Jom terjah politik bijak Tun M. Tun M adalah orang yang bertanggungjawab memecahkan Umno paling tidak tiga kali. Malah paling tragis ialah melibatkan pengharaman umno dan menubuhkan umNo baru. Sejarah Tun M memang mengujakan pemerhati politik. Banyak tindakan politik beliau sukar di ramal.
Tun M pernah di singkirkan dari umNo zaman Tengku Abd Rahman. Beliau berpencak silat di pentas Pembangkang khasnya Pas. Beliau Berjaya kembali kepada umNo dan menyingkirkan Tengku serta menjadi orang paling lama menjawat jawatan Perdana Menteri selaku Presiden umNO yang berakhir dengan perletakkan jawatannya… bukan di singkirkan. Kemasukan semula Tun M dengan menjadikan Tun Razak sebagai tunggangan di lihat sebagai satu tindakan politik paling licik beliau .
Tun M sekali lagi memecahkan umNo apabila Berjaya menyingkirkan Tengku Razaleight yang di kenali anak raja berjiwa rakyat. Ku Li membawa penyokongnya keluar dari umNo dan menubuhkan Semangat 46, mengambil roh perjuangan umNO asal. Ia seakan satu pengulangan Tun M menyingkirkan keturunan Raja dari umNo. Tidak pelik Tun M di lihat sangat membenci institusi raja melayu. Beliau bertanggungjawab mengurangkan peranan dan kuasa raja Melayu. Dengan kuasa yang ada, Tun M memperkudakan semua institusi bagi mencapai matlamat politik beliau. Mahkamah, polis, BPR dan lain lain. Paling menarik, Tun M Berjaya mengheret Ku Li dan penyokongnya berlutut kepadanya kembali.
Tun M sekali lagi memecahkan umNo dengan menyingkirkan DSAI yang di lihat sebagai pejuang rakyat oleh golongan bawahan umNO. Anuar yang telah teguh bertapak dalam umNO adalah anak didik Mahathir yang di gunakan oleh Mahathir melemahkan pengaruh PAS yang sangat sinonim dengan perjuangan Islam. Kemasukan Anuar ke dalam umNO sebagai bekas Presiden ABIM sangat memberi pukulan kepada PAS . Imej Islam di pakaikan kepada umNo oleh Anuar yang di jadikan alat oleh Tun M. Setelah mencapai tujuan politiknya… DSAI di singkirkan dengan tuduhan paling hina dan menanggung akibat sehingga hari ini.
Setelah meninggalkan jawatan PM Tun M di lihat masih menguasai politik negara. Pak Lah yang di pilih beliau akhirnya di di singkirkan . Beliau sanggup meninggalkan umNO dan kembali setelah cita citanya tercapai. Menyingkirkan Pak Lah. Terbukti kembalinya Tun M tanda sayangnya beliau kepada umNO. Apatah lagi umNO hari ini adalah umNO yang di cipta beliau.
Setelah DS Najib mula menentang beliau, sekali lagi Tun M menggunakan kelicikan politik beliau. Bezanya… DS Najib adalah anak didik beliau yang sudah pastinya sangat arif sepak terajang Tun M. Mengambil langkah bijak dengan mengukuhkan penguasaan dan melemahkan pengaruh Tun M dengan menyingkirkan anaknya Mukhriz serta menggunakan musuh politik Mahathir – Khairi (menantu Pak Lah dan sepupunya Hisyamudin… Najib Berjaya mengekalkan kuasa.
Belajar dari Tun M, Najib mengambil musuh politik Mahathir, Zahid Hamidi sebagai timbalan. Zahid adalah orang yg memulakan reformasi dalam umNO sewaktu menyerang kepimpinan Mahathir dalam mesyuarat agong umNO. Ketika itu Zahid adalah Ketua Pemuda. Orang kepercayaan DSAI. Namun Zahid bukan orang setia yang di yakini Najib. Khairi jamaludin pula adalah pesaing Mukhriz… anak Mahathir…. Khairi adalah subjek yang di kenali sebagai budak Tingkat 4 yang di jadikan sasaran menyerang kepimpinan Pak Lah.
Mahathir sekali lagi mengambil sikap keluar umNO untuk menyerang kepimpinan Najib. Kali ini Tun M terpaksa melangkah jauh dengan menggunakan musuh politiknya DAP dan PKR menyerang Najib. Beliau sangat tahu betapa terdesak PH untuk kuasa . Hari ini terbukti beliau Berjaya “Hijack” PH Harapan untuk di jadikan tunggangan menjatuhkan Najib.
Jika di baca politik Mahathir… ia seakan mengatur langkah untuk kembali kepada umNO setelah Berjaya menyingkirkan Najib. Dari awal Mahathir mengistiharkan bahawa belaiau ingin menjatuhkan Najib bukannya umNO. Persoalannya apakah Lim Kit Siang yang merupakan veteran politik tidak menyedari situasi ini? Saya tidak fikir begitu…
Dap di lihat sangat terdesak kuasa setelah gagal dalam PRU 13. Ia merupakan satu satunya peluang terakhir DAP untuk kuasai politik negara dengan adanya PAS yang menguasai politik melayu dan sokongan padu masyarakat cina. Apatah lagi Pas di kuasai oleh golongan yang kemaruk kuasa dan tidak berprinsip Islam. Setelah mereka disingkirkan, DAP menjauhi PAS kerana melihat akan gagal menguasai PAS. Mengharaapkan PAN membantu menarik sokongan melayu juga di lihat gagal sehingga DAP terpaksa menggunakan pengaruh Tun M. PKR ternyata tiada kuasa kerana terpaksa menurut dengan harapan DSAI di lepaskan jika mereka berkuasa… INGAT… selamanya perjuangan PKR ialah menyelamatkan DSAI…
Persoalan yang timbul hari ini ialah apakah perjanjian belakang tabir Tun M dan DAP? Bisikan tentang ugutan persatuan cina untuk tidak lagi mengundi DAP kerana mereka kerugian sejak tiadanya kuasa yang kuat Cina dalam pentadbiran kerajaan sangat meresahkan LKS. Di khabarkan sudah ada janji persatuan cina untuk kekal mengundi DAP sekiranya DAP bersedia bersama BN membantuk kerajaan menngantikan MCA dan Gerakan yng dilihat lumpuh.
Bersama BN dalam keadaan najib menjadi PM hampir mustahil. Jalannya ialah mengangkat Tun M sebagai ketua sebagi merintis jalan menubuhkan kerajaan setelah Najib di singkirkan. Anda tidak pelik melihat pemimpin DAP sangat mesra dengan pemimpin umNo mutakhir ini…? saya sangat yakin ada perjanjian belakang tabir antara Mahathir dengan DAP .
Tidak pelik juga ada perjanjian antara Mahathir dengan beberapa pemimpin umNO untuk menyediakan keadaan itu.
DAP terus menerus menggunakan tuduhan kononnya PAS akan bersama Najib. Jika anda perhatikan… sasaran DAP adalah Najib dan TGHH. Bukan umNO atau pemimpin lain. Tuduhan itu terus di hangatkan walaupun sudah menjangkau 10 tahun… ia untuk menutup dan mengalih tumpuan dari hubungan sulit antara DAP dan umNO melalui Mahathir.. DAP sangat sedar…undi melayu sangat di perlukan untuk memerintah negara. Dalam PH , DAP melebar dan menambah kerusi bagi memperkukuhkan kuasa jika bersama BN membentuk kerajaan nanti… ketika itu harapan LGE di bebaskan sangat cerah…dan PAN pasti ditinggalkan… mungkin juga PKR.
DAP sedang menyiapkan diri memperkukuhkan kuasa… dengan menggunakan Tun M yang juga sedang berusaha dengan percaturan terakhir beliau bagi menempatkan legasi politik beliau..Mukhriz … Siapa licik antara Tun M dan LKS? Atau keduanya sanggup bertolak ansur bagi memenuhi impian terakhir mereka… Mahathir untuk kembali memperkukuhkan kuasa dalam umNO dan LKS untuk meninggalkan DAP sebagai kuasa politik Cina yang lebih berani dan kuat dalam kerajaan…
Di mana DSAI ? pengikutnya hanya berharap agar belaiu bebas dan dapat tidur lena di rumah… Di Mana Mat Sabu… beliau mungkin menunaikan impiannya untuk terjun ke Laut China Selatan.
No comments:
Post a Comment