Pages

Wednesday, 3 January 2018

MAHFUZ DI KALUNG GUAN ENG


Dulu punyalah disanjung anak-anak muda. Garang, tegas dan bingkas bangun mempertahankan prinsip dan dasar perjuangan Islam yang didokong PAS.

Mengorbankan diri walaupun terpaksa menanggung derita dan penjara.

Malangnya disenja usia memilih meninggalkan perjuangan besar ini atas pelbagai alasan yang dangkal dan tiada asas.

Rupanya kekecewaan tewas pertandingan parti terus menganggunya. Kegagalan merampas tampuk kepimpinan parti menghantuinya lalu bakar sahaja kelambu asalkan puas nafsu yang tercedera.

Persetankan segala sumpah walaupun diikrar atas nama Allah.

Beliau lupa perjuangan besar ini bukan bertenggek atas mana individu atau tokoh. Ia terlalu besar sehingga jika ada satu atau sekelompok yang khianatinya sekalipun ia terus tegap gagah belayar tanpa condong atau goyang.

Rugi dan hinalah para pengkhianat. Yang memilih untuk menghancurkan wadah yang pernah membentuk dan melindunginya.

Pergilah .... khianatilah.

Lihatlah langkah keluarmu dikalung dan disanjung oleh para penentang terbesar perjuangan ini.

PAS telah sesat kata Guan Eng. Tinggalkan PAS dan ayuh bersama kami ..... gugurlah segala ikatan ukhuwah dan persahabatan kental lantaran mengejar kedudukan dan terlalu terpesona pada mereka seumpama Guan Eng.

Mahfuz kami sedikit pun tidak terkesan. 

Di dunia kamu boleh berdalih dan mencipta alasan kami berlepas diri. Dunia ini tidak tamat di sini, akhiratlah kesudahan kita semua.

Pengkhianat akan kami tentang.

Credit : ROSLAN SMS

No comments:

Post a Comment