ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KEMELUT ANTARA PKR & PAS KELANTAN TIDAK BOLEH DISEMBUNYIKAN LAGI !!!

Tuesday 11 February 2014

KEMELUT ANTARA PKR & PAS KELANTAN TIDAK BOLEH DISEMBUNYIKAN LAGI !!!


PAS dan PKR Kelantan dilanda kemelut baharu apabila seorang aktivis PKR, Ramlan Mat ditamatkan sebagai Penyelia Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah tanpa sebarang surat rasmi.
Pengerusi PKR Kelantan, Ab. Aziz Ab. Kadir dilaporkan utusan mendakwa PAS Kelantan tidak mengamalkan prinsip yang diamalkan pakatan pembangkang di negeri-negeri lain dalam soal pelantikan jawatan.
“Di Pulau Pinang, kalau PAS bertanding tetapi kalah, PAS akan diberi jawatan sebagai pengarah atau penyelia DUN, begitu juga di Selangor. Bagi saya sepatutnya di Kelantan keadaan yang sama berlaku.
“Tetapi malang sebaliknya, di Kelantan seolah-olah ada benda yang tidak betul apabila kita (PKR) bertanding, kita kalah kemudian penyelia diberi kepada PAS.
“Dalam isu Kuala Balah, ada khabar yang mengatakan Dewan Harian PAS menamatkan khidmat penyelia DUN kita di Kuala Balah dan diganti oleh wakil PAS tetapi sehingga hari ini pihak kita tidak menerima apa-apa surat rasmi mengenainya, sebab itu kita minta penjelasan PAS,” katanya dalam sidang akhbar semalam.
Sebelum ini, blog pro reformasi, MSO mendedahkan seramai 50 orang ahli dan penyokong PKR kawasan Jeli ‘menyerbu’ rumah Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakub di Kubang Batang, Tumpat untuk membantah tindakan Pas menamatkan perkhidmatan Ramlan.
MSO mendakwa PAS Kelantan tidak melayan PKR Kelantan walupun cuba dihubungi berkali-kali oleh Setiuasaha PKR Kelantan, Muhammad Hisommudin Bakar yang juga Pengarah Eksekutif Ilham Centre.
“Persoalan kini apakah PAS masih memerlukan PKR bersama mereka. Kalau PAS merasakan PKR sudah tidak diperlukan dan kewujudannya menjadi darah dalam daging, ambil keputusan konkrit nyahkan PKR. Habis cerita. Putuskan hubungan dengan PKR jangan ada sebarang konsensus atau kerjasama sama. Biarlah PKR merana dan hidup bersendirian. Cara itu juga baru PKR sedar apakah mereka mempunyai kekuatan untuk hidup atau sememangnya selama ini menumpang Pas seperti didakwa.
“Tidak menjadi dosa kalau menceraikan PKR. Usahkan parti politik laki bini pun kalau sudah hilang persefahaman ada pihak berlaku curang dan bermain kayu tiga, perceraian dihalalkan.
“PKR juga seharusnya kena sedar diri sendiri. Untuk apa lagi menagih dan merayu kasih kepada orang yang tidak sudi. Kerajaan PAS Kelantan dan PAS sendiri tidak melayani dan mempedulikan mereka, sepatutnya tahulah untuk membawa diri. Jangan jadi hidung tidak mancung pipi pula tersorong-sorong. Turunlah rumah dan tinggallah jemburan orang sebelum kita disimbah dengan air panas,” kata MSO.
Sementara itu, Ramlan yang turut hadir dalam sidang akhbar itu memberitahu, beliau menerima surat pelantikan sebagai Penyelia DUN Kuala Balah pada awal September tahun lalu melalui Ketua Jajahan Jeli.
“Saya menjalankan tugas-tugas berkenaan sehingga mendengar desas-desus mengatakan jawatan tersebut telah ditarik balik dan diganti dengan wakil dari Pas pada akhir Januari lalu.
“Berikutan itu, saya bersama rombongan menemui Menteri Besar di kediamannya bagi mendapatkan pengesahan mengenai isu berkenaan dan menerusi perbincangan itu Menteri Besar menyatakan jawatan berkenaan adalah milik Pas berdasar status quo,” katanya.
Pada Pilihanraya Umum ke-13 ( PRU 13) PKR Kelantan tewas di tiga kerusi parlimen yang dipertadingkan termasuk Ab Aziz (Pengerusi PKR) di Ketereh.
Manakala, di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), PKR tewas di empat kerusi daripada lima kerusi yang dipertandingkan.
AIDCNews

No comments:

Post a Comment