ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Thursday, 25 April 2013

HOT : USTAZ ASRI JEMPUT CALON KERUSI PARLIMEN PERMATANG PAUH BERDEBAT !!!


Ketika ini, debat adalah merupakan modal baru ceramah Anwar Ibrahim untuk siri jelajah kempennya yang digunakan bagi memancing undi rakyat. Motifnya ialah untuk mengambarkan kononnya pimpinan Barisan Nasional (BN) takut untuk berdepan dengan Ketua Pembangkang itu.


Namun pemikiran rakyat bukanlah bodoh, kerana mereka sudah mampu menilai sendiri kredibiliti kerajaan BN melalui segala perancangan yang telah dan akan dilaksanakan dan bukan melalui perdebatan di antara pemimpin.

Apa yang paling penting ketika ini ialah, memastikan rakyat terus faham dan menerima segala pendekatan transformasi yang dijalankan oleh Perdana Menteri dengan pelbagai program transformasi

Tapi sebelum bicara soal debat dengan lebih jauh, ada baiknya Anwar selaku pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ yang banyak terpalit dengan segala macam isu moral menyahut cabaran debat yang dilontarkan oleh bekas sahabat baiknya yang juga merupakan rakannya bermain tenis.

Yang di maksudkan adalah Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan yang sebelum ini secara terbuka telah mencabar Anwar untuk berdebat mengenai isu moral Ketua Umum PKR itu.

Menurut Nallakaruppan, debat itu perlu kerana beliau tidak sabar untuk mendedahkan perkara tersebut kepada umum, apatah lagi kes saman yang difailkan oleh Anwar terhadapnya dalam isu berkenaan telah ditarik kembali.

“Anwar mahu memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat. Bagaimanapun Anwar perlu memanggil saya untuk berdebat terlebih dahulu dalam isu-isu moral melibatkan beliau.

“Saya minta beliau menetapkan tempat debat itu dan bersedia pergi biarpun pada pukul 2 pagi. Beliau tidak perlu panggil Perdana Menteri berdebat, saya sudah gelar Anwar sejak dulu, bukan hari ini,” katanya sebelum ini.

Terbaru, mantan mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin telah mempelawa Anwar untuk berdebat secara terbuka dengan pencabarnya di kerusi Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail yang juga merupakan bekas Naib Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang.

Menurut tweet Dr Asri cabaran debat tersebut bagi membicarakan mengenai isu di kawasan yang dikatakan kubu kuat Anwar itu.

Namun malangnya sehingga kini masih tiada jawapan yang diberikan oleh Anwar walaupun menurut Dr Maza wakil BN, Dr Mazlan telahpun menyatakan kesudiannya untuk berdebat.

Persoalannya beranikah Anwar menyahut cabaran tersebut atau seperti kebiasaannya memberikan seribu satu alasan sebagi helah melepaskan diri.

CABAR PAS DAN DAP BUAT SEPERTI INI !!! ADA BERANI ???

KENYATAAN AKHBAR
YM TENGKU TAN SRI DATO’ SERI AHMAD RITHAUDDEEN TENGKU ISMAIL
PENGERUSI JAWATANKUASA KHAS LEMBAGA DISIPLIN UMNO


Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin UMNO yang bermesyuarat pada hari ini telah membuat keputusan untuk memecat seramai 61 orang ahli UMNO yang telah bertanding sebagai calon bebas di kawasan pilihanraya Parlimen dan / atau Dewan Undangan Negeri berkuatkuasa serta merta selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan UMNO yang menyatakan mana-mana ahli UMNO yang bertanding sebagai calon bebas akan di pecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya. Senarai penuh mereka yang terlibat adalah seperti dilampirkan dengan kenyatan akhbar ini.


Surat-surat pemecatan keahlian yang telah ditandatangani oleh saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin telah dihantar pada hari ini juga untuk dimaklumkan secara rasmi kepada mereka yang terlibat.

Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin UMNO juga akan memanggil 3 orang lagi ahli UMNO dalam minggu ini untuk tunjuk sebab kenapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap mereka kerana menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon yang baru lepas. Mereka ini dipanggil di bawah falsal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca bersama perkara 3 Tataetika Ahli UMNO (Gagal mengikut perintah-perintah Parti atau gagal menjalankan dasar-dasar parti).

Lembaga Disiplin UMNO sekali lagi ingin mengingatkan ahli UMNO bahawa Lembaga Disiplin telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana ahli UMNO yang melakukan kesalahan sabotaj parti di dalam waktu tempoh berkempen Pilihanraya Umum ke -13 ini. Tindakan tegas termasuk pecat dan gantung keahlian akan diambil setelah bukti-bukti dan laporan daripada pemantau yang dilantik diterima dan disiasat secara terperinci.

Kenyataan Akhbar Lembaga Disiplin 22 April 2013 

Wednesday, 24 April 2013

BUKTI PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK PERNAH BERPAKAT UNTUK MEMERINTAH NEGARA !!!


DALAM penamaan calon yang telah berlangsung pada Sabtu semalam kita dapat menyaksikan yang sebenarnya tiga parti pembangkang di dalam Pakatan tidak pernah berpakat dalam menentukan calon mana yang akan bertanding dalam satu-satu kawasan. Kita lihat sendiri ada dalam satu kawasan itu, PAS nak bertanding, PKR pun nak bertanding. DAP nak bertanding, PAS juga nak bertanding. Mana kesepakatan yang mereka war-warkan?

Inilah yang membuatkan Anwar semakin pening dengan telatah pemimpin PAS & DAP yang tidak pernah menghormati keputusan yang telah Anwar buat. Hadi Awang dalam satu kenyataannya juga menegaskan yang parti mereka tidak akan sesekali mengundurkan calon PAS yang telah diletakkan dikawasan yang mereka pernah menang dan sekaligus menidakkan pencalonan baru dari calon PKR. Mana tahaluf siyasi pakatan???

Mereka sekarang sedang bercelaru, semakin hampir dengan pilihanraya maka semakin banyak pula masalah yang timbul. Walaupun para pencacai mereka dibawah tidak tahu apa-apa melainkan menyokong sahaja, tapi jangan ingat mereka tidak ada hak untuk ambil tahu. Perbalahan dalaman pakatan sudah tidak dapat dibendung lagi. Masing-masing mahu mengekalkan kuasa yang ada dengan jumlah kerusi yang mereka tandingi.

PAS tetap mahukan negara Islam dan menegakkan hukum hudud. PKR tetap mahukan keadilan bagi Anwar dan seterusnya mengangkat peliwat ini menjadi Perdana Menteri. DAP pula masih utuh dengan prinsip mereka mahu menjadikan negara Malaysia ini sebagai sebuah negara republik sepertimana negara jiran Singapura.

Jadi, apakah kesepakatan yang diambil oleh pakatan untuk menunjukkan mereka tiga parti berlainan ideologi ini berada dalam kuasa Anwar? Pemimpin dalam pakatan bukanlah mahu berkhidmat untuk rakyat melainkan berebut kuasa sesama sendiri. Mereka mahu menunjukkan kepada rakyat parti manakah yang lebih berkuasa dalam pakatan yang boleh rakyat dijadikan ideologi ikutan.

Inilah rupa sebenar pakatan menjelang pilihanraya. Tahaluf siyasi yang dihebohkan tidak pernah ada melainkan hanyalah sebagai wayang opera cina bagi mengaburi mata dan hati rakyat Malaysia.

Fikir-Fikirkanlah...

HOT !!! OSTAZAH ABBY ABADI DIMALUKAN KERANA TERLALU LANTANG KUTUK ORANG.

Kelakar bila tengok Ustazah Mee Segera PAS,Abby Abadi mengutuk orang lain bercakap tanpa fakta.

Alahaiii Abby…selama ni kau cakap guna otak sangat ke?

Dalam satu kenyataan di akaun twitter milik artis berkenaan, dia sudah belasah Suhaimi Baba (lihat gambar di bawah).

Hasilnya, ramai yang belasah Abby balik sebab yang kita tahu, Abby yang selama ini selalu main lepas cakap aje,  hendak tegur orang lain.

Sudah la Abby….





MESTI BACA !!! INI ADALAH FAKTA.


Selepas peristiwa Perang Dunia II berakhir pada tahun 1945, diikuti dengan pengunduran Tentera Jepun dari Tanah Melayu, semangat nasionalisme dikalangan rakyat Tanah Melayu ketika itu amat ketara. Tertubuhnya parti-parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka ini mendapat kuasa melalui Pilihan Raya yang diadakan untuk memilih kerajaan.

Tujuan utama parti-parti politik ini bertanding ialah untuk memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri supaya boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Calon-calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian yang mereka bertanding akan diisytihar menang.

Perdana Menteri Malaysia adalah ketua pemerintahan tertinggi Malaysia. Secara rasmi beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, iaitu Raja Malaysia, dan biasanya pemimpin parti politik terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat) akan dipilih
Perlembagaan Malaysia tidak mewajibkan seseorang Perdana Menteri daripada seorang bukan Bumiputera.

Perkara 43. Jemaah Menteri.
(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya 
dalam: penjalanan fungsinya. 
(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu: 
(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana
Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang 
pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;
Jika PR memerintah, siapa PM Malaysia?

Pastinya jika PAS keluar dari Pakatan Pembangkang ini dan secara bersendirian berdiri untuk membentuk kerajaan, PAS secara jelas tidak mampu untuk memerintah kerana JUMLAH KERUSI YANG PAS BERTANDING TIDAK LAYAK UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN, ITUPUN JIKA MENANG SEMUA KERUSI YANG DI TANDINGI. BEGITU JUGA DENGAN PKR DAN DAP.

Jumlah kerusi yang layak untuk membentuk kerajaan, sekurangnya 1/2 daripada 222 kerisi Parlimen Malaysia atau 113 (112 + 1) kerusi Parlimen.


CUKUPLAH BERBOHONG KEPADA RAKYAT !!!

Tuesday, 23 April 2013

GEMPAR !!! WARTAWAN RTM MATI DIPUKUL PENYOKONG PAS .



Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob, 61, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS dihadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan.  

Menurut sumber, berlaku insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya.


Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

"Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis', katanya.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang dijangka akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut pada hari ini.


Al-Fatihah untuk  Allahyarham Muhammas Yaakob.  Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.


PANAS !!! KEMPEN RASIS DAP DIDEDAHKAN #PRU13 .


Risalah DAP yang telah dikantoikan dan diterjemahkan oleh rakyat yang sayangkan kemakmuran dan perpaduan yang kita nikmati selama ini. Kami percaya tidak semua orang CINA bersetuju dengan politik perkauman sempit DAP ini. Risalah ini sedang hebat tersebar di kalangan orang CINA terutamanya di Parlimen Gelang Patah.

Memang DAP agak berjaya menonjolkan diri mereka sebagai hero yang berani menentang ketuanan Melayu UMNO di kalangan generasi muda CINA yang tidak pernah merasai keperitan hidup zaman DARURAT dan 13 MEI. Apakah mereka ini perlu merasai sendiri peristiwa yang berdarah itu berulang untuk mereka sedar yang keamanan dan kemakmuran yang mereka nikmati selama ini bukan datang dengan sekelip mata?

Buat orang Melayu-Islam, insaflah. Apa yang diperkatakan dalam risalah itu ada kebenarannya. Dan itulah nilai jati diri kita selama ini di pandangan mata orang CINA, walaupun bukan kesemuanya. Tidak perlu melenting dan marah. Kita juga yang lemah, berpecah-belah dan selalu bergantung kepada ehsan orang lain bukan?

GEMPAR !!! HADI AWANG HINA CALON PKR.



Hina betul calon-calon PKR di mata Presiden PAS, Abdul Hadi Awang apabila pertindihan calon yang berlaku di antara PAS dan PKR diibaratkan sebagai usaha PAS untuk menghalang kemasukan syaitan dalam PR. (Lihat video & transkrip di bawah)

Maknanya, kat mana sahaja yang wujud pertindihan, ia berlaku kerana PAS nak halang syaitan. Syaitan juga yang disalahkan, sifat tamak kerasukan syaitan dalam hati pemimpin PAS, tak pula nak diceritakannya.

Lebih teruk lagi Hadi menuduh ada calon PKR yang menjadi pengedar pil kuda dan tidak boleh dipercayai, kononnya dibimbangi akan menyebabkan peristiwa lompat di Perak akan berulang.

Sama sendiri tiada keyakinan dan saling mencurigai, macam mana la gamaknya nak memerintah Kerajaan Pusat ???

Peliknya Hadi tak cerita kenapa baru sekarang PAS mempertikaikan kredibiliti calon PKR di 5 – 7 kawasan, padahal sebelum penamaan calon ada waktu beberapa hari untuk merundingkan pertukaran calon PKR yang tak disenangi PAS.

Mudah betul PAS menyalahkan rakan sepakatan untuk menyembunyikan sifat tamak diri sendiri. Macam ni punya gaya, agak-agak kalau diberi mandat memerintah negara, mahu huru-hara dibuatnya.

Dengan penjelasan oleh Hadi ini, satu perkara dapat disahkan – PAS memang jenis suka tikam belakang kawan dan hubungannya dgn PKR sentiasa dibayangi kecurigaan sesama sendiri.

Transkrip Ucapan Hadi Awang
PAS bertindak meletakkan calon di beberapa tempat kerana mahu menyelamatkan Pakatan Rakyat. Kita tidak mahu kerajaan kita jatuh seperti di Perak. Memerintah sekejap.
PAS mempunyai jentera yang paling ramai di seluruh negara. PAS tidak menentang calon kawan-kawan dalam pilihan raya tetapi kalau ada calon yang kita khuatir, calon yang tangkap muat, yang boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku, maka PAS mesti bertindak.
Ini berlaku pertindihan. Di Johor berlaku pertindihan kerana sebabnya kita tunggu rakan kita mari tak mari masuk calon. Sikit lagi tak mari, kita standby, takut dia tak mari, UMNO menang tak bertanding. Hak jual calon ini berlaku. Bila PAS masuk baru dia masuk, itu ceritanya.
Ada calon-calon yang kita khuatir, tak perlu kita sebut, tukang edar pil kuda. Nak jadi calon macam mana? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ini. Terang-terang saya sebut. Orang Keadilan pun tak terima.
Mahu jadi calon, dengar cerita jual pil kuda. Ada calon yang menjulang gambar Stalin, macam mana orang PAS nak sokong. Orang PAS kerjasama dengan PKR dan DAP – tak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin, Karl Marx. Gambar Karl Marx duduk dalam markas, nak suruh orang PAS kerja, macam mana nak suruh orang PAS kerja?
Komunis di haram di Malaysia. Itu yang jadi bertindih itu. PAS nak selamatkan PR – tak nak jadi macam Perak. PAS tetap bersama PR.
PAS bertindak untuk memelihara keteguhan bukan sahaja masa pilihan raya tetapi setelah kita diberi kemenangan oleh Allah SWT supaya syaitan-syaitan tak boleh masuk dalam PR. Itu penjelasan saya.

Monday, 22 April 2013

ISMA JAWAB SURAT TERBUKA PRESIDEN PAS

Merujuk kepada surat terbuka Presiden PAS pada 17 April 2013 yang disiarkan dalam Harakahdaily dan dipetik oleh Sinar Harian, saya terpanggil untuk menjawab dakwaan-dakwaan beliau dalam surat tersebut bagi pihak ISMA.
Oleh kerana perkenalan saya dengan Tuan Guru Hj Hadi merupakan satu rakaman sejarah yang lama, maka izinkan saya memilih untuk memanggilnya dengan Ustaz Hadi, gelaran yang biasa saya panggil sebelum beliau popular dengan gelaran Tuan Guru dan Dato’ Seri.
Dalam surat terbuka kali ini, Ustaz Hadi menyebut ISMA secara langsung dan menyifatkannya sebagai ‘khadam UMNO’ dan ‘askar upahan’. Ustaz Hadi juga mempertikaikan tujuan ISMA bertanding dalam PRU kali ini yang mengikut andaiannya adalah untuk memenangkan calon-calon BN.
Saya percaya manusia semua tahu dan Allah Maha Mengetahui bahawa tuduhan tersebut adalah fitnah yang melampau. Ia merupakan dakwaan palsu yang bermotifkan politik. Ramai yang tidak dapat menerima hakikat bahawa ‘Tuan Guru’ boleh membuat kenyataan tersebut.
Ustaz Hadi kelihatan terperangkap dalam kotak pemikiran politik kepartian PAS lawan UMNO dan gagal melihat maksud politik dalam konteks kepentingan umat yang lebih menyeluruh. Ustaz Hadi juga gagal menampilkan pemikiran demokratik yang beliau imani.
Ustaz Hadi sepatutnya faham bahawa UMNO adalah musuh politik dan ‘mungkin’ juga musuh akidah bagi PAS tetapi ia tidak semestinya bagi umat Islam yang lain. Oleh itu pendirian permusuhan antara PAS dan UMNO adalah ekslusif bagi dua parti itu sahaja dan tidak sepatutnya menjadi pendirian umat Islam keseluruhannya.
Umat Islam tidak sepatutnya diheret ke dalam perbalahan politik melampau yang tidak berkesudahan sehingga merugikan masa depan mereka sendiri. Sebaliknya semua pihak wajib memupuk semangat ke arah perpaduan dan memperkasakan Ukhuwah Islamiah.
Firman Allah s.w.t:
“Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara.” (Al-Hujurat: 10)
Juga firman Allah s.w.t:
“Sesungguhnya ini adalah umat-mu, umat yang satu dan Aku adalah Tuhan kamu, maka sembahlah Aku.” (Al-Anbiya’: 92)
Politik Islam adalah lebih luas daripada perbalahan antara dua parti Melayu Islam itu. Apabila kita bercakap tentang politik bermakna kita berbicara tentang kuasa-kuasa dan pengaruh-pengaruh yang sedang bertembung antara satu sama lain. Di sana ada kuasa-kuasa dan pengaruh-pengaruh daripada berbagai-bagai latar belakang ideologi, agama dan kaum dari dalam dan luar negara yang sedang mencatur senario politik tanah air untuk kepentingan masing-masing.
Sebagai contoh, di luar sana ada kuasa imperialis Barat (globalisasi) yang membawa perang pemikiran dan tamadun, ada pengaruh Kristian Evangelis yang ada hubungan dengan Israel yang membawa agenda Yahudi Kristian, adanya pengaruh cauvinis kaum yang tamak dan inginkan kekuasaan, ada kaum yang ingin kembali ke zaman sebelum Islam (zaman Majapahit) yang menganggap Islam sebagai pendatang, juga ada proksi-proksi di kalangan penduduk tempatan yang membawa agenda asing.
Politik Islam ialah politik yang dapat mengekalkan dan mempertahankan kuasa dan pengaruh di tangan orang Islam agar survival dan kepentingan umat Islam terus terjamin dan terpelihara berdepan dengan pelbagai ancaman kuasa-kuasa dan pengaruh dari dalam dan luar negara.
Ya, kita kena perbetulkan salah laku dan penyelewengan politik di kalangan penguasa Islam tetapi kita juga perlu faham lingkungan politik yang kita sedang bertarung. Justeru, kita perlu membuat imbangan yang teliti dan cermat, yang mana satu musuh sebenar yang harus kita perangi, dan yang mana satu kaum sendiri yang perlu kita perbetulkan.
Untuk pengetahuan YB Ustaz Hadi walaupun ISMA masih baru dari segi usia berbanding PAS, itu tidak bermakna ISMA masih budak-budak dan tidak faham apa-apa. Kami telah menimba sebanyak mungkin ilmu agama dan pengalaman ilmu dakwah. Di kalangan kami ada yang berstatus ulamak dan intelektual yang disegani.
Kini kami telah berjaya membentuk sebuah pertubuhan yang independent (merdeka/tidak dikuasai) yakni memiliki keupayaan ijtihad dan pengurusan dakwah secara mandiri. Dengan memiliki keupayaan intelektual dan barisan ulamak yang mampu melakukan kajian ilmiah dan aktiviti keintelektuan secara independent. Itu semua telah mengeluarkan ISMA dari daerah taklid (ikut-ikut buta).
Tidak harus bagi ISMA mentaqlid ijtihad atau pendapat mana-mana badan atau individu tanpa melakukan pemeriksaan wajar terhadap dalil dan hujjah yang digunakan untuk satu-satu pendapat atau pendirian.
Keupayaan ini telah membolehkan ISMA melakar rukyah siasiyah (pandangan politik) tersendiri berdasarkan fiqh siasi yang dibongkar daripada sumber Islam yang asli dan pemahaman yang mendalam terhadap realiti politik negara dan juga antarabangsa. ISMA bukan badan dakwah berlindung di bawah agenda parti atau tokoh-tokoh lain seperti yang dilakukan oleh sesetengah parti dan NGO Islam yang lain.
Saya juga ingin tegaskan bahawa ISMA bukan proksi kepada mana-mana pihak dan tidak beriman sama sekali dengan pendekatan dakwah cara proksi.
ISMA telah meneliti hujah-hujah PAS berkaitan dengan konsep Negara Berkebajikan dan Tahaluf Siasi dan berpendapat bahawa ia adalah pendapat yang lemah, celaru dan tidak tepat.
PAS perlu menjelaskan dalil dan kaedah ijtihad yang dipakai dalam tahaluf siasi yang dibuat dengan bertanggungjawab. Ia tidak cukup sekadar mengatakan secara umum bahawa Nabi buat tahaluf maka PAS pun boleh buat tahaluf.
PAS perlu membuktikan bahawa wujud persamaan kuat (al-Jamik) antara bentuk tahaluf yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dengan tahaluf PAS dalam PR dari segi syarat dan rukunnya.
Di samping itu, masih wujud persoalan, adakah negara berkebajikan PAS (Islamik) sama dengan kebajikan PKR dan DAP yang bersifat liberal, sosialis dan sekular?
Memandangkan semua parti dalam PR merujuk kepada Buku Jingga, adakah sistem pemerintahan yang akan ditegakkan oleh PAS berlainan dengan sistem yang akan dipakai oleh PKR dan DAP yang berasaskan liberalisme dan pluralisme?
Saya berpendapat bahawa PAS kini mungkin berada dalam situasi hilang motivasi perjuangan akibat kecelaruan dalam mesej dan risalah perjuangan yang menyebabkan ia lemah, merasa kalah dan berpecah.
ISMA bimbang keadaan itu mendorong Ustaz Hadi untuk mencari kambing hitam bagi menutup kelemahan dalaman PAS. Janganlah nanti ISMA pula akan dipersalahkan jika PAS atau PR tewas dalam pilihanraya akan datang.
Kenyataan Ustaz Hadi juga mungkin bertujuan untuk menyuntik semangat jentera PAS yang diarah supaya membantu calon bukan Islam berdepan dengan ISMA yang menawarkan calon Muslim berwibawa.
Mereka berada dalam keadaan konflik dalaman antara iman dan keyakinan sendiri dan keputusan parti. Iman dan keinsafan mereka menuntut mereka membantu calon Muslim tetapi parti mengarahkan supaya membantu calon bukan Islam yang sesetengahnya dengan nyata menentang Islam.
Akhir sekali, saya ingin menyatakan bahawa ISMA sentiasa bersedia mendengar penjelasan PAS atau Ustaz Hadi sendiri tentang apakah kandungan fiqh siasi yang disebut berkali-kali bahawa kami tidak faham fiqh siasi tersebut. Kami menunggu penjelasan segera agar kami dapat membuat penelitian yang sewajarnya.
Sekian, terima kasih.
Abdullah Zaik Bin Abd Rahman

Presiden ISMA

18 April 2013

NEPOTISME DALAM PAKATAN PEMBANGKANG !!!

Selama ini berdegar-degar mereka menuduh UMNO dan BN mengamalkan kronisme dan nepotisme. 

Cakap tak serupa bikin....

Dengan pengumuman nama Nik Abduh sebagai calon Pas di Parlimen Pasir Mas, maka kini lengkaplah sudah nepotisme dalam gabungan parti yang dinamakan pak-khatan rakyat.

PKR

Anwar Ibrahim

Azizah Ismail

Nurul Izzah Anwar


DAP (yang ini lagi dasyat)

Lim Kit Siang

Lim Guan Eng

Betty Chew

Karpal Singh

Gobind Singh Deo

Jagdeep Singh Deo


PAS

Nik Aziz Nik Mat

Nik Abduh Nik Aziz


Lagi nak bercakap pasal kronisme dan nepotisme ???