ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Tuesday, 4 December 2012

FOTO !! TEROWONG RAHSIA KELANTAN - THAILAND DI TEMUI !!!



Beginilah keadaan semasa (gambar) selepas penemuan terowong misteri Palekbang di Tumpat, Kelantan. Terowong purba sepanjang 100km yang dijumpai di Palekbang Kelantan ini mencetus fenomena baru tentang landskap sejarah melayu Kelantan.

Kerja-kerja arkeologi masih terus dijalankan di sini. Masyarakat sekitar Palekbang mula memenuhi tempat penemuan terowong misteri di Palekbang Tumpat Kelantan untuk melihat sendiri keadaan terowong purba yang menyimpan sejarah lampau yang belum pernah terungkai.

Orang ramai mula memenuhi tempat dimana terowong misteri yang menyimpan pelbagai rahsia yang belum terungkai sejak berita mengenai terowong Palekbang ini mula tersebar luas.

Beberapa pihak bertanggungjawab seperti bomba, arkeologi dan tentera masih menjalankan kerja-kerja untuk mengenalpasti serta mencari sumber-sumber terbaru disini..Pihak bomba juga masih lagi meneruskan kerja-kerja menyedut air untuk memudahkan ahli arkeoligi masuk kedalam terowong tersebut (gambar).

Terowong sepanjang hampir 100km sehingga ke Tak Bai, Siam (Thailand) ini juga dikatakan pernah menjadi kubu persembunyian tentera Jepun serta tempat penyimpanan senjata milik mereka..Terowong purba ini juga dikatakan sebagai tempat simpanan emas kerajaan melayu purba selain dikatakan sebagai kota purba kerajaan Siam yang mengandungi harta karun.



















GELARAN SI KITUL BUATKAN ANWAR BERANG !!!

Si Kitul Bang Nuar dah meroyan bila namanya dihentam di PAU 2012. Memang itu pun gelaran sesuai untuknya kerana pergi  minta bantuan negara asing, Australia  untuk campur tangan hal ehwal pilihan raya negara Malaysia   .

Inilah   ciri-ciri kerja seorang pengkhianat negara. Persoalannya,  mengapa Anwar tak berani  jawab tentang permintaannya terhadap negara Australia ?

Kalau itu pun tak boleh jawab, teryata DS Najib lebih berkaliber daripada Anwar !!!





Sehubungan itu, dalam komen pertama Anwar yang juga Ketua Umum PKR menegaskan Najib tidak mempunyai kaliber kerana gagal menggunakan bahasa yang sesuai semasa berucap di khalayak - depan perwakilan di Dewan Merdeka, di mana ucapannya juga disiarkan secara langsung.

Anwar juga menimbulkan persoalan sama ada parti pimpinan Najib harus dipertahankan oleh rakyat pada PRU13.



"Adakah wajar bagi rakyat untuk terus mempertahankan pemimpin yang tidak mempunyai kaliber seperti itu? "Ucapan pembukaan Najib dipenuhi dengan serangan terhadap pemimpin PR terutamanya saya di dalam bahasa yang tidak wajar digunakan," katanya kepada sidang media di Ibu Pejabat PKR.



Hehehe... Bila tekena kat diri sendiri tahu pula tuduh orang tidak berkaliber !!!

ANTARA KEJAYAAN UMNO DAN MIMPI PAS

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Rakyat kini sedar warna politik yang dipakai oleh Pas, sebuah parti yang mendabik dada memperjuangkan Islam dan penubuhan Negara Islam sebagai objektif utamanya.

Tetapi adakah ini sebenar parti itu atau adakah Pas mempunyai agenda terselindung yang lain?

Bolehkah rakyat mempercayai pengakuan Pas sebagai sebuah parti yang memakai nama Islam atau perlukah rakyat menilai parti itu melalui tindak tanduknya samada ia selari dengan hasrat dan cita-cita yang dilaungkan?

Persoalan ini rasanya perlu ditanya setiap rakyat sebelum mereka yang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti, tergerak untuk memangkah parti itu pada kertasnya.

Implikasinya besar kepada rakyat malah kepada negara jika tersilap undi parti yang ingin diamanahkan mengangkat martabat serta menjaga urusan pentadbiran negara.

Takut-takut nanti apabila dipilih parti tertentu umpamanya Pas, lebih khabar daripada rupa pula.

Jadi amat perlu dinilai perjuangan Pas kebelakangan ini samada ia berlandaskan apa yang tertera di dalam perlembagaan parti itu sejak penubuhan pada tahun 1951 atau ia telah berubah menjadi satu organisasi siyasah yang amat berbeza sekali dengan yang asli.
Berbeza dengan UMNO yang sebagai sebuah parti Melayu terbesar sejak terasas pada tahun 1946.

Perjuangannya amat jelas - Melayu dan Islam - agenda memartabatkan Melayu ingin diperjuangkan manakala syiar Islam diperkukuh dan dilindungi sejajar dengan peruntukan Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

Hasil perjuangan UMNO daripada dua matlamat utama itu juga jelas dan bukan samar-samar seperti Parti Al Islam Semalaysia atau Pas.

Sejak merdeka, bangsa Melayu di bela dan kebajikan mereka dijaga.

Menyingkap sekelumit sahaja hasil perjuangan UMNO akan menyedarkan rakyat apa yang telah dilakukan oleh parti itu untuk memperkasa agenda Melayu.

Dalam bidang pendidikan umpamanya, tanyalah mana-mana ibu bapa  Melayu atau saudara mara yang berkait dengan mereka, anak Melayu mana yang tidak pernah mendapat sentuhan perjuangan suci serta jihad UMNO?

Lihat sahaja statstik akan mengejutkan orang Melayu di mana berpuluh puluh ribu anak Melayu berjaya melanjutkan pendidikan di peringkat ijazah di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara.

Sementelahan itu berpuluh puluh ribu pula anak bangsa terutamanya dari kawasan luar bandar, kampung dan desa diberi peluang mendapat pendidikan di berpuluh puluh Maktab Rendah Sains MARA Sekolah Menengah Sains, Sekolah Sukan dan lain-lain.

Bagi anak-anak Melayu yang tercicir daripada sistem pendidikan pengajian tinggi pula, kerajaan yang ditunjangi UMNO masih membuka peluang dan diberi harapan kepada golongan ini dengan membina pusat-pusat Giat Mara, Institut Kemahiran MARA, Institut Kemahiran Belia Negara, serta Kolej Komuniti yang berselerak di seluruh negara.

Dalam aspek Islam pula, rakyat boleh lihat dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana UMNO menjaga memuliaan Islam sejak merdeka.

Jika diconggok, berbilion ringgit telah dicurahkan untuk memartabatkan Islam dan umat Islam oleh kerajaan berteraskan UMNO sejak dari zaman Perikatan kepada Barisan Negara kini.

Daripada pembinaan masjid, madrasah dan surau hinggalah kepada mewujudkan Bank Islam, universiti dan kolej Islam, sekolah agama berasama penuh, mahkamah syariah, sistem pajak gadai Islam, Baitul Mal, Perkim, antara lainnya.

Tidak sedikit pula anak-anak Melayu dihantar ke universiti-universiti teragung Islam di luar negara seperti Al-Azhar untuk menceduk ilmu agama serta mengembangkan syiar Islam.

Jika dibuat perbandingan ringkas ini di mana letaknya kedudukan UMNO sebagai sebuah parti Melayu-Islam dan Pas yang mendakwa seolah-olah mempunyai matlamat yang sama?

Bukti dan hasil UMNO sudah terbukti dan tidak perlu dipertikaikan lagi, bagaimana pula dengan Pas yang melaung siang dan malam bahawa ia parti Islam tersohor?

UMNO tidak secara spesifik menyatakan untuk menubuhkan Negara Islam berlandaskan syariah namun segala apa yang telah dan sedang dilakukan untuk Islam menjurus kepada pentadbiran yang sarat dengan nilai-nilai dan prinsip Islam.

Pas pula sudah 61 tahun wujud setelah berpisah daripada induk UMNO sebagai parti serpihan tetapi apakah bukti kejayaan yang boleh dikemukakan olehnya?

Ada satu masjid atau universiti atau bank yang telah berjaya diasaskan atau dibina oleh Pas.

Rakyat telah beri peluang mebihi 20 tahun kepada Pas untuk memerintah negeri Kelantan tetapi sehingga sekarang tanyalah penduduk luar bandar mahupun bandar negeri itu samada mereka mendapat bekalan air bersih yang berterusan.

Jika dibuka paip air di Kelantan, hanya air berwarna tanah liat akan keluar dan mungkin inilah sebenarnya menjadi kebanggaan Pas yang berjaya menyediakan air keladak dan selut kepada rakyatnya.

Kebanggaan Pas hanya berlandaskan kepada ciri-ciri julukan nama negeri Serambi Mekah di Kelantan, slogan Membangun Bersama Islam, jihad fisabilillah, bertakbir, kalimat Islam pada nama parti dan oh ya terbaru, Negara Berkebajikan! itu saja.

WALLAHUALAM.

Monday, 3 December 2012

UCAPAN PENUH PENGGULUNGAN PRESIDEN UMNO

Rakyat wajar menolak Pakatan Pembangkang kerana undi kepada golongan itu membawa maksud kerosakan akidah ummah, perpecahan kaum dan penindasan kaum tertentu.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang berjuang untuk negara ini dan kemajuan bangsa Melayu serta bangsa lain.

"Yakin dan percayalah satu undi untuk PKR (Parti Keadilan Rakyat) bermaksud satu undi untuk kerosakan akidah dan kerosakan umat. Satu undi untuk PAS bermakna satu undi untuk perpecahan. Satu undi untuk DAP bermakna satu undi penindasan bangsa tercinta.

"Satu undi untuk UMNO dan BN adalah satu undi untuk keselamatan akidah orang Islam. Satu undi untuk BN, satu undi untuk perpaduan dan kekuatan umat. Satu undi untuk BN, satu undi pembelaan bangsa Malaysia," katanya ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Jom kita layan video kat bawah jap...

PAKATAN PERJUDI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA !!!


Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan datang bukanlah bahan ujikaji untuk memperjudikan masa depan agama, bangsa dan tanahair.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, pihak pembangkang telah membuktikan bahawa mereka tidak berjaya menunaikan janji pilihan raya lalu di negeri bawah pemerintahan mereka.

"Malah, buku jingga mereka juga merupakan dokumen yang bakal menjatuhkan negara kita ini," katanya dalam satu kenyataan di Perhimpunan Agong UMNO 2012 selepas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, Ahmad Maslan menggesa rakyat agar menyokong Barisan Nasional (BN) kerana parti ini merupakan parti yang sentiasa menepati janji demi kepentingan rakyat.

"Kini tibalah masa kita untuk menyahut seruan Presiden agar bersiap siaga pada tahap tertinggi untuk PRU13," katanya.

Beliau juga berharap agar seluruh perwakilan dan saf kepimpinan Umno mematuhi disiplin organisasi dengam matlamat yang jelas untuk kemenangan BN demi membela nasib rakyat dengan adil.

Sanggupkah anda memperjudikan nasib anda, mahukah anda memperjudi nasib kepada 3 parti yang membawa fahaman matlamat berbeza, satu mahu membuat Negara Berkebajikan, satu lagi mahu negara Sekular, Liberal serta mengalakkan kebebasan beragama, yang satu lagi berpandukan fahaman Komunisme Tanah Besar Cina. Sangupkah anda memperjudi nasib, anak-anak muda generasi akan datang bagi tempoh 5 tahun akan datang? Melihat anak muda mudi melakukan maksiat, orang Islam bebas untuk Murtad, hak-hak keistimewaan Bumiputera tergadai begitu saja? Mahukan keganasan serta kebebasan total diberikan untuk melakukan demonstrasi haram, rumah rumah perlacuran serta pelbagai lagi kerosakan dilakukan?

HOT!!! KOMEN DAP TENTANG PM.

Satu bukti Najib Razak berhasil melaksanakan tugas beliau. 


Sila baca :

AIR ITAM: Pengerusi DAP, Karpal Singh dilihat memuji sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkan sedang cuba sehabis terbaik untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat.  

Menurutnya, kesungguhan Najib itu dilihat daripada usaha kerap turun padang untuk mendekati rakyat dalam proses transformasi yang diperkenalkannya. 

"Beliau dilihat bekerja keras untuk mendapatkan mandat rakyat namun segalanya bergantung sama ada beliau mencapai sasaran beliau atau tidak. Semuanya akan terbukti pada keputusan pilihan raya kelak. 

"Beliau juga dilihat begitu komited bagi menjayakan program transformasinya sehingga melepasi kemampuan sendiri. Beliau bekerja keras untuk dapat semula sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional(BN)," katanya kepada media. 

Menurutnya, Najib tidak pernah mendapat mandat rasmi daripada rakyat kerana beliau mengambil jawatan itu daripada mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2009. 

"Dengan itu, beliau perlu mendapat mandat dari rakyat berdasarkan kedudukan politik beliau sendiri."Bagi mendapatkan mandat rakyat, beliau memperkenalkan banyak program dan ia akan ditentukan rakyat kelak sama ada rakyat mahukan kepimpinan dia atau tidak," katanya. 

Karpal berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Najib mampu untuk mendapatkan mandat daripada rakyat dalam program transformasi yang diusahakannya itu. 

Sebelum ini, Najib memperkenalkan banyak program menerusi program transformasi yang diperkenalkan, antaranya Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Politik. 

Ia termasuk pelbagai program berbentuk sosial dan kebajikan seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA 1Malaysia), Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), Menu Rakyat 1 Malaysia, bantuan RM100 untuk setiap pelajar sekolah dan baucar buku RM200 untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) - AntaraPos.

Sunday, 2 December 2012

RUPANYA NIK AZIZ BIJAK KAFIRKAN ORANG !!! BETUL KE ???



Beza ulama Umno dengan ularmak PAS. Jika kita meneliti ucapan Uztaz Fathul Bari ,beliau menerangkan kaedah untuk menegur orang lain dan cara mendoakan untuk orang lain cara Islam.


Apa bodoh benar para khawarij ini yang kononnya semua agamawan, alim ulamanya tidak tahu akan akhlak sidek, amanah, tabligh dan fathonah. 4 ciri ciri ini tidak ada dikalangan para khawarij sebabnya apa? Buktinya para khawarij hakikinya lebih kepada binatang politik yang menghalalkan cara.

Fathul Bari mendedahkan video doa kehancuran BN oleh Nik Razi dan juga Nik Aziz menuduh Umno sebagai murtad. Fathul Bari menerangkan Nik Aziz menggunakan kaedah mantik cara bijak memurtadkan Umno. 

Hayati ucapan UFB, dalam masa beliau menasihati kepimpinan Umno secara terbuka beliau turut mendidik ahli Umno mengikut kepada landasan yang benar. Keterbukaan dan transformasi Umno sekarang ini mencakupi dari semua segi. Fathul Bari adalah salah satu contoh perubahan Umno.


KEMANA HILANG LAGU 'ANAK KECIL MAIN API' !!!

Terpegun seketika  apabila dalam Persidangan Agong UMNO, secara spontan wakil jurucakap Kelab Umno luar negara (Jepun) menyanyikan lagu "ANAK KECIL MAIN API".
Secara spontan semua perwakilan dan ahli majlis tertinggi termasuk pengerusi tetap dan Presiden Parti UMNO bangun meneruskan nyanyian lagu keramat orang melayu ini. Suasana dewan menjadi sendu seketika apabila seluruh dewan terus menyanyikan lagu tersebut. TETAPI..., kemana hilangnya lagu "ANAK KECIL MAIN API" yg terbukti berjaya menaikkan ROH perjuangan orang melayu...

ps:- tiap kali saya nyanyi atau dengar lagu ni pun saya sebak.."nenek moyang kayaraya..tergadai seluruh harta benda..."

Renungilah mesej lagu warisan ini "ANAK KECIL MAIN API", dikala bangsa kita dilanda pelbagai dugaan dan kemelut.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

Saturday, 1 December 2012

RAKYAT KELANTAN DAN PENYOKONG PAS MESTI TENGOK !!!!


Pembahas Usul Ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2012, Datuk Alwi Che Ahmad yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Kelantan menyifatkan Islam itu bukanlah Pas. Dengan menggunakan analogi ‘selipar jepun’ beliau seterusnya menimbulkan persoalan apakah orang yang memakai selipar Jepun itu dianggap Jepun.

“(Seniwati) Siput Sarawak bukan siput. Siput babi bukan babi tetapi siput. Mudah sahaja nak jawab Pas ini. Tak payah nak tunjuk hadis, al-Quran. Tetapi kalau nak rujuk juga boleh sebab dalam al-Quran ada menyatakan bahawa memang ada manusia seperti ini yang akan sentiasa mencari perkara-perkara yang boleh mereka buat fitnah sepertimana terkandung di dalam surah Al-Imran ayat 7.

 “Ayat ini menyatakan bahawa dalam al-Quran itu aku turunkan al-Quran dengan ayat-ayat yang jelas, ‘muhkamat’…..jelas hukumnya tetapi ada juga ayat yang ‘mutasyabihat’ iaitu yang samar.”……..akan ada manusia yang sentiasa bila ada dalam hati mereka ada kecenderungan jahat. ”……..Apabila ada kencerungan untuk mereka akan buat apa “…..untuk membuat fitnah.

Kemudian mereka takwil sesuka hati mereka. Itu yang murtad, kafir dan macam-macam lagi…Al-Quran dah sebut ”….yang tahu takwil-takwil ini hanya Allah,” katanya.

Alwi seterusnya mengambil analaogi penanaman padi, gandum dan jagung bagi membezakan antara BN dan pembangkang. “BN tidak macam parti-parti lain. BN adalah parti penyatuan. PKR ini dia campur semua sekali…. Melayu, Cina India dan sebagainya, Begitu juga DAP….. dan begitu juga Pas. Dalam BN…UMNO….Melayu, India…MIC dan PPP. MCA dan sebagainya….

“Padi kena tanam di bendang padi. Gandum kena tanam bendang gandum. Jagung kena letak tempat jagung. Cuba ambil padi, jagung dan gandum itu ditanam dalam kawasan yang sama..ditanam dalam satu tempat.

Nak tuai nanti mestilah kaedah dan cara yang lain-lain. “Kita dalam BN tak… padi dalam bendang padi, gandum dalam bendang gandum dan jagung tempat jagung. Bilakah akan bertemu… bubur sebelah, roti sebelah dan nasi sebelah barulah boleh makan. Makan bubur boleh makan nasi.

Tetapi kalau campur sekali boleh makan tak? Itulah konsep dalam BN. Tidak elokkah lagi pemimpin kita buat itu,“ ujarnya. -MediaUMNO




DAMAI-SEDC
Pemimpin PR terutama sekali dari PAS sering mendakwa pemimpin UMNO dan BN adalah perasuah serta sinonim melakukan salah guna kuasa ataupun penyelewengan.

Pantang timbul polemik isu tertentu terus sahaja mereka berkata ia berlaku kerana UMNO rasuah ataupun ia terjadi disebabkan wujud penyelewengan dikalangan pemimpin BN.

PR juga sering mempotretkan diri sebagai pejuang rakyat, kelihatan zuhud dan cukup anti kepada sebarang penyelewengan mahupun perlakuan rasuah.
Persoalan sekarang adakah realiti sebenar sama seperti yang dipotretkan?

Jika benar, rakyat ingin tahu bagaimana mungkin beberapa bidang tanah milik syarikat DAMAI(Darulnaim Agro Management Industries Sdn Bhd) , sebuah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) kini menjadi milik pemimpin PAS serta anak isteri mereka?

1) MB Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat memperolehi tanah dari kawasan Relai di Lot No. 51 yang dinilaikan berharga RM40,000 pada 20 Disember 2000 dan Lot No.31 dari kawasan Lojing yang bernilai RM35,000 pada 15 Disember 1997.

2) Isteri Nik Aziz iaitu, Tuan Sabariah bt Tuan Ishak  pula menjadi pemilik tanah bagi Lot No. 29, Lojing  yang nilaian harganya ialah RM35,000.00 pada 21 Disember 1997 .

3) Bekas Timbalan MB Kelantan, Ab Halim Ab Rahman memperolehi tanah bernilai RM 35,000.00 pada 09 Disember 1997, tanah Lot No.33 dari kawasan Lojing 1. Manakala pada 18 Disember 2000 pula memperolehi tanah percuma di Lot No.99 bernilai RM45,000.00 dari kawasan Relai.

4) Isteri Ab Halim iaitu Aminah Bt Abdullah juga memperolehi tanah di Lot No. 100 yang nilaiannya ialah RM45,000.00 manakala anaknya pula, Adlina Bt. Ab Halim memiliki tanah di Lot No.105 yang bernilai RM45,000.00.

ANWAR IBRAHIM DAPAT ANUGERAH KHAS DARI DS NAJIB TUN RAZAK


Saya ingin mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Dato Seri Anwar Bin Ibrahim kerana mendapat Anugerah dan tepukan gemuruh dari seluruh perwakilan UMNO dalam sesi Ucapan Presiden UMNO semasa Persidangan  Agong UMNO 2012.

Sesungguhnya usaha keras dan kesungguhan DS Anwar Ibrahim selama ini telah membuahkan hasil dengan kesemua perwakilian, ahli UMNO seluruh negara dan juga rakyat Malaysia yang waras memperakui dan bangga memberikan DS Anwar Ibrahim Anugerah ini.

Sumbangan yang diberikan kepada negara dan rakyat amat berbekas terutama penglibatan dalam siri Demonstrasi BERSIH, Lakonan beliau dalam Video, Peranan sebagai GayBoy, Fitnah Altantunya, Sokongan terhadap ISRAEL, Mengasaskan Politik Bohong, Tipu dan Fitnah, Permohonan Untuk Campur Tangan Kuasa Asing, Promosi ISLAM LIBERAL, Promosi Fahaman PLURALISME dan banyak lagi... Terima Kasih Anwar Ibrahim kerana USAHA ANDA DALAM MENGHANCURKAN NEGARA MALAYSIA.


BERIKUT ANUGERAH YANG DI TERIMA...
Penerima Anugerah SI KITOL MODEN NEGARA
Dato' Seri Anwar Ibrahim
DIIKTIRAF SEBAGAI :  BAPA SEGALA PENGKHIANAT NEGARA


Tepat dan padat apa yang diucapkan oleh Presiden UMNO D.S. Najib Tun Razak dalam ucapan dasar Presiden. Sesungguhnya rakyat Malaysia diminta membuka mata agar melihat prestasi pembangkang yang hanya tahu menabur janji tetapi gagal melaksanakannya.

Anwar Ibrahim sememangnya si KITOL yang mempunyai lidah bercabang. Jangan rakyat mudah dijadikan boneka ANwar Ibrahim dan sekutu pembangkang yang ada kerana masa depan Malaysia terletak ditangan kita semua rakyat Malaysia.