ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Thursday, 4 April 2013

TARIKH-TARIKH PENTING SEBELUM HARI PENGUNDIAN 27 APRIL 2013 #PRU13



3 APRIL 2013 (RABU)
PARLIMEN BUBAR

6 APRIL  2013 (SABTU) 
PELANCARAN MANIFESTO PILIHAN RAYA

8 APRIL 2013 (ISNIN)
SPR BERMESYUARAT

14 APRIL 2013 (AHAD)
PENAMAAN CALON

27 APRIL 2013 (SABTU) 
TARIKH PENGUNDIAN


Telah tiba saatnya kita semua bersatu hati mempertahankan kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat. Terjemahkan sokongan anda kepada Barisan Nasional! 


HOT : NAMPAKNYA UGUTAN OSTAZAH EBBY TELAH BERJAYA.... #PRU13

Inilah kehebatan bakal calon PAS dalam PRU13 ini...Habis islamik dah ni...




Parlimen Malaysia penggal ke-12 dibubar secara rasmi pada Rabu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan.

Pembubaran berkenaan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen kira-kira pukul 11.30 pagi.

Menurut DS Najib, pembubaran berkenaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ketika beliau menghadap baginda awal pagi Rabu.

"Pada pagi ini saya telah pun menghadap Yang Di-Pertuan Agong dan menyembah warkah kepada baginda memohon perkenan supaya Parlimen ke-12 dibubarkan pada hari ini.

"Sehubungan itu selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, baginda telah pun memperkenankan agar Parlimen ke-12 dibubarkan berkuat-kuasa hari ini," katanya.

Beliau sebelum itu mempengerusikan mesyuarat Kabinet terkahir di Putrajaya.

Pada sidang media khas itu juga Perdana Menteri meminta semua ketua kerajaan negeri mendapatkan perkenan daripada ketua negeri masing-masing bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.

"Saya menasihatkan kepada ketua-ketua kerajaan negeri yang berkenaan untuk menghadap ketua-ketua negeri mereka bagi mendapatkan perkenan pembubaran DUN masing-masing agar pilihan raya umum dapat diselaraskan secara serentak seluruh negara," katanya.

Sementara itu DS Najib turut menasihatkan semua parti politik yang akan bertanding pada PRU akan datang supaya mengamalkan prinsip demokrasi demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan nasional.

"Semua parti politik yang memilih untuk terlibat di dalam proses pilihan raya kali ini perlulah bertanggungjawab. Janganlah kerana tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadap parti masing-masing maka ada pihak yang cuba menyemai racun syak wasangka dan seterusnya merosakkan kepercayaan kepada integriti proses pilihan raya yang bakal diadakan.

"Insaflah dan ambillah iktibar dari apa yang telah berlaku di negara-negara lain di mana taktik ini telah cuba diguna pakai. Kesan akhirnya proses dan keputusan pilihan raya di negara-negara tersebut tidak lagi diyakini dan mana-mana kerajaan yang dipilih termasuk dari parti yang mengamalkan taktik tersebut telah ditolak rakyat. Negara akhirnya menjadi tidak stabil, pelabur hilang keyakinan, kemakmuran nasional merudum dan akhirnya rakyat menderita," katanya.

Sumber - EP

Wednesday, 3 April 2013

PARLIMEN DIBUBARKAN SECARA RASMINYA PADA 03/04/2013 JAM 11.35PAGI !!!

Alhamdulillah, pagi tadi jam 11.35 pagi, PM kita telah mengumumkan pembubaran Parlimen, rasanya inilah yang pejuang-pejuang Saf Nasional sedang tunggu dalam membenamkan terus pengkhianatan-pengkhianatan dan petualang Negara.

YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Yang Di Pertuan Agong telah memperkenan permohonannya untuk membubarkan Parlimen pada hari ini. Adalah dijangkakan kesemua Ketua Menteri dan Menteri Besar termasuk dari Pakatan Rakyat, kecuali Negeri Sembilan yang telah bubar pada minggu lalu, akan mengadap Sultan dan Yang Di Pertua Negeri.

Sekiranya semua negeri telah membubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian.


We Love BN, We Love PM!!

PARLIMEN SUDAH BUBAR !!! JOM KITA TUMBANGKAN KERAJAAN PAS KELANTAN & KEKALKAN KERAJAAN PUSAT.



Setelah hampir 23 tahun mentadbir kerajaan negeri Kelantan, pimpinan PAS masih lagi dilihat mengunakan Islam sebagai modal untuk menagih simpati yang dijadikan sebagai umpan untuk terus menipu rakyat. Malah Mursyidul Am PAS, Nik Aziz selaku menteri besar sering mengunakan alasan memartabatkan Islam bagi memastikan dirinya terus kekal di tampuk kuasa.

Malah slogan Kelantan merupakan “Serambi Mekah” kerana ditadbir oleh PAS, sebenarnya adalah satu pembohongan. Sedangkan pada hakikatnya, semakin banyak gejala-gejala maksiat yang melibatkan pelacuran, penyalahgunaan dadah dan perjudian telah berleluasa di negeri yang dipimpin PAS ini.

Sebagai contoh awal tahun lalu, masyarakat didedahkan dengan laporan mengenai kewujudan sebuah kedai makan yang dijadikan sebagai pusat karaoke berhampiran rumah Menteri Besar itu. Dengan jarak hanya 600 meter, pusat karaoke itu turut menampilkan wanita dengan tarian 'goyang kucing garong' atau 'tarian punggung'.

Seterusnya Majlis Perbandaran Kota Bharu yang diberi status Bandar Raya Islam terpaksa berdepan denga kerancakan maksiat yang tumbuh bagaikan cedawan di sekitar Kota Bahru terutama di sekitar jalan Jalan Hamzah dan Kampung Limau Manis.

Tidak cukup dengan itu negeri Cik Siti Wan Kembang itu juga pernah mencatatkan peningkatan yang mendadak bilangan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun dalam musim perayaan ini terutamanya sejak dua minggu lalu. Lebih malang dalam kebanyakan kes, mangsa dirogol secara bergilir-gilir.

Menurut angka yang dikeluarkan oleh Polis Negeri Kelantan kes penyalahaan dadah turut menunjukkan peningkatan pada tahun lalu dan menjadi penyumbang kepada peningkatan kes jenayah.

Untuk tempoh Januari hingga Ogos 2012, jumlah tangkapan dadah keseluruhan ialah 9,881 orang berbanding tempoh sama pada tahun 2011 iaitu 7,908 orang, menunjukkan peningkatan sebanyak 25 peratus

Bagi kes melibatkan pengedar, sebanyak 417 orang ditahan berbanding 313 orang pada tahun lalu, peningkatan sebanyak 33 peratus. Manakala dadah paling tersohor di Kelantan ialah dari jenis pil kuda nama saintifiknya Methamphetamine (dadah sintetik – campuran bahan kimia).

Maka tidak hairanlah statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada 2011, mendapati setiap 28.8 bagi setiap 100,000 penduduk Kelantan telah dijangkiti penyakit HIV dan AIDS. Malah negeri yang dipimpin oleh mereka yang dikatakan ulama itu turut menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun, sejak 2008 hingga 2009.

Oleh yang demikian, rasionalnya PAS Kelantan dilihat GAGAL untuk membendung kegiatan tidak bermoral ini. Ia berpunca dari sikap angkuh pimpinan PAS Kelantan sehingga menyebabkan gelaja tidak bermoral itu semakin merosakkan rakyat.

Inilah yang dinamakan, "kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak". Mereka yang selama ini melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan BN/Umno kononnya tidak Islamik dan sebagai, terpaksa berdepan dengan musibah Allah SWT kerana sifat riak dan punca perpecahan.

Maka sudah tiba masanya untuk BN/Umno mengambil alih tampuk pemerintahan negeri bagi membetulkan keadaan serta membawa kemajuan sosioekonomi khusus untuk rakyat Kelantan yang terlalu jauh ketinggalan di belakang.


Kesimpulannya, kerajaan PAS Kelantan langsung tidak memperdulikan rakyatnya walaupun parti itu telah menukarkan slogan mereka kepada ‘Negara Berkebajikan’. Kalau stadium yang dijanjikan 17 TAHUN yang lalu baru hendak dibina, bagaimanakah nasibnya dengan janji-janji yang pernah ditaburkan? Jawapannya ‘Manifesto Bukan Janji’

Sekadar ingin bertanya, apakah jasa PAS untuk rakyat Kelantan?




TANGISAN CUCU CICIT CIK SITI WANG KEMBANG... SEBARKAN !!!

Memang Terbaeek video klip dibawah ini untuk seluruh rakyat negeri Kelantan sedar...

Mohon jasa baik tuan tuan, puan puan download, seterusnya cetak [burn cd] dan sebarkan untuk rakyat negeri pimpinan Nik aziz supaya mereka  tahu kisah sebenar.


BETULKAH ESOK PARLIMEN DIBUBARKAN ???


Parlimen dijangka dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan. berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian lounge suit berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar.

Jika Parlimen dibubar esok, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi” Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR  

Mengikut amalan sebelum ini, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir Kabinet sebelum pengumuman pembubaran Parlimen selepas mesyuarat. Difahamkan sesi bergambar diadakan sebelum mesyuarat Kabinet esok dan Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media bagi mengumumkan pembubaran Parlimen selepas itu.

Mengikut kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen. Beberapa Menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat itu dan tidak menolak kemungkinan Najib mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet esok seperti kelaziman sebelum ini.

 Tempoh 60 hari adakan PRU-13

“Saya sudah menerima surat dan mungkin ini adalah mesyuarat Kabinet terakhir penggal ini kerana mengikut tradisi Perdana Menteri sebelum ini, Parlimen dibubarkan selepas itu,” kata seorang Menteri kepada BH semalam. Jika Parlimen dibubarkan esok, ia genap empat tahun Najib menerajui negara selepas dilantik menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.

Tempoh satu penggal atau lima tahun Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) akan berakhir pada 30 April ini dan Parlimen akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu.

Selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari sehingga selewat-lewatnya bulan Jun untuk mengadakan PRU-13 bagi membentuk kerajaan baru. Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menjadi negeri pertama terbubar secara automatik pada Khamis lalu dan kini ditadbir kerajaan sementara yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sementara itu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata jika Parlimen dibubarkan esok SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan beberapa perkara dasar seperti daftar pemilih, watikah kepada pegawai SPR, tarikh penamaan calon tarikh mengundi.

Tuesday, 2 April 2013

TERKINI #LAHAD DATU @010413

Lahad Datu: Polis Sahkan 9 Kampung Bersih
LAHAD DATU, 1 April — Sembilan kampung yang menjadi lokasi pertempuran dan persembunyian militan dari selatan Filipina sepanjang Operasi Daulat telah digeledah dan disahkan bersih daripada ancaman pengganas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata proses pemindahan penduduk yang mendiami pusat penempatan sementara ke kampung berkenaan giat dijalankan, kecuali Kampung Tanduo yang ditutup.

“Penduduk dari Kampung Sungai Nyamuk, Tanjung Batu, Tanjung Labian dan Tanagian yang ditempatkan di pusat penempatan sementara telah mula dipindahkan ke kampung masing-masing.

“Malah kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani juga telah selesai digeledah dan dibersihkan, dengan itu, boleh dikatakan seluruh kawasan Operasi Daulat telah bersih dan orang kampung juga telah dibenar untuk kembali ke rumah masing-masing,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16 hari ini.

Beliau berkata tiga daripada empat dewan serba guna di Felda Sahabat yang dijadikan pusat penempatan sementara iaitu Fajar Harapan, Cenderawasih dan Gemala Pura juga telah ditutup kecuali Embara Budi disebabkan ada rumah penduduk yang mendiami pusat itu rosak sepenuhnya.

Beliau berkata walaupun pusat pemindahan sementara di kawasan Felda akan ditutup sepenuhnya, Operasi Daulat tetap diteruskan kerana fokus utama operasi ialah memastikan seluruh kawasan Lahad Datu, Semporna dan Sandakan benar-benar selamat.

Dalam perkembangan berkaitan, Hamza berkata lapan lagi individu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 didakwa di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu yang dijadikan mahkamah sementara.

“Sehingga kini, 16 orang yang ditahan di bawah Sosma telah dituduh di mahkamah,” katanya.

Mengulas laporan media Filipina bahawa 100 orang memasuki perairan Sabah untuk membantu saki-baki pengganas, Hamza berkata: “Mereka boleh mengatakan apa sahaja tetapi saya telah nyatakan bahawa keselamatan di negeri Sabah adalah terjamin”.

Dalam pada itu, Hamza berkata pasukan keselamatan mempunyai kepakaran tersendiri dalam menangani taktik pengganas yang mungkin cuba menyamar sebagai orang tempatan dengan berpakaian seperti penduduk kampung.
– BERNAMA

VIDEO YANG TAK AKAN DIKELUAR DALAM TV PAS !!!





Saksikan Satu Sisi Gelap Kerajaan Pas Kelantan


Seluruh negara tahu bawa Pas Kelantan mendakwa mereka tidak membangunkan ekonomi negeri. Itu tugas kerajaan Pusat kata mereka. Matlamat, hala tuju dan keutamaan Kerajaan Pas Kelantan ialah membangunkan sahsiah, akhlak dan moral rakyat kelantan. Di mana-mana Menteri Besarnya mendakwa kelantan negeri yang moralnya terbaik, serambi mekah. Negeri-negeri di bawah BN gagal membangunkan modal insan biar pun berjaya memabngunkan ekonomi.

Video ini mendedahkan satu sisi gelap kerajaan Pas Kelantan yang mahu mereka sembunyikan. Video ini tidak mendakwa keadaan seperti ini tidak berlaku di negeri lain. Video ini sekadar untuk menyatakan Pas bukan sahaja gagal membangunkan ekonomi negeri setelah lebih 20 tahun memerintah tetapi juga gagal membangunkan modal insan dan akhlak rakyat seperti mana yang mereka dakwa.

(Sila beri perhatian pada minit ke 2 ke atas, terutamanya pada minit ke -4)








Monday, 1 April 2013

VIDEO PANAS !!! RAKYAT KELANTAN MESTI TENGOK !!!


Inilah hakikat yang sedang berlaku di Kelantan sekarang ini. 
Janji, janji, janji dan terus janji....bila nak TEPATI JANJI ni???

Jom tonton video di bawah.... 

KEMANA DUIT DERMA PAS DIBELANJAKAN ???


Tradisi mengaut duit rakyat tetap tidak berubah walau apa pun nama perhimpunan yang dibuat oleh pakatan haram. Baik ceramah politik, demostrasi jalanan atau perhimpunan haram serta rapat umum untuk mana-mana pilihanraya kecil. Tong sedekah wajib ada. Semuanya kerana selagi Pas wujud bersama dalam program itu maka S.O.P untuk kaut duit rakyat tetap ada....

Yang berbeza hanya nama tabung yang kononnya dilancarkan ketika itu. Ada tabung Memali untuk keluarga Memali yang kononnya nak bantu balu dan anak yatim yang kematian bapa ketika tragedi itu berlaku. Ada tabung jihad yang dikutip semasa ceramah memfitnah UMNO BN dan ada juga Tabung kononnya untuk PRU. Semuanya pembohongan dan penipuan semata-mata.
  1. Ke mana hilangnya duit Tabung Memali ?
  2. Ke mana dihalakan duit sedekah setiap kali ceramah di seluruh Malaysia  kononnya untuk jihad?
  3. Ke mana duit kutipan 'adhock' yang dipungut ketika pilihanraya kecil?
Jumlah sebenar duit kutipan pun tidak pernah diisytiharkan selama ini setiap kali habis program.

Terbaru, Himpunan Sokong Shamsidar yang dibuat dalam Stadium Merdeka dan dianggarkan kehadiran peserta demo haram melebihi 50 ribu orang. Berapa kutipan yang dapat ? Tak mungkin Rm500 sahaja dengan kehadiran manusia yang sebegitu ramai.

** Lesen besar kutip derma...pegang je plastik..dah boleh kutip duit rakyat yang hadir....Tapi penghujungnya ke mana plastik itu pergi..Adakah pihak penganjur tahu berapa banyak plastik digunakan untuk mengutip derma...??