ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Wednesday, 2 April 2014

SUAMI DURJANA : SANGGUP LACURKAN ISTERI KERANA DADAH !!!


Kuala Lipis – Tempoh lima hari tinggal di dalam ‘neraka buatan suami’ cukup menyeksakan bagi seorang suri rumah apabila dia disuruh menghisap syabu sebelum dipaksa melayan nafsu lima lelaki dengan bayaran RM100 hingga RM120 setiap seorang.

Dalam kejadian pada 26 Mac lalu, wanita berusia 25 tahun berkenaan dibawa suaminya berusia 30 tahun ke sebuah rumah sewa di Benta, dekat sini, sebelum bertemu dengan lima lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun yang menunggu untuk menjamah tubuh mangsa.

Difahamkan, mangsa dipercayai dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub bagi menyara kehidupan termasuk menggunakan hasil pendapatan haram itu untuk membeli syabu.

Bagaimanapun, suaminya terpaksa beralih lokasi di daerah ini untuk meneruskan kegiatan haram itu berikutan lelaki berkenaan masih tidak mempunyai pekerjaan untuk menyara keluarga.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, selama lima hari berada di rumah berkenaan, mangsa terpaksa melayan nafsu lima lelaki terbabit selepas mereka semua membuat pembayaran.

Menurutnya, pada masa sama, ketika mangsa ‘disajikan’ kepada lima lelaki terbabit suaminya menjadi penonton tanpa menghiraukan rayuan dan belas kasihan wanita itu yang meminta dilepaskan.

Katanya, bagaimanapun, pada 30 Mac lalu, mangsa akhirnya nekad melarikan diri, namun cubaannya gagal kerana seorang daripada suspek terbabit dikatakan menyedari tindakan wanita berkenaan.

“Mangsa merayu kepada suspek terbabit yang dikenali sebagai Gemuk supaya melepaskannya, namun lelaki itu bersetuju untuk berbuat demikian, tetapi dengan satu syarat iaitu melayani nafsunya.

“Mangsa yang sudah buntu mencari jalan untuk menyelamatkan diri terpaksa mengikut arahan suspek sebelum lelaki itu menidurinya secara percuma tanpa pengetahuan suami mangsa,” katanya.

Menurutnya, selepas melayani nafsu lelaki itu, wanita berkenaan kemudian dibawa keluar dari rumah terbabit tanpa disedari suspek lain termasuk suami mangsa sebelum dia dihantar ke Stesen Bas Bandar Katanya, selepas ditinggalkan seorang diri, mangsa kemudian menghubungi Balai Polis Kuala Lipis, di sini, untuk meminta bantuan sebelum dia membuat laporan berhubung kejadian itu, petang kelmarin.

Abdul Razak berkata, susulan laporan dibuat mangsa, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis menahan empat lelaki terbabit termasuk suami mangsa di sebuah rumah seorang daripada suspek di Benta, petang kelmarin.

“Siasatan awal mendapati mangsa mendakwa dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub dan wang yang diperoleh secara haram itu digunakan untuk menyara kehidupan termasuk membeli syabu,” katanya.

Katanya, siasatan turut mendapati sebelum ini wanita itu pernah merayu tidak lagi dilacurkan, namun suaminya berang sebelum memukul dan menerajang mangsa tanpa belas kasihan.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL), di sini, untuk mendapatkan rawatan, manakala anak perempuannya yang berusia lima tahun kini dijaga ibu mentuanya.

Abdul Razak berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan akan bertemu dengan keluarga mangsa serta mentuanya.
MyMetro

TOLONG AWASI ANAK ANDA !!! VIDEO KANAK-KANAK HAMPIR MATI LEMAS !!!


BERITA kanak-kanak cedera atau maut akibat kecuaian penjaga atau ibu-bapa bukanlah sesuatu yang asing pada pendengaran kita.

Video yang dikongsikan kepada anda ini merupakan salah satu contoh insiden akibat membiarkan kanak-kanak bermain bersendirian.

Tidak dapat dipastikan lokasinya, namun kanak-kanak berusia sekitar dua tahun ini dilihat berada seorang diri di kawasan kolah air tanpa sebarang pengawasan.

Akibatnya, dia yang memanjat sisi kolah tersebut jatuh ke dalam air tanpa disedari sesiapa.

Mujurlah selepas hampir dua minit bertarung dengan maut, seorang kanak-kanak lelaki datang ke kolah tersebut dan segera memanggil seorang wanita yang mungkin penjaga kepada kanak-kanak tersebut.

Wanita itu segera menarik kanak-kanak itu sebelum membawanya pergi.

Kalau lambat lagi, rasanya mungkin kanak-kanak malang itu sudah tidak bernyawa lagi….

Lihat Video di sini !!!


POCONG DI TENGAH JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG ???


BAYAN LEPAS - Segelintir penduduk di sini gempar apabila tersebarnya dua keping gambar mengenai kejadian penemuan pocong di tengah-tengah Jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Shah.

Pengguna laman sosial, Rahimi Ishak berkata, gambar berkenaan tersebar sejak beberapa hari lalu dan menjadi buah mulut penduduk setempat.

Menurutnya, melalui gambar berkenaan dengan jelas menampakkan seolah-olah terdapat imej yang berbungkus putih dan terbang tinggi.

“Kemudian ia berada di atas jambatan pada gambar kedua, kejadian dikatakan berlaku di tengah-tengah jambatan pada waktu malam.

“Saya sendiri yang mendapat gambar berkenaan memang terkejut,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi pengguna jambatan, Mohd Ali Mohd Noor berkata, dia pada mulanya terkejut melihat gambar berkenaan dan cuba bertanya kepada rakannya yang juga kerap menggunakan jambatan.

“Mereka kata ini perkara biasa, kalau dia nak muncul kita mana boleh halang, yang penting kita kena buat biasa saja.

“Lagipun ini bukan pertama kali berlaku cerita jumpa macam-macam makhluk halus atas jambatan, ia adalah biasa,” katanya.

Sementara itu bagi Zulkifli Zainal berkata, pengalamannya diganggu pada waktu malam ketika menunggang motosikal di atas jambatan pertama Pulau Pinang membuatkannya berwaspada.

“Bukan apa, kadang-kadang ada yang terlalu terkejut sehingga boleh sebabkan kemalangan, kalau yang tak kuat semangat, lebih baik elakkan.

“Saya pernah tunggang motosikal pada tengah malam di atas jambatan, setibanya di tengah-tengah, motor saya berat dan saya terpaksa menunggang lebih kuat dan laju, tetapi tiba-tiba ia menjadi ringan dan saya seolah-olah dalam keadaan tercampak ke depan, nasib baik saya boleh kawal motor.

“Kalau saya silap, bimbang kemalangan saja, apa pun kita kena tawakal kepada ALLAH SWT,” katanya.

Bagi pengamal perubatan Islam, Izzwandy Mamat, kejadian penemuan pocong di tengah jambatan adalah perkara biasa.

“Laut memang tempat tinggalnya dan mereka akan buat pelbagai rupa di kawasan mereka tinggal.

“Tidak dinafikan laut juga menjadi tempat kepada tukang perubatan membuang benda yang tidak baik, jadi ia bukan mustahil,” katanya kepada Sinar Harian.

Sama seperti manusia, makhluk halus berkenaan juga memenuhi setiap pelosok tempat.

“Malah jin boleh menyerupai pelbagai bentuk tidak kiralah pocong, atau hantu raya ataupun toyol,” katanya.

Beliau menegaskan, bagaimanapun rupa bentuknya, perkara tersebut hanya berlaku dengan izin ALLAH SWT.

“ALLAH mahu menguji sejauh mana keimanan kita, sama ada takut pada makhluk atau pada-NYA.

“Ia juga sebagai tanda supaya kejadian sebegini akan mendekatkan kita lebih kepada ALLAH,” katanya.
SH

Tuesday, 1 April 2014

#PrayForMH370 : HARAP RAMALAN PAKAR INI TIDAK BETUL !!!

GAMBAR HIASAN

Pencarian pesawat Penerbangan Malaysia, MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, memerlukan dedikasi yang teramat tinggi dan perbelanjaan ratus juta dolar, memandangkan ianya sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Mearns yang berasal daripada United Kingdom, juga merupakan seorang pakar pencarian kapal karam di lautan dalam, berkata, dia terpaksa bersikap pesimistik dengan menyatakan misi pencarian MH370 akan gagal dalam menemui kapal malang itu di di dasar laut di Lautan Selatan India dengan hanya berdasarkan petunjuk yang ada.Kenyataan ini dibuat oleh seorang saintis bertaraf dunia, David Mearns menerusi temuramahnya dengan China Central Television (CCTV), Sabtu lepas.

Katanya, walaupun ada bangkai kapal yang dibawa naik, ia agak mustahil untuk menjejak MH370 memandangkan kapal hilang itu sudahpun dibawa arus lautan gergasi ke arah yang tidak diketahui lebih daripada 20 hari.

Mearns juga menyatakan realiti yang harus ditempuhi semua, bahawa, kotak hitam yang dicari-cari selama ini tidak berkemungkinan dapat dijumpai.

Ini menurutnya, kerana penggunaan teknik dan peralatan oleh pasukan misi pencarian yang ada kini tidak mempunyai keupayaan yang mencukupi.

Saintis marin ini juga berkata satu-satunya cara untuk mencari kotak hitam adalah untuk mencari dan menapis bangkai ataupun serpihan pesawat yang ditemui.

Mengikut pengalamannya, kos pencarian ini akan mencecah lebih 45 juta dolar, dan akan menjadikannya jumlah yang lebih besar mengatasi tragedi Air France di Lautan Atlantik pada tahun 2009. 

Astro Awani

SUBHANALLAH !!! BAYI TERKELUAR DARI KANDUNGAN IBU YANG DIGILIS LORI !!!

bayitercampak1
Xiamen: Seorang saksi satu kemalangan ngeri membabitkan pasangan suami isteri melihat bayi yang berada dalam kandungan ibunya itu tercampak keluar selepas motosikal pasangan itu dilanggar lori.
Wang Zhau, 40, yang sarat mengandung dalam perjalanan ke hospital bersama suaminya Mao, 42, apabila motosikal mereka dirempuh lori.
Saksi berkata lori itu kemudian menggilis wanita berkenaan menyebabkan bayi yang berada dalam kandungannya terkeluar dan tercampak sejauh tiga meter.
XIAO hanya mengalami cedera ringan selepas tercampak keluar dari kandungan dalam kemalangan yang meragut nyawa ibu bapanya.
Pasangan berkenaan mati di tempat kejadian namun bayi mereka selamat dan dibawa ke hospital di wilayah Fujian China.
Bayi yang diberi nama Xiao Zhao oleh kakitangan hopital itu hanya calar-balar.
Jurucakap polis, Chan Chien berkata: “Ada saksi yang berkata wanita itu sempat melahirkan anaknya sebelum mati selepas dilanggar lori berkenaan manakala yang lain berkata, impak daripada perlanggaran itu menyebabkan bayi seberat 4.2 kilogram itu terkeluar dari rahim ibunya dan tercampak sejauh tiga meter.
Wanita itu sepatutnya dimasukkan ke bilik bersalin pada jam 8.30 pagi waktu tempatan dan suaminya membuat keputusan untuk tidak menunggu ambulans.
Dia menghantar isterinya ke hospital menaiki motosikal.
Kemalangan berlaku ketika mereka tiba di simpang antara Maqing Lu dan Jiaosong Lu” kata Chan.
Polis mengesahkan mereka menahan pemandu lori berusia 45 tahun itu untuk membantu siasatan.
Kejadian yang menggemparkan yang menimpa bayi malang itu menjadi tajuk utama akhbar di China dan Badan Kebajikan Xiamen menyumbangkan 5,000 yuan (RM 2,658) untuk penjagaan bayi terbabit.
Orang ramai yang mengetahui berita itu turut melawatnya di hospital dengan membawa pelbagai hadiah untuk bayi berkenaan. – Agensi
bayitercampak2
bayitercampak3
bayitercampak4

VIDEO PEMAIN BOLA HAMPIR MAUT MUKA TERHENTAK LUTUT PENJAGA GOL LAWAN !!!

VH1z_Ij-360
Satu kejadian ngeri yang mungkin boleh membawa maut berlaku di Liga Ukraine dimana ketua pasukan Dynamo Kiev, Oleh Husev telah mengalami kemalangan apabila mukanya terhentak lutut penjaga gol kelab Dnipro Dnipropetrovsk’s ketika mengejar bola.
Husev jatuh dan lidahnya terkeluar akibat dari pelanggaran tersebut sekaligus menghalang udara dari memasuki badannya. Salah seorang pemain lawan Jaba Kankava terus melakukan bantuan kecemasan. Bantuan tersebut berjaya membantu Husev untuk sedar dan seterusnya dibawa ke hospital.
Tengoklah video dibawah ini :-
Memang ngeri juga bila tengok pemain tu terlanggar dengan kaki penjaga gol. Memang merbahaya kalau tidak disedari oleh rakan-rakan. Satu semangat kesukanan yang amat baik oleh pemain lawan. Cuma mesti penjaga gol tu rasa serba salahkan.. Tapi dah memang tugas dia untuk menghalang pasukan lawan dari menjaringkan gol kan?

DIRAGUT KETIKA SEDANG SOLAT DI MASJID !!!

tabung masjid, curi, solat, mangsa ragut, raba dada, ambil kesempatan,

Kak Ani (kanan) melakonkan semula bagaimana bahu kirinya disentuh penjenayah ketika sedang menunaikan solat Isyak berjemaah di sebuah masjid di Chendering.

KUALA TERENGGANU – Sebelum ini, kita hanya mendengar duit tabung masjid dicuri, beg tangan dan barang berharga milik jemaah dilarikan ketika sedang solat, tetapi kejadian berbeza dialami seorang jemaah wanita di sebuah masjid di Chendering, di sini.

Dalam kejadian Sabtu lalu, kira-kira jam 8.40 malam, ibu empat anak itu nyaris menjadi mangsa ragut oleh penjenayah yang menutup muka dengan tuala ketika sedang menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan.

Menurutnya yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Ani, 52, ketika kejadian, dia bersama tujuh lagi jemaah wanita sedang bersolat di ruang solat tingkat bawah, manakala jemaah lelaki di ruang solat tingkat atas masjid.

“Disebabkan jemaah tidak ramai, jadi kami hanya membuat satu saf sahaja dan saya mengambil tempat di kedudukan paling tengah.

“Semasa kejadian, imam sedang membaca surah al-Fatihah untuk rakaat kedua. Ketika sedang khusyuk itu, tiba-tiba bahu saya sebelah kiri dicengkam dengan kuat sebelum leher diraba oleh penjenayah yang muncul dari arah belakang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Permint Jaya, Chendering, di sini, semalam.

Kak Ani berkata, terkejut dengan situasi itu, dia terus memalingkan muka dan mendapati seorang lelaki bertubuh sasa yang menutup muka dengan sehelai tuala berdiri di belakangnya.

“Saya menjerit sekuat hati kerana terkejut dan disebabkan jeritan saya itu, semua jemaah wanita terpaksa memberhentikan solat untuk membantu.

“Malah dua daripada mereka bertindak berani cuba mengejar penjenayah terbabit tetapi gagal,” katanya.

Jelasnya lagi, penjenayah yang mengenakan baju T dan berseluar jeans itu mungkin bukan sahaja berhasrat hendak meragut rantai leher dipakainya, tetapi turut mempunyai niat mengambil kesempatan untuk mencabul.

“Ini kerana, ketika dia mencengkam bahu, perbuatan awalnya lebih kepada meraba dada sebelum bertindak menarik rantai di leher.

“Tetapi apa yang saya musykilkan, bagaimana penjenayah itu tahu saya memakai rantai sedangkan semasa pergi ke masjid, saya terus memakai telekung sembahyang dan sememangnya tidak akan nampak barang kemas dipakai,” katanya.

Menurutnya lagi, walaupun insiden itu sudah berlalu beberapa hari, namun dia masih trauma.

“Setiap kali hendak solat, saya merasakan seperti ada orang di belakang walaupun hanya solat di rumah.

“Selepas kejadian, saya masih tidak berani ke masjid dan insyaALLAH, selepas semangat saya pulih dalam beberapa hari nanti, saya pasti akan menjadi salah seorang jemaah di masjid itu lagi,” katanya.

WANITA MENGANDUNG 7 BULAN MAUT DALAM KEMALANGAN !!!



JOHOR BAHRU: Seorang wanita sarat mengandung, maut selepas kereta yang dinaikinya dirempuh sebuah lori pasir, dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Masai Baru di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang ketika Noor Hayati Che Aziz, 30, yang mengandung tujuh bulan menaiki kereta jenis Proton Persona terbabit, bersama suami, dua anak dan adik lelakinya.

"Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu suami Noor Hayati, Mohd Faizal Rosli, 31, dari arah susur keluar pasar raya AEON Big menghala ke Taman Johor Jaya telah dilanggar dari arah tepi kiri bahagian penumpang oleh lori pasir itu yang muncul secara tiba-tiba dari arah Lebuh Raya Pasir Gudang menuju ke bandar raya Johor Baharu," katanya ketika dihubungi.

Sulaiman berkata akibat pelanggaran itu, kereta tersebut telah diseret kira-kira sejauh 20 meter yang menyebabkan Noor Hayati, dari Taman Air Biru dekat Pasir Gudang, mengalami cedera parah lalu meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail di sini.

Beliau berkata adik lelaki Noor Hayati, Nasarudin Che Aziz, 20, turut mengalami kecederaan dan dirawat di hospital yang sama manakala suami serta dua anaknya, Muhamad Farhan Danial, 6 serta Noor Fazliyana Dania, 5, tidak mengalami kecederaan.

Katanya pemandu lori pasir berkenaan bertindak melarikan diri dan polis sedang berusaha mengesannya.

AWANG ADEK DILANTIK SEBAGAI DUTA BESAR MALAYSIA KE AMERIKA SYARIKAT.


Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra, Datuk Dr Awang Adek, 59 tahun, menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, siang tadi.

Beliau yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, memperolehi ijazah Sarjana Muda Matematik dan Ekonomi, dari Universiti Drew, Amerika Syarikat, dan juga memegang ijazah Sarjana Ekonomi dan Doktor Falsafah Ekonomi dari Wharton School, Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Beliau pernah berkhidmat di USM sebagai pensyarah dan pernah memegang jawatan Penolong Gabenor Bank Negara dari tahun 1996 hingga 2001.

POLIS KELANTAN RAMPAS PIL KUDA HAMPIR RM1 JUTA !!!


KOTA BHARU - Polis menahan sepasang suami isteri bersama 39,399 biji pil dipercayai pil kuda yang dianggar bernilai hampir RM1 juta di Kampung Gual Tinggi, Rantau Panjang, semalam. 

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pasangan itu yang berumur 21 dan 25 tahun ditahan pada 2.45 pagi di rumah mereka oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan. 

"Pemeriksaan ke atas pasangan terbabit membawa kepada penemuan beberapa biji pil yang disyaki pil kuda.

"Setelah disoal siasat, suspek membawa polis ke tempat dadah disembunyikan yang mana kesemua dadah itu diletakkan di dalam sebuah tin milo dan sebuah tong plastik yang ditanam dalam tanah yang terletak di hutan belakang rumah suspek," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata pihaknya turut menyita wang tunai RM39,599 dan mata wang Thailand 9,000 Bath, serta sebuah kereta Proton Wira dan sebuah motosikal. 

Jalaluddin berkata dadah itu disyaki untuk diedarkan di seluruh Kelantan dan  ujian awal saringan air kencing kedua-duanya didapati negatif serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Beliau berkata pasangan itu direman selama seminggu bermula semalam untuk siasatan lanjut. 

Sementara itu, beliau berkata sehingga Jan hingga Mac tahun ini pihaknya menahan 239 pengedar dadah di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.    

"Pihak polis komited menangani kes pengedaran dadah di kawasan sempadan dan dalam tempoh berkenaan 1,582 tangkapan dilakukan dengan 60,215 pil kuda dirampas.

Dalam perkembangan lain, Jalaluddin berkata orang ramai dialu-alukan untuk hadir ke IPK Kelantan esok bagi memeriahkan Karnival Kesihatan Sepanjang Hayat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan dirasmikan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
   
"Ini merupakan program yang julung kali diadakan yang mana 53 kiosk kesihatan akan dibuka jadi orang ramai boleh hadir untuk melakukan pemeriksaan kesihatan," katanya. 
Bernama