ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Monday, 8 April 2013

PANAS - VIDEO MANGSA PERAS UNGUT PAS !!!





Kau orang boleh nilai sendiri tahap parti PAS ni.....
mintak sumbangan ikhlas tapi paksa orang....gila

Sunday, 7 April 2013

VIDEO PANAS !!! RAKYAT KELANTAN MESTI TENGOK - BAIK PUNYEEEE !!!

Video : Janji Pas Versi Dikir Barat
Jom layan video ini....

GEMPAR !!! SURAT OPS HARIMAU BELANG PAS DEIDEDAHKAN !!!

Surat ini ada punyai maksud...
Dinamakan ia sebagai Ops Harimau Belang.
Dilakukan untuk mengeruh dan menakutkan pemikiran pengundi UMNO.

Arahannya mudah...
Orang PAS perlu mengajak bekas ahli UMNO mahupun yang aktif dalam UMNO ( bahagian dan cawangan) untuk menyertai Ops Harimau Belang.

Secara mudah bahasanya PAS nak ahli umno sabotaj parti umno..
Dilakukan pada PRU ke 13 nanti..

Sampai begitu sekali PAS terdesak hinggakan terpaksa menggunakan ahli UMNO untuk sabotaj parti UMNO sendiri.

Ini bermaksud PAS sudah tidak berdaya lagi untuk meyakinkan pengundi hingga terpaksa panggil pemain import untuk sabotaj UMNO !

PAS sudah tewas dengan UMNO !!!

NEPOTISME : ANAK NIK AZIZ AMBIL KERUSI MUSLIMAH PAS !!!



Nik Aziz..licik..sungguh licik !!!

Kalau tak licik dan jahat maka beliau takkan jadi Menteri Besar Kelantan untuk satu tempoh yang lama, 23 Tahun !!! Semua kena tipu oleh Nik Aziz..semua sekali termasuk penyokong yang kalut ribut dok menyembah beliau siang dan malam..sembah taksub..kononnya dialah Tok Guru yang paling Alim dalam dunia..setaraf dengan Ulama Muktabar yang lain.

Walau terang-terang hidup Nik Aziz di penuhi dengan amalan yang munafik namun strategi beliau yang nampakkan bahawa beliau orang alim "menjadi" !!!
Semua orang jadi percaya seolah-olah kena pukau bahawa apa yang dia buat semuanya BETUL !!! MAKSUM !!!

Walhal semua pengikut Nik Aziz dengar dan baca sendiri kenyataan terbuka cabaran Nik Aziz terhadap Tun Mahathir yang ketika itu menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke 5, sudah hampir 20 tahun ketika itu Tun menduduki kerusi Perdana Menteri, Nik Aziz dengan bongkak Iblisnya mencabar Tun M..kiranya Tun M undur dari kerusi PM maka Nik Aziz juga akan undur..semua ahli pas bertakbir ketika itu !!!!

Kini..dah hampir 10 tahun Tun M berundur dengan cara hormat..Nik Aziz keluarkan arahan yang cukup jelas bahawa jangan usik kerusinya..dia akan bertanding walaupun kena berkerusi roda !!! manusia apakah ini !!!

Seluruh ahli Pas..bermula dari Presiden Parti hingga ke ahli terakhir yang daftar semalam terpaksa telan apa juga yang Nik Aziz arahkan..takut berdosa walaupun mereka tahu bahawa mereka ikut Nik Aziz yang munafik pun turut tanggung dosa bersama.

Nik Aziz kekalkan rentak ego tahap iblis bila dengan mudah mengatur segala perjalan hidup anak beranak beliau. Yang anihnya Pihak bertanggungjawab, SPRM seolah-olah tidak nampak kesalahan yang Nik Aziz buat. Menantu Nik Aziz di lantik sebagai CEO anak syarikat negeri pun tak salah, cuba kalau UMNO BN yang buat, mahu kiamat dunia ni dibuatnya..berarak hingga kelam kabut KL dan siap buat bersiri lagi..semuanya kerana kalau UMNO/BN yang buat.

Boleh ke guna kuasa Menteri Besar dan lantik anak menantu ke jawatan yang penting dalam kerajaan pentadbiran beliau sendiri ???!

Terbaru, menurut sumber, Nik Aziz dah siap atur kawasan selamat untuk anaknya sendiri,Nik Abduh. Khabarnya anak Nik Aziz ini bakal tendang Siti Zailah Yusuf dari Rantau Panjang ke Jeli. 

Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat telah menamakan anaknya Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon Pakatan di Rantau Panjang.

Ahli Parlimen Pas sekarang, Siti Zailah Yussof, Ketua Dewan Muslimah Pas, telah dipindahkan ke Jeli. Zailah menolak pencalonannya di jeli dan ini menimbulkan masalah dalam Pas sekarang. (Sumber Dalaman).

Siti Zailah Yussof dikhabarkan akan menentang Dato Mustapha Mohamad di Parlmen Jeli sedangkan tempat beliau sekarang ini adalah di Parlimen selamat bagi Pas, iaitu Rantau Panjang.

Pastinya ramai yang tahu bahawa Parlimen Rantau Panjang antara parlimen tradisi dan kubu Pas di Kelantan, sebab itulah Nik Aziz telah menamakan Anaknya, Nik Abduh di kawasan tersebut, tanpa mengira kedudukan ahli Parlimen Pas sekarang. 

Kalau Ketua Wanita Pas sendiri pun Nik Aziz kenakan dengan cukup hina, ahli biasa ? Makan pasirlah jawabnya. Siti Zailah mengamuk kerana beliau terpaksa berhadapan dengan Tok Pa, seolah-olah Nik Aziz nak kuburkan beliau d sana !!

Perhati betul-betul..nanti senarai calon keluar..lihat sendiri dengan teliti..Calon Wanita Pas..kat mana Nik Aziz letak..YAKINlah..Nik Aziz akan letak d kawasan yang 'hitam' bagi Pas. Nik Aziz hanya mengaburi mata sokongan wanita Pas bahawa Pas amalkan dasar buka kangkang dah sekarang..dulu Nik Aziz kata haram wanita masuk bertanding walaupun dalam Musabaqah Al-Quran ! Nik Aziz dajalkan calon wanitanya sendiri !!!

MANISFESTO BN TERBAIK !!!


INI DIA...DETAIL LENGKAP AKUJANJI BN !!! 

MESTI SEBARKAN KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA, ASIA TENGGARA, ASIA,  EROPAH DAN DUNIA !





CIRI-CIRI UTAMA:
  • BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.
  • 112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.
  • Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.
  • Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.
  • Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.
  • Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat.
  • BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.
  • Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.
  • Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.
  • Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.
  • 1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.
  • Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.
  • Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.
  • Membina Lebuh raya Pan Borneo.
  • Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.
  • Sekolah satu sesi diperluaskan.
  • Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.
  • Transformasi sekolah vokasional.
  • 4,000 anggota Polis setiap tahun.
  • Penggunaan SafeCam.
  • Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.

Saturday, 6 April 2013

PAS KETEPIKAN CALON YANG LEBIH LAYAK, PILIH ARTIS BERTANDING KERUSI PARLIMEN !!!


Aisyah nak bertanding kerusi Parlimen di Jempol~ Berapa lama dia ceburkan diri dalam politik? Kalau nak dibandingkan dengan pimpinan PAS yang lain baik dari level atasan atau peringkat akar umbi?Sudah tidak ada calon yang layakkah? Habis dah alim ulamak dalam PAS?

Penyanyi Aishah yang popular dengan lagu “Janji Manis Mu” pasti pening kepala apabila mendapati nama beliau sebagai calon Ahli Parlimen Jempol untuk Pas sebenarnya bertindih dengan nama Ketua Dewan Pemuda Pas negeri.

Pengumuman nama dua calon oleh Pas bagi kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan hanya menampakkan bahawa Pas negeri dan Pusat tidak sehaluan dalam pemilihan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Ini kerana, nama pertama diumumkan pada Ahad lalu, Mohd. Fairuz Mohd. Isa yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Jempol, adalah calon pilihan Pas Negeri Sembilan.

Pengumuman nama Mohd. Fairuz dibuat sendiri oleh Pesuruhjaya Pas II Negeri Sembilan, Abd. Rahman Ramli kepada media dalam satu program di Felda Raja Alias Empat di sini, yang turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Calon kedua pula, Wan Aishah Wan Ariffin iaitu penyanyi yang lebih dikenali sebagai Aisyah dan popular dengan lagu Janji Manismu, merupakan calon pilihan Pas Pusat.

Nama Aisyah bakal bertanding kerusi Parlimen Jempol diumumkan sendiri oleh Mohamad Sabu di Markas Pas, Taman Melewar, Kuala Lumpur.


GOMBAK - Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini mengumumkan penyanyi terkenal tanahair, Aishah sebagai calon bertanding kerusi Parlimen Jempol.

Beliau mengumumkan perkara tersebut pada ceramah 'Amanat Penting PRU13 - Tipu Pilihanraya Turun Padang' anjuran PAS Bukit Bintang di Markas PAS Taman Melewar, malam tadi.

Bagaimanapun Aishah yang ditemui selepas pengumuman tersebut berkata beliau masih belum bersedia untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.

"Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan PAS Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding)," katanya kepada Antarapos.

Ditanya berkenaan karier nyanyiannya, Aishah menambah, beliau tetap akan meneruskan kerjaya yang sudah menjadi darah dagingnya sejak 25 tahun lalu.

"Sekarang pun walau sibuk berceramah saya tetap menerima undangan nyanyian yang sudah 25 tahun sebati dengan diri saya," katanya.

Aishah adalah artis pertama dari Pakatan yang diumumkan sebagai calon untuk bertanding pada PRU13.

Antara artis lain yang menyertai Pakatan adalah Bob Lokman, Hairie Othman, Abby Abadi dan Yassin.

HOT ! KENYATAAN BODOH PAKATAN PERTIKAI SLOGAN "RAKYAT" BN !!! #TOLAKPR


Pengarah Pilihanraya PAS , Dr Hatta Ramli kata Tindakan Barisan Nasional (BN) yang meniru pendekatan dan slogan Pakatan Rakyat dilihat sebagai kejayaan perang psikologi yang dilakukan Pakatan.

Tindakan itu juga mengesahkan lagi dakwaan pemimpin Pakatan Rakyat yang mengatakan BN ketandusan idea dalam usaha menarik sokongan rakyat.

"Bagaimanapun, kita tiada masalah mereka hendak guna. Mereka bebas nak guna. Cuma, mana slogan dia selama ini, 'Tradisi Membela Rakyat'. 

Kenapa tidak guna dah?" soal beliau ketika dihubungi Harakhdaily, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa tindakan BN menggunakan slogan dan pendekatan yang diamalkan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Perkara tersebut, antaranya dikesan di bangunan ibu pejabat MIC, di mana satu banner tertulis "Barisan Nasional Pilihan Rakyat', manakala satu lagi di bangunan bersebelahan bannernya menggunakan tema 'Produk-produk Dahulukan Rakyat'. 

Umum mengetahui, Pakatan Rakyat telah melancarkan kempen mereka sebelum ini, 'Harapan Rakyat' sebagai tema dalam manifestonya. Ia sesuai dengan namanya Pakatan Rakyat yang apabila disambung 'Pakatan Harapan Rakyat'.

PSSST :-
Awas !!  perkataan "RAKYAT " kini adalah  hak cipta terpelihara Pakatan. Alasanya  mereka dulu guna slogan " Harapan Rakyat"  & "Demi Rakyat" dan pihak lain didapati meniru tak kira sapa akan dituduh menciplak idea mereka. Lepas ni kalau sesiapa nak guna perkataan "RAKYAT" kena minta kebenaran pakatan rakyat dulu tau..Kalau tidak akan dicop ketandusan idea dan meniru pakatan rakyat..

GEMPAR!!! ARTIS POPULAR BUAT LAGU KHAS UNTUK TOK GURU NIK AZIZ #PRU13



Lagu khas untuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang mahu pegang jawatan Menteri Besar sampai bila-bila.


.

Friday, 5 April 2013

GEMPAR! DOKUMEN SULIT PAS-PKR DIBONGKAR!

Korang tengok la wei, calon PAS pun Anwar nak tengok dulu!!!

PAS oh PAS ini bukti yang korang ni hanyalah anjing tempelan dalam Pakatan!!!

Kah kah kah

HOT : NIK AZIZ NAK AMBIL ALIH TUGAS ALLAH !!!



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus-menerus mencetuskan kontroversi melalui fatwa-fatwa beliau terhadap keislaman orang UMNO termasuk sebelum ini mendakwa UMNO murtad kerana menolak Islam.

Semalam, Nik Aziz mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak Islam. Dalam masa sama, Nik Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tokleh (tidak boleh) pahala, boleh pahala gapo (apa) kalau tolak Islam."
"Kalau orang Pas tolak Islam pun tokleh pahala, orang Pas kalau riak tokleh pahala dan kalau kedekut pun tidak boleh pahala.

"Kalau nak boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak boleh pahala ikhlas lagu mano (bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak turun Islam kepada Nabi Muhammad SWT tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak boleh gena (macam mana) pahala kat orang tolak Islam," katanya ketika berceramah di Kampung Jambu di sini semalam.

Kira-kira 500 orang yang rata-ratanya terdiri daripada penyokong tegar Pas menghadiri ceramah berkenaan.


Pada 17 November tahun lalu pada sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu Nik Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Nik Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Pas sebelum itu menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut mendoakan supaya Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN dalam majlis solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.

Dalam pada itu, Nik Aziz semasa ceramahnya itu kemudian menyeru agar rakyat di Kelantan supaya memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

"Ambo (saya) pesan pada suma rakyat baik Pas lebih-lebih lagi UMNO, tolong undi Pas... demo (kamu) hendak UMNO, UMNO lah, tapi beri kertas undi, undi Pas.
"UMNO bagi duit ambil, bagi gula kacau, bagi kain pakai,bagi lembu sembelih tetapi apabila bagi kertas undi, pangkah Pas, kita nak ajar dia (UMNO)," katanya. - UTUSAN ONLINE