Pages

Saturday, 6 January 2018

TUN M CUBA SINGKIR TSMY ???


Isu pemecatan Almarhum Tun Salleh Abbas dari jawatan Ketua Hakim Negara katanya bukan salah dia tapi salah YDPA ketika itu, Almarhum Sultan Iskandar.

Umum sudah mengetahui bahawa YPDA juga mengambil tindakan atas nasihat atau syor daripada seorang Perdana Menteri, melainkan satu-satu hal itu adalah hal yang berkaitan dengan Agama Islam di mana YDPA mempunyai kuasa yang lebih tinggi. 

Tuduhan Tun M terhadap Almarhum YDPA ini telah menimbulkan kemarahan rakyat Johor dan bagi penulis, tindakan Tun M ini adalah tindakan yang merugikan PH amnya dab PPBM Johor khasnya. 

Kelihatannya Tun M sengaja menimbulkan kekecohan sebegini demi menjatuhkan Tan Sri Muhyidin di Johor dan sekaligus membolehkan dia dan anaknya menguasai PPBM dan mengenepikan TSMY. Jika rakyat Johor mula bangkit membela almarhum sultan mereka, secara langsungnya ia akan menyusutkan sokongan mereka terhadap PPBM Johor dan ini akan membolehkan Tun M memberi alasan sokongan rakyat Johor terhadap TSMY lemah maka bagaimana harus nama TSMY diletakkan dalam senarai calon PM pasca PRU14?

Konvensyen PH yang diadakan Ahad lepas, dan Tun M telah menggunakan pelbagai strategi bagi memastikan namanya sebagai calon PM Interim pasca PRU14 tidak dicabar oleh calon-calon lain. Hanya itu sahaja cara yang ada bagi menjamin kerusi PM seterusnya adalah milik DS Mukhriz - penerus legasi ketuanan Mahathir di Malaysia. 

No comments:

Post a Comment