ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Friday, 3 January 2014

TERBAIK DARI MB TERENGGANU !!! VIDEO DATO' MAT SAID BANTU MANGSA KEMALANGAN .

Sekali lagi Menteri besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said menunjukkan dirinya yang berjiwa rakyat dan tidak kedekut untuk membantu sesiapa dalam keadaan apa sekali. 

DS MB Terengganu secara spontan membantu mangsa kemalangan semasa beliau kebetulan lalu menghala ke Seri Bandi Kemaman. 

Mangsa juga dihantar ke hospital dengan kenderaan DS MB sendiri.

PELAJAR SEKOLAH BELASAH GURU DENGAN KERAMBIT DIBURU POLIS !!!


Kuala Perlis: Seorang pelajar Tingkatan Lima menjadi buruan polis, selepas mencederakan muka guru dengan kerambit, hanya kerana berang ditegur sebab hadir dengan gaya rambut punk pada hari pertama persekolahan, semalam.

Kejadian bermula jam 7 pagi semalam, ketika guru berusia 50 tahun itu mengawasi kehadiran di pintu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Perlis, sebelum menegur gaya rambut punk berwarna pelajar terbabit kerana menyalahi peraturan.

Teguran itu membuatkan pelajar berusia 17 tahun terbabit berang sebelum beredar dari situ. Kira-kira 30 minit kemudian, dia kembali semula ke sekolah sambil ditemani ibunya dan bersemuka dengan guru berkenaan.

Susulan pertengkaran yang tercetus ketika pertemuan itu, pelajar terbabit secara tiba-tiba mengeluarkan kerambit sebelum menyerang muka guru berkenaan.

Serangan luar dugaan itu gagal dielak guru berkenaan, apabila hayunan kerambit pelajar terbabit mencederakan kening kanannya hingga menyebabkan pendarahan dan mangsa terjatuh di tempat kejadian.
Ibu pelajar berkenaan yang tidak sempat menghalang serangan, turut memarahi anaknya kerana perbuatan ganas itu, sebelum bergegas meninggal lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa, berkata pelajar terbabit turut melarikan diri dari sekolah.

Beliau berkata, guru berkenaan kemudian mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Perlis yang terletak berdekatan sekolah sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Perlis.

“Polis sedang menjejaki pelajar terbabit untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata bahaya,” katanya.

HOT !!! KHALID ISMATH KUTUK USTAZ AZHAR IDRUS !!!



MENGAIBKAN : ISTERI ORANG DITANGKAP DALAM KEADAAN TELANJANG BERSAMA KEKASIH !!!



Seorang wanita yang juga isteri orang ditemui dalam keadaan mengaibkan apabila berpelukan dalam telanjang bulat dengan teman lelakinya dalam bilik di sebuah rumah Kampung Baru Lendu, Alor Gajah, pagi kelmarin.

Lebih memalukan apabila kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu disedari pemilik rumah berkenaan, Sutini Hamzah, 61, bersama anak lelakinya, Ainol Adnan, 38, yang datang ke rumah itu selepas dimaklumkan jiran mengenai tindakan sepasang kekasih tidak dikenali menginap di rumah mereka tanpa kebenaran.

Ainol ketika ditemui berkata, sebaik dia dan ibunya tiba di rumah itu, mereka mendapati pintu pagar depan, tingkap dan pintu utama rumah terbuka luas seperti sudah lama ditinggalkan.

Katanya, dia memberi salam sebanyak tiga kali, namun tidak bersahut sebelum masuk ke dalam rumah yang mempunyai empat bilik itu untuk melakukan pemeriksaan, namun mendapati tiada sebarang kesan rumah itu diceroboh.

“Bagaimanapun, apabila saya dan ibu masuk ke bilik terakhir, kami terkejut apabila terserempak sepasang kekasih bertelanjang bulat dalam keadaan berpelukan nyenyak tidur seperti orang kepenatan."

“Gelagat mereka sedang berpelukan intim di atas katil amat mengaibkan, malah mereka tidak sedar kehadiran kami,” katanya


IKAN MATAHARI DITEMUI DI SANDAKAN SABAH !!!

Gambar Ikan Matahari Gergasi Yang Terdampar Di Kg Forest Sandakan

Ikan ini dipanggil Ikan Matahari kerana berbentuk bulat seperti matahari dan tidak memiliki ekor. Dalam bahasa Inggeris ikan ini disebut nama sunfish (ikan matahari) karena bentuknya dan kegemarannya “berjemur” diterik matahari. Ikan yang suka makan ubur-ubur ini banyak menghabiskan waktunya di kedalaman lebih dari 600 meter di bawah permukaan laut yang dingin, dan “berjemur” menjadi kegiatan yang disukainya untuk mengembalikan suhu tubuh.
.


MASIH ADA LAGI KEJADIAN SEUMPAMA INI : BUDAK 3 TAHUN MATI DITINGGAL 9 JAM DALAM KERETA !!!


Kuantan: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun lemas selepas ditinggalkan hampir sembilan jam dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) bapanya di Indera Mahkota, dekat sini, semalam. 

Mangsa, Muhammad Ariff Mohd Yusof ditemui bapanya di tempat duduk belakang kereta dalam keadaan tidak sedarkan diri jam 5 petang. 

Bapa mangsa berusia 41 tahun dikatakan terlupa untuk menghantar Muhammad Ariff yang sepatutnya memasuki taska di Indera Mahkota. 

Menurut sumber, pasangan terbabit dipercayai keluar dari kuarters guru di Pandan, dekat sini kira-kira jam 7.30 pagi untuk menghantar lima anak mereka, termasuk mangsa ke sekolah dan taska. 

“Selepas menghantar anaknya, bapa mangsa pergi minum di sebuah kedai di Taman Tas. Isteri lelaki terbabit menghubunginya pada waktu tengah hari sebelum mereka pergi mengambil dua anaknya di sekolah rendah di Indera Mahkota,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Lupa hantar anak ke taska 
Pasangan suami isteri terbabit dikatakan berada di sekolah itu sehingga jam 5 petang bagi menunggu dua anaknya selesai Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). 

Sebaik mereka pergi semula ke kenderaan untuk pulang ke rumah, bapa terbabit baru menyedari dia terlupa menghantar Muhammad Ariff ke taska sebelum melihat mangsa berada di kerusi belakang kenderaan dalam keadaan tidak sedarkan diri. 

Pasangan terbabit kemudian membawa anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas.
BH

TUJUH BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI !!!



Manusia hanya dapat mengharapkan pertolongan dari Allah Azza Wa Jalla. Tidak dapat menggantungkan diri kepada makhluk. Hanya Allah Rabbul Alamin yang berhak untuk dimintai pertolongan ‘Iyyaka nasyta’in’, datangnya pertolongan itu hanyalah dari Rabb semata.
Manusia dan kelompok yang menggantungkan hidupnya kepada makhluk lainnya, pasti akan mendapatkan dirinya terjatuh ke dalam lembah kehinaan dan kesesatan belaka.
Diantara pintu yang akan mengantarkan pintu rezeki, dan menjauhkan dari kesempitan hidup adalah :
(1). Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah"
●Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan “La hawla Wala Quwwata Illa billah" ( HR. At Tabrani )

(2). Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin”
●Barangsiapa setiap hari membaca "La ilaha illallahul malikul haqqul mubin" maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut di dalam kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

(3). "Beristighfar"

●Barangsiapa beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga” ( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah ).

(4). Membaca "Surah Al-Ikhlas“
●Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya. ( HR. AtTabrani ).

(5). Membaca "Surah Al-Waqiah“
●Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup “(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman).

(6). Memperbanyak "Salawat Ke Atas Nabi"
●Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan, bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Salallahu’alaih iwassalam berdiri seraya bersabda : “Wahai Manusia Berdzikirlah Mengingat Allah. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan didalamnya”

(7). Membaca "Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim" 
●Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yg bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu” (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat).

Sementara itu, diriwayatkan dari Ibnu Abbas, ada beberapa orang musyrik yang telah berbuat maksiat dan dosa, yaitu mereka membunuh dan berzina. Maka, mereka menghadap Rasulullah untuk bertaubat. Mereka pun bertanya kepada beliau, apakah akan diterima taubat mereka? Maka, turunlah ayat ini yang menerangkan hendaknya jangan berputus asa untuk terus mencari ampunan Allah Rabbul Alamin.
Katakanlah, “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang”. (Al-Qur’an : Az-Zummar : 53)
Semoga Allah Azza Wa Jalla memberikan rezeki dan melapangkan jalan hidup kaum muslimin, dan jauhkan dari jalan-jalan setan, yang selalu akan menyesatkan.


Thursday, 2 January 2014

ENAM DOSA TIDAK DI AMPUN WALAUPUN BERTAUBAT !!!


1- Makan harta anak yatim secara haram.
( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka  dosanya tidak terhapus).

2- Menuduh wanita solehah berzina.
( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).

3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).

4- Melakukan sihir.
( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).

5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari  maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).

6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah)

SUBHANALLAH...ALHAMDULILLAH...ALLAHUAKBAR !!! GAMBAR ADIK NUR DAMIA (OKU) DI ALAM PERSEKOLAHAN !!!



Biarpun terpaksa menulis menggunakan hanya dua jari kaki sambil berbaring di atas lantai beralaskan tikar, semangat kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU), Nur Damia Irsalina Daeng Malis, untuk menimba ilmu setanding rakan sebayanya yang normal tidak luntur.



Semangat tinggi Nur Damia Irsalina, 7, yang memasuki Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong (SKKT) di sini, dikesan ibu bapanya apabila dia mencuba-cuba pakaian sekolahnya dan berlatih menulis di rumah sebelum sesi persekolahan. Nur Damia dari Kampung Lubuk Batu di sini, kudung dua tangan dan dua kaki. Hanya kaki kanan mempunyai tiga jari yang membolehkan kanak-kanak itu menulis dan melakukan aktiviti seharian. 







Ketika ini, Nur Damia bergerak menggunakan kerusi roda elektronik dan dia dihantar ke sekolah oleh bapanya, Dr Daing Malis Abd Kahar, 43, dan ibu, Rosnaini Mohamad, 35, yang tidak pernah berputus asa memberi semangat dan sokongan kepadanya.

KISAH BENAR : KEMALUAN KEKASIH "ISTERI CURANG" MELEKAT KETIKA ASYIK BER... !!! (VIDEO & GAMBAR SX)


Kita sering membaca atau mendengar cerita kemaluan isteri curang yang berzina dengan lelaki lain melekat dengan kemaluan kekasihnya. Walaupun kerap kali diceritakan, namun tiada gambar atau video yang membuktikan kebenaran cerita seumpama itu. Oleh sebab itu, banyak pasangan cinta terlarang mengambil sikap endah tidak endah terhadap kebenaran kejadian kemaluan melekat gara-gara berzina atau curang.


Namun, kejadian kemaluan isteri curang melekat dengan kemaluan kekasihnya di Kenya membuktikan perkara itu boleh berlaku. Yang menariknya, kejadian yang amat mengaibkan itu berjaya dirakam. Yang malangnya, video kejadian itu tersebar dan kini boleh ditonton satu dunia di Youtube. 

Berdasarkan keterangan video dan beberapa laman sesawang, kejadian ini berlaku di Nairobi, Kenya. Hal itu bermula apabila suami wanita itu mengesyaki isterinya bermain kayu tiga. Sebagai akibatnya, dia meminta seseorang mengenakan sihir agar kemaluan isteri dan kekasihnya itu melekat jika mereka melakukan seks. 

Telahan si suami tepat apabila kemaluan isterinya melekat dan tidak boleh dipisahkan dari kemaluan kekasihnya. Walaupun pihak polis cuba membantu, namun kemaluan kedua-duanya pasangan kekasih itu tetap melekat dan tidak boleh dipisahkan. 
Suami Mangsa
Polis cuba memujuk suami agar membatalkan sihir yang dikenakan terhadap isterinya.
Pihak polis memujuk si suami agar membatalkan sihir yang dikenakan terhadap isterinya, namun dia enggan berbuat demikian.  Hanya setelah teman lelaki isterinya itu berjanji akan membayar pampasan sebanyak Shilling Kenya 20,000 (lebih kurang RM716) barulah si suami bersetuju memanggil seorang pastor dan tidak lama selepas itu kemaluan pasangan kekasih gelap tadi berjaya dipisahkan.
Selepas dipisahkan.

Pada akhir video, kelihatan lelaki yang berzina dengan isteri orang itu menuju ke ATM untuk mengeluarkan wang.
Duniacacamarba



P/s: 
Pelajaran yang amat berguna kepada sesiapa yang gemar berzina atau curang kepada pasangan masing-masing. 
Ingat, kejadian ini bisa sahaja berlaku dengan kehendak Allah SWT. 
Jika kejadian seumpama ini boleh berlaku dengan jampi serapah, maka bayangkan kuasa Allah untuk mengajar orang melanggar hukum agama dan hukum alam.