ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PEKERJA TOL DIIKAT & DICABUL !!!

Thursday 6 February 2014

PEKERJA TOL DIIKAT & DICABUL !!!

Gambar Hiasan
Nasib malang seorang wanita apabila kaki dan tangan diikat pada katil dan kemudian seorang penjenayah mencabul rakus tanpa belas kasihan. 

Itu detik hitam dilalui seorang jurutol, berumur 20 tahun, ketika berada seorang diri di rumahnya di Taman Putra Perdana, Puchong.


Dalam kejadian cabul itu, seorang lelaki berbaju kuning dan berseluar jean memecah masuk rumahnya, jam 12.50 tengah malam.Menurut sumber polis, lelaki itu terus menyerang mangsa dari arah belakang dan mengacukan pisau di lehernya.

Difahamkan, pada awalnya lelaki tersebut cuba meragut rantai emas milik mangsa, tetapi tidak berjaya.Katanya, lelaki itu seterusnya mengarahkan mangsa supaya diam, sebelum mulut wanita terbabit diikat dengan menggunakan kain.
Lelaki itu mengarah mangsa baring di atas lantai. Kaki dan tangannya diikat pada katil dengan menggunakan kain. Seluar mangsa kemudiannya ditanggalkan dan lelaki itu terus mencabulnya
Mangsa dapat melepaskan ikatan selepas lelaki tersebut melarikan diri. Mangsa kemudiannya membuat laporan polis setelah dua rakan sekerjanya pulang. Susulan itu, polis memberkas dua lelaki warga Indonesia, berumur 54 dan 32 tahun, bagi membantu siasatan.
Mangsa tidak mengenali suspek terbabit dan sewaktu kejadian, suspek menutup muka dengan baju
Jenayah Seksual Kes Cabul disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment