ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: WANITA TEMPATAN GUNA FB TIPU RM1.2 JUTA !!!

Saturday 8 February 2014

WANITA TEMPATAN GUNA FB TIPU RM1.2 JUTA !!!


Kuala Lumpur: Seorang wanita tempatan menjadikan akaun laman sosial Facebook sebagai medium menipu dalam talian dengan mengaut keuntungan jutaan ringgit sepanjang tempoh dua tahun beroperasi.
Bersekongkol dengan lima warga Nigeria melakukan aktiviti African Scam itu terbongkar selepas mangsa, wanita warga negara Singapura membuat laporan polis mendakwa ditipu mereka, baru-baru ini.
Wanita yang menyamar sebagai kakitangan bank dan pegawai kastam itu dilaporkan mengaut keuntungan sekitar RM1.2 juta hasil penipuan berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, mangsa yang juga ahli perniagaan wanita berusia 60 tahun, ditipu hampir RM600,000 selepas terpedaya dengan suspek yang dikenalinya Julai lalu.
Beliau berkata, mereka berkenalan menerusi laman sosial itu, selepas mangsa terpikat dengan suspek yang menyamar sebagai lelaki warga Ireland.
Hadiah melalui kurier
Sebagai tanda persahabatan, katanya, suspek menghantar hadiah melalui kurier yang didakwa mengandungi wang tunai RM750,000 kepada mangsa.
“Mangsa diarah membuat pembayaran ke atas bungkusan termasuk cukai kastam dan insurans. Mangsa membuat transaksi di empat akaun bank tempatan termasuk akaun wanita berkenaan,” katanya di sini semalam.

Katanya, hasil risikan, suspek berumur antara 25 hingga 40 tahun berjaya diberkas di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang, tengah hari kelmarin.
Siasatan awal juga mendapati, kelima-lima.

Bernama

No comments:

Post a Comment