ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Sunday, 2 February 2014

ALLAH SWT MENJAWAP PERTANYAAN IBLIS LAKNATULLAH !!!


Anas bin Malik r.a. berkata: Iblis telah bertanya pada Allah, katanya : "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku."

Firman Allah: "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas."

Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?"

Firman Allah: "Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?"

Firman Allah: "Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?"

Firman Allah: "Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta."

Iblis bertanya:"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?"

Firman Allah: "Azan untukmu ialah seruling."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?"

Firman Allah: "Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku."

Iblis Bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?"

Firman Allah: "Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan."

Iblis bertanya:"Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?"

Firman Allah: "Perangkap bagimu ialah wanita."

Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?"

Firman Allah: "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya."

Sabda Rasulullah saw : " Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan."

(Hadis Riwayat Muslim)

Sumber : Detik Islam

11 KHASIAT GARAM DALAM PERUBATAN ISLAM


Ini ada beberapa petua penggunaan dan khasiat garam...

1. Merendam kerang supaya hilang tahinya.Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

4 .Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.

5 .Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan minum sebelum memulakan perjalanan.

6 .Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

8 .Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.

Nota : sila gunakan garam kasar/bukit untuk kesan lebih baik... garam mesin sudah bercampur kimia dan tidak elok serta menjadi punca darah tinggi.

PIALA FA 2014 : VIDEO PERTENGKARAN ANTARA STAFF KEJURULATIHAN JOHOR JDT & T-TEAM.




Mengikut satu post status di facebook page T-Team FC,pemain import T-Team iaitu Evaldo Goncalves ditumbuk di muka dan menyebabkan pendarahan pada bahagian hidung beliau manakala jurulatih kecergasan T-Team FC iaitu Stefano disepak pada bahagian kemaluan oleh pengurusan tertinggi JDT semasa menuju ke bilik persalinan.

Namun,hal ini belum disahkan kebenarannya oleh pihak yang bertanggungjawab iaitu FAM. Diharap siasatan segera dapat dijalankan dan FAM patut mengambil tindakan tegas sekiranya hal ini betul-betul terjadi kerana ini boleh mencemarkan imej sukan bola sepak negara kita.

Pertemuan JDT, T-Team batal?

PERLAWANAN antara Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team di separuh masa kedua Piala FA di Stadium Larkin terpaksa dihentikan ekoran pasukan T-Team memboikot perlawanan dan pulang awal.

Punca ketidakpuasan hati pasukan T-Team masih tidak dapat dipastikan lagi.
Bagaimanapun difahamkan ketidakpuasan hati pasukan T-Team berpunca setelah berlaku sedikit pertelingkahan melibatkan jurulatih JDT dan pegawai dari T-Team ketika menuju ke bilik persalinan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga cuba menenangkan keadaan, namun pasukan T-Team tetap enggan meneruskan perlawanan.

Dalam perlawanan itu, JDT tengah mendahului 2-1 di separuh masa pertama.
Sementara itu, juara Piala Malaysia, Pahang melangkah ke suku akhir Piala FA selepas menumbangkan wakil Singapura, LionsXII 2-1 dalam perlawanan pusingan kedua di Stadium Jalan Besar.

Mohd Hafiz Kamal membuka jaringan Tok Gajah pada minit ke-51, sebelum Azidan Sarudin menggandakan kedudukan 2-0, empat minit kemudian.

Gol tunggal tuan rumah pula dijaringkan oleh Safuwan Baharudin, empat minit sebelum tamat permainan.

Pahang kini akan berdepan pemenang di antara PBAPP dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan berentap di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang Selasa depan.
-Sinar

KHALID IBRAHIM AKUI SELANGOR DIPERALATKAN OLEH ANWAR IBRAHIM !!!


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan negerinya diperalatkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai batu loncatan untuk mencapai cita-cita beliau menduduki kerusi di pejabat perdana menteri di Perdana Putra, Putrajaya dan bukan mensasarkan jawatan yang disandangnya.
“Sebenarnya Anwar melihat melangkaui jawatan MB. Di penghujung cerita, matlamat ialah peringkat Persekutuan dengan menjadikan Selangor sebagai batu loncatan,” katanya pada Khamis.
Sehubungan itu, kata Khalid, beliau tidak mahu terlalu memikirkan soal perubahan menteri besar, termasuk spekulasi Anwar mahu mengambil alih jawatan yang sedang disandang beliau itu buat masa ini, tetapi ingin menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang dahulu.
Dalam pemikiran beliau sekarang kombinasi pengalaman korporat yang dimilikinya dan pengalaman mentadbir kerajaan yang ada pada Anwar akan memberikan “head-start” (permulaan yang baik) untuk mencabar Putrajaya.
Khalid juga menegaskan buat masa ini beliau tidak merancang untuk meletakkan jawatan.
“Apa sahaja yang hadir selepas pilihan raya ini nanti, kita akan bincangkan di peringkat Pakatan.” katanya dalam wawancara yang dikendalikan wartawan BFM dan The Edge yang disiarkan media rasmi kerajaan negeri Selangorkini.
Wawancara berkenaan dibuat di tengah-tengah kemelut konfrantasi beliau dengan ketua PKR Selangor Azmin Ali serta ura-ura rancangan untuk menggantikan beliau sebagai menteri besar semakin kuat ekoran perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Kajang, Lee Chin Cheh.
Ditanya sama ada beliau mempunyai sokongan untuk terus mengetuai kerajaan Selangor daripada PAS dan DAP, Khalid dengan yakin mengiyakannya
“Ya, saya mempunyai sokongan buat masa ini. Parti (PKR) pula terpaksa pasrahlah,” jawap beliau sambil ketawa.
Dalam wawancara itu juga, Khalid turut menyentuh mengenai kejayaan pentadbiran pakatan pembangkang membina rizab negeri yang kukuh.
“Sekarang kita bukan sahaja boleh bercakap mengenai idea tetapi juga mempunyai wang untuk menterjemah idea itu kepada bentuk fizikal.
“Takkan kita mahu berharap dan bercakap sahaja? Bagi saya, politik harus lebih daripada sekadar retorik, kerana retorik tidak boleh mengenyangkan perut.
“Pertama, dapatkan dahulu duit yang perlu. Kemudian barulah fikir nak makan apa,” kata Khalid yang mendakwa pengumpulan rizab itu perlu dilakukan kerana kerajaan Persekutuan tidak akan meminjamkan dana yang diperlukan Selangor.

Saturday, 1 February 2014

SUAMI TETAK BANGLA CUBA ROGOL ISTERI !!!

Gambar Hiasan

Alor Star, Seorang lelaki warga Bangladesh yang cuba merogol seorang wanita berusia 50 tahun cedera di kaki kanan akibat ditetak oleh suami mangsa dalam kejadian di Kampung Teluk Wanjah di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, suspek berusia 40 tahun itu dipercayai tiba-tiba masuk ke dalam rumah mangsa melalui pintu hadapan dan merentap pakaian serta cuba merogol mangsa.

Mangsa cuba mempertahankan dirinya dan menjerit meminta pertolongan suaminya berusia 62 tahun yang ketika itu sedang mengupas buah kelapa di belakang rumah.

Suami wanita itu yang meluru masuk ke dalam rumah untuk membantunya terpaksa bergelut dengan lelaki itu dan suspek bertindak kasar dengan menumbuk bahagian dada suami wanita itu sehingga terjatuh.

Sewaktu pergelutan suami mangsa menetak lelaki tersebut pada bahagian kaki kanan dengan menggunakan parang yang digunakan untuk mengupas kelapa.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikan sebagai cubaan merogol dan kes disiasat mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan.

Suspek yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bernama

KEDUDUKAN KHALID SEBAGAI MB DIBINCANG SELEPAS PRK KAJANG !!!


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, parti itu hanya akan membincangkan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dengan PAS selepas pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Ketika ditemui selepas beliau menunaikan solat di Masjid Qariah Batu 10 di sini, Azmin bagaimanapun berkata, PAS telah bersetuju untuk membantu mendapatkan sokongan bagi calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PAS dilaporkan tidak berpuas hati ke atas peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)-PKR Kajang, Lee Chin Cheh secara tiba-tiba yang telah memaksa pilihan raya kecil diadakan di kawasan itu.
Parti Islam itu, terutamanya Dewan Ulama turut membidas PKR terhadap dakwaan percubaan untuk menggugurkan Khalid sebagai Menteri Besar sekiranya Anwar memenangi PRK itu.
“(Mesyuarat itu) amat memberangsangkan. Ramai pemimpin PAS termasuk (Setiausaha PAS negeri) Khairuddin Osman dan Ahli Parlimen PAS-Hulu Langat, Che Rosli Che Mat menunjukkan sokongan mereka kepada kami.
“Saya juga mengadakan mesyuarat ringkas dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan akan bertemu pengerusi DAP Selangor, Tony Pua. Kami juga akan mempunyai siri perbincangan untuk mengukuhkan jentera kita di kajang,” katanya.
Ditanya sama ada perbincangan mereka menyentuh mengenai kedudukan Menteri Besar, Azmin yang juga Ketua PKR negeri berkata, “Tidak apa-apa lebih dari itu.”
“Kita akan lihat (apa yang berlaku) selepas itu. Kita mahu memastikan Anwar dan Pakatan memperoleh majoriti yang lebih besar dalam pilihan raya kecil ini. Itu yang akan menjadi tumpuan kita sekarang,” katanya

LUAHAN HATI USTAZ MOKHTAR (DUP PAHANG)


TITIPAN SEORANG PEMUDA SELANGOR :
“Bersabarlah duhai sahabat-sahabatku Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor…

“Di saat getir, di saat kritikal, di kala sengsara, kalian dikerah membantu, Unit Amal kalian dikerah mengawal keselamatan pimpinan termasuk PKR dan DAP…

“Di saat pimpinan dah balik tidur, kalian bersengkang mata mengawal segala…Di saat PR Selangor berjaya! Kalian masih menjaga keselamatan di pusat kiraan undi…
Kalian ada di mana-mana… di demonstrasi? 
Unit Amal Pemuda PAS tak perlu dicerita!
Kalian berada di lokasi ceramah tak kira siapa penceramahnya!
Bukan hanya hadir buat-buat sibuk bila De Facto Leader yang tiba!

“Tapi apabila Pemuda PAS Selangor hanya memohon satu penjelasan…

“Satu pertanyaan ikhlas..
“Mengapa diletakkan jawatan sewenang-wenang?”

“Terussss!! kalian dihina oleh mereka yang dulu mengaku kawan!
Hilang terus segala jasa Dewan…
Hatta yang tak duduk di Selangor pun turut tumpang secawan?
Macam usaha menang Selangor dulu depa kerja perseorangan?

“Tabahlah duhai sahabat2 Dewan Pemuda PAS Selangor kecintaanku..
Bukan redha manusia yg kita cari…
Apatah lagi redho De Facto Leader yg kita tak impi..

“Hanyalah redha Ilahi…

“Takbir!! – albaluni,”

LUAHAN dalam laman sosial Ustaz Mokhtar Dup Phg.

KRONOLOGI LENGKAP KES BUNUH & CEDERAKAN ANAK SENDIRI DI BANDAR BARU BANGI !!!



Agak menyedihkan apabila seorang anak mati di tangan bapa kandungnya sendiri. 

Kejadian menyedihkan berlaku apabila seorang bapa telah mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi.

Kronologi Kes Bunuh di Bandar Baru Bangi



Pukul 4:00 petang : Khadijah (15 tahun) bersama abang sulungnya (18 tahun) berada di tingkat atas rumah teres ( 2 tingkat) telah terdengar jeritan daripada tingkat bawah dan mendapati bapanya (suspek) sedang memegang sebilah parang dan beliau terus mendapatkan abangnya. 

Kedua-dua mereka turun bawah mendapati 2 adik perempuan mereka berusia (12 tahun) dan (10 tahun) dalam keadaan berlumuran darah di badan manakala adik perempuan bongsu 7 tahun (si mati) terbaring di atas katil bilik bawah. Suspek pada masa itu dipercayai telah melarikan diri melalui pintu belakang. Seterusnya penama (khadijah) telah hubungi polis.

Pukul 4:15 petang : Norazman Mohammad mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari. 

Anak perempuan Norazman Mohammad berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah.

Pukul 4:19 petang : Semasa sedang bertugas, anggota Gerakan Kajang telah terima panggilan MERS daripada seorang perempuan bernama Khatijah beritahu ada pergaduhan satu tempat kejadian dan telah bergegas ke tempat kejadian dengan kenderaan MPV 206 ke lokasi kejadian. Di lokasi kejadian, ada kesan darah di dalam rumah, dan mendapati ada 3 kanak kanak Melayu telah mengalami pendarahan di bahagian badan. 

Dimana salah seorang mangsa ini telah meninggal dunia. Ambulan hospital kajang telah di hubungi ke lokasi.

Soalsiasat secara lisan isteri suspek (42 tahun) kerja sebagai pegawai penyelidik di TM Cyberjaya memberitahu suspek tidak bekerja sejak 1 tahun lepas dan sejak kebelakangan ini seperti hadapi tekanan perasaan walaubagaimanapun isteri tidak pernah bertanya sebabnya.

Pasangan suami isteri telah berumahtangga sejak 19 tahun lalu mempunyai 6 org anak berusia antara 18 hingga 7 tahun. (Sulung (L – 18 tahun) , kedua ( L – 17 tahun), ketiga (P – 15 tahun), keempat (P – 12 tahun) , kelima (P- 10 tahun) dan Bongsu (P – 7 tahun). Telah tinggal di rumah sekarang sejak 11 tahun lepas.

Mangsa cedera adalah 2 anak perempuan umur 12 tahun dan 10 tahun kini sedang mendapat rawatan di Hospital Kajang. 

Manakala simati adalah anak bongsu pasangan ini. Kecederaan jelas pada bahagian leher.

Sejurus kejadian dimaklumkan ops kesan telah dilakukan dan berjaya tangkap suspek di bahagian belakang rumah kawasan semak di mana suspek sedang bersembunyi dalam keadaan kepalanya cedera (berdarah) dan ada 1 ketul batu bata ada kesan darah 25 meter daripada lokasi suspek ditemui.

Suspek yang bersenjatakan sebilah parang mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari. Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek.

FAEKAH BIDAS ANWAR !!!

Faekah antara nama yang selalu menjadi bahan politik di Selangor , beliau yang menjadi orang kuat Khalid selama ini sering kali di hentam dan di serang bertubi-tubi oleh kem Azmin sebelum ini. Namun Faekah seperti biasa tetap setia bersama Khalid.

Dalam kekecohan yang kini sedang melanda struktut organisasi pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang paling memalukan dalam sejarah politik negara , Faekah sekali lagi bikin panas apabila mempersoalkan sejauh mana nafsu Anwar Ibrahim !

Maklumlah tua kemaruk tu punya nak berkuasa sampaikan sanggup jadi BARUA kepada penyokong dan ahli sendiri.


SUAMI DURJANA : SANGGUP KAPAK KEPALA & RANTAI LEHER ISTERI GARA-GARA ISTER GAGAL BERIKAN WANG !!!

Leher mangsa cedera kerana dijerut dengan rantai. Gambar kecil: Lelaki yang dikehendaki polis untuk bantu siasatan.
Kota Bharu: Sudahlah dipukul dengan menggunakan bahagian belakang kapak di kepala, lehernya pula dirantai dan dikunci dengan mangga seperti hamba.
Begitu nasib seorang suri rumah bersuamikan 'lelaki gila' berusia 26 tahun yang menghukumnya hanya kerana gagal memberikan wang seperti yang diminta dalam kejadian di Kampung Temusu, Limbat di sini, semalam. 
Dalam kejadian jam 7 petang itu, mangsa berusia 21 tahun hanya dapat diselamatkan selepas bapa mangsa menghubungi polis. 

Ibu kepada dua anak termasuk seorang anak perempuan yang baru berusia 50 hari mengalami luka di kepala, leher serta lebam di bahagian badan dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Bagaimanapun, suaminya melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis.
Mengimbas detik cemas itu, mangsa berkata, sebelum kejadian, suaminya yang baru pulang ke rumah meminta wang daripadanya. 

Katanya, dia memberitahu suaminya dia tidak mempunyai wang sebelum diarahkan supaya mencari wang untuknya. 


"Saya pergi ke rumah rakan untuk meminjam wang, namun tidak berjaya kerana rakan juga tidak mempunyai wang. 


"Kerana ketakutan, saya menghubungi bapa untuk meminta pertolongan sebelum pergi ke rumah ibu saudara yang terletak berhampiran dengan rumah rakan itu," katanya ketika ditemui di HUSM, di sini hari ini. 


Menurutnya, suaminya tiba-tiba bertindak menyerangnya dengan kapak sebelum belakang senjata tajam itu mengenai kepalanya. 


"Saya nekad melarikan diri menerusi pintu dapur rumah itu, namun ditendangnya sehingga terjatuh. Saya bangun dan lari masuk ke dalam rumah sebelum terjun menerusi tingkap rumah itu untuk menyelamatkan diri. 


"Dia bagaimanapun berjaya menangkap saya dan mengheret saya balik ke rumah sebelum merantai leher dengan rantai besi dan dikunci dengan mangga untuk mengelakkan saya melarikan diri," katanya. 


Menurutnya, bapanya yang mengetahui kejadian itu menghubungi polis untuk meminta bantuan. 


"Dia melarikan diri sebelum polis tiba," katanya yang berkahwin dengan suaminya sejak tiga tahun lalu. 

Mangsa berkata, suaminya sudah empat bulan tidak bekerja dan dia yang menanggung keluarga dengan mengambil upah melakukan pelbagai pekerjaan ringan. 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman suspek kini giat diburu untuk membantu siasatan. 


"Polis sedang memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Kita minta dia menyerah diri. 


"Siasatan awal suspek mempunyai dua rekod jenayah membabitkan dadah dan ugutan jenayah" katanya.

Bernama