ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Thursday, 2 January 2014

GAMBAR "PUTING BELIUNG" SERANG SARAWAK !!!


Hanya beberapa minggu lepas, kita dikejutkan dengan kejadian puting beliung di Johor Bahru. Meskipun begitu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan kejadian alam itu bukanlah puting beliung tetapi lebih dikenali sebagai belalai air.

Dalam pada itu, satu lagi kejadian puting beliung berlaku di daerah Miri, Sarawak sekitar jam 2.10 petang tadi, 1 Januari 2014. Menurut maklumat dari Facebook I Love Sarawak, kejadian luar biasa itu dirakam di Sungai Tujuh dan Kuala Baram.

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar kejadian puting beliung atau belalai air di Miri, Sarawak pada petang tadi.



SADIS : BAPA MAUT KEMALANGAN TAK SEMPAT DAFTAR ANAK SEKOLAH !!!

AL-FATIHAH
Salam Takziah kepada keluarga Mangsa .

MACHANG - Seorang pengawal keselamatan maut apabila motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Kampung Simpul, dekat Kemuning, di sini, kira-kira jam 8 pagi kelmarin.

Mangsa, Mohamad Abd Hamid, 58, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Jambu Lawar itu dikatakan dalam perjalanan balik ke rumah bagi mengambil anaknya untuk didaftarkan di sekolah yang sama selepas tamat waktu bertugas.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Che Malek Bedot berkata, ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal dari Kuala Krai ke- Machang sebelum dirempuh sebuah kereta ketika cuba membelok ke kanan.

Menurutnya, kemalangan di Kilometer 46.2, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai itu membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta dari arah yang sama.

“Ketika membelok ke simpang Kampung Simpul, motosikal mangsa dipercayai dirempuh kereta di bahagian tengah dan menyebabkan mangsa tercampak ke bahu kiri jalan.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di keseluruhan badan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Che Malek berkata, punca kemalangan masih disiasat dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di kampungnya, kelmarin.

Pada perkembangan sama, Che Malek turut menasihatkan orang ramai supaya memandu dengan berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

“Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu pada musim tengkujuh ini menyebabkan jalan licin dan pandangan pemandu agak terhad, terutamanya ketika hujan lebat.

“Tolak ansur dan memandu dengan berhemah mampu menyelamatkan nyawa dan mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” katanya.

TIPS MUDAH BERSALIN.


~ Tips Mudah Bersalin ~ 

Mudah-mudahan, dengan adanya tips-tips seperti ini ibu-ibu semakin bersedia utk menghadapinya. Selamat Membaca = )


1. 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk memberi tenaga.

2. Bila sakit dah nak bersalin, makan sebiji telur mentah.

3. Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka

4. Rebus epal hijau, lepas tu makan time tgh sakit contraction

5. Amalkan membaca surah Maryam untuk memudahkan bersalin

6. Time kat labour room, banyakkan membaca Al-Fatihah dan doa Nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin

7. Amalkan minum air kelapa waktu hujung2 nak bersalin supaya baby yang lahir kulitnya akan bersih je..

8. Makan kurma dalam bilangan ganjil

9. Banyakkan berjalan, naik turun tangga ke... Exercise sebelum deliver baby

10. Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby

11. Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.

12. Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sbb nnt koyak teruk

13. Amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut.

14. Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2

15. Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air

16. Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu

17. Minum air selusuh. Lebih baik kalau dibuat sendiri oleh suami.. Berkaaat kata orang ^__^ 

~ Jom Share Tips Ini untuk Ibu-ibu di luar sana ~ SmiLe ~

SetIbuBersalin.com
"Pakar Keperluan Bersalin Anda"

Wednesday, 1 January 2014

RAKAMAN CCTV LELAKI BUNUH DIRI DI BERJAYA TIMES SQUARE !!!




Masihkan anda ingat kejadian seorang lelaki jatuh dari tingkat 9 Times Square..???

Dan di bawah ini adalah rakaman CCTV kedai dimana lelaki tersebut jatuh.


NAUZUBILLAH !!! DAH TUA PUN MASIH BELUM SEDAR LAGI KE ???


Sepasang warga emas yg masing-masing masih beristeri dan bersuami ditangkap berdua-duaan di dlm sebuah bilik hotel murah. 
Pasangan itu ditahan dlm operasi cegah maksiat sempena sambutan thn baru 2014 di Alor Setar, Kedah awal pagi tadi. 
Operasi dilancarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah, JAIK.

VIDEO : GAMBAR PM @NajibRazak "DISELIPAR" OLEH PESERTA HIMPUNAN GULING KERAJAAN !!! @Zahid_Hamidi @pdrm ???



Memang biaDAP !!! 

Seorang peserta Demontrasi Turun malam tadi dilihat mengusung gambar Perdana Menteri ke hulu ke hilir dengan tujuan untuk menghina DS Najib Razak dengan meletakkan seliparnya ke muka Perdana Menteri setiap kali lensa kamera fokus kepada beliau. 

TERKINI: HIMPUNAN GULING KERAJAAN #3112 SECARA LIVE !!!


Perserta perhimpunan haram merempuh masuk penghadang yang dibuat pasukan keselamatan di Dataran Merdeka untuk sambutan ambang Tahun Batu, jam 11.03 malam ini. 

Mereka berarak sambil melaung slogan 'Turun' sehingga mengganggu perjalanan sambutan ambang tahun baru. Sebelum ini mereka menafikan penglibatan parti pembangkang dalam perhimpunan haram untuk guling kerajaan.

Salahudin Ayub berucap membakar semangat anak-anak muda !!!
Tetapi malam ini disahkan perhimpunan haram ini didalangi oleh parti pembangkang apabila tiga pemimpin Pas termasuk Naib Presiden parti itu, Salahudin Ayub muncul bersama-sama geng baju hitam yang berhimpun dan mengadakan demonstrasi haram di ibu negara.

Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat dan Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu, Dr. Zulkifli Ahmad juga kelihatan.

Di samping itu, turut kelihatan ialah Naib Ketua Pemuda Pas Perak, Khairil Nizam Khairuddin; Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin, atau Chegubard dan Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Mohamad Azan Safar.

Mereka dikesan berucap bergilir-gilir untuk menaikkan semangat anak-anak muda dan menyeru orang ramai bergerak ke Dataran Merdeka. SUMBER

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 peserta perhimpunan haram merempuh kawalan anggota keselamatan dan naik ke atas pentas utama, sekali gus memaksa konsert sambutan Ambang Tahun Baru dihentikan serta-merta.
Kelihatan skrin gergasi yang diletakkan di kiri dan kanan pentas utama juga terpadam akibat dirempuh peserta perhimpunan.
Peserta perhimpunan sebelum itu bertindak membaling botol minuman ke arah penyanyi yang sedang membuat persembahan sambil melaungkan slogan reformasi.
Sementara itu, orang ramai bertindak melarikan diri dan beredar meninggalkan kawasan Dataran Merdeka selepas kawasan sambutan Tahun Baru diceroboh peserta perhimpunan haram. – BHarian.


Ramai yang hadir untuk berhibur & berlibur pulang dengan kecewa angkara perbuatan durjana Perusuh-perusuh Demonstrasi Jalanan ini. Anak-anak kecil yang menunggu sedari petang untuk melihat bunga api cuma mampu melihat dari jauh persembahan bunga api di KLCC.


Dasyat beb, budak Melayu ni..,nak TIBAI Polis malam tadi.
Tapi sayang sbb dia hanya sekadar pandai komen dalam FB je.

Cam kuat je? Cam hebat je?

Apakah ini perhimpunan aman ???mam???



SUAMI DURJANA BERNAFSU SYAITAN : BUAT "ADEGAN TERLARANG" DEPAN 3 ANAK !!!


KANGAR: Neraka dunia. Itu yang terpaksa diharungi seorang penjawat awam wanita berusia 30-an apabila sering dipaksa suaminya yang juga berusia 30-an melakukan aksi seks, termasuk luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka di ruang tamu rumah sejak tujuh tahun lalu.

Lebih menjijikkan suami bernafsu binatang itu juga gemar merakam aksi ‘bersama’ mereka sejak malam pertama perkahwinan sehingga kini.

Sumber berkata, lebih mengaibkan mangsa, anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun sering melakonkan kembali adegan seks itu bersama abang sulungnya berusia 15 tahun.

Katanya, hati ibu mana yang tidak hancur melihat perbuatan jijik suami yang merosakkan ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh hingga 15 tahun itu.

“Mangsa mendakwa dia sudah diperlakukan sedemikian sejak berkahwin dengan suaminya lebih 15 tahun lalu, malah pada malam pertama aksi mereka di dalam bilik dirakam suaminya menggunakan telefon bimbit dan kamera video.

“Namun, selepas mendapat cahaya mata, suaminya bertambah pelik dengan memaksanya melakukan aksi bersama termasuk di luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka,” katanya.

Kata sumber itu, jika si isteri enggan menuruti kemahuan gila suami, dia dibelasah.

Dia berkata, lelaki terbabit baru saja berkahwin lain awal bulan lalu dengan seorang wanita dari negara jiran, namun sikap jijiknya melayan mangsa tidak berubah.

“Suami mangsa juga bukan saja merakamkan aksi seks mereka, malah aksi mangsa yang membuang air kecil di dalam tandas juga dirakam bagi tujuan koleksi.

“Daripada pengakuan mangsa, suaminya sudah mempunyai banyak koleksi rakaman aksi ‘bersama’ mereka dan tidak mengetahui tujuan dia bertindak demikian,” katanya.

Tidak tahan dengan tabiat buruk suaminya, wanita berkenaan memohon fasakh untuk bercerai dan membuat laporan polis awal bulan lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis, Muhamad Hazimin Jamaludin berkata, kes penderaan wanita berlaku berdasarkan pelbagai faktor.

Katanya, kes penderaan seksual kebanyakannya berpunca daripada suami yang terpengaruh dengan bahan video lucah yang ditontonnya.

“Mereka mungkin terdedah dengan bahan lucah ini selepas ia terlalu mudah didapati dan pendedahan itu akan memberi kesan kepada perubahan seksual mereka, termasuk mencubanya ke atas isteri,” katanya.

Menurutnya, sebarang kes yang diterima disiasat dan memberi khidmat prakaunseling dalam usaha memberi maklumat mengenai tindakan yang perlu diambil.

Pihaknya juga sedar mangsa trauma akibat nafsu buas suami yang jika tidak dituruti mengundang kepada penderaan fizikal.

“Kami akan membantu daripada segi kaunseling, termasuk mengemukakan masalah kepada pihak berkuasa seperti Mahkamah Syariah atau jabatan berkaitan.

“Jika orang ramai yang berasakan diri mereka didera, mereka boleh tampil membuat aduan untuk bantuan,” katanya.

Mengulas kes terbabit, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.

Menurutnya, polis sudah menyerahkan laporan kepada Jabatan Agama Islam Perlis bagi tindakan lanjut kerana ia di bawah bidang kuasa mereka.

“Wanita berkenaan membuat laporan polis, tetapi ia lebih menjurus kepada masalah rumah tangga dengan suaminya,” katanya.

KAUM WANITA DIGALAKKAN BERSENAM KETIKA "DATANG BULAN" .


Kebanyakan wanita rasakan bahawa jika datang bulan, semua aktiviti sukan dan senaman harus dijauhi. Dahlah tak cukup darah dan rasa lemah, bagaimana nak bersenam?

Silap ya teman-teman. Secara umumnya, bersenam ketika datang bulan sesuatu yang bagus, kerana senaman membantu mengurangkan sindrom dan masalah haid seperti rasa lemah dan sakit kepala. 

Senaman regangan seperti yoga contohnya, sangat bagus. Namun hati-hati, bukan semua posisi yoga boleh dilakukan ketika datang bulan!


Posisi seperti ‘shoulder stand’, ‘headstand’ dan ‘plough pose’ (senang kata posisi dimana anda berdiri diatas kepala) harus dielakkan sepanjang haid.

Ini kerana apabila anda berdiri diatas kepala, saluran darah dalam uterus anda akan mengembang dan membuatkan kedatangan haid yang lebih banyak lalu akibatkan senggugut.

Teruskan regangan biasa, namun elakkan sahaja posisi yoga diatas supaya anda juga tidak sakit sangat semasa datang haid. 

TERKINI !!! VIDEO & GAMBAR-GAMBAR SEKITAR HIMPUNAN GULING KERAJAAN #3112

Malaysiakini mengejutkan ramai pembaca siber apabila mengisytihar demontrasi ini sebagai Guling Kerajaan melalui twitter mereka.


Sementara itu, setakat jam 9.15 malam tadi jangkaan peserta yang kelihatan akan menghadiri Demontrasi Turun tidak sampai 2 ribu orang dengan sebahagiannya bercampur antara peserta dan orang ramai yang berminat untuk merakam gambar. (Lihat Video)
Malaysiakini cuba provokasi pembacanya kononnya ramai yang dah turun demo TURUN.
Tetapi, inilah hakikatnya...










Banyak foto memalukan mengenai demo malam tadi.
Malu kerana dah tak ramai nak turun demo.

Tapi mana pergi cinabeng yang selama ini giat menyokong demo pembangkang...???
Mana pergi cinabeng yang suka pakai baju ubah,stop lynas dll..

haaa.....
cinabeng tetap cinabeng !!!

Untuk Melihat Masa Depan Negara, 
Lihatlah Anak Mudanya Pada Masa Kini.



DAN...
INILAH NATIJAHNYA !!!!


pihak keselamatan bangunan Daya Bumi menjumpai 7 bilah parang di bangunan tersebut.