Pages

Wednesday, 24 January 2018

HIPOKRITIK POLITIK LIM KIT SIANG

Sekitar tahun 1994 beliau telah mencadangkan agar ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi tujuan menyiasat skandal BNM dan Forex yang sangat hangat ketika itu, malah beliau juga telah menulis sebuah buku yang berjudul “The Bank Negara RM30 Billion Forex Losses Scandal”.
Bertahun beliau menjaja isu skandal ini baik didalam ceramah politik mahu pun dalam majlis anjuran parti yang di ketuai oleh beliau sendiri ia itu DAP, parti pembangkang yang cukup sangat tidak bersetuju dengan parti UMNO dan Barisan Nasional yang ketika itu di ketuai oleh Dr Mahathir.
Malah beliau sendiri pernah mengugut, perkara utama yang akan dilakukan bila pembangkang berjaya menjadi kerajaan adalah mengambil tindakan dan melakukan pendakwaan terhadap Mahathir yang dikatakan bertanggungjawab dalam skandal tersebut, mereka berjanji untuk melakukan siasatan sahingga kelubang cacing terhadap kehilangan berbillion ringgit ketika itu.
Mahathir pula tidak habis-habis dengan kutukkannya terhadap pemimpin dan parti DAP yang dianggap sebagai sebuah parti yang resis dan pemimpinnya pula adalah seorang ditaktor, Lim Kit Siang adalah pemimpin DAP tersebut, orang yang dikatakan sebagai bermusuh dan paling sangat dibenci oleh Mahathir.
Apa sahaja aktiviti mereka sudah pasti akan mendapat tentangan diantara kedua mereka, sering berbalah pendapat dan menjadikan rakyat jelata yang mendengar persembahan mereka sebagai alat melepaskan geram dengan maki hamun kedua diantara mereka.
Ketika Dato' Seri Najib mengambil alih kepimpinan negara, masih lagi kedengaran isu kehilangan berbillion dollar itu dimainkan oleh puak pembangkang terutama pemimpin DAP agar Dato' Seri Najib menubuhkan RCI bagi tujuan tersebut, pelbagai cabaran dilakukan terhadap Dato' Seri Najib.
Tetapi dengan tidak semena-mena, Mahathir melancarkan serangan terhadap Dato' Seri Najib dengan mengajak semua parti politik dan rakyat Malaysia atas nama 'Selamatkan Malaysia' yang sangat bersesuaian dengan kehendak DAP yang tidak pernah berubah, sasaran DAP masih kekal sama seperti dulu mahu menjadikan Malaysia Malaysian.
Tidak boleh dibayangkan bagaimana dua musuh yang sering bermakian suatu ketika dahulu kini boleh pula duduk sebantal untuk merancang bagi menjahanamkan negara atas nama Selamatkan Malaysia, mereka sepatutnya meletakkan nama Selamatkan Mahathir dan kroninya.
Kini ketika Mahathir dan Lim Kit Siang perpegang tangan, mereka telah lupakan isu skandal Forex yang menjadi kegilaan kepada Lim untuk berperang dengan Mahathir suatu ketika dahulu, kini tiada lagi isu skandal Forex yang menjadi fokus Lim Kit Siang tetapi isu bagaimana membantu dan menyelamatkan Mahathir pula yang mereka lancarkan.
Sementara bagi Dato' Seri Najib menyahut cabaran Lim sudah semestinya dilakukan bagi keadilan kepada semua rakyat yang ingin tahu apa benar cakap-cakap Lim Kit Siang dahulu, apa benar yang dinyatakan didalam buku beliau “The Bank Negara RM30 Billion Forex Losses Scandal”.
Mengapa pula bila RCI ditubuhkan Lim dilihat seolah-olah tidak bersetuju dengan tindakan tersebut, solah seperti Lim mahu melupakan isu skandal tersebut, yang paling ajaib sekali adalah tindakan pembangkang terutama DAP yang mendakwa bahawa penubuhan RCI BNM-Forex adalah propaganda Dato' Seri Najib untuk memerangkap Mahathir.
Mereka juga mendakwa bahawa penubuhan RCI tersebut semata mahu menutup mulut Mahathir dari menyerang Najib, sedangkan pada waktu ketika Lim mendesak kerajaan agar menubuhkan RCI tersebut tidak pula kedengaran cakap-cakap ianya adalah untuk kepentingan dan kebaikan Dato' Seri Najib.
Lim hari ini menikus bila kerajaan Barisan Nasional menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), Lim seperti bersembunyi dan menyorokkan muka di belakang Mahathir, seperti meminta Mahathir untuk menyelamatkan dirinya pula, sepatutnya Lim Kit Siang mengadakan parti dan berhibur bila kerajaan menubuhkan RCI tersebut dan bukannya mendiamkan diri seperti tikus mondok kebasahan air longkang.
RCI skandal Forex hari ini bukanlah satu mimpi indah yang di idamkan buat Lim tetapi satu mimpi ngeri buat perjalanan parti pakatan pembangkang.

No comments:

Post a Comment