ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Monday, 3 February 2014

DAP SUDAH MULA PERTIKAI AYAT SUCI AL-QURAN


Hebat puak-puak DAP ni..sampai ke teks khutbah jumaat pun mereka pantau...Yang puak-puak PAS pula apa cerita??? tak kan nak biarkan DAP sewenang-wenang pertikai maksud ayat suci Al-Quran yang disampaikan dalam khutubah Jumaat.


Anggota Parlimen Penampang Darell Leiking menuntut siasatan terhadap Jakim dibuat kerana dalam khutubah Jumaat yang disampaikan terkandung terjemahan ayat dari Surah Al-Baqarah yang berbunyi :
 “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).”
Darell berkata dakwaan Jakim itu serius kerana ia boleh mencetuskan permusuhan dan syak wasangka antara orang Islam dan bukan Islam di negara ini, yang jika dibiarkan berpotensi mendorong ke arah konflik agama besar-besaran di negara ini.

Manakala Lim Kit Siang pula dilapor melahirkan kekesalannya terhadap beberapa khutbah Jumaat itu yang dilihat sebagai sengaja meniup sentimen persengketaan agama.

Kit Siang berkata teks khutbah itu amat bertentangan dengan nada positif kerajaan BN untuk menerima tawaran PR agar perbincangan Konsensus Nasional diadakan.

4 ANAK PASANGAN DITAHAN DI SWEDEN TERIMA SURAT PENEMPATAN PERSEKOLAHAN.

Zahari Daud (kanan) selepas menyampaikan Surat Kelulusan Bersekolah kepada (dari kiri) Aishah, 14; Adam, 11; Ammar, 12 dan Arif, 7
KOTA BHARU: Empat anak kepada pasangan warga Malaysia yang ditahan di Sweden, boleh menyambung persekolahan di negeri ini pada bila-bila masa.
Jaminan itu diberikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan Zahari Daud ketika menyampaikan surat penempatan persekolahan kepada empat beradik itu di kampung Wakaf Tok Wali di sini tadi.
Katanya Aisyah Azizul Raheem, 15 akan bersekolah Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala manakala tiga adiknya akan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Padang Kala.

"Pemilihan sekolah ini dibuat berikutan kedudukan sekolah itu berhampiran dengan rumah ibu saudaranya,"katanya.
hm

ANWAR AKUI ADA BINCANG SOAL AMBIL ALIH JAWATAN MB !!!


BUKIT MERTAJAM 3 Feb - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku mengadakan perbincangan dengan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengambil alih jawatan Menteri besar sekiranya menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Penasihat PKR itu berkata, beliau perlu memenangi PRK tersebut sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai pengambilalihan jawatan tersebut.

"Jika seseorang itu boleh menjadi Ahli Parlimen di Sarawak dan ADUN di Sabah atau sebaliknya, saya tidak rasa menjadi Ahli Parlimen di Permatang Pauh dan ADUN Kajang menjadi masalah," katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Jelas Anwar, beliau akan terus menunaikan tanggungjawabnya di Permatang Pauh sungguhpun memenangi kerusi DUN kajang.

Dalam sidang media berasingan di Alor Setar, Anwar kemudiannya menafikan dakwaan sumber mengatakan terdapat perjanjian bersama Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengeluarkan Azmin Ali dari Dewan Undangan Negeri Selangor dengan megarahkan beliau meletakkan jawatan.

Katanya, beliau tidak mengetahui sebarang berita yang mendakwa Azmin akan mengosongkan kerusinya selepas ADUN Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan.

Ujarnya lagi, perletakan jawatan Lee adalah di atas kerelaannya sendiri tanpa campur tangan pihak ketiga.

TRAGIS !~!~! BUDAK 6 TAHUN MAUT DIHEMPAP DINDING KONKRIT !!!

Fadzilah (kiri) dan Suhaini (kanan) melihat kawasan mangsa bersembang dengan sepupunya sebelum dihempap serpihan dinding.
TUMPAT - Sambutan kenduri Maulidur Rasul bertukar menjadi majlis tahlil selepas seorang kanak-kanak di Kampung Geting di sini, maut dihempap serpihan konkrit bangunan lama ketika bermain di kawasan berkenaan, hanya lima meter dari rumahnya, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Muhammad Amirul Haikal Mohd Nor, 6, dipercayai sedang duduk bersembang bersama lima sepupunya di kawasan terbabit sebelum serpihan dinding berukuran dua meter jatuh menimpa mangsa.

Menurut ibu saudaranya, Fadzilah Mahmad Wi, 35, dia ketika itu duduk di muka pintu rumah keluarga Muhammad Amirul Haikal dan hanya memerhatikan gelagat mangsa bersama sepupunya bersembang di kawasan rumah terbakar yang juga kediaman nenek mangsa sebelum ini.

"Tiba-tiba serpihan dinding, kesan rumah ibu yang terbakar empat tahun lalu, jatuh menimpa kepala serta badan Muhammad Amirul Haikal.

“Saya tidak sempat buat apa-apa kerana tergamam melihat kejadian berlaku betul-betul di depan mata dan saya hanya mampu menjerit meminta tolong selamatkan dia daripada runtuhan dinding itu,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga mangsa, semalam.

Menurutnya, kejadian berlaku sekelip mata dan dia hampir pengsan melihat keadaan mangsa yang berlumuran darah di kepala, telinga dan hidung.

"Muhammad Amirul Haikal langsung tidak menangis dan tidak memberi tindak balas selepas dihempap runtuhan itu.

“Tidak sangka kejadian ini pula yang berlaku. Majlis untuk Maulidur Rasul yang sepatutnya diadakan semalam bertukar hiba dengan majlis tahlil,” katanya.

Dalam pada itu, Fadzilah berkata, ketika kejadian, bapa mangsa, Mohd Nor Mahmad Wi, 37, sedang berbual dengan jiran berdekatan.

Menurutnya, selepas melihat kejadian menimpa anak sulungnya itu, Mohd Nor terus merangkul tubuh mangsa yang berlumuran darah untuk dibawa ke hospital.

"Sebelum kejadian, hampir semua keluarga sedang sibuk berkumpul di rumah adik Mohd Nor untuk menganjurkan majlis Maulidur Rasul dan mengadakan kenduri doa selamat.

"Majlis ini berikutan ibu, Halimah@Fatimah Salleh, 68, yang tinggal bersama dua cucu termasuk mangsa, ibu mangsa, Suhaini Ibrahim, 28, dan adik mangsa, Muhammad Danish, 3, berpindah ke rumah berkenaan yang juga kediaman Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sejak dua minggu lalu," katanya.

Suhaini berkata, tiga hari sebelum kejadian, mangsa bermimpi sesuatu yang mengerikan namun hanya bangun basuh kaki dan tidur semula.

“Dia ada mimpi takut katanya, tetapi tidak menyatakan tentang mimpinya itu, sebaliknya mendiamkan diri sahaja dan kelakuannya berubah apabila selera makannya juga turut bertambah.

“Saya redha dengan apa yang berlaku ini. Saya mendoakan agar dirinya dicucuri rahmat dan rohnya tenang di sana,” katanya dalam nada sebak.

Jenazah Allahyarham Muhammad Amirul Haikal selamat dikebumikan di Tanah perkuburan Kampung Neting, kira-kira jam 1 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas mengalami kecederaan parah dan pendarahan di otak.

SH

PENGAKUAN REMAJA PEREMPUAN DITIDURI RAMAI LELAKI !!!



Dari Blog Mazidul Akmal untuk tatapan bersama dan ambil la sebagai pengajaran…

Sejurus tamat menemubual ‘Liana’, 13 dan ‘Rose’, 16 tahun, tergambar di minda saya betapa sukarnya membesarkan anak perempuan pada zaman ini

Liana (kiri) dan Rose (kanan)

Mereka berdua berasal dari Pasir Gudang, Johor.

“Jun tahun lepas saya mengikut kawan berjumpa dengan kawan lelaki dia. Masa itu umur saya 12 dan kawan, 14 tahun. Kawan lelaki dia, 21 tahun ajak kami berdua naik kereta dan kemudian dia bagi alasan hendak balik ke rumah bujang sekejap, kononnya untuk menukar baju. Sampai di rumah, dia bagi saya minum air kosong. Saya mabuk dan pengsan. Bila tersedar berada dalam keadaan bogel dan dia rogol saya, sakit sangat. Selepas itu dia rogol kawan saya,” jelas Liana.

Kes terbabit dilaporkan kepada polis.

“Emak meninggal dunia, ayah kahwin lain. Sekarang saya tinggal dengan 5 adik beradik asal, 2 adik beradik tiri, ayah dan ibu tiri, 10 orang semua tinggal serumah,” tambahnya lagi.

“Awak ada berapa orang boyfriend?,” soal saya kepada Rose.

Dia tersipu, malu. Tubuhnya agak gempal membuatkan dia tidak kelihatan seperti remaja berusia 16 tahun lain.

Mereka berdua ditahan pihak polis kerana didapati merayau-rayau di kawasan pantai pada jam 2 pagi.

“Rose, cakap sahajalah,” desak Liana.

Mereka berdua rakan baik.

“Ramai,” balas Rose, ringkas.

“Ramai, berapa orang?,” tanya saya lagi.

“Tiga puluh satu!,” celah Liana lagi.

Rose langsung tidak membantah dan hanya tersenyum.

“Saya memang tidak berdara lagi sebab kena rogol, dia pula main (melakukan hubungan seks) dengan boyfriend dia, tanyalah,” ujar Liana petah.

“Ok! Ok! Awak ada 31 boyfriends, berapa orang main dengan awak dan berapa umur dia orang?,” soal saya kepada Rose.

“Satu, umur 18 tahun, satu lagi 26 tahun, dia orang paling special di kalangan ramai. Boyfriend18 tahun, siang kerja kelindan lori, malam, kerja kedai makan. Satu lagi, saya tak tahu dia kerja apa, baru kenal kurang sebulan,” jelas Rose.

Rose, anak tunggal dan ibunya kini bertugas sebagai pengawal keselamatan, bercerai dengan ayahnya sebelum ini.

“Saya berhenti sekolah selepas darjah 6 sebab jaga emak, dia sakit masa itu,” ujar Rose.

“Emak kamu tahu ke kamu di balai polis sekarang?,” tanya saya.

“Tahu. Dia cakap, padan muka!,” katanya sambil tersenyum.

Peredaran zaman mengubah cara kehidupan.

TERKINI : SEMAK KEPUTUSAN PENERIMAAN BR1M 2014 !!!


Semakan status permohonan penerima BR1M 2014 akan hanya boleh disemak secara 3 kaedah dan tarikh semakan akan dibuka pada Februari 2014 . Kepada semua penerima dan pemohon BR1M, duit akan dimasukkan terus ke akaun penerima mulai Februari.

Walaubagaimanapun ada penerima yang masih layak menerima secara baucer jika keadaan terlalu uzur sehingga tidak mampu pergi ke bank atau jalur pada tangan sudah hilang.

Mereka layak menerima bayaran tunai dengan cara berikut. Pemohon atau penerima mesti membuat permohonan dan mengisi borang yang disediakan di Pejabat daerah atau terus ke Kaunter LHDN berdekatan.

Cara-Cara Semak Keputusan Pemohonan BR1M 2014
KaedahInfo
Telefon1-800-88-2716 - Talian ini dibuka mulai 9.00 pagi sehingga 5.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja.
Emailbr1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my – Pemohon atau Penerima harus sertakan maklumat seperti nombor kad pengenalan dan nama penuh bagi memudahkan semakan. Email akan dibalas dalam masa 2-4 hari waktu pejabat.
Semakan hanya boleh dibuat mulai Februari 2014. Pembayaran BR1M 3.0 hanya akan dibuat melalui akaun simpanan pribadi milik individu. Akaun Tabung Haji atau Amanah Saham Bumiputra (ASB) tidak dibenarkan. Oleh itu sila pastikan maklumat kemaskini akaun bank anda adalah “valid”

Sunday, 2 February 2014

TERESA KOK PEMIMPIN DAP YANG BIADAP DAN KURANG AJAR !!!


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga merupakan rakyat Sabah, melahirkan rasa kesal terhadap video Teresa Kok dan wajar diambil tindakan segera. Baca setereusnya...

Video itu turut memaparkan seorang tetamu yang mempersendakan masyarakat Lahad Datu, khususnya dalam menarik pelancong ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Sementara itu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata, pihaknya akan menyiasat sama ada kandungan klip video bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014 Video Clip' berbaur fitnah, hasutan atau sebaliknya. Baca seterusnya...


PERKENALAN ALAM MAYA MENGUNDANG PADAH YANG AMAT MEMALUKAN !!!



KOTA BHARU - Majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi kenangan manis seumur hidup bertukar menjadi pengalaman pahit buat seorang pensyarah institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Malang buatnya apabila bakal suaminya itu tidak muncul-muncul pada hari pernikahan mereka kelmarin, menyebabkan keluarga terpaksa menukar majlis menyambut menantu kepada majlis sambutan Maulidur Rasul.

Pensyarah tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Yaya (bukan nama sebenar), 28, berkata, pernikahannya sepatutnya berlangsung di sebuah masjid di Pengkalan Chepa di sini, jam 3 petang, namun pengantin lelaki tidak muncul selepas tiga jam menunggu.

Kejadian itu menyebabkan dia bukan sahaja trauma dan hilang keyakinan diri, malah ahli keluarganya mengalami kerugian hampir RM60,000.

Menurutnya, dia mengenali bakal suaminya itu melalui laman website mencari jodoh pada Mei tahun lalu dan mereka juga pernah beberapa kali keluar bersama.
Pengantin lesap, rugi RM60,000, pengkalan chepa, kota bharu, info, berita, majlis kahwin tukar kepaa majlis Maulidur Rasul
Yaya menunjukkan cincin yang diberikan ketika merisik.
Kenal lima bulan

“Saya malu dengan kejadian ini kerana ia melibatkan maruah keluarga. Saya langsung tidak menyangka dia sanggup menipu. Kami pernah beberapa kali bertemu dan saya percayakannya walaupun baru mengenalinya dalam tempoh lima bulan sebelum majlis merisik.

“Sebelum ini juga dia mengaku bujang dan bekerja di salah sebuah syarikat swasta terkenal di Baling, Kedah,” katanya.

Yaya mendakwa, sebelum majlis akad nikah, dia dipujuk lelaki terbabit untuk memasukkan sejumlah wang selepas lelaki tersebut memberikan alasan ia diperlukan untuk persediaan perkahwinan dan wang hantaran.

“Saya memasukkan wang dua kali. Mula-mula RM10,000 dan sekali lagi sebanyak RM15,000 setelah mengetahui dia mempunyai banyak komitmen. Tidak terlintas dalam fikiran saya yang dia akan bertindak begini," katanya yang mengakui lelaki itu adalah cinta pertamanya.

Menceritakan semasa majlis pernikahan itu, beberapa ahli keluarga terdekat mencari lelaki terbabit di rumah ibu bapanya di sebuah kampung di pinggir Kota Bharu namun hanya ibu bapa lelaki itu sahaja yang muncul.

“Dia tiada di rumah, hanya ibu bapa sahaja yang ada tetapi mereka bersikap seolah-olah tiada apa yang berlaku. Bapanya beritahu anaknya telah berkahwin dan tidak mempunyai kerja tetap.

“Kalau betul sekalipun, sepatutnya hal ini dibincangkan dan bawa berunding kerana ia melibatkan maruah keluarga,” katanya yang kehilangan ayah pada 1999.

Yaya mengakui amat sedih dengan kelakuan bakal suaminya itu yang tidak memberitahu perkara sebenar sejak awal lagi sehingga keluarganya telah membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka.

Pengantin lelaki gagal dihubungi

Sementara itu, abang mangsa, Man (bukan nama sebenar), 38, berkata, laporan polis dibuat selepas lelaki itu gagal dihubungi dan malu kerana ia melibatkan maruah keluarga.

"Saya sudah mengesyaki ada sesuatu tidak kena apabila dia meminta adik memasukkan RM25,000 untuk persiapan perkahwinan mereka, namun saya masih lagi berfikiran positif.

“Kira-kira jam 11 pagi kelmarin (Jumaat), kami menunggu pengantin lelaki yang berjanji untuk menghantar borang perkahwinan, namun sehingga jam 5 petang, dia tidak hadir menyerahkan borang mahupun muncul pada  majlis nikah sedangkan kami telah menyediakan jamuan dan memanggil imam masjid untuk akad nikah,” dakwanya.

Menurutnya, majlis kenduri terpaksa diteruskan kerana kad perkahwinan telah diedarkan dan jemputan dibuat sejak dua bulan lalu.

Ibu mangsa yang enggan dikenali pula berkata, dia tidak menyangka bakal menantunya itu sanggup memalukan anak perempuannya.

"Saya merestui hubungan mereka tetapi tidak sangka begini jadinya. Mereka mengenali antara satu sama lain selama lima bulan dan tarikh 1 Februari ini dipilih sempena hari lahir bakal suami anak saya.

“Semasa merisik, ibu bapanya datang pada waktu malam (sepatutnya selepas solat Asar) dengan hanya sebuah kereta dan dari situ, kami rasa pelik. Mereka memberikan alasan kereta rosak tetapi kami masih menerima dengan baik dan fikir positif tetapi begini akhirnya. Kami bukan berkira pasal duit tetapi ini melibatkan maruah," katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan akan menjalankan siasatan lanjut.
SH

SAMUN BERSENJATA DI RESTORAN JM BERIANI, SUBANG JAYA !!!


PETALING JAYA - Seramai 10 pelanggan yang sedang menikmati makan malam di sebuah restoran nasi beriani terkenal di Subang Jaya dekat sini tersentak apabila disamun sekumpulan penyamun bersenjata sebilah parang dalam kejadian samun Rabu lalu.

Difahamkan, dalam kejadian pukul 9.15 malam itu empat lelaki dipercayai warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an bertopi keledar tiba-tiba masuk ke dalam restoran itu lalu menghampiri pelanggan sebelum bertindak menyamun dengan parang.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikirim satu sumber, tiga daripada empat suspek terbabit mengugut mangsa menyerahkan wang tunai dan telefon bimbit milik mereka.

"Salah seorang suspek pula datang ke kaunter dan mengambil wang daripada mesin juruwang sebelum kesemua mereka bertindak melarikan diri.

"Nilai kerugian melibatkan wang tunai dan telefon bimbit pelbagai model yang disamun dianggarkan berjumlah RM8,000," katanya lagi.

3 KAMERA TERSEMBUNYI DALAM TANDAS PEKERJA WANITA HOSPITAL BENTONG !!!

Gambar Hiasan


Bentong: Tiga kamera tersembunyi yang ditemui di tandas kakitangan wanita Hospital Bentong di sini, baru-baru ini, berkemungkinan besar dipasang oleh orang dalam atau petugas hospital itu sendiri. 

Ia berikutan tandas yang terletak di bahagian kecemasan itu hanya boleh digunakan kakitangan hospital. Orang awam tidak dibenar menggunakannya bagi mengelakkan kesesakan. 

Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Norhizan Ismail, berkata kamera tersembunyi itu dikesan oleh seorang kakitangan wanita hospital berkenaan yang ternampak cahaya yang lazimnya dikeluarkan oleh kamera. 

“Peralatan itu terletak di bawah sinki. Pemeriksaan lanjut oleh kakitangan wanita terbabit menemui dua lagi peralatan serupa di lokasi berlainan di tandas.
sumber