Pages

Thursday, 11 January 2018

PENGGANTI SUAMI DITEMUI DI HARI KETUJUH KEMATIANNYA



Ustaz Zanirun Baba merupakan salah seorang pembaca talkin mayat di sebuah perkuburan di Damansara. 


Suatu ketika seorang ibu muda yang baru tujuh hari kematian suaminya menziarahi kuburan sambil menangis teresak-esak. 

Ustaz Zanirun lantas menegur ibu muda tersebut dan melarangnya dari menangisi mayat di kuburan. 

"Bagaimana saya tidak menangis ustaz, sudah 3 hari berturut-turut saya bermimpikan arwah," jelas Diana Suppiah, si ibu muda. 

Ustaz Zanirun yang bermata galak itu berusaha menasihati Diana sambil merenung liar tubuh ibu muda tersebut.

"Cik Puan usah terlalu bersedih, saya sedia menjadi pengganti arwah," pujuk Ustaz Zanirun. 

"Apa? Benarkah demikian ustaz? Dalam mimpi, arwah suami saya sudah berpesan bahawa saya akan menemui penggantinya pada hari ketujuh kematiannya. Itulah sebabnya saya datang ke sini," jawab Diana. 

Teruja dengan jawapan Diana, ustaz Zanirun pun tersenyum simpul alim-alim kucing. Sangkaannya ikan sudah memakan umpan. 

Melihat ustaz Zanirun tidak berkata-kata sambil tertunduk malu, Diana bingkas mengetuk tengkuk ustaz Zanirun dengan seketul batu sehingga pengsan. 

"Hoiiii penggali kubur. Gali semula kubur suamiku. Ustaz ini ingin menggantikan tempatnya di dalam kubur," jerit Diana kegembiraan kepada seorang penggali kubur di kawasan tersebut.

CR : TEMPOYAK PEDAS

No comments:

Post a Comment