Pages

Monday 6 January 2014

LIM GUANG ENG BANGGA, RAMAI MELAYU BANTAH JAIS RAMPAS BIBLE !!!


DAP cukup gembira apabila terdapat orang Melayu beragama Islam membantah tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban di premis Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada 2 Januari lalu.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang menyatakan kegembiraan itu mendakwa, orang Melayu Islam terbabit tidak bersetuju dengan tindakan JAIS kerana mahu masalah dalam negara ditangani dengan semangat sejarah bersama dan hak sebagai rakyat Malaysia.
“Adalah suatu yang menggembirakan untuk melihat peningkatan jumlah orang Melayu dan umat Islam yang tidak bersetuju dengan serbuan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan memalukan pada 2 Januari lalu oleh polis dan JAIS ke atas BSM dan merampas lebih 300 Bible.
“Dimanakah jaminan Perlembagaan yang menjamin kebebasan beragama apabila pihak berkuasa agama Islam boleh mendakwa dan bertindak terhadap orang bukan Islam,” dakwanya melalui kenyataan media hari ini,
Guan Eng dalam pada itu mengecam parti MCA, MIC dan Gerakan kerana tidak membantah tindakan pihak tertentu untuk mengadakan demonstrasi di luar gereja Katolik semasa upacara keagamaan berlangsung pada hari ini.
Dakwanya, demonstrasi itu menunjukkan hasrat pihak tertentu bermain dengan api perkauman sedangkan majoriti rakyat Malaysia tidak berbangga dengan mereka yang mahu melagakan orang Islam dengan bukan Islam.
“DAP yakin rakyat Malaysia akan memilih keharmonian agama dan saling menghormati serta perpaduan kaum dan menolak demonstrasi itu,” dakwanya lagi. 
Portal pro-pembangkang sekali lagi cuba meneguk di air yang keruh apabila melaporkan isu yang sangat sensitif.

Bukan sahaja sensitif, tetapi bukankah mereka di Kelang itu telah ingkar kepada titah Sultan Selangor? 
Sultan Selangor kecewa dengan Lim Guan Eng DAP


No comments:

Post a Comment