Pages

Friday 24 January 2014

IBU BAPA SAMSENG : BELASAH PELAJAR DI SEKOLAH !!!

Foto Hiasan
Kuala Lumpur: Ibu bapa samseng. Itu gelaran paling sesuai buat sepasang suami isteri berusia 40-an yang menyerang dan memukul seorang pelajar berusia 16 tahun dalam kawasan sekolah menengah di Ampang, di sini.
Dalam kejadian pada jam 11 pagi Isnin lalu, pasangan terbabit dikatakan bertindak demikian selepas anak lelaki mereka mengadu dipukul rakan sekelasnya.
Menurut sumber, ketika kejadian pasangan suami isteri itu hadir ke sekolah anak mereka bagi menerima bantuan persekolahan RM100 untuk setiap pelajar yang diberikan kerajaan.
Katanya, "kejadian bermula apabila anak kepada pasangan itu didakwa bergaduh di dalam kelas berkenaan dengan seorang pelajar lain kerana berselisih faham."
"Anak pasangan itu kemudian mengadu kepada ibunya."
"Tanpa usul periksa, wanita terbabit terus masuk ke dalam kelas dan menampar seorang pelajar lelaki yang didakwa bergaduh dengan anaknya."
“Biarpun cuba ditenangkan guru kelas, wanita terbabit terus memukul pelajar berkenaan sehingga guru kelas terpaksa memanggil guru disiplin bagi menenangkan suspek,” katanya.
Menurutnya, guru disiplin yang bergegas ke kelas berkenaan pada mulanya menenangkan wanita terbabit dan mengarahkan dua pelajar yang terbabit dalam pergaduhan mengikutnya ke biliknya untuk tindakan lanjut.
“Suami wanita itu meluru ke bilik darjah dan mencekik pelajar yang bergaduh dengan anaknya, selain menendang kepala mangsa dan menghentaknya ke meja guru,” katanya.
Sumber itu berkata, perbuatan ganas lelaki itu turut disertai isterinya dengan sama-sama memukul mangsa.
“Guru disiplin menghubungi pegawai polis yang bertanggungjawab memantau masalah disiplin sekolah itu atau dikenali sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).

“Anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan menenangkan keadaan sebelum menahan pasangan suami isteri terbabit.

Mereka dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sumber itu berkata, guru disiplin dan pelajar yang dipukul pasangan terbabit cedera di kepala juga membuat laporan di balai polis sama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu pasangan suami isteri itu dibebaskan dengan ikat jamin.
HM

No comments:

Post a Comment