Pages

Saturday, 13 January 2018

JANGAN TENGGELAM DALAM KELENTONG DAP


1. RAKYAT Pulau Pinang sepatutnya sudah boleh buka mata besar-besar kenal dan peka akan muslihat DAP. Tambah pula dalam 3 dan 4 bulan mendatang ini yang sudah masuk demam dan bahang pilihan raya umum (PRU) ke-14.

2. Kalau dinilai sepanjang 10 tahun DAP memerintah Pulau Pinang, memang banyak cacat-celanya. Perhatikan:

❗Menaikkan harga tarif air, mengenakan caj letak kereta sampai waktu tengah malam, mengenakan cukai katil, caj plastik 20 sen, cukai pintu naik 14.29% pada 2015, sewa warung naik dan harga rumah naik.

❗Pelaburan dari luar negara semakin kurang memasuki Pulau Pinang. Jika dilihat dari Laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, MIDA pada April 2017 menunjukkan penurunan pelaburan sebanyak 30% ke Pulau Pinang. Pada Januari hingga Ogos 2016, pelaburan ke Pulau Pinang hanya berjumlah RM3.77 bilion berbanding RM5.34 bilion pada 2015.

❗Sejak DAP memerintah, sudah 119 kes banjir besar berlaku di negeri itu yang menyusahkan rakyat. Pampasan diberi pula dikatakan tidak setimpal dengan kerugian dialami penduduk.

❗Bukan sahaja kes banjir, siapa boleh lupa kes tanah runtuh di Tanjung Bungah yang meragut 11 nyawa. Malah antara punca kes tanah runtuh itu berlaku adalah kerana pembangunan tidak terkawal dilakukan di cerun bukit serta tidak mendapat kebenaran serta kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar (JAS).

❗Kerajaan DAP Pulau Pinang menjadikan penjualan tanah sebagai sumber kewangan utama. Menurut LKAN, hasil diperoleh daripada premium tanah (pemberian hak milik dan pemberian milik bayaran khas) kerajaan DAP Pulau Pinang antara 2012 hingga 2016 adalah sebanyak RM1,552,58. Cukai tanah dan premium tukar syarat tanah pula menyumbang RM768.46 juta, manakala jumlah hasil daripada perkara berkaitan tanah negeri untuk tempoh sama menyumbang sebanyak RM2,321,04 kepada hasil negeri.

❗Namun peliknya, walaupun mendapat berjuta-juta daripada hasil penjualan tanah negeri, hutang kerajaan negeri melonjak tinggi. Hutang tidak kurang 95% seperti didakwa Timbalan Ketua Menteri, Profesor Dr. P. Ramasamy tetapi makin bertambah. Hutang kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM655 juta telah diubah kepada bayaran ansuran selama 45 tahun. Tidak cukup dengan itu berhutang lagi dengan China Exim Bank.

❗Sudahlah semua tanah dijual dan hutang semakin bertambah, kerajaan DAP Pulau Pinang pula mahu meminjam wang dari Bank China untuk membiayai projek-projek kerajaan negeri. Persidangan DUN Pulau Pinang baru-baru ini meluluskan RUU Pinjaman Negeri Pulau Pinang (Bank dan Sumber-sumber Kewangan Lain) 2017 yang membolehkan kerajaan DAP negeri membuat pinjaman daripada sebuah bank di China.

❗Purata gaji pekerja di Pulau Pinang sejumlah RM2,434 merupakan di bawah gaji purata nasional, RM2,463. KDNK Pulau Pinang pula adalah ke-4 paling rendah di Malaysia antara tahun 2008-2015. Pendapatan isi rumah rakyat Pulau Pinang adalah ke-4 terendah di Malaysia.

❗Dikatakan setiap tahun sejak 2011, Guan Eng membentangkan bajet defisit 6 tahun berturut turut. Pada 2011, defisit sejumlah RM108 juta. Pada 2017, defisit bajet mencecah RM667 juta, iaitu hampir separuh bilion ringgit. Walaupun bajet kerajaan negeri berada dalam keadaan defisit tetapi peruntukan untuk Pejabat Ketua Menteri Guan Eng bertambah setiap tahun.

❗Guan Eng pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sekurang-kurangnya 18,000 unit rumah mampu milik dijangka dibina pihak kerajaan negeri di bawah Fasa 1 dan 2 Tabung Perumahan Mampu Milik RM500 juta dan ia telahpun dilancarkan pada 17 Februari 2012.

❗Namun sehingga kini tiada satupun rumah mampu milik yang telah dibina oleh kerajaan negeri. Walaupun kerajaan negeri memberi pinjaman RM500 juta kepada Penang Development Corporation (PDC) namun sehingga kini perumahan mampu milik masih menjadi isu di Pulau Pinang.

Berdasarkan senarai kelemahan-kelemahan DAP di atas, mahukah lagi rakyat Pulau Pinang memberi peluang kali ke-3 kepada DAP? Tepuk dada tanya selera. Jangan tenggelam dalam kelentong DAP.

No comments:

Post a Comment