Pages

Tuesday 4 March 2014

SEORANG ANGGOTA POLIS MAUT DISERANG 5 PENJENAYAH WARGA INDONESIA !!!


Dua Anggota MPV Diserang oleh 5 lelaki dipercayai warga Indonesia, kejadian berlaku di Lorong Yusuf Shahbuddin 44D, Taman Sentosa Klang Selangor lebih kurang jam 4 pagi tadi.

Dalam kejadian ini, 2 suspek telah ditembak mati dan seorang anggota polis maut. Anggota yang meninggal dunia di kenali sebagai Kpl. Raja Aizam bin Raja Mohd, 53 tahun manakala Kpl Mohd Aidil bin Mustafa, 29, cedera d muka dan kepala.

Menurut sumber, semasa kejadian, 2 anggota polis tersebut melakukan rondaan dan terserempak dengan 4-5 lelaki disyaki warga Indonesia. 

Anggota polis tersebut telah membuat pemeriksaan dan berlaku pergelutan. Dalam pergelutan tersebut, pistol milik Kpl Raja Aizam telah dirampas dan suspek telah cuba menembak Kpl Aidil tetapi tidak meletup. Kpl Aidil berjaya merampas senjata milik Kpl Raja Aizam dan telah berjaya menembak suspek.

Kpl Mohd Aidil masih d rawat.

Kes disiasat dibawah Sek 302 Kanun Keseksaan.

ANGGOTA polis yang tercedera, Mohd Aidil Mustafa ditemani isteri Nor Hazwani Harun, 27, ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, hari ini. Aidil cedera manakala rakan setugasnya terbunuh selepas diserang lima lelaki dipercayai warga asing, dalam satu kejadian di Taman Sentosa, Klang, pagi tadi.

***Alfatihah untuk Anggota yang gugur demi keamanan negara...!!!

No comments:

Post a Comment