnya diterima seperti bil telefon dan bil TV berbayar, kata Atyeo.

Setelah dimaklumkan, Pos Malaysia menghantar pasukan ke tapak dimaksudkan.

Pekerjanya mengenal pasti kebanyakan surat adalah dari dua lokasi berhampiran di sepanjang Jalan Tebrau 1.

Ketua Operasi Pos Malaysia, Helmi Hashim berkata tiga posmen terbabit telah dikenal pasti dan akan dipecat.

MESTI BACA : LUAHAN TIDAK PUAS HATI PENGGUNA CELCOM



Saya tidak berniat menulis isu ini sehinggalah kejadian beberapa hari ini benar-benar mengugat kesabaran. Secara sejarahnya, saya mengambil keputusan menukar kepada Celcom sekitar tahun 2004 atau 2005 jika tidak silap saya. Kira-kira sudah hampir sepuluh tahun atau sedekad lamanya. Salah satu sebab saya bertukar kepada Celcom adalah kerana merasakan inilah syarikat telekomunikasi yang ada wajah Melayu biarpun ia merupakan GLC ketika itu. Boleh panggil saya “bersifat perkauman” namun itulah faktanya.

Ketika rakan-rakan selalu mengkritik perkhidmatan Celcom saya selalu menyatakan bahawa perkhidmatan syarikat lain pun 2×5 sahaja. Memang ada kebenarannya pandangan saya itu, namun kadang-kadang ia turut dipengaruhi sifat “nasionalis bodoh” saya.

Namun sejak minggu lalu saya sudah hilang kesabaran sehingga menghamburkan perkataan “bangang” kepada Celcom apabila bil telefon saya : 0192210430 mencecah ribuan ringgit tanpa sebarang penjelasan yang munasabah. Hamburan di facebook tersebut telah dipetik oleh Suara.TV [Lihat: Bil Telefon Beribu, Pengguna Berang Dakwa Celcom Bangang]

Kes I: Bil Meningkat Mendadak Dalam Masa Sehari

Kejadian bermula pada 28 Mac 2014 apabila saya menerima mesej pada jam 3.20 petang menyatakan bil saya sekarang berjumlah RM 782.12.

Kemudiannya pada hari yang sama pada jam 7.34 malam satu lagi mesej dihantar oleh Celcom menyatakan bil saya telah meningkat kepada RM 963.42.

Akhirnya pada jam 8.08 malam satu lagi mesej dihantar kepada saya menyatakan bil telefon saya sudah meningkat kepada RM 1195.45 dan talian saya terus disekat.


Bagaimana bil saya boleh meningkat beratus ringgit hingga mencecah RM 1000 dalam masa beberapa jam adalah sesuatu yang misteri.

Malam tersebut juga saya bekejar ke mesin pembayaran Celcom di Kuala Lumpur untuk membayar dan mengaktifkan talian tersebut. Saya bayar sekitar RM RM 1140.00 (RM 380×3). Pada malam tersebut juga talian tersebut diaktifkan secara otomatik.

Sungguhpun tidak berpuas hati, saya berpendapat mungkin ini ada kesilapan semasa keluar negara minggu sebelumnya. Namun saya pasti sangat tidak ada bil sebesar itu kerana saya telah memilih “Rakan Celcom” secara manual di negara tersebut yang menawarkan RM 38 sehari untuk penggunaan data internet.

Apa perasaan anda sekiranya dalam masa satu hari bil anda meningkat dari 500 ke RM 700 ke RM 1000 dan talian disekat pada hari yang sama? Redha sahajalah buat masa itu.

Kes II: Bil Meningkat, Celcom Tidak Boleh Jelaskan


Namun masalah yang dijangka selesai berulang lagi pada 30 Mac 2014. Pada jam 8.03 pagi saya menerima mesej menyatakan bil saya telah mencecah RM 521.51. Saya beranggapan mungkin ini kesilapan sistem.

Namun pada jam 12.32 saya menerima satu lagi mesej menyatakan bil saya kini mencecah RM 702.56. Dalam masa beberapa jam bil telefon saya telah meningkat sebanyak RM 200.00.

Saya terus menghubungi Celcom Care bagi mendapat penjelasan isu ini. Antara soalan yang ditanya kepada saya ialah adakah encik menukar telefon bimbit baru.

Sambil menyatakan saya telah beberapa bulan menukar telefon baru, saya bertanya, apa kena mengena menukar telefon baru dengan peningkatan bil secara mendadak pada minggu lalu dan pada hari ini? Beliau tidak memberi sebarang jawapan.

Beliau kemudiannya bertanya adakah saya ke luar negara baru-baru ini. Saya kata ada pada minggu lalu dan saya menggunakan “rakan celcom” di sana dan menetapkan pilihan secara manual pada telefon bimbit saya. Ini bermakna tidak mungkin akan ada peralihan daripada penyedia telekomunikasi rakan celcom kepada syarikat lain yang boleh meningkatkan bil saya secara mendadak.

Saya bertanya, “katakanlah ada kesilapan saya di luar negara tersebut pun, bagaimana bil ini boleh datang secara berperingkat-peringkat seminggu setelah saya di Malaysia?”

“Jika ada pun bil dari luar negara mengapa ia telah caj saya pada minggu lalu, dan mengenakan caj lagi pada hari ini?”

Pegawai tersebut berkata, “saya tidak dapat berbuat apa-apa encik. Kena tunggu bil encik keluar pada 13 April 2014 baru kita boleh siasat.”

Tanya saya, “Habis kalau talian saya disekat lagi saya perlu bayar lagi dan terpaksa tunggu 13 April untuk siasatan?”

“Encik boleh hubungi saya untuk aktifkan talian encik buat sementara waktu.”

Saya tahu pengaktifan seperti ini tidak bermakna apa-apa kerana ia akan disekat kembali dalam masa beberapa hari jika kita tidak menjelaskan bayaran tersebut.

Seperti dijangka talian saya disekat pada 31 Mac 2014. Saya memohon pengaktifan sementara dan diberi tempoh selama dua hari dengan had kredit RM 5 pada jam 6.51 petang.

Yang menyakitkan hati, lebih kurang sejam selepas pengaktifan sementara, saya menerima satu lagi mesej (jam 8.13 malam) menyatakan bil telefon saya telah meningkat kepada RM 1511.03. Talian saya terus disekat!


Dengan beberapa mesyuarat perlu saya hadiri malam tersebut dan keesokannya, saya fikir jika pada masa itu saya berjumpa CEO Celcom yang berambut panjang tersebut pasti saya tumbuk sahaja muka beliau!

Bayangkan hari kerja tanpa kemudahan komunikasi? Bayangkan terpaksa meminjam telefon kawan di hadapan pelanggan untuk menghubungi pejabat saya! Memalukan, tapi itulah hakikat yang terpaksa saya hadapi.

Kes III: Celcom Blue Cube Sunway Penipu

Sekitar Jam 630 petang, 1 April 2014, saya ke pusat Celcom Blue Cube di Sunway Pyramid. Saya memaklumkan kepada pegawai bertugas masalah-masalah saya seperti di atas. Berikut lebih kurang dialog antara saya dengan pegawai tersebut.

Celcom: “Saya perlu tunggu bil encik dikeluarkan dulu. Buat masa ini saya hanya boleh aktifkan akaun encik untuk 3 hari sahaja.”

Celcom: “Sebenarnya akaun encik ada lebihan RM900.”

Saya: “Habis mengapa akaun saya disekat.”

Celcom: “Itu saya tidak pasti. Kena tunggu bil encik keluar 13 April. Kalau encik nak cepat saya boleh tukar kepada 3hb.”

Saya: “Mengapa tidak boleh hari ini?”

Celcom: “Tak boleh sistem kami memang macam tu.”

Saya: “Jadi jika saya hendak tukar kepada syarikat lain tidak ada masalah? Akaun saya ada lebihan RM 900.00kan?”

Celcom: “Ya, tidak ada masalah.” (Dengan wajah yang tidak rasa apa-apa kerugian seorang pelanggan bercadang berpindah ke syarikat lain.)

Memang saya merancang untuk menukar syarikat lain kerana bosan dengan masalah ini. Namun kerana hari telah lewat petang, akaun saya telah aktif saya ambil keputusan untuk balik ke pejabat dulu.

Namun pada jam 9.14 malam saya menerima mesej Celcom menyatakan bil saya mencecah RM 2393.10. Seminit kemudian talian saya disekat.


Baru dua jam sebelumnya saya dimaklumkan ada lebihan RM 900 dalam akaun dan akaun saya akan aktif selama 3 hari, sekarang talian saya disekat BUAT KALI KETIGA dalam masa 5 hari dan saya berhutang RM 2000 dengan CELCOM?

Saya tidak kisah membayar bil tersebut jika saya menggunakannya. Saya mahu penjelasan dari CELCOM sebelum saya membayar bil yang luar biasa ini. Malangnya, saya tidak menerima sebarang penjelasan, dan tentulah tidak logik untuk saya membayar ribuan ringgit begitu sahaja.

Sangat aneh dalam dunia serba moden ini Celcom tidak boleh menjelaskan kepada penggunanya secara langsung apakah punca peningkatan bil secara mendadak dan mencecah ribuan ringgit?

Tidak logik Celcom hanya boleh menjelaskan peningkatan mendadak ini semasa bil dikeluarkan, tetapi pengguna perlu membayar apa saja caj yang dikenakan oleh Celcom sebelum bil dikeluarkan jika mahu talian kekal aktif. Ini perniagaan “Abu Jahal” atau “40 Penyamun”?

Apakah para pegawai CELCOM ini “kaki rasuah” sehingga membeli sistem yang ketinggalan zaman dan dan tidak efektif bagi perkhidmatan pelanggannya?

Saya juga ingin bertanya Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia, layakkah syarikat seperti ini terus diberi lesen perkhidmatan telekomunikasi?

Saya akan menulis siri ke-2 mengenai Celcom sedikit masa lagi. Saya memutuskan untuk tidak menukar syarikat telekomunikasi buat masa ini sebaliknya “memerangi” CELCOM sehingga mereka berubah.

Petikan Mykmu.net

TUALA WANITA DITEMUI DALAM PEKET MINYAK MASAK !!!


JELEBU: “Apabila diamati, saya percaya ia tuala wanita,” kata pekedai, Mohd Ifzal Dzulkiffli, 31, yang terkejut apabila menemui tuala wanita di dalam peket minyak masak yang diterimanya di Kampung Titi, Kuala Klawang, di sini.

Mohd Ifzal berkata, minyak masak seberat satu kilogram (kg) itu diterima daripada pemborong dua bulan lalu, namun berikutan tidak sahih ia adalah tuala wanita dia tidak membuat laporan.

“Bagaimanapun, selepas berfikir kejadian ini mungkin terjadi kepada orang lain, saya bertindak melaporkan kepada pihak berwajib.

“Saya mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak berkenaan berikutan ini membabitkan soal kesihatan dan kebersihan,” katanya.

Menceritakan penemuan mengejutkan itu, Mohd Ifzal berkata, perkara itu terjadi apabila seorang pelanggan mahu membeli minyak masak datang ke kedainya.

“Wanita itu mengambil minyak masak dan meletakkannya di kaunter bayaran. Mujur saya sempat melihatnya dan menggantikan yang lain, kalau tidak busuk nama kedai ini sekiranya pelanggan tahu saya menjual barangan makanan yang kotor,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Menurutnya dia pernah mengadukan masalah itu kepada pihak pengeluar jenama minyak masak berkenaan namun tidak diendahkan.

‘Saya memberitahu pihak atasan syarikat berkenaan hal itu, tetapi mereka mahu ‘menawarkan’ lima kotak minyak masak percuma kalau saya menutup mulut.

“Saya tidak menerima tawaran itu dan akan membawa perkara ini ke muka pengadilan.” katanya.

Katanya, jenama minyak masak itu dipercayai hanya untuk edaran di negeri Sembilan sahaja.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri Sembilan, Mohd Talal Abu Bakar berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

“Saya nasihatkan pekedai itu tampil ke pejabat kami supaya pihak PPDNKK dapat bertindak dan melakukan siasatan sewajarnya."

“Kalau betul dakwaan mangsa, berkemungkinan dia mendapat ganti rugi daripada pihak bertanggungjawab,” katanya.

Mohd Talal berkata, pihaknya juga akan menyiasat tiga pihak berkenaan iaitu pengilang, pengedar dan pembungkus minyak masak itu.

“Saya meminta pengguna jika mempunyai sebarang aduan supaya disalurkan ke talian hotline kami iaitu 1800-88-6800,” katanya.