Pages

Monday 10 February 2014

KEBAKARAN HOTEL DI MADINAH TIDAK MELIBATKAN RAKYAT MALAYSIA !!!



KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit atau cedera dalam kebakaran di Hotel Ishraq al-Madinah, Arab Saudi semalam, kata Kementerian Luar hari ini.

“Setakat ini, laporan dari Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit atau cedera ekoran insiden itu,” kata Kementerian Luar dalam kenyataan.

Kementerian akan terus berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah untuk memantau perkembangan selanjutnya, menurut kenyataan itu.

Kebakaran pada Sabtu di Hotel Ishraq Al Madinah, yang terletak kira-kira 350 meter dari Masjid Nabawi, mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang manakala 130 lagi cedera. 
BERNAMA

No comments:

Post a Comment