Monday, 15 April 2013
Sunday, 14 April 2013
PAHALA SOLAT SEKADAR FATWA POLITIK NIK AZIZ !!!
Saya ingin memberi sedikit ulasan mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS Dato Nik Aziz Nik Mat bahawa solat orang-orang UMNO tidak diberi pahala disebabkan dasar perjuangan mereka yang menolak Islam.
Ulasan sedemikian yang dibuat oleh Dato Nik Aziz Nik Mat bukanlah merupakan kali yang pertama. Sebelum ini pun sudah banyak fatwa-fatwa beliau yang hampir senada dengan apa yang dikeluarkan dua hari yang lalu.
Ramai pihak telah memberikan pandangan mengenai fatwa sedemikian. Rata-ratanya tidak dapat menerima dengan berbagai alasan dan sebahagiannya pula mengutuk fatwa sedemikian kerana dikatakan penentuan sesuatu amalan diterima atau sebaliknya adalah hak mutlak Allah SWT. Sebahagiannya pula suka melihat Tok Guru Nik Aziz lebih berperanan sebagai pihak yang bertanggungjawab menentukan PAS tidak terkeluar daripada landasan perjuangan antaranya mendaulatkan Islam dan melaksanakan hudud.
Saya cenderung melihat fatwa Dato Nik Aziz itu dari sudut membuat perbandingan mengenai dasar melaksanakan Islam samada yang kini dipratikkan oleh PAS atau seperti yang diperjuangkan oleh UMNO.
Setidak-tidaknya bagi UMNO walaupun dikatakan tidak menjadikan Islam sebagai asas perjuangan namun sejak lebih 50 tahun yang lalu Islam dikatakan semakin subur terutama dari segi melahir dan menghidupkan institusi-institusi Islam yang telah memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam termasuk ahli dan penyokong PAS sendiri. Tetapi, PAS yang sehingga ini masih mengagung-agungkan komitmen mereka melaksanakan Islam atas beberapa sebab belum mampu menzahirkan sesuatu yang konkrit yang dapat dilihat sebagai gambaran mereka benar-benar memperjuang dan mendaulatkan Islam.
Kebersekongkolan PAS bersama DAP dan PKR yang kedua-duanya menolak perlaksanaan Islam secara terbuka dan dengan bongkak mengulang-ulang penentangan terbuka mereka terhadap Islam menjadikan fatwa seperti yang sering dikeluarkan oleh Dato Nik Aziz itu hilang kredibilitinya dan sekadar momok-momokkan sahaja.
PAS sekarang ini bukanlah PAS seperti dahulu. Perjuangan PAS bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat bukanlah perjuangan yang meletakkan Islam sebagai asasnya. Dasar perjuangan Pakatan Rakyat yang terkandung di dalam Buku Jingga dan Manifesto Pilihanraya mereka yang dilancarkan baru-baru ini sama sekali tidak meletakkan Islam sebagai dasar yang diperjuangkan.
Sekiranya kaedah yang sama digunakan bahawa kedua-duanya dikatakan menolak dasar Islam, apakah lebihnya PAS dan apakah kurangnya UMNO. Bagi saya kalau solat UMNO tidak mendapat pahala adakah mungkin Allah memberi pahala kepada solat orang PAS yang jelas-jelas menerima dan terus mempertahankan dua rakan politik yang lain khususnya DAP yang tanpa segan silu menolak Islam secara total.
Bagi saya fatwa atau pendapat sedemikian mungkin relevan dan dapat digunakan sebagai hujah politik diketika PAS berada dizaman-zaman awal penubuhannya. Kini dengan sistem pengaliran maklumat yang bersamanya disertai dengan ilmu Islam telah menjadikan masyarakat Islam kini lebih terdedah kepada maklumat dan ilmu Islam yang lebih mendalam. Maka sebab itulah tidak hairan kalau pendapat Dato Nik Aziz itu hanya diletakkan ke dalam kategori gula-gula politik sahaja.
Saya bersimpati dengan beliau atas kedudukan dan stature sebagai Tok Guru yang selama ini menjadi idola kepada ahli dan penyokong PAS. Kini stature sedemikian semakin hari semakin malap. Saya tidak mahu melihat suasana sedemikian berterusan hingga memadamkan kehebatan beliau yang telah ditunjukkan di dalam karier politik beliau selama ini.
DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
Tmn Tun Dr Ismail, KL
5 APRIL 2013
MESTI TENGOK !!! LAGI VIDEO KESESATAN PAS.
Orang Umno Sembahyang Baca Hidup Melayu dan Hidup Dacing.
Ingat lagi tak pada tahun 2011 ada seorang penceramah Pas yang menyamakan Nik Aziz dengan Nabi ?
Kini penceramah didikan Pas itu kembali dengan fatwa-fatwa songsang sepertimana yang di ajar oleh Pas.
Lihat video di bawah
Perhatikan pada minit 1.06 bagaimana dia kata tuhan (Allah) menyumpah... "tuhan kata menate ni". Yang membawa maksud tuhan memaki orang Umno , binatang ni kata Allah tapi tak terima aku.
Dasyat ....dasyat.....
Saturday, 13 April 2013
VIDEO YANG MESTI DITONTON !!!
Kalau orang kata pembangkang amalkan pluralisme agama, mereka marah, tetapi itulah hakikatnya. Jika di atas gambar amalan pluralisme di kalangan pembangkang, ini pula video penyokong pembangkang bila dibuktikan pemimpin mereka sememangnya pengamal pluralisme.
*Sebar-sebarkan.
TAHALUF SIYASI BN ADALAH YANG BPALING IDEAL.
Ulama, tok guru pondok dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Kelantan mengulangi pendirian mereka menolak perjuangan Pas yang dianggap sudah lari daripada landasan asal.
Rata-rata mereka mengatakan Pas kini hanya memperjuangkan kepentingan politik semata-mata berbanding memperjuangkan Islam sebagai tunjang utama pentadbiran negara.
Berbanding Barisan Nasional, tahaluf siyasi (kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya dengan parti-parti bukan Islam) lebih ideal di mana mengangkat Islam sebagai tunjang utama pentadbiran negara.
Malah, mereka turut mendakwa pemimpin Pas yang sebelum ini mengatakan haram UMNO bergabung dengan MCA dan MIC, kini melakukan pakatan dengan DAP pula.
Ini dakwa mereka, Pas bukanlah parti politik yang berlandaskan perjuangan Islam lagi.
Lebih buruk kata mereka, demi survival politik pemimpin Pas, mereka sanggup mengangkat pemimpin bukan Islam sebagai pemimpin utama dan membayangkan bukan Islam boleh menjadi perdana menteri.
Antara ulama, tok guru dan NGO Islam berkenaan ialah Tok Guru Pondok Genting, Abdullah Saámah; Bekas Ketua Keselamatan Pas Kelantan, Shaidi Husin; Ketua Penerangan Minda Pondok, Harun Yahya; AJK Minda Pondok, Mohd. Zainal Abidin Awang; Pertubuhan Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff Al Hafiz dan penceramah, Mohd. Zain Mohd. Sah.

Friday, 12 April 2013
17 SEBAB KENAPA RAKYAT MALAYSIA PERLU MENGUNDI BN PRU13 !!!
Manifesto Barisan Nasional telah dilancarkan dengan jayanya. Rata-rata, Manifesto tersebut dipuji dan dianggap terbaik kerana amat menyeluruh serta padat.
Dalam pada itu juga, tidak salah jika dikatakan bahawa Manifesto Pakatan Rakyat juga hebat bunyinya di mana segala-galanya percuma, murah dan mudah bagaikan hidup di dalam syurga dunia.
Namun, bak kata orang, sesuatu yang terlalu baik sehingga sukar untuk dipercayai, kemungkinan besar ia memang tidak boleh dipercayai. Ini terbukti apabila Pakatan Rakyat sendiri mengakui bahawa Manifesto mereka pada 2008 dahulu bukan janji.
Justeru, tidak hairanlah apabila terlalu banyak yang dijanjikan telah tidak mereka tunaikan. Malah, ada di antara pemimpin mereka sendiri yang turut menyatakan kesilapan dalam menabur janji yang terlalu banyak dalam pilihanraya yang lalu.
Sebenarnya, menabur janji tidak apa, asalkan ia ikhlas dan mempunyai asas untuk ditunaikan. Oleh itu, sebelum janji dibuat, haruslah terlebih dahulu berfikir, mengkaji dan menganalisa bagi memastikan ianya berasas dan mampu untuk ditunaikan. Jika manusia biasa dipegang kepada janji-janjinya, maka tentulah lebih-lebih lagi bagi seorang manusia yang ingin memerintah negara.
Berbeza dengan PR, sehingga kini, BN telah terbukti sebagai parti yang tidak pernah berjanji kosong. Malah BN dengan megah dan beraninya menjadikan ungkapan ‘Janji Ditepati’ sebagai slogan Kemerdekaan yang lalu. Tidak mungkin slogan itu dipilih jika BN tidak serius dalam berjanji.
Menyedari sikap bertanggungjawab BN, maka tidak hairanlah rakyat tertunggu-tunggu Manifesto BN diumumkan. Dan ternyata, Manifesto yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib semalam, telah tidak menghampakan, malah meningkatkan lagi keterujaan rakyat untuk terus menyokong BN.
Antara janji-janji BN ialah:

1. Menangani Kos Sara Hidup
2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar
3. Menyediakan Rumah Mampu Milik
4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti
5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam
6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar
7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif
8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara
9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam
10. Memperkasa Penyertaan Wanita
11. Memenuhi Aspirasi Belia
12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial
13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:
14. Memerangi Gejala Rasuah
15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus
16. Gerakan Kesederhanaan Global
17. Memulihara Sumber Semula Jadi
Beberapa janji di atas bukanlah perkara baru, antaranya, Menangani Kos Sara Hidup di mana termasuk di dalamnya skim BR1M dan KR1M. Namun, apa yang menarik ialah janji tersebut dipertingkatkan lagi dari segi jumlah dan jangka masa di mana skim itu kini akan dilaksanakan secara tahunan.
Begitu juga dengan janji-janji mengenai memerangi rausah, memperkukuh perkhidmatan awam, menyediakan rumah mampu milik, meningkatkan keselamatan dan lain-lain lagi yang mana merupakan satu janji yang telah, dan sedang ditepati, cuma ianya kini diikrarkan untuk diteruskan di samping dipertingkatkan lagi.
Oleh itu, walaupun kita mungkin mendengar Manifesto yang lebih indah dari PR, namun, apalah ertinya jika ia bukan merupakan satu janji berbanding Manifesto BN yang disifatkan sebagai Akujanji oleh Perdana Menteri sendiri.
Dengan hakikat bahawa PR telah pun terbukti tidak melaksanakan apa yang tersenarai dalam Manifesto terdahulu, tentulah kurang bijak bagi mana-mana rakyat untuk terus mempercayai parti pembangkang itu, kali ini.
Sedangkan, dalam menentukan masa depan negara, keluarga dan diri sendiri, tidak boleh tidak, kita wajib berpegang kepada sesuatu yang pasti. Kita tidak boleh mengambil risiko menyerahkan masa depan kita kepada parti yang bukan sahaja tidak boleh dipercayai malah, sehingga kini masih belum pasti siapakah bakal Perdana Menteri.
Hakikatnya, BN adalah sebuah parti yang teguh dan pasti. Kita pasti dengan Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri, serta kita yakin dengan Manifesto BN sebagai sebuah Akujanji.

HOT : FATWA TERBARU NIK AZIZ - UMNO AKAN TENTANG NABI MUHAMAD JIKA BAGINDA HIDUP SEMULA.
MURSYIDUL Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ternyata terus angkuh dalam tindakan beliau demi menjaga kepentingan politik Pas dan pakatan pembangkang yang turut disertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Ketaksuban dan sikap fanatik beliau yang cuba menggambarkan hanya Pas sahaja memperjuangkan Islam dan hanya pakatan pembangkang sahaja yang baik telah membuktikan Menteri Besar Kelantan semakin meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya.
Tidak cukup dengan kenyataan sebelum ini bahawa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala dan usaha UMNO membina masjid tidak memberi apa-apa makna, Nik Abdul Aziz muncul pula dengan kenyataan jika Nabi Muhammad SAW hidup kembali parti UMNO akan menentang Rasulullah.
Demikianlah angkuhnya Nik Abdul Aziz yang sekali gus menunjukkan bahawa Nik Abdul Aziz seolah-olah sudah dikuasai oleh politik kebencian yang amat mendalam terhadap UMNO.
Mungkin juga semua ini berlaku kerana Nik Abdul Aziz semakin sedar berbanding tahun 2008, populariti Pas semakin merudum dan populariti UMNO semakin meningkat. Justeru mahu tidak mahu, Nik Abdul Aziz terpaksa menggunakan modal berkaitan Islam bagi menjejaskan imej UMNO.
Bagi Nik Abdul Aziz, ketegasan UMNO dalam memperjuangkan Islam termasuk begitu tegas dalam mempertahankan pendirian bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam adalah ancaman kepada Pas memandangkan Pas sudah bersetuju bersama sekutunya bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah.
Islam alat politik Pas
Selain itu, umat Islam di negara ini semakin sedar bahawa Islam hanyalah alat politik Pas dan pendekatan Pas dalam perjuangan Islam hanya digembar-gemburkan apabila menjelang pilihan raya sahaja.
Semakin meresahkan Nik Abdul Aziz ialah apabila Pas semakin kehilangan suara dalam pakatan pembangkang bagi menegakkan perjuangan Islamnya, oleh itu mahu tidak mahu usaha perlu dilakukan untuk mengalih pandangan umat Islam supaya tidak menyokong UMNO.
Sebab itulah, walaupun memahami bahawa apa yang beliau lakukan itu tidak wajar dan boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam, Nik Abdul Aziz terus kekal dengan sikap merapu beliau dengan mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan berkaitan Islam melibatkan UMNO.
Dalam soal ini, kita tidak perlu berasa bimbang atau gundah gulana kerana kita memahami apa yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz hanya semata-mata bermotifkan politik. Nik Abdul Aziz semakin resah apabila kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan semakin tergugat berikutan sambutan hangat rakyat negeri itu terhadao gelombang merah yang dibawa oleh UMNO.
Fatwa bukan-bukan
Gelombang Merah yang bertujuan menukar kerajaan negeri pimpinan Pas itu dilihat oleh Nik Abdul Aziz adalah ancaman yang harus dihentikan segera.
Oleh itu mahu tidak mahu Nik Abdul terpaksa mengeluarkan `fatwa' yang bukan-bukan supaya imej Islam UMNO terjejas.
Sebagai seorang yang berpengaruh Nik Abdul Aziz memahami apa juga yang beliau kata akan diikuti oleh penyokong-penyokong tegar Pas tetapi beliau terlupa dalam pilihan raya bukan hanya pengikut Pas atau UMNO sahaja yang akan mengundi, malah lebih penting ialah kelompok penentu iaitu golongan atas pagar.
Golongan inilah yang akan menilai dan membuat keputusan sama ada apa yang dinyatakan oleh Nik Abdul Aziz betul atau tidak, oleh itu kepada Nik Abdul Aziz cukup-cukuplah merendahkan UMNO.
Belajarlah untuk bermuhasabah supaya jangan sampai oleh kerana semakin banyak kenyataan yang dikeluarkan, beliau akan dianggap 'nyanyuk' dan ini sudah tentu tidak baik untuk politik Pas yang begitu kemaruk memburu kuasa sehingga sanggup mengadai segala galanya..
ULAMAK SELURUH MALAYSIA BAKAL DIKECAM !!!
Apa PAS nak kata apabila himpunan jumhur ulama-ulama seluruh Malaysia bersama Tok-Tok Guru Pondok yang bersidang di Gurun, Kedah baru-baru ini memutuskan fatwa mengharamkan undi untuk PAS dan PKR yang bertanding menentang UMNO pada PRU ke-13 kali ini.
Deklarasi tersebut disimpulkan pada hari ketiga di dalam acara penutupan majlis ijmaq ulama-ulama tersohor itu berdasarkan isu kalimah “Allah” yang dibenarkan penggunaannya oleh Pakatan Haram dan jelas merugikan aqidah umat Islam di negara ini.
Selain itu, Tok-Tok Guru Agama yang mempunyai ratusan ribu pelajar di seluruh negara itu juga membantah dasar Pakatan Haram yang jelas menyokong agenda fahaman Pluralisme yang selama ini didokong oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Pengerusi Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok, Sekolah Agama Rakyat, Maahad Tahfiz al-Quran Peringkat Kebangsaan, Tok Guru Harun Yahya berkata, parti-parti pembangkang yang memperjuangkan penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam didapati mengemukakan nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam dan menyesatkan.
Lebih 150 tokoh-tokoh ulama dan kepimpinan pondok-pondok agama berhimpun buat julung-julung kalinya di Kedah dan turut membahaskan tentang sokongan umat Islam di negara ini dalam menentukan kerajaan yang layak memerintah Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Saya yakin, tidak kurang dari 24jam dari sekarang, para ulama dan kepimpinan pondok-pondok agama di seluruh Malaysia akan diserang dengan kutukan, caci maki dan hamun dari seluruh penyokong PAS dan PKR.
Jangan terkejut selepas ini jika pondok-pondok di seluruh Malaysia itu akan dilabel sebagai “pondok UMNO”, “pondok BN” atau “pondok tak boleh pakai” oleh juak-juak Pakatan Haram.
Kalau Sahibussamahah Mufti Perak yang disegani seperti Tan Sri Harussani Zakaria pun puak-puak PAS boleh tukar nama beliau kepada “Haramsani”, apatah lagi ulama-ulama pondok yang tidak mendapat sebarang watikah dari DYMM Sultan.
Saya juga yakin bahawa PAS akan mempergunakan Dewan Ulama PAS bagi menjawab isu fatwa pengharaman undi terhadap parti mereka dan Pakatan Haram pada PRU ke-13 nanti.
Pada saya, tak perlulah Dewan Ulama PAS susah-susah bazirkan air liur mereka dalam isu ini memandangkan nama “PAS” tertera dengan jelas di dalam pertubuhan mereka berbanding ulama-ulama pondok yang selama ini hanya mementingkan perjuangan pendidikan dan kepentingan Islam.
Sangat besar bezanya. Dewan Ulama PAS sudah tentulah akan mempertahankan PAS berbanding ulama-ulama pondok yang memberikan fokus kepada mempertahankan maruah, perjuangan dan dasar Islam yang wujud di negara ini.
Apatah lagi dengan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang memberikan perhatian kepada institusi agama yang menjadi tradisi pendidikan Islam tanahair tersebut, maka sudah tentu dasar transformasi itu disokong para ulama, bukan?
PAS harus mengaku bahawa pendirian mereka pada hari ini jauh lebih liberal berbanding DAP. DAP sekurang-kurang tetap dengan prinsip mereka yang “chauvinis ultra kiasu” dan tegas menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Malangnya PAS terpesong jauh dari perjuangan asal mereka apabila sanggup menggadai maruah diri dengan menjual matlamat penubuhan negara Islam semata-mata kerana tunduk ingin menjaga hati DAP dan PKR.
Kononnya PAS memberikan alasan “tahaluf siyasi” dalam tindakan tersebut. Tapi “tahaluf siyasi” jenis apakah yang menghalalkan kerjasama dengan “syaitan-syaitan” yang menentang kepentingan Islam dan bumiputera di negara ini?
Rasulullah SAW dan para sahabat RA dulu pernah bertahaluf siyasi dengan “syaitan”, kah? Kalau Rasulullah SAW bertahaluf siyasi sekalipun, Baginda mendapat ru’ya wahyu dari Allah SWT. Nik Aziz dapat wahyu dari siapa pula? Dari Anwar atau Karpal Singh?
Demikianlah Allah SWT membuka pekung PAS. Dengan ujian memberikan sejenak kuasa, PAS dan PKR sudah hilang punca dari perjuangan asal mereka. Kelam mata dengan urusan kuasa duniawi dan lupa pada Islam. Padanlah ulama-ulama seluruh negara haramkan undi untuk mereka.
Thursday, 11 April 2013
PANAS !!! PR BELUM PUTUSKAN SIAPA PM JIKA MEREKA MENANG #PRU13
Teka-teki bakal calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat (PR) masih belum terjawab walaupun Pilihan Raya 2013 akan berlangsung tidak lama lagi apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih enggan mengulas berkenaan parkara itu.
Abdul Hadi dilihat mengelak ketika ditanya pemberita berkenaan perkara itu sebaliknya menegaskan perkara berkaitan calon perdana menteri daripada pakatan pembangkang hanya akan diselesaikan apabila pilihan raya umum ke-13 berakhir.
“Saya tidak boleh mendahului rakyat, kita perlu menangkan dulu, baru kita tahu siapa (Perdana Menteri),” katanya menjawab pertanyaan pemberita selepas Bicara Minda anjuran Sinar Harian di Kompleks Karangkraf di sini.
Tambah presiden PAS itu lagi, beliau tidak sepatutnya mendahului rakyat dan sebagai menghormati sistem Raja Berperlembagaan, beliau tidak sepatutnya mengulas berkenaan perkara tersebut.
“Kita ada raja perlembagaan, tak boleh dahului, ini adab kita ... saya tak boleh kata saya sedia, saya hanya sedia jadi khadam kepada rakyat,” katanya lagi.
DAP sebelum ini telah bersetuju untuk melantik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekiranya pembangkang berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam PRU 13 akan datang.
Isu itu kemudiannya kembali berbangkit apabila Muktamar PAS di Kelantan pada November tahun lalu melihatkan pemimpin dari Dewan Muslimat dan Dewan Ulama PAS mencadangkan agar Abdul Hadi dilantik menjadi perdana menteri. “Siapa jadi perdana menteri yang penting mesti orang Islam yang diterima rakyat,” tegas Abdul Hadi lagi.
Media sebelum ini melaporkan pemimpin PAS telah mempersoalkan pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekiranya PR berjaya memenangi kerajaan persekutuan pada Pilihan Raya umum 2013, dengan satu sumber mengesahkan mereka telah menawarkan kepada pemimpin Umno Tengku Razaleigh Hamzah jawatan tertinggi tersebut.
Sumber berkenaan berkata, persoalan tersebut timbul dalam satu mesyuarat tertutup antara PAS dan PKR selepas kenyataan Abdul Hadi bahawa parti Islam itu tidak teragak-agak meninggalkan PR sekiranya pakatan tersebut merugikan orang-orang Melayu dan Islam. “Pemimpin tertinggi PAS itu mengatakan ‘haram’ bagi Anwar untuk meminta jawatan Perdana Menteri,” kata satu sumber PR yang tidak mahu dinamakan kepada media.
“Kemudian seorang pemimpin tertinggi PKR menjawab, Anwar tidak pernah meminta jawatan sebagai perdana menteri sebaliknya rakyat yang mengangkatnya dan ini sudah dipersetujui oleh PAS dan DAP semenjak pilihan raya umum 1999,” tambah sumber tersebut.
Menurut satu sumber lain dari PR, satu pertemuan telah dilakukan diantara pemimpin tertinggi PAS dengan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bagi menjemput bekas Menteri Kewangan itu untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya PR berjaya mendapatkan majoriti kerusi parlimen selepas pilihan raya akan datang.
Isu siapa bakal Perdana Menteri PR sekiranya dapat merampas Putrajaya timbul apabila dilaporkan Majlis Syura Ulama PAS dalam sebuah perbincangan tertutup melibatkan beberapa anggota majlis tersebut menolak Anwar sebagai calon perdana menteri PR dan berkemungkinan melantik calon dari luar bagi menggalas jawatan tersebut.
Perkara itu bagaimanapun ditolak Pengerusinya Datuk Nik Aziz Nik Mat dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah yang cuba dilemparkan terhadap PAS bagi melaga-lagakan parti tersebut dengan rakan sekutunya dalam PR, menurut agensi berita Bernama. Pengerusi DAP Karpal Singh masih menegaskan Anwar akan menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya 2013.
PAS akan bertanding 70 daripada 222 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya 2013 yang perlu diadakan tidak lama lagi dan membiarkan selebihnya untuk ditandingi oleh rakan PR, DAP dan PKR. BN mengalami kekalahan terburuk pada Pilihan Raya 2008 apabila kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen dan empat negeri kepada PKR, PAS dan DAP. Akan tetapi gabungan pemerintah itu merampas semula Perak selepas beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri keluar PR. - UtaraNews
**DAP rilex je declare mahu Anwar jadi PM..Kenapa PAS takut nak berbuat demikian?? Takut hilang undi ke??
Subscribe to:
Posts (Atom)